Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SK SULAIMAN

JLN ANNUAR
28700 BENTONG,
PAHANG DARUL MAKMUR
_______________________________________

KERTAS KERJA
PROJEK MENAIK TARAF –
LALUAN MESRA OKU

SK. SULAIMAN
2019
1.0 NAMA PROJEK
Projek Pembangunan Kemudahan-Kemudahan Sekolah

2.0 TUJUAN
Program ini bertujuan untuk:
2.1 Menaiktaraf kemudahan OKU dengan membina laluan oku.

3.0 LATARBELAKANG
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menyediakan kemudahan Laluan OKU di
laluan ke kantin dan tapak perhimpunan SK Sulaiman, Bentong, Pahang.
Kemudahan ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam meyediakan
perkhidmatan Pendidikan mesra OKU di sekolah-sekolah, Program Pendidikan
Khas Integrasi Pembelajaran (PPIP) adalah satu program yang diwujudkan bagi
memenuhi keperluan pembelajaran untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
di sekolah-sekolah biasa.

Program PPKI Pembelajaran SK. Sulaiman, mempunyai 20 orang murid, 5


orang guru Pendidikan Khas sepenuh masa, seorang guru agama dan dibantu oleh
2 orang Pembantu Pengurusan Murid. Jumlah murid dijangka akan terus
bertambah dari masa ke semasa memandangkan SK. Sulaiman terletak di tengah-
tengah bandar Bentong yang berhampiran dengan penempatan yang padat
penduduk.

Daripada 20 orang murid Pendidikan Khas yang ada, seorang darinya


mempunyai masalah kecacatan anggota yang menggunakan kerusi roda. Oleh itu,
satu pelan naik taraf laluan sedia ada ke laluan mesra OKU perlu disediakan

Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan pelan jangka panjang ini ialah


murid ini boleh bergerak sendiri ke kantin, ke padang dan ke tapak perhimpunan
dengan sendiri menggunakan kerusi roda tanpa perlu bantuan Pembantu
Pengurusan Murid mendukung murid ini.

4.0 RASIONAL
4.1 Projek ini akan memberi keselesaan kepada murid-murid bermasalah fizikal
yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak di kawasan sekolah.
4.2 Menjadi sekolah mesra OKU dengan kemudahan laluan mesra OKU untuk
murid berkerusi roda bergerak.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Menaiktaraf kemudahan mesra OKU sejajar dengan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Untuk Semua dan Sekolah Mesra OKU.di
Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran, SK. Sulaiman.

6.0 PELAKSANAAN
Sasaran : Laluan ke kantin dan ke tapak perhimpunan
Masa : 2019

7.0 ANGGARAN KOS

No. Tempat / Kemudahan Kuantiti Kos Setiap Jumlah


Laluan
01. Laluan OKU 2 RM400x2 RM800.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

i) Sumbangan PIBG dan LPBT

9.0 PENUTUP

Keberkesanan projek ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama semua pihak.

You might also like