Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEPENTINGAN MEMBACA BUKU

Membaca ialah satu aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada pembaca.Amalan
membaca boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang berfaedah,iaitu membolehkan seseorang itu
mengetahui isi kandungan sesebuah buku,surat khabar dan lain-lain lagi.Membaca membolehkan
individu mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang berlaku di dunia ini.Sasterawan negara
terkenal,iaitu,A.Samad Said pernah mengatakan bahawa membaca diibaratkan sebagai kunci
kepada gedung ilmu.Oleh itu,minat membaca haruslah dipupuk di kalangan masyarakat sejak awal
lagi.

Membaca merupakan jambatan ilmu.Dengan membaca,kita akan memperolehi pelbagai ilmu


pengetahuan dalam pelbagai bidang.Oleh itu,semakin banyak yang baca dan pelajari,semakin
tinggilah ilmu yang akan kita perolehi. dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami.Ingin saya
katakan,bangsa yang mempunyai ilmu yang tinggi,akan dihormati dan disanjungi oleh orang
ramai.Oleh itu,janganlah kita membazirkan masa yang emas ini dengan membuat perkara-perkara
yang tidak berfaedah seperti melepak,merokok dan lain-lain lagi.

Amalan membaca juga antara faktor kejayaan seseorang.Untuk pengetahuan anda, pelajar
cemerlang SPM iaitu,Amalina,dikenali dan digelari sebagai perpustakaan bergerak.Hal ini kerana,dia
sentiasa membawa buku ke mana sahaja dia pergi dan sentiasa menggunakan masa terluang yang
ada dengan membaca buku.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar,90% orang yang ingin membaca mampu untuk menguasai
ilmu akademik dan 50% mengakui yang mereka dapat menjawab semua soalan
peperiksan.Maka,tidak dapat dinafikan bahawa amalan membaca ialah resepi untuk orang berjaya.

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan baik apabila membaca.Bahan bacaan juga tidak
sepatutnya terhad kepada buku teks sahaja tetapi,surat khabar dan majalah juga boleh dijadikan
sebagai bahan bacaan.Masa yang terluang boleh digunakan oleh remaja-remaja untuk membaca dan
ini dapat mengelakkan remaja daripada terjebak kepada gejala sosial.Membaca mampu melahirkan
modal insanyang berguna seperti yang diingini oleh negara.

Membaca juga membolehkan kita mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di negara dan di
luar negara.Dalam era globalisasi ini, kita boleh mengetahui pelbagai isu yang terdapat di dunia ini
dengan melayari internet dan membaca surat khabar.Amat penting untuk kita mengikuti
perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar negara.Isu-isu seperti bencana alam,peperangan
dan lain-lain lagi merupakan isu yang boleh kita perolehi melalui membaca.Kesimpulannya,membaca
dan mengetahui isu-isu semasa membolehkan kita tidak akan mudah ditipu pleh orang lain kerana
sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Kesimpulannya,membaca merupakan satu aktiviti yang mempunyai seribu kabaikan.Ada


pepatah melayu,mengatakan`ilmu itu lebih berharga daripada emas dan harta'.Aktiviti membaca
mampu menjamin masa depan yang cemerlang dan menampilkan imej yang tinggi di kalangan
masyarakat.Oleh itu,saya menyeru orang ramai tanpa mengira agama agar manfaatkan masa yang
terluang dengan membaca.

You might also like