Isu Bahasa Rojak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Laporan Isu Bahasa Rojak

Menurut Kamus Dewan “ rojak” bermaksud sejenis makanan daripada buah-


buahan mentah dan sayur-sayuran campur yang berkuah.Maksud kedua ialah
merupakan sesuatu yang bercampur aduk.

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk kepada bahasa


bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Misalnya Manglish, iaitu
seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan
kata-kata dalam bahasa Inggeris. Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan
(BBK) 2012 pada 11 Oktober 2012, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis
kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan ini tidak harus dipandang remeh. Penggunaan
bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah bahkan bagai api di dalam
sekam yang membakar senyap sehingga merosakkan kekuatan bahasa Melayu. Ketua
Pengarahnya Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata rakyat berbilang kaum dalam sebuah
negara yang merdeka hampir 50 tahun, masih bersikap tidak acuh terhadap
kewibawaan bahasa kebangsaan sehingga membolehkan bahasa rojak mudah meresap
masuk."Paling mengecewakan ialah kini penggunaan bahasa rojak digunakan secara
terbuka dan meluas di majlis rasmi, papan tanda, iklan, poster, televisyen dan saluran
lain. Ia dapat dilihat dengan mudah di merata-rata tempat," katanya kepada Bernama di
sini hari ini.

Meninjau dari perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada


penggunaan bahasa rojak seawal penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka
sebagai sebuah empayar entrepot suatu ketika dahulu. Sebagai negeri pelabuhan,
Melaka menarik banyak pedagang yang keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa
daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini merupakan sebahagian daripada bahasa
penghubung yang dikenali sebagai “bahasa rojak”. Semasa pemerintahan Parameswara,
dua kumpulan pedagang akan mencuba untuk bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi
mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan
hasilnya ialah bahasa pijin atau bahasa rojak. Menjelang tahun 1511, Melaka
mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang termasuk komuniti pedagang
yang bertutur dalam 84 bahasa.

6
Penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara
kita. Portugis mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari ini,
British datang dengan pengaruh bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal dengan
memaksa penduduk Tanah Melayu memasuki sekolah Jepun dan menggunakan tulisan
kanji. Dengan hal yang demikian, bahasa rojak tidak dapat dielakkan.

Isu bahasa rojak berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang kepada
percambahannya. Penggunaan Sure Heboh dalam media pernah menjadi polemik yang
berpanjangan sehinggalah pihak kabinet masuk campur bagi meredakan keadaan.
Zaman milenium turut menyaksikan banyak media terutama komik yang meremehkan
penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pada 10 Oktober 2012, utusan Melayu
melaporkan tentang isu bahasa rojak. Dalam berita ini, Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehilangan bahasa boleh berlaku pada tahap masyarakat
umum, apabila sejumlah besarnya tidak fasih lagi menggunakan bahasa ibunda atau
bahasa etnik mereka sepenuhnya, sama ada secara lisan atau tulisan.

Seterusnya,bahasa rojak juga digunakan secara meluas terutamanya dalam


kalangan remaja bandar di Malaysia serta membimbangkan orang dewasa tentang
penggunaan bahasa Melayu yang betul dan bersopan-santun. Kerajaan memutuskan
bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan bersantun terutamanya
dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Antara isu-
isu penggunaan bahasa rojak ialah Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo
menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa rojak semakin berleluasa


di negara kita. Antara faktor ialah media massa. Bahasa rojak begitu meluas digunakan
dalam media sama ada media eletronik ataupun media cetak pada hari. Oleh
demikian, penggunaan bahasa rojak ini akhirnya telah menjejaskan bahasa
kebangsaan kita. Hal ini berikutan kerana pengguna perkhidmatan media di negara kita
terlalu ramai dan memberi impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Contohnya,
terdapat rancangan yang dipaparkan dalam televisyen pada hari ini menggunakan
bahasa rojak sebagai judul atau tajuk rancangan yang disiarkan seperti “Konsert Sure
Heboh” .

7
Melalui satu artikel , ia menyatakan kebimbangan terhadap nasib bahasa
kebangsaan negara kita ekoran sikap kita yang tidak begitu peka tentang peranan dan
masa depan bahasa sendiri. Artikel ini menjelaskan bahawa perubahan zaman
selalunya menempiaskan istilah baru yang diguna pakai dalam pelbagai bidang.
Keadaan ini jelas tergambar di sekeliling kita di mana ramai orang muda kini yang
gemar menonjolkan diri akan menganggap sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri
atau tidak boleh menggunakan dan memahami istilah baru terutamanya dari luar adalah
mereka yang ketinggalan zaman.

Seterusnya, beberapa contoh apabila kata singkatan digunakan dalam perbualan


harian. Antara kata singkatan adalah seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’, ‘tau’, dan beberapa lagi
juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang sebenarnya tidak boleh diucapkan
dan ditulis dalam majlis dan urusan rasmi. Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam
pertuturan harian seperti ‘awek’, ‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah
sebahagian daripada bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi . Tambahan
pula, penyesalan apabila terbaca akhbar harian yang terikut-ikut meletakkan kata-kata
ini sebagai tajuk, sesuatu berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah
sebati di kalangan remaja negara kita. Sasaran utama perbincangan orang ramai
tentang kekuatan pengaruh bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah
penglibatan orang ramai dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen. Di
sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan kepada khalayak sehingga
ada yang membawa masuk istilah ini ke dalam urusan rasmi. Datuk Seri Dr Rais Yatim
pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar bercakap
separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa tidak puas hati
kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya dan mereka
membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun akan datang jika
usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang .

Pada pendapat saya, punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap
penutur sendiri. Hal ini demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan
kehebatan mereka menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak
biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya
dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih diri
dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah
di luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan

8
harian meskipun tidak mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena
penggunaan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Mereka tidak berasa malu dan
segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah mereka berbangga kerana
mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka dalam
masyarakat.

Tan Sri Arshad menyuarakan kebimbangan terhadap fenomena (kemunculan)


satu generasi yang hanya tahu ``berbahasa rojak'', tidak lancar bahasa Inggerisnya dan
tidak pula fasih bahasa Melayu. Ini bukan sahaja merupakan satu masalah komunikasi
tetapi sudah boleh dianggap sebagai satu `krisis identiti'. Oleh kerana itu beliau
mencadangkan satu langkah yang tegas dan menyeluruh diambil membongkar ke akar
umbinya sebab musabab yang menjadi punca krisis tersebut. Hanya setelah sebab
musabab yang sebenar diketahui maka satu penyelesaian yang berkesan dapat
dilaksanakan.Satu jawatankuasa peringkat tinggi perlu ditubuhkan untuk tujuan itu. Dan
selanjutnya beliau mencadangkan supaya segala sumber pengajaran dan pembelajaran
bahasa di pusat-pusat tinggi ditumpukan untuk peningkatan kemahiran dan penguasaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Masalah bahasa banyak, kata Dr. Rais Yatim, dan cabaran kepada lebih kurang
25 orang anggota Panel Penasihat Penyiaran itu ialah untuk melihat bagaimana siaran
awam dan swasta dapat menjalankan tugas masing-masing di samping mendapat
keuntungan tanpa membelakangkan budaya, tatasusila dan kehidupan masyarakat di
Malaysia.''Kita ingin melihat penggunaan bahasa Melayu yang seragam, berhemah dan
bermartabat. Bukan bahasa rojak,'' tegasnya. Di samping itu, panel tersebut juga
mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya siaran swasta ada unsur-unsur
membina, jangan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kepentingan
bahasa. Panel itu juga mahu supaya satu bahasa seragam digunakan oleh para penyiar.
Penyeragaman bahasa siaran ini adalah untuk mengelakkan orang ramai keliru yang
mana satu lidah rasmi.

Murai berkicau hari siang, sektor awam juga harus mengamalkan nilai
tanggungjawab dan turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan martabat
bahasa kebangsaan daripada terus dicemari dengan penggunaan bahasa rojak.
Kakitangan sektor awam mestilah mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh DBP
yang mewajibkan bahasa kebangsaan digunakan sepenuhnya dalam majlis rasmi

9
termasuklah mesyuarat. Mereka perlu bertindak sebagai “polis bahasa” untuk mengatasi
masalah penggunaan bahasa rojak sekali gus mengelakkan bahasa Malaysia tercemar
dan terpinggir sedangkan bahasa kebangsaan ini merupakan bahasa rasmi di negara
kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Slogan “Bahasa Jiwa
Bangsa” perlu terus dilaungkan oleh masyarakat Malaysia kini dan akan datang. Kita
seharusnya sedar bahawa bahasa Malaysia bukan milik orang Melayu sahaja tetapi
menjadi hak bangsa Malaysia yang berbilang kaum sejajar dengan slogan yang
dilaungkan oleh pemimpin negara iaitu “1 Bangsa 1 Bahasa 1 Malaysia”.

Langkah seterusnya adalah dengan pelaksanaan kempen kesedaran secara


berterusan. Rakyat Malaysia perlu menjulang bahasa Malaysia demi jati diri, maruah
dan martabat bangsa. Justeru, kempen kesedaran secara besar-besaran perlulah
diadakan sepanjang masa bukannya bermusim atau sekadar melepaskan batuk di
tangga. Walaubagaimanapun, orang ramai tidak boleh mengharapkan tindakan daripada
pihak DBP sahaja sebaliknya mereka perlu bekerjasama dan berganding bahu sekata
ibarat sejunjung bak sireh dan serumpun bak serai bagi menjayakan setiap inisiatif yang
dirancang oleh pihak DBP dalam usaha membendung masalah penggunaan bahasa
rojak. Semua pihak seperti sekolah, komuniti kampung dan bandar perlu memberi idea
yang bernas dalam memastikan prakarsa yang berkesan dalam menangani masalah ini.
Bukan itu sahaja, pihak media massa juga memainkan peranan penting dengan
mengelakkan penggunaan bahasa rojak supaya kempen yang diadakan akan memberi
impak yang maksimum ke arah memartabatkan bahasa Malaysia.

Tuntas bicara, semua rakyat perlu sedar dan peka akan perubahan dan masalah
yang timbul agar episod lama tidak berulang. Jasa pemimpin terdahulu yang ingin
memartabatkan bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi negara perlu dibalas setimpal
seperti kata peribahasa madu yang diberi jangan pula dibalas dengan tuba. Hal ini
kerana tidak mustahil masalah penggunaan bahasa rojak yang menjadi salah satu
pencemaran bahasa akan dapat ditangani dengan adanya kerjasama semua pihak.
Martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi bahasa “lingua franca” ini tidak mustahil
untuk menjadi realiti sekali gus menjadi bahasa penting dunia. Jan Hugen Van
Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586
hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada
mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang
paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.Oleh itu, kita haruslah merenungi

10
kata-kata hikmat “Bahasa mencerminkan bangsa dan bangsa pula mencerminkan
negara” yang mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam ini.

11

You might also like