Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK (25 )

Menghasilkan satu penulisan akademik yang bersifat menilai sejarah perkembangan


perlembagaan di negeri-negeri Melayu

1.0 Pengenalan

Adat merupakan peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat setempat daripada
sudut politik, ekonomi, sosial dan agama secara turun-temurun. Hal ini disokong oleh Ahmad
Mohamed Ibrahim (1987), adat ialah hukum hidup dan juga merupakan peraturan yang
diamalkan oleh sesebuah komuniti masyarakat yang muncul secara turun-temurun yang wajib
dipatuhi dan diamalkan dari satu generasi ke satu generasi yang akan datang. Hujah ini
diperjelaskan lagi oleh A.Samad Idris et al. ( 1994), yang membincangkan perihal adat yang
meliputi cara hidup dan budaya dalam kegiatan sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan
beragama. Justeru, dapat disimpulkan bahawa adat diperturunkan daripada satu generasi
kepada satu generasi secara lisan dan ianya meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan yang
menjadi undang-undang dan perlu dipatuhi oleh masyarakat tempatan.

2.0 Adat Perpatih

Adat di Negeri Sembilan pula merupakan satu undang-undang yang tidak bertulis. Hal ini
dinyatakan oleh Ahmad Mohamed Ibrahim (1987), bahawa adat Negeri Sembilan mengandungi
undang-undang dan tatatertib yang disebut sebagai sebuah perlembagaan namun, ianya
merupakan satu undang-undang yang tidak bertulis. Adat Negeri Sembilan juga dibahagikan
kepada empat kategori iaitu:

a) Adat yang sebenarnya adat yang asasi seperti mengutamakan keturunan daripada sebelah
ibu, hidup bersuku-suku, berlembaga dan tanah pusaka adat.

b) Adat yang diadatkan iaitu suatu yang disusunkan mengikut muafakatnya kemudian dijadikan
adat.

c) Adat yang teradat iaitu kata muafakat yang telah diadatkan (resam) dan keadaannya berbeza
antara sau tempat dengan yang lain.

d) Adat istiadat iaitu adat-adat resam yang terdapat dalam sesuatu upacara seperti adat
istiadat perkahwinan.

(Azwan Syah, 2015)


Berpandukan empat kategori tersebut, adat yang sebenar adat itulah yang dikatakan sebagai
undang-undang dan wajib dijadikan panduan dan pegangan hidup (Azwan Syah, 2015).
Manakala menurut Mohd Rosli Saludin (2015), juga menyatakan bahawa sesiapa yang
melanggar adat yang telah ditetapkan tersebut mestilah dihukum di atas perlakuannya.

Seperti di Negeri Sembilan, Adat yang sebenar adat dikenali sebagai Adat Perpatih.
Menurut Muhammad Aunurrochim (2014), Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera
dan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan. Selain daripada Negeri Sembilan, Adat Perpatih ini
juga turut diamalkan di Naning. Hujah ini disokong oleh Makkiah & Jamaliah (2012), yang
menyatakan Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan dan sebahagian dari
masyarakat bersempadan dengan Melaka seperti di Naning. Walaupun dikatakan Negeri
Sembilan mengamalkan Adat Perpatih, tetapi sebenarnya ianya hanya menjadi amalan di
daerah-daerah tertentu sahaja seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau. Daerah yang
berdekatan dengan persisir pantai seperti Port Dickson merupakan daerah yang mengamalkan
adat Temenggong (Lembaga Muzium N.Sembilan, 2009).

Adat Perpatih ini boleh lihat keunikannya daripada sudut bentuk dan pelaksanaan,
pemerintahan, pelaksanaan undang-undang dalam pembahagian harta dan kekeluargaan.
Hamka (2016), mengikut bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih, Adat Perpatih ini merupakan
adat yang tidak bertulis dan ia adalah pepatah yang diwariskan secara lisan. Adat ini
berasaskan kepada dua sumber iaitu adat turun-temurun yang diwarisi dan hukum syarak
mazhab Shafie. Beralih kepada sudut sistem pemerintahannya, ia dibahagikan antara
pemerintah Undang, Lembaga, Buapak, Perut dan orang ramai. Manakala Yamtuan dipilih oleh
ketua suku yang dikenali Undang. Dari segi undang-undang pembahagian harta, Adat Perpatih
mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum perempuan.
Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu
sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya. Dalam aspek perkahwinan pula, Adat
Perpatih tidak membenarkan perkahwinan sesama suku sebaliknya hendaklah berkahwin
daripada suku yang berlainan. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap
tidak mengembangkan keturunan. Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku dan setiap suku
mempunyai nama tersendiri seperti Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak Melaka dan
Anak Acheh.
Sememangnya Adat Perpatih merupakan undang-undang yang diamalkan dari satu
generasi kepada satu generasi dan masih kekal sehingga kini walaupun ada sebahagiannya
telah diubahsuai oleh British pada zaman penjajahannya. Justeru, berdasarkan hujah di atas,
penulisan ini akan memfokuskan dengan lebih mendalam berkenaan dengan harta pusaka
dalam adat perpatih dan pemilikan tanah adat yang akhirnya dipelopori oleh pihak British pada
era penjajahan barat.

4.0 Harta pusaka dalam Adat Perpatih

Muhammad Aunurrochim (2014), ada menyentuh dari segi undang-undang pembahagian harta
yang menyatakan bahawa Adat Perpatih mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau
diberatkan kepada kaum perempuan. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan,
iaitu daripada pihak sebelah ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuannya.
Suami tidak berhak memiliki harta pusaka, dan jika sekiranya seseorang ibu tidak mempunyai
anak perempuan, maka hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau anak
perempuan adik-adiknya dan cucu-cucu perempuannya. Persoalan yang sering wujud
mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan
kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan.
Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.
Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga.
Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan
maruah kaum wanita Adat Perpatih. Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin
macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke
kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai
penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus
berusaha untuk hidup (survival).

Secara ringkasnya, terdapat empat kategori harta dalam sistem hidup suku di
Minangkabau iaitu harta pusaka tinggi, harta pusaka rendah, harta sepencarian dan harta milik
peribadi. Harta pusaka tinggi adalah harta yang diwariskan secara turun-temurun dari beberapa
generasi mengikut garis keturunan ibu (matrilineal). Manakala harta pusaka rendah pula adalah
harta yang didapati hasil usaha atau pencarian sendiri. Harta ini boleh dijual dan digadaikan
mengikut keperluan dengan kesepakatan ahli waris. Ia adalah harta yang pada asalnya adalah
milik harta milik peribadi yang berupa barang tidak bergerak, seperti rumah, sawah dan ladang.
Harta sepencaraian pula ialah harta daripada hasil usaha bersama suami dan isteri yang
diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Jika terjadi perceraian, maka harta jenis ini boleh
dibahagikan. Manakala yang terakhir pula adalah harta peribadi yang dimiliki oleh seseorang
sama ada suami atau isteri yang diperoleh sebelum perkahwinan. Setelah terjadi perkahwinan,
status harta ini masih milik masing-masing (Hamid Jusoh,1992). Mengikut Adat Perpatih, harta
pusaka ini tidak boleh dijual beli dan hanya boleh digadaikan untuk mendapat manfaatnya.
Syarat boleh menggadaikan harta pusaka ini adalah perlu mendapat persetujuan diantara
pemimpin kaum dalam satu mesyuarat. Penggadaian itu juga perlu diutamakan kepada suku
yang sama meskipun boleh juga digadaikan kepada suku lain.

Namun begitu, British telah memberikan kebenaran untuk kes Kembang binti Haji Rapal
untuk membatalkan status customary land di dalam geran tanahnya bagi memudahkan beliau
menjual tanah tersebut kepada kerajaan ataupun orang lain termasuklah bukan Melayu. Dalam
kes-kes yang telah disebutkan, tidak terdapat kepentingan untuk menjual tanah berdasarkan
syarat yang ditetapkan oleh Adat Perpatih. Kepentingan tanah adat sebagai pemilikan tetap
anggota suku mulai longgar dan tidak penting bagi anggotanya setelah bertembung dengan
undang-undang kolonial. Kelonggaran pembatalan tanda customary land ini telah memudahkan
jualan tanah kepada individu lain malahan kepada bangsa asing. Tiada rekod di dalam kes ini
yang mempunyai tentangan daripada waris yang lain di dalam suku. Kelonggaran ini berlaku
kerana pemilikan tanah sesama suku hampir hilang setelah dasar British ini dikuatkuasakan.
Kes yang melibatkan keputusan individu dan membelakangkan semangat sesama suku juga
telah mula meresap dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat Adat Perpatih generasi zaman
kolonial.

5.0 Pemilikan Tanah Adat

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), dalam siri buku Syarahan Negeri Sembilan, era
penjajahan barat telah menyaksikan gelombang perkembangan dan perubahan adat yang
ketara terutamanya berkaitan dengan tanah adat di Negeri Sembilan. Muhammad Aunurrochim
(2014), menerangkan bahawa tanah adat dalam budaya Minangkabau tersebut ialah tanah
pusaka atau tanah warisan keluarga. Atas alasan pembangunan ekonomi pada era penjajahan,
pentadbiran British di Tanah Melayu telah masuk campur di dalam hal ehwal adat terutamanya
dalam hal pentadbiran tanah yang sekaligus telah membawa gelombang perubahan kepada
pentadbiran Tanah Adat (Noor Aziah Mohd. Awal, 2003). Rentetan itu, British telah
memperkenalkan Customary Tenur Enactment (CTE) yang bertujuan mengawal perjalanan
sistem tanah adat di negeri ini. Hampir kesemua peraturan dan undang-undang yang
diwartakan dalam CTE ini berlandaskan kepada Adat Perpatih namun pembuat keputusan bagi
kes-kes yang terlibat akan diputuskan oleh seorang pegawai British (Azwan Syah, 2015)

Setelah British melaksanakan CTE, terdapat beberapa kes yang berkaitan tuntutan
tanah yang melibatkan angota suku kaum lelaki. Kebanyakan kes ini melibatkan tuntutan
perwarisan tanah yang tidak mempunyai waris perempuan. Di antara kes tuntutan tanah ini
ialah anak-anak lelaki Nayam binti Satin. Nayam meninggal dunia dan Lembaga suku telah
menetapkan tanah itu diwariskan kepada adik Nayam iaitu Ghamih yang turut meninggal dunia
tidak lama kemudian. Ekoran daripada itu, anak-anak Nayam yang semuanya lelaki ingin
menuntut tanah itu kembali kerana bimbang tanah itu akan diwariskan kepada anak Ghamih.
Kes lain melibatkan Jaya dan adik-beradik lelakinya yang ingin menuntut tanah estet arwah
ibunya yang diwariskan kepada saudara perempuan arwah. Permohonan Jaya dan lain-lain
ditolak oleh pihak pejabat tanah kerana jelas bertentangan dengan undang-undang adat.
Daripada dua kes tersebut, persamaan yang jelas ialah pewaris lelaki di dalam keluarga ini
telah menuntut tanah tersebut kerana tidak mahu tanah itu jatuh kepada saudara perempuan
waris yang lain. Namun peruntukan CTE dan Adat Perpatih seiring dalam kes ini dengan tidak
membenarkan tanah adat diwariskan kepada waris lelaki. Justeru, dapat dilihat bahawa
pelaksanaan CTE berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Adat Perpatih. Namun
begitu, pengaruh CTE telah menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan peraturan adat
yang digariskan dalam Adat Perpatih.

Misalnya dalam hal harta carian mengikut peraturan adat, jika tanah tersebut diwarisi
oleh generasi perempuan, tanah ini akan tergolong sebagai tanah adat. Namun, selepas CTE
1909 digubal semua harta carian dikeluarkan daripada peraturan adat (Komo Haji Duaji, 2009).
Hal ini jelas bertentangan dengan peraturan adat yang sebenar. Masyarakat adat juga terbeban
dengan cukai yang tinggi yang dikenakan oleh pihak British. Hal ini kerana masyarakat adat
perlu membayar cukai $22 setahun bagi tanah sawah yang tidak lagi mendatangkan sebarang
hasil. Rentetan itu, berlakunya kes Kembang binti Haji Rapal, yang telah hilang semangat
kesukuan yang diamalkan secara turun-temurun dan mulai terhakis dengan kehadiran undang-
undang British (Abdullah Siddik, 1975). Merujuk kepada kes Kembang binti Haji Rapal, bebanan
cukai menjadi masalah yang masih lagi berlaku sehingga penghujung tahun 1930-an. Kes ini
telah menjelaskan tentang bebanan cukai masih lagi tidak mampu diatasi sehingga
menyebabkan keputusan menjual tanah adat dilakukan. Perlaksanaan cukai telah
mendatangkan bebanan kepada masyarakat adat ditambah dengan tanah yang tiada hasil telah
menyebabkan tanah adat mulai longgar pemilikannya berbeza dengan peraturan asal Adat
Perpatih.

Justeru, masyarakat Adat Perpatih tidak lagi mementingkan peraturan adat itu sendiri
namun lebih terdedah dengan undang-undang kolonial. Pemerintahan British telah
mendatangkan perubahan dari segi pemikiran masyarakat adat dalam hak milik tanah adat.
Dasar British telah berjaya mengubah konsep pemilikan tanah adat secara hak milik suku
kepada lebih berbentuk individu. Pengurusan tanah ini bukan sahaja memudahkan British
dalam hal ehwal urusan cukai malah memudahkan lagi proses pemilikan tanah adat. Dalam
kes-kes yang telah disebutkan, tidak terdapat kepentingan untuk menjual tanah berdasarkan
syarat yang ditetapkan oleh Adat Perpatih. Kepentingan tanah adat sebagai pemilikan tetap
anggota suku mulai longgar dan tidak penting bagi anggotanya setelah bertembung dengan
undang-undang kolonial. Perubahan adat ini telah memberi kesan kepada masyarakat Adat
Perpatih sehngga ke hari ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapat dilihat bahawa Adat Perpatih diamalkan dalam semua aspek dalam
masyarakat iaitu politik, ekonomi dan sosial. Namun daripada sudut harta pusaka, pewarisan
harta mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau diberatkan kepada kaum
perempuan berbanding lelaki. Harta juga dibahagikan kepada empat kategori iaitu harta pusaka
tinggi, harta pusaka rendah, harta sepencarian dan harta milik peribadi. Mengikut Adat Perpatih,
harta pusaka tidak boleh sewenang-wenangnya dijual atau digadai kepada suku lain. Namun
begitu, disebabkan British memberi kelonggaran dalam penjualan harta pusaka, banyak
terjadinya kes-kes gadai tanah seperti kes Kembang binti Haji Rapal. Dalam pemilikan tanah
adat pula, terdapat persamaan antara Adat Perpatih dan pelaksanaan CTE oleh British yang
tidak membenarkan tanah diwarisi oleh waris lelaki. Dengan pelaksanaan CTE, cukai yang
tinggi juga dikenakan kepada masyarakat adat yang menyebabkan tanah adat dijual kepada
suku lain dan bangsa lain akibat daripada bebanan yang diterima. Kesannya, tanah adat mulai
longgar pemilikannya dan masyarakat tidak lagi mematuhi peraturan Adat Perpatih. Walaupun
Adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan
dan Naning, tetapi ia telah mengalami perubahan akibat kedatangan penjajah Eropah ke Tanah
Melayu.
Rujukan

Abdullah Siddik. (1975). Pengantar Undang-undang Adat di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Ahmad Mohamed Ibrahim. (1987). Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

A.Samad Idris et al. (1994). Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram Adat Merentas

Zaman. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan dengan kerjasama


Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Azima Abdul Manaf, "Masalah dan Cabaran Tanah Adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan

Indonesia" (2009) Malaysian Journal of Society and Space vol 5, 69-78.

Azwan Syah Idris, Nordin hussin dan Ishak Yussof, Pelaksanaan Customary Tenure Enactment

(CTE) Zaman Kolonial dan Kesannya ke atas pentadbiran Tanah Adat di Negeri
Sembilan (1921-1940) ms 74 dicapai pada 10 Mac 2018 melalui pautan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7589-keunggulan-adat-perpatih.html

Baharuddin & Shamsul Amri. (2007). Adat Perpatih Menungkah Zaman. Negeri Sembilan:

Lembaga Muzium Negeri Sembilan.


David S.Y Wong. (1975). Tenure and Land Dealings in the Malay States. Singapore: Singapore

University Press. pp 495-496 dicapai pada 10 Mac 2018 melalui pautan


http://www.my/geografia/images/upload/12x.geografia-feb15-mida-edam.pdf

Hamka. (2006). Islam & Adat Minangkabau. Selangor: Pustaka Dini.

Hajah Makiah Tussaripah Hj Jamil dan Jamaliah Mohd Taib, "Kajian Adat Perpatih di Negeri

Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam" dalam Norarfan Zainal (eds) (et.al)
Prosiding Membongkar Rahsia Pendidikan Islam, KUPU, Seri Begawan dan UiTM, 2012
(p.619-624).

Hamid Jusoh. (1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Komo Haji Duaji. (2009). Jejak Adat Perpatih Luak Jempol. Negeri Sembilan: Lembaga Muzium

negeri Sembilan.

Muhammad Aunurrochim. (2014). Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Berkaitan Tanah

Adat di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Fathi Yusof. (2007). Undang-Undang Tanah di Malaysia. Selangor: Mus,ab

Publication Gombak.
Noor Aziah Mohd. Awal. (2003). Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia.

Selangor: International Law Book Services.

Othman Ishak, (1997). Hubungan antara Undang-undang Islam dengan Undang-undang Adat.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like