Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR) BIL.1/2019

Tarikh : 26 Disember 2018

Masa : 1.30 tengahari

Tempat : PERPUSTAKAAN

Pengerusi : TUAN HAJI MUSA BIN MUHAMMAD (GURU BESAR)

Kehadiran(Bilangan) : 18/18

1. En. Haji Musa bin Muhammad Guru Besar


2. En. Mohamed Ali bin Bujang GPK Pentadbiran
3. En. Kamil bin Tukiman GPK HEM
4. Cik Saamah binti Rasman GPK KOKO
5. Pn. B. Kalavathi Guru
6. Pn. Fadzilah binti Haji Muda Guru
7. Pn. Azizah binti Abd Jabar Guru
8. Pn. Azura binti Ishak Guru
9. Pn. Rugayah binti Long Omar Guru
10. En. Zainorasrudin bin Alias Guru Pemulihan
11. En. Halmi bin Awang Guru
12. En. Rizuan bin Abd Rasid Guru Data
13. En. Abd Rahman bin Ramian Guru
14. Pn. Yuszanariah binti Md. Yusof Guru
15. Pn. Mashitah binti Asnan Guru
16. Pn. Arina binti Abd Hamid Guru
17. Pn. Atiqah binti Nordin Guru
18. Pn. Nur Syazwani bt Muhammad Nazari Guru
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
pada mesyuarat pelaporan pentaksiran sekolah rendah yang pertama bagi
tahun 2019.
1.2 Menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan
perkara-perkara yang disenaraikan dalam agenda mesyuarat.

2 AGENDA MESYUARAT
2.1 PPSR – Konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PPSR
2.1.1 PBD dilaksanakan secara:
a) Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang
pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
b) Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c) Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut
kesesuaian dan kesediaan murid.
d) Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

2.1.2 Pentaksiran :
a)Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b) Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
penggal, bulan atau tahun.

2.1.3 Komponen PPSR terdiri daripada:


a) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – dilaksanakan untuk semua
matapelajaran.
b) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
c) Pentaksiran Psikometrik – Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti
d) Pentaksiran Pusat – dilaksanakan untuk mat pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
2.2 Pengoperasian PBS:

2.2.1 Pementoran: Pementoran merupakan satu proses membantu, memudah cara


dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut
prinsip dan prosedur yang ditetapkan. Unit ini berfungsi untuk
membantu guru-guru untuk melaksanakan PBS

2.2.2 Penyelarasan: Penyelarasan merupakan satu proses memastikan pentaksiran


yang dilaksanakan oleh guru mempunyai kesahan,
kebolehpercayaan supaya keputusan pentaksiran adalah adil
dan maklumbalas boleh digunakan untuk penambahbaikan.

2.2.3 Pemantauan: Pemantauan merupakan satu proses memastikan kaedah


pelaksanaan PBS mengikut prosedur atau garis panduan yang
ditetapkan mempunyai kesahihan dan amanah bagi
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran.

2.2.4 Pengesanan: Pengesanan merupakan satu proses untuk memastikan


kekuatan dan keberkesanan PBS dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk
tujuan penambahbaikan.

2.3 Penubuhan Jawatankuasa PPSR

2.3.1 Setiausaha PPSR mengumukan Jawatankuasa PPSR bagi tahun 2019.


2.3.2 Beliau berharap ahli jawatankuasa ini dapat menjalankan tugas masing-masing
degan bersungguh sungguh agar dapat memenuhi dasar kementerian.
2.4 Sistem dokumen PBD

2.4.1 Setiausaha Penilaian Bilik Darjah (PBD) telah menetapkan tentang dokumen
yang perlu ada bagi setiap guru bagi melaksanakan pentaksiran iaitu DSKP bagi
setiap matapelajaran, borang transit serta borang pelaporan PBD.
2.4.2 Semua borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM.
2.4.3 Guru diingatkan untuk menjalankan pentaksiran dari masa ke semasa dan
borang transit perlu dikemaskini sejajar dengan pentaksiran yang telah
dijalankan.
2.4.4 Guru perlu mencetak borang pelaporan PBD dan pelaporan individu murid 2
kali setahun untuk digunakan semasa perjumpaan bersama ibu bapa.
2.4.5 Borang pelaporan PBD yang telah lengkap perlu disimpan di dalam fail induk
PBS di bilik gerakan.
2.5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

2.5.1 Murid ditaksir melalui Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk
murid sekolah Malaysia (SEGAK) yang akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu
pada bulan Mac dan Julai. Hanya murid Tahap 2 yang terlibat.
2.5.2 Ianya dilaksanakan oleh guru yang mengajar PJ dan seterusnya diisi di dalam
portal PAJSK.
2.5.2 Kokurikulum dan sukan pula dinilai sepanjang tahun.

2.6 Pentaksiran Psikometrik

2.6.1 Akan dilaksanakan oleh kaunselor sekolah, Pn. Mashitah binti Asnan.
2.6.2. Murid akan menduduki Ujian Inventori Kecerdasan Pelbagai.
2.7 Perancangan PPSR 2019 (Jadual Pengoperasian)

2.7.1 Pembentangan Jadual Pengoperasian PPSR SK Sultan Sir Ibrahim 2019. Rujuk
jadual yang diberi. Terdapat banyak aktiviti yang disusun dan berharap
agar semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

2.7.2 Antara aktiviti-aktivti PBS ialah mesyuarat PPSR 2 kali setahun, pelaksanaan
PBD, aktiviti penjaminan kualiti, pelaksanaan PAJSK, PPSI, pelaporan murid,
semakan fail dan sebagainya.

3 PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi mesyuarat/ ahli mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………
Nur Syazwani bt Muhammad Nazari

Tarikh: 1 Januari 2019

You might also like