Minggu 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal: Ke-1

Minggu Praktikum: Pertama


Tarikh Peristiwa: 18 Februari – 22 Februari 2019
Tajuk Jurnal: Melapor Diri kepada Guru Besar

Pada 20 Februari 2019 (Rabu), saya telah diberikan seorang guru pembimbing iaitu,
Encik Isa bin Rompie yang bakal membimbing saya sepanjang internship dilaksanakan.
Kemudian, perbincangan serba sedikit telah dilakukan dengan beliau bagi menerangkan
tugasan dan projek-projek yang berkemungkinan bakal dilaksanakan. Antara projek-projek
tersebut ialah menghasilkan inovasi secara individu.

Pada 18 Februari 2019, kami baru berpeluang untuk melapor diri kepada Guru Besar
sekolah iaitu Encik Fazil Yee setelah beliau naik dari cuti. Dikesempatan itu, kami telah
melakukan beberapa perbincangan dengan beliau tujuan kami datang iaitu:

- Melakukan kutipan data yang akan dijalankan semasa proses pdp berlansung bertujuan
untuk melaksanakan kajian tindakan terhadap masalah yang dihadapi guru pelatih. Selain, kami
dikhendaki untuk mengambil sebanyak dua waktu mengajar.

- Perlaksanaan projek inovasi yang dihasilkan oleh para guru pelatih sekaligus
menjalankan pameran bagi inovasi yang telah dihasilkan.

- Perbincangan mengenai etika seorang guru yang merupakan salah satu tugasan yang
perlu dilaksanakan oleh guru pelatih. Tugasan tersebut memerlukan guru pelatih untuk
membuat satu sesi temu bual dengan pihak pentadbir mengenai ‘Guru Cemerlang’ di sekolah.
Hasilnya, soalan temu bual telah diserahkan kepada Guru Besar untuk mempersiapkan diri
sebelum sesi temu bual dilaksanakan.

Pada hari yang sama juga, proses pengumpulan data untuk kitaran pertama telah
dilaksanakan oleh guru pelatih. Data telah dikumpulkan semasa proses pdp berlansung.
Beberapa soalan ujian diagnostik telah diedarkan kepada beberapa orang sampel yang telah
dikenal pasti mempunyai masalah berdasarkan kajian yang dijalankan. Di samping itu,
pemerhatian terhadap sampel-sampel ini turut dilakukan bagi membuat penilaian terhadap
mereka sepanjang proses pdpc berlansung bagi tajuk berkaitan.

Akhirnya, minggu kedua telah berjalan dengan lancar setelah beberapa urusan telah
dilakukan sedikit demi sedikit dan mengikut perancangan.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like