Dea 1313

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM

06500 ALOR SETAR,KEDAH

DEA 1313

MOTOR CONTROL

TAJUK:

PERFORM MAGNETIC CONTROL

NAMA : MUHAMMAD FADHLUL RAHMAN BIN SHAHBUDIN

NO. I/C : 010319-02-0273

NAMA KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

NAMA PENSYARAH : MOHD ZAHID BIN AHMAD


ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat


1 Penghargaan. 1
2 Pengenalan. 3
3 Aksesori kawalan motor,kegunaan serta fungsinya. 4-6
4 Melukis simbol-simbol yang berkaitan dengan tajuk. 7
5 Pemula mara songsang. 8-10
6 Pemula bintang delta. 11-12
7 Pemula pengubah auto. 13-14
5 Kesimpulan. 15
6 Rujukan. 16
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat


menyiapkan kerja kursus DEA 1313 Motor Control 1 dengan jayanya. Saya
menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk menyiapkan kajian
ini. Alhamdulillah berkat pertolongan pihak -pihak berikut saya dapat menyiapkan
kerja kursus yang diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinngi penghargaan dan terima kasih


kepada pensyarah saya iaitu En Mohd Zahid Bin Ahmad. Beliau tanpa jemu
telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya
mejalankan kerja kursus .Tanpa tunjuk ajar daripada beliau mungkin saya tidak
dapat menyiapkan kerja kursus ini

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya atas
galakan, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya dalam pelbagai bentuk
termasuklah bantuan kewangan yang saya perlukan sepanjang perlaksanaan kerja
kursus ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dan
berkongsi maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan
mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.

1
TAJUK :

KAWALAN MOTOR

2
PENGENALAN

Kawalan adalah merupakan alat atau satu set alat yang mengurus, mengarah
atau mengawal atur tingkah laku sesuatu alat yang lain. Kawalan motor boleh
dirumuskan sebagai satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan
yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada motor satu fasa
ataupun tiga fasa.

Motor boleh digerakkan laju atau perlahan, ke hadapan atau ke belakang


serta boleh dihentikan iaitu dengan cara mengadakan sistem kawalan motor. Dalam
penggunaan harian biasanya motor hanya digunakan untuk mengerakkan atau
memutarkan sesuatu peralatan. Sebagai contoh, kipas angin dan mesin basuh.
Putaran kehadapan atau ke kebelakang amat diperlukan bagi jentera angkut seperti
kren untuk memudahkan kerja-kerja mengangkut barang sama ada ke depan atau
ke belakang. Bagi motor yang berukuran besar, ianya tidak boleh dihidupkan secara
membekalkan terus dengan bekalan kerana arus permulaan motor amatlah tinggi.
Oleh yang demikian,motor-motor besar tersebut mestilah dipasangkan dengan alat-
alat kawalan yang sesuai bagi mengelakkan bahaya arus permulaan yang tinggi.
Diantara jenis kawalan yang biasa digunakan ialah, kawalan terus pada talin
(D.O.L.), kawalan mara-songsang,kawalan turutan, kawalan auto pengubah,
kawalan bintang-delta dan sebagainya.

3
AKSESORI KAWALAN MOTOR DAN FUNGSINYA.

1) PENYENTUH (CONTACTOR)

-Satu suis yang dikendalikan oleh elektromagnet bertujuan bagi menyambung dan
memutuskan litar.

4
2) GEGANTI BEBAN LAMPAU (OR)

- Alat pelindung yang digunakan untuk memutuskan litar utama apabila berlaku
lebihan arus yang disebabkan oleh beban lampau.

3) GEGANTI PEMASA (TIMER RELAY)

-Satu alat yang melewatkan masa kendalian sesentuh dalam sesebuah penghidup
motor.

5
4) PUNAT TEKAN (PUSH BUTTON)

-Untuk menyambung atau memutuskan pengaliran arus di dalam sesebuah litar.

5) PEMUTUS LITAR KENIT (MINIATURE CIRCUIT BREAKER)

-untuk memutuskan bekalan pada nilai yang ditentukan.

6
PRINSIP KENDALIAN MARA-SONGSANG

1. Apabila punat mara ditekan, arus akan mengalir dari "L" masuk ke punat
tekan henti. Punat tekan mara (bahagian hidup) ke sesentuh lazim tertutup
(normaly closed) "R" ke gegelung "F" dan berakhirnya ke "N".

2. Ini bererti gegelung mara "F" mendapat arus litar yang lengkap dan
bertenaga.

3. Apabila sesentuh "F" bertenaga ini menyebabkan kesemua sesentuh "F" akan
berkerja yang lazimnya tertutup akan terbuka dan yang lazimnya terbuka
akan tertutup.

4. Motor elektrik akan berputar pada arah mara disebabkan penyambungan


yang mengikut fasanya.

5. Motor akan terus berputar walaupun punat tekan mara dilepaskan kerana
arus punat tekan itu sebagai pelengkap litar telah diambil alih tugasnya oleh
sesentuh tambahan "F" ( Dalam litar ia selari dengan symbol punat tekan
hidup).

6. Semasa motor bergerak dalam arah mara, Apabila punat tekan songsang
ditekan motor tidak akan bergerak kearah songsang atau berhenti ini
disebabkan oleh terdapanya saling kunci mekanik yang dipasang pada
sesentuh utama "F" dan "R".

7. Motor perlulah di matikan dahulu dengan menekan punat henti, ini


menyebabkan gegelung tenaga "F" akan kehilangan tenaga dan apabila
punat tekan songsang songsang ditekan gegelung songsang "R" akan
bertenaga dan berkerja seperti "F".

9
8. Motor akan berpusing pada arah songsang kerana dua daripada fasa bekalan
kemotor diterbalikan menerusi sesentuh "R"

9. Apabila punat tekan henti dtekan atau berlakunya beban lampau "F" atau "R"
akan kehilangan tenaga dan ini menyebabkan kesemua litar gegelung akan
berhenti beroperasi dan ini akan menyebabkan motor terhenti.

10
PRINSIP KENDALIAN PEMULA BINTANG-DELTA

1. Apabila Start Button ditekan, Contactor C1 dan C3 akan hidup, pada masa
yang sama Coil Timer mendapat bekalan melalui N/C Contactor C2.

2. Pada masa ini Motor akan beroperasi dalam sambungan Star (Bintang),
melalui Litar Utama yang telah disambungkan pada Motor.

3. Apabila cukup masa yang dilaraskan pada Timer (75 % kelajuan motor),
Contactor C3 akan terputus bekalan , serentak dengan itu Contactor C1 dan
C2 akan hidup dan lampu penunjuk Run bernyala.

4. Pada masa ini motor akan beroperasi dalam sambungan Delta, dan terus
kekal higgalah motor diberhentikan operasinya.

5. Apabila Stop Button ditekan, bekalan akan terputus, semua gelung


contactor serta Sesentuh Utama dan Tambahan akan terputus bekalan .
Motor akan turut berhenti dari beroperasi, kerana Litar Utama yang telah
disambungkan, juga terputus bekalan. Dalam keadaan ini Lampu penunjuk
Stop akan bernyala.

6. Apabila berlaku Beban Lampau, Thermal Over Load akan bertindak


memutuskan bekalan kepada Litar Kawalan menyebabkan Motor akan
berhenti dari beroperasi dan dalam keadaan ini Lampu Penunjuk Trip akan
bernyala.

7. Untuk menghidupkan semula motor tersebut, Reset Button pada Thermal


Over Load perlu ditekan terlebih dahulu (lampu penunjuk Stop akan bernyala)
sebelum Motor dihidupkan semula.

12
PRINSIP KENDALIAN PEMULA PENGUBAH AUTO

1. Apabila punatekan PB2 ditekan, penyentuh R akan bertenaga dan sesentuh


tambahan R akan menutup dan menyebabkan arus akan membekalkan
tenaga ke Penyentuh C2 dan GLM-TR.

2. Semua sesentuh sedia buka C2 akan menutup serta sesentuh sedia tutup
akan membuka.

3. Penyentuh C1 juga mendapat tenaga dan sesentuh C1 akan bekerja. Pada


ketika ini, motor mendapat bekalan separuh voltan.

4. Manakala sesentuh GLM-TR masih belum mula bekerja. Apabila sampai


masa, sesentuh GLM-TR sedia tutup akan memutuskan bekalan ke
Penyentuh C1 dan C2.

5. Sementara sesentuh GLM-TR sedia buka akan menutup dan membawa


bekalan ke penyentuh C3.

6. Penyentuh C3 akan bertenaga dan sesentuh utama akan membekalkan


voltan penuh kepada motor.

7. Untuk memberhentikan motor, punatekan PB1 hendaklah ditekan.

14
KESIMPULAN

Kesimpulannya,saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang kawalan


motor. Saya juga dapat melakukan pendawaian kawalan motor mara-songsang,auto
trans,bintang-delta dan lain-lain melalui lukisan litar utama dan litar kawalan.
Akhirnya,saya juga dapat membaca litar, melukis litar dan dapat mengenali setiap
komponen-komponen yang ada dalam litar kawalan motor.
15

RUJUKAN

INTERNET :

1. https://www.slideshare.net

2. http://www.onlajer.net

3. http://electricaltechnologyblog.blogspot.com

4. http://wanpaiye.blogspot.com

5. http://norsamida.blogspot.com

6. http://modulkawalanlitarelektrikonline.blogspot.com
16

You might also like