Laporan Dokumentasi Perasmian Penutup

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pameran Galeri Sejarah yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah Sekolah

Kebangsaan Desa Jasmin telah menyempurnakan Majlis Penutupan Rasmi Bulan

Kebangsaan 2018.Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Puan Hjh Rodiah Bt

Mohd Jan{Tuan Pegawai Pendidikan Daerah ,PPD Seremban}Dalam majlis itu turut

serta Encik Munshi Bin Ab Rahman (Pegawai perhubungan Sekolah ,PPD Seremban

) , Pn. Rafe’ah Bt Abdul Rahman (Penyelaras Program Kunjungan Kasih UPSR,PPD

Seremban),wartawan Berita Harian dan Jurugambar Berita Harian.

Pameran bermula seawal jam 11.00pagi itu turut diserikan dengan persembahan

tarian dan gimik penutupan sebagai kemuncak bulan kemerdekaan.Sesi wawancara

bersama pemberita Berita Harian juga telah diadakan .

Selain itu, pemenang beberapa kategori setiap pertandingan turut menerima hadiah

masing-masing menerusi pertandingan mewarna Jalur Gemilang, pakaian kreatif

tahap 1, melukis poster, dan pertandingan kelas kreatif Semua acara dan aktiviti yang

dijalankan ini menjurus kepada menanam semangat patriotik dalam diri murid dan

diharapkan penerapan ini terpahat di hati mereka sehingga dewasa.

En.Azhar Abu Zarin yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin

berkata, seramai 1300 murid, guru dan kakitangan sekolah itu menyertai bulan

Kebangsaan ini yang diadakan sejak 15 Ogos hingga 16 september 2018. Menurut

beliau. walaupun program itu dijalankan di peringkat sekolah sahaja, namun

pelaksanaannya dibuat secara teliti bagi memberikan impak yang maksima kepada

murid selain memperkukuhkan ikatan rakan sekerja dalam kalangan guru dan

kakitangan. Semangat cintakan negara ini perlu dipupuk semenjak kecil lagi

termasuklah menyemai rasa tanggungjawab majukan diri demi negara dan sentiasa

kejar kecemerlangan..
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
BULAN KEBANGSAAN
Laporan disediakan oleh. Disemak oleh,

…………………………………………………………… ……………………………………………………….

(MASNI BT MOHD ARIS} ( MEGAT AZMIL KHALIL BIN MEGAT RADZI}


Setiausaua Panitia Sejarah pengerusi Panitia Sejarah
SK.Desa Jasmin SK.Desa Jasmin

You might also like