Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

JABATAN PENDIDIKAN

NEGERI MELAKA

MODUL PUNCAK
SEJARAH STPM

KERTAS 2
SEJARAH ISLAM
500-1918

SEMESTER 2
Edisi 2018
Modul Puncak Sejarah STPM Semester 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Ahli Panel Modul Puncak Sejarah STPM Semester 2,, 2018


201

1. Encik Jaafar b. Sahat SMK Tun Tuah


2. Puan Khatijah bt. Arwan SMK Munshi Abdullah
3. Puan Ruhaya bt. Muhammad SMK(A) Sultan Muhammad
4. Puan Siti Suhana bt. Tumin SMK(A) Sultan Muhammad
5. Encik
ncik Paramasivam a/l Raman SMK Bukit Baru
6. Encik Jumali b. Rasikun SMK Seri Tanjong
7. Encik Bahari b. Drus SMK Tun Haji Abdul Malek
8. Cik Sim Swee Neo SMK Tinggi Melaka
9. Encik Sufi b. Kahar SMK Tinggi Melaka
10. Puan Aidah bt. Md. Said SMK Seri Mahkota
11. Encik Shah Jehan b. Abdul Rashid SMK Seri Mahkota
12. Puan Norazizah bt. Mohd. Khalid SMK Datuk Bendahara
13. Encik Khairil Anuar
uar b. Yahya SMK Sultan Iskandar Shah
14. Puan Khadijah bt. Baharudin SMK Sultan Iskandar Shah
15. Puan Marsyitah bt, Abdul Rahim SMK Sultan Alauddin
16. Encik Nordin b. Ambon SMK Lubuk Cina
17. Encik Abd. Rashid b. Mohd Salleh SMK Pulau Sebang
18. Puan Norhayati bt. Rambeli SMK Dato Haji Talib Karim
19. Puan Dayang Kursiah bt. Mohd. Hasan SMK Tun Syed Zahirudin
20. Encik Bakhtiar b. Bahir SMK Durian Daun
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

RUBRIK PENSKORAN SEJARAH STPM

8 6-7 4-5 2-3 0-1

P
PENGETAHUAN
Penguasaan subjek
soalan luas dan
mendalam.
Penguasaan subjek
soalan agak luas tetapi
kurang mendalam.
Menguasai subjek
soalan, tetapi keluasan
dan kedalamannya
terbatas
Hanya mengetahuai
subjek soalan secara kabur
Tiada pengetahuan
subjek soalan

Gagal menyediakan
Fakta, Idea, Konsep, Menyediakan Menyediakan
maklumat utama dan
Tema maklumat utama, maklumat utama, bukti Maklumat utama, bukti
Maklumat utama, bukti bukti sokongan. Hanya
bukti sokongan dan sokongan dan sokongan sangat terhad
sokongan dan membuat kenyataan
pendetailan amat pendetailan agak dan tidak mendasar,
pendetailan terbatas, umum, banyak tidak
memadai, tepat, memadai, majoritinya ada yang kurang tepat,
hanya sebahagiannya tepat, tidak relevan,
relevan, dan amat tepat, relevan, dan kurang relevan, dan tidak
tepat, relevan, dan gagal
membantu calon membantu menjawab membantu calon
menyumbang kepada menyediakan
menjawab soalan soalan secara menjawab soalan secara
kedalaman jawapan. maklumat yang
secara terperinci dan mendalam. memuaskan.
diperiukan bagi
mendalam.
menjawab soalan.
Kesilapan fakta Kesalahan amat
Kesilapan fakta amat Kesilapan fakta kurang Kesilapan agak ketara.
minimum, tidak ketara, dan
minimum, sama sekali ketara, tetapi agak sehingga banyak
mencacatkan mencacatkan
tidak mencacatkan mencacatkan kecacatan dari segi
ketepatan keseluruhan ketepatan keseluruhan
ketepatan jawapan ketepatan jawapan ketepatan jawapan
jawapan jawapan

i
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

6 5 4 3 0-2

T
Membina hujahan
teras secara logical
merujuk Membina hujahan
Pembinaan hujahan Tiada hujahan
sepenuhnya teras merujuk Hujahan teras tidak
teras merujuk secara teras, kenyataan
TAAKULAN kepada kehendak kepada kehendak jelas dan hanya
soalan - idea yang longgar kepada kabur dan tidak
soalan-kupasan merujuk secara longgar
Kefahaman, dikembangkan kehendak soalan- jelas dan tidak
menggunakan kepada soalan-
aplikasi, analisis, sebagaj respon kupasan idea yang merujuk kepada
beberapa contoh, kupasan idea hanya
sintesis, evaluasi terhadap soalan, dikembangkan kehendak soalan -
kupasan isu fakta dan berdasarkan sedikit
berdasarkan bukti kupasanidea yang
disandarkan pada pendetailan yang bukti
terbatas, tetapi dikembangkan
banyak contoh, menyumbang menyebabkan hujahan
hujahan agak tidak didasarkan
fakta, pendetailan kepada taakulan kurang koheren
koheren bukti.
yang relevan yangagak mantap
menyebabkan
penaakulan sangat
mantap
Eviden dalam
Eviden dalam Ada eviden yang Tiada eviden yang
hujahan Sebahagian kecil
hujahan amat relevan, tetapi relevan dalam
kebanyakannya eviden kurang relevan
relevan kebanyakannya lemah hujahan
relevan

ii
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

6 5 4 3 0-2

K
Susunan idea secara Susunan idea kurang
Susunan idea amat Susunan idea logikal, Susunan idea tidak
deskriptif, kurang logical, sangat deskriptif
logikal, analitikal, agak analitikal dan logikal, dan tidak
logical , tetapi dan tidak tersusun
teratur dan sesuai tersusun sesuai tersusun lari dari
tersusun dan tidak lari tetapi tidak lari dari
KOMUNIKASI kehendak soalan kehendak soalan kehendak soalan
dari kehendak soalan kehendak soalan

Susunan wacana, Penyampaian idea Penyampaian idea Penyampian idea Penyampaian idea Idea yang
binaan tesis, amat jelas dan licin jelas dan licin, tetapi kurang jelas dan kabur, ada disampaikan
penyampaian isi, menerusi ayat dan ada kesilapan ayat melompat, kesilapan pengulangan dan menyimpang,
fokus tatabahasa yang dan tatabahasa ayat dan tatabahasa kesilapan ayat dan dipenuhi kesilapan
perbincangan, kemas. yang minimum. agak ketara. tatabahasa ketara ayat dan tatabahasa
penegasan
wacana, rumusan Idea-idea utama
Idea utama dalam Idea utama dalam Idea utama dalam Perenggan tiada
dan kesimpulan dalam perenggan
perenggan perenggan bertalian, perenggan banyak idea utama, hanya
terangkai secara
terangkai secara tetapi sebahagianya yang tidak bertalian kenyataan umum
bertalian
bertalian kurang berkaitan dan kurang membantu yang tidak terangkai
membentuk idea
membentuk idea membentuk idea pembentukan idea dan binaan idea
keseluruhan yang
keseluruhan yang keseluruhan yang keseluruhan secara keseluruhan tidak
padu
kemas agak teratur lancar teratur
Wacana terfokus Wacana tidak
Wacana terfokus Wacana kurang
pada tesis : Wacana tidak banyak terfokus pada tesis :
pada tesis : terfokus pada tesis :
menunjukkan terfokus pada tesis : menunjukkan
menunjukkan menunjukkan
kefahaman menunjukkan ketiadaan
kefahaman kefahaman tidak
mendalam kefahaman rendah kefahaman terhadap
tertiadap sepenuhnya terhadap
terhadap terhadap pengetahuan pengetahuan dan
pengetahuan dan pengetahuan dan
pengetahuan dan dan kehendak soalan kehendak soalan
kehendak soalan kehendak soalan
kehendak soalan
Mensintesis idea Sintesis idea
Sintesis idea Sintesis idea
keseluruhan secara Sintesis idea keseluruhan keseluruhan sangat
keseluruhan agak jitu keseluruhan kurang
jitu sehingga longgar sehingga longgar sehingga
sehingga rumusan jitu menyebabkan
rumusan dan rumusan dan rumusan dan
dan kesimpulan rumusan dan
kesimpulan amat kesimpulan tidak jelas. kesimpulan tidak
agak padu. kesimpulan longgar.
padu. relevan.

iii
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SEJARAH ISLAM
(500-1918)

TEMA 1

MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN


DAN PERHUBUNGAN LUAR

1. Huraikan peranan yang telah dimainkan oleh orang-orang Muhajirin dan


Ansar dalam menyebarkan serta menpertahankan agama Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah.

2. Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik


dalam kepimpinan baginda. Buktikan kepimpinan baginda dalam pelbagai
bidang.

3. Huraikan kepentingan Piagam Madinah terhadap keutuhan negara Islam


Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

4. Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman Khulafah al-
Rasyidin pada abad ke-7 Masihi.

5. Jelaskan pengertian jihad dan jenis-jenis jihad yang ditunjukkan pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W.

6. Bincangkankan etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam.

7. Bincangkan bentuk hubungan luar, iaitu naungan melalui bayaran jizyah


semasa zaman Khulafa al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.

1
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 1 : Huraikan peranan yang telah dimainkan oleh orang-orang Muhajirin


dan Ansar dalam menyebarkan serta menpertahankan agama Islam pada zaman
Nabi Muhammad SAW di Madinah.

Jawapan :

- Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW di


Madinah terdiri daripada dua golongan Muhajirin dan golongan
Ansar. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan dan
membantu baginda untuk mempertahankan dan
mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
- Golongan Muhajirin adalah penghijrah dari Makkah ke Madinah
Pendahuluan
manakala golongan Ansar adalah pembantu terdiri daripada
suku Aus dan Khazraj yang berada di Madinah.
- Oleh itu terdapat beberapa peranan yang telah dimainkan oleh
orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam menyebarkan dan
mempertahankan agama Islam pada zaman Nabi Muhammad
SAW

Antara peranan golongan Muhajirin dalam


menyebarkan dan mempertahankan agama Islam
Fakta
pada zaman baginda ialah kesetiaan mereka dalam
mempertahankan keutuhan agama Islam
- Antara peranan golongan Muhajirin dalam
menyebarkan dan mempertahankan agama Islam
pada zaman baginda adalah mempertahankan
keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh
baginda melalui kekuatan iman.
- Hal ini kerana merekalah yang mula-mula
melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-
sama berjuang dengan Nabi Muhammad SAW.
Mereka juga sanggup menghadapi segala
rintangan dan penentangan oleh kaum Musyirikin Huraian dan
Isi 1 Makkah. Malah keimanan mereka sukar digugat Contoh
dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus
berkembang.
- Contohnya Mereka banyak menyumbang harta
benda dalam membantu perjuangan Rasulullah
SAW sebagaimana sahabat-sahabat baginda iaitu
Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman
bin Affan. Mereka banyak menyumbangkan harta
benda dalam membantu perjuangan Rasulullah
SAW

Tegasnya mereka sanggup meninggalkan Makkah dan


segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikuti Penegasan
Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan ini ternyata Fakta
satu pengorbanan yang amat besar
Selain itu, golongan Muhajirin juga merupakan
pembantu Nabi Muhammad SAW dalam
Isi 2 Fakta
memperjuangkan soal-soal keagamaan

2
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

- Jelaslah bahawa setelah berhijrah ke Madinah


golongan Mahajirin telah membekalkan sebahagian
besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang
menjadi tonggak kekuatan tentera Islam dalam
menghadapi serangan musuh. Huraian dan
- Buktinya Umar al-Khattab, Hamzah bin Abdul Contoh
Mutallib, dan Ali bin Abi Talib. Malah selepas peristiwa
Aqabah baginda mengutuskan Mus’ab bin Umair
untuk membantu penduduk Madinah mendalami
agama Islam.
Kesannya dengan kebijaksanaan tokoh-tokoh
pahlawan terbilang dapat memastikan kemenangan di
Penegasan
medan peperangan berpihak kepada tentera Islam
Fakta
kerana wujudnya strategi berkesan yang dirancang oleh
pahlawan Islam.
Seterusnya antara peranan golongan Ansar dalam
menyebarkan dan mempertahankan agama Islam. Fakta

- Pada zaman Nabi Muhammad SAW mereka


sanggup menerima Islam dalam keadaan orang-
orang Makkah menentangnya dengan hebat.
Huraian dan
Mereka sememangnya bersungguh-sungguh ingin
Isi 3 Contoh
memeluk agama Islam dan membantu Rasulullah
menyebarkannya di Kota Madinah.
- Golongan Ansar juga sanggup menjadikan Nabi
Muhammad SAW sebagai ketua mereka di Madinah.

Tegasnya ikrar Aqabah I dan II merintis jalan kepada Penegasan


peristiwa hijrah dan perluasan penyebaran Islam Fakta

Disamping itu, golongan Ansar juga menyumbangkan


harta benda dan buah fikiran dalam mempertahankan Fakta
negara.
- Jelaslah bahawa mereka saling berganding bahu
dengan golongan Muhajirin dalam mempertahnkan
agama dan negara Madinah sesuai dengan
Huraian dan
Isi 4 peruntukkan Perlembagaan Madinah.
Contoh
- Golongan Ansar juga telah memainkan peranan
yang penting dalam ekspedisi ketenteraan seperti
Perang Badar, Uhud , Khandak dan lain-lain.
Kesannya golongan Ansar rela berkorban nyawa
Penegasan
menentang musuh-musuh Islam dalam
Fakta
mempertahankan negara kota Madinah
Kesimpulannya kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin
mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu
mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh
Kesimpulan
Nabi Muhammad SAW. Masing-masing mempunyai peranan yang
berbeza yang menjadi gabungan bagi memastikan kejayaan Nabi
Muhammad SAW di Makkah dan Madinah.

3
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 2 : Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik
dalam kepimpinan baginda. Buktikan kepimpinan baginda dalam pelbagai
bidang.

Jawapan :
- Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun
Gajah bersamaan 20 April. Baginda menerima wahyu yang
pertama pada 17 Ramadhan iaitu surah al-alaq dan dilantik
secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
- Baginda juga telah melakukan kerja – kerja pendakwahan
secara sulit (3 tahun) dan secara terang-terangan (10 tahun). Pendahuluan
Penyebaran Islam oleh Baginda telah menimbulkan
penentangan daripada kaum Musyirikin. Nabi Muhammad SAW
merupakan pemimpin umat Islam yang diutuskan oleh Allah SWT.
Beliau dikenali bukan sahaja sebagai pemimpin agama tetapi
juga pemimpin yang menerajui negara.

Antara kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialah


Fakta
sebagai pemimpin masyarakat
- Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW berjaya
menyatukan masyarakat Madinah yang
berbilang agama dan keturunan.
- Baginda berjaya menamatkan permusuhan
antara suku kaum Aus dan Khazraj. Nabi
Muhammad telah mempersaudarakan golongan
Ansar dan Muhajirin berdasarkan konsep ukhwah
Huraian dan
Islamiyah.
Isi 1 Contoh
- Baginda mengekalkan perpaduan masyarakat
Madinah mengikut perkara yang terkandung
dalam Piagam Madinah.
- - Misalnya baginda menaikkan kedudukan kaum
wanita dan golongan Yahudi dijamin kebebasan
beragama selagi tidak melanggar Piagam
Madinah.
Kesannya walaupun berbeza bangsa dalam kalangan
Penegasan
masyarakat Arab, Baginda berjaya menegakkan
Fakta
persamaan taraf dan menegakkan keadilan.
Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga sebagai
Fakta
pemimpin politik.
- Jelaslah bahawa kepimpinan nabi Muhammad
SAW terserlah sebelum kerasulan baginda lagi
apabila baginda berjaya menyelesaikan
pertelingkahan antara ketua-ketua suku Arab
Isi 2 Makkah yang hampir menumpahkan darah iaitu
Huraian dan
meletakkan semula batu hitam atau hajr al
Contoh
aswad di penjuru Kaabah.
- Selepas membina negara Madinah, kepimpinan
politik baginda kelihatan jelas apabila berjaya
mengasaskan perlembagaan bertulis pertama
yang bersumberkan wahyu.

4
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

- Baginda memperkenalkan pemerintahan


bercorak musyawarrah dan sistem syura
- Contohnya baginda juga telah menghantar
perwakilan Islam ke Habsyah dan Mesir untuk
mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara lain
Implikasinya baginda telah diiktiraf menjadi Ketua
Penegasan
Negara Islam melalui Sahifah Madinah yang merupakan
Fakta
perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Di samping itu, Nabi Muhammad SAW juga merupakan
Fakta
pemimpin tentera
- Baginda membentuk pasukan tentera Islam dan
menjadi ketua anggatan tentera. Hal ini
ditunjukkan dalam bidang ketenteraan, asas
kepemimpinan baginda ialah akidah dan akhlak
yang mulia.
- Baginda juga sentiasa adil kepada semua tidak
mengira kawan atau musuh. Buktinya baginda Huraian dan
Isi 3 membahagikan harta rampasan perang secara Contoh
adil kepada tentera yang menyertai peperangan
dan tidak melakukan pencerobohan terhadap
musuh yang melarikan diri dari medan perang
dan kaum – kaum yang lemah.
- Selain itu Nabi Muhammad SAW juga
memberikan layanan yang baik terhadap
tawanan perang seperti tawanan perang Badar
Tegasnya rasulullah SAW dianggap sebagai panglima Penegasan
tentera dan ahli strategi dalam peperangan Fakta

Sebagai perancang ekonomi Fakta


- Hal ini disebabkan baginda menjalankan
kewajipan sebagai ketua memperkenalkan dasar
ekonomi baru berdasarkan al-Quran. Baginda
merupakan perancang ekonomi serta
menggalakkan orang Islam bekerja keras, bergiat
aktif dalam perniagaan dan pertanian. Kebajikan Huraian dan
Isi 4 masyarakat Islam dijaga apabila bayaran zakat Contoh
diwajibkan.
- Contohnya keadilan ekonomi mengelakkan
berlakunya dikriminasi ekonomi dalam
masyarakat Islam Madinah dan mengharamkan
riba.
Akibatnya, masyarakat di Madinah hidup dalam Penegasan
suasana makmur dan maju serta pusat perdagangan. Fakta

Kesimpulannya Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai


ketokohan dari aspek kepemimpinan baginda sebagai nabi dan
rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber daripada aspek politik,
Kesimpulan
ekonomi, sosial dan pertahanan. Kepemimpinan Nabi Muhammad
SAW telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang
lebih baik dan teratur.

5
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 3 : Huraikan kepentingan Piagam Madinah terhadap keutuhan negara


Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Jawapan :
- Piagam Madinah dibentuk sebagai panduan untuk membentuk
negara Islam yang berdaulat dan telah digubal oleh Nabi
Muhammad SAW.
- Piagam Madinah dijadikan pedoman untuk membentuk ummah
Islam pada tahun pertama dan kedua hijrah. Piagam ini
dibentuk berasaskan wahyu dan norma masyarakat.
Pendahuluan
- Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama
yang menjelaskan hak dan tanggungjawab pemerintah serta
orang yang diperintah. Mengandungi 47 fasal yang merangkumi
hak orang Islam dan Yahudi.
- Piagam Madinah memberikan kepentingan yang positif
terhadap keutuhan negara Islam

Kepentingan Piagam Madinah dari aspek politik Fakta


- Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai ketua
negara yang wajib dipatuhi dan dihormati. Nabi
Muhammad mempunyai kuasa dalam urusan
pemerintahan dan dasar-dasar negara.
- Nabi juga menubuhkan negara Islam Madinah yang
berdaulat dengan berasaskan syariah, akidah dan
akhlak Islam. Golongan Yahudi secara tidak
langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, negara
Huraian dan
kota Madinah dan nabi Muhammad SAW sebagai
Contoh
Isi 1 pemimpin negara.
- Pengaruh dan ancaman golongan Yahudi Bani
Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa berjaya
dihapuskan apabila mereka mengkhianati Piagam
Madinah yang telah dipersetujui sebelum itu.
- Contohnya Bani Quraizah telah dihukum apabila
mereka membantu Quraisy Makkah memerangi
umat Islam Madinah dalam Perang Ahzab pada 5H.
Kesannya Piagam Madinah berjaya membawa
Penegasan
keutuhan politik negara Islam Madinah apabila berjaya
Fakta
menamatkan ancaman kaum Yahudi

Kepentingan Piagam Madinah dari aspek keagamaan Fakta


- Piagam Madinah membolehkan syariat Islam dapat
dilaksanakan secara menyeluruh. Ia merupakan
matlamat utama penegakan negara Islam.
Isi 2 Keamanan yang wujud berikutan daripada
pelaksanaan syariah Islam dipergunakan Huraian dan
sepenuhnya oleh Nabi Muhammad SAW untuk Contoh
menyebarkan dakwah Islam ke Semenanjung Tanah
Arab.
- Kebebasan beragama yang termaktub dalam
Piagam Madinah memberi peluang kepada orang

6
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Islam dan bukan Islam untuk mengamalkan


kepercayaan dan amalan ritual masing-masing.
- Penduduk Madinah mempunyai hak dan kebebasan
beragama dan kepercayaan masing-masing selagi
mereka menghormati hak umat Islam.
Tegasnya penduduk Madinah mempunyai hak dan
Penegasan
kebebasan beragama dan kepercayaan masing-
Fakta
masing selagi mereka menghormati hak umat Islam

Kepentingan Piagam dari aspek sosial Fakta


- Piagam Madinah meletakkan asas penyatuan
penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan
agama. Piagam ini menyatukan penduduk
beragama Islam dan bukan Islam di bawah satu unit
politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SaW.
- Piagam Madinah berjaya mendamaikan
Huraian dan
permusuhan tradisi suku-suku Arab.Suku Aus dan
Contoh
Isi 3 Khazraj hidup aman dalam semangat persaudaraan
Islam.
- Masyarakat yang berbilang agama dan keturunan
dianggap sebagai satu ummah yang mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang sama
terhadap negara Islam madinah seperti yang
tercatat dalam fasal 13 hingga 22.
Tegasnya Piagam Madinah berjaya menyatukan semua
Penegasan
penduduk Madinah dan menjalinkan hubungan yang
Fakta
erat sesama mereka
Kepentingan Piagam Madinah dari aspek keamanan
Fakta
dan keselamatan.
- Semua penduduk Madinah tanpa mengira Islam
dan bukan Islam bertanggungjawab memelihara
keamanan dan keselamatan negara.
- Golongan Yahudi tidak boleh membuat pakatan
dengan Quraisy Makkah dan mereka turut
diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman
luar.
- Piagam Madinah memberi jaminan keselamatan ke
atas semua warga Madinah selagi mereka Huraian dan
Isi 4 mematuhi piagam tersebut. Hak dan keselamatan Contoh
setiap warga Madinah adalah terjamin. Mana-mana
pihak yang cuba mengkhianati piagam akan
diambil tindakan tegas dan dihukum tanpa mengira
bangsa dan agama.
- Contohnya Yahudi Bani Qainuqa telah diusir dari
Madinah apabila mereka menghina Piagam
Madinah dan mempersendakan kemenangan umat
Islam dalam Perang Badar pada 2H.
Jelaslah Piagam Madinah berjaya melahirkan semangat
Penegasan
cintakan negara dan menghindari permusuhan sesama
Fakta
sendiri

7
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Kesimpulannya Kepentingan Piagam Madinah jelas terserlah dari


segi politik, agama dan soaial. Piagam ini telah mewujudkan
suasana yang aman dan menjamin keselamatan warga Madinah.
Kesimpulan
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sistem pemerintahan
Khalifah Ar Rasyidin masih lagi meneruskan dasar pemerintahan
Rasulullah ini.

8
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 4 : Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman Khulafah
al- Rasyidin pada abad ke-7 Masihi.

Jawapan :

- Zaman pemerintahan khalifah ar- Rasyidin bermula selepas


kewafatan Rasululah s.a.w. pada tahun 632 Masihi. Sebelum
pemerintahan khalifah al-Rasyidin bermula, Nabi Muhammad
s.a.w. telah pun menubuhkan sebuah kerajaan Islam yang
berpusat di Madinah.
- Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin telah dimulakan oleh Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq dan diteruskan oleh Khalifah Umar bin al
Khattab, Khalifah Uthman al-Affan dan Khalifah Ali bin Abu
Talib. Pendahuluan
- Salah satu ciri struktur pemerintahan pada zaman Khalifah al-
Rasyidin yang diwarisi daripada Rasululah s.a.w. ialah
pemerintahan dan pentadbiran dibahagikan kepada dua
kerajaan iaitu pemerintahan kerajaan pusat dan pemerintahan
kerajaan wilayah. Kerajaan pusat memainkan peranan yang
lebih besar dalam pentadbiran dan dibantu oleh kerajaan
wilayah.

Pemerintahan Dan Pentadbiran kerajaan Pusat dipimpin Fakta 1


oleh Khalifah .

- Khalifah merupakan pemerintah tertinggi namun


kekuasaannya tidak bersifat mutlak. Sebaliknya
sesuatu dasar yang diputuskan adalah melalui
kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat
berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis
Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara
formal dan setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik
daripada kalangan para sahabat yang
Huraian dan
berpengalaman dan berperanan sebagai badan
contoh
penasihat khalifah.
Isi 1 - Sepanjang zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin,
terdapat empat orang khalifah yang memimpin
kerajaan Islam iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ,
Khalifah Umar bin al Khattab, Khalifah Uthman al-
Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib.
- Para khalifah dipilih mengikut kaedah musyawarah
oleh majlis Syura. Khalifah memerintah dari pusat
pemerintahan kerajaan pusat iaitu di Madinah.

Khalifah al-Rasyidin telah berjaya melaksanakan


peranannya yang besar untuk kemajuan kerajaan pusat
Penegasan
dan kerajaan wilayah sekaligus menjadikan kerajaan
Fakta
pusat mempunyai kuasa pemerintahan tertinggi dalam
negara

9
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Fakta 2
Khalifah sebagai ketua eksekutif dan perundangan,
- Khalifah al-Rasyidin mengendalikan pemerintahan Huraian dan
pusat dengan berdasarkan tiga sumber rujukan contoh
utama iaitu al-Quran, sunnah dan ijmak seperti mana
yang dilakukan Oleh Nabi Muhammad s.a.w.
- Para khalifah menggunakan al-Quran untuk
menggariskan secara umum konsep, prinsip atau
dasar pemerintahan. Hal ini kerana al-Quran adalah
sumber lengkap yang memberi panduan kepada
manusia tentang akidah, akhlak, syarak dan lain-lain
perkara termasuklah pemerintahan dan pentadbiran.
- Sunnah pula boleh diertikan sebagai kata-kata,
perbuatan dan pengakuan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Dalam pemerintahan khalifah al-Rasyidin
sunnah digunakan bagi memperincikan perkara yang
Isi 2 terdapat dalam al-Quran dalam bentuk praktikal.
Sebagai contoh dalam pemilihan ketua negara Islam,
sunnah diguna pakai untuk memperincikan kriteria-
kriteria yang diperlukan untuk memilih khalifah.
- Ijmak pula digunakan untuk menjelaskan perkara
tidak jelas nasnya dalam al-Quran dan sunnah. Ijmak
diputuskan oleh melalui ijtihad para ulamak yang
muktabar dipersetujui dan digunakan sebagai fatwa.
- Dalam melaksanakan tugas pemerintahan dan
pentadbiran pusat, Khalifah al-Rasyidin di bantu oleh
para menteri dan juga Majlis Syura.
Tegasnya, khalifah al-Rasyidin meneruskan pemerintahan Penegasan
dan pentadbiran di peringkat pusat sebagai mana yang Fakta
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan
merujuk kepada sumber utama perundangan iaitu al-
Quran, sunnah dan ijmak.
Kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala Fakta3
bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk kemajuan
kerajaan wilayah.
- Berdasarkan struktur pemerintahan Khalifah al- Huraian dan
Rasyidin, kerajaan pusat mempunyai tanggungjawab contoh
yang besar menguruskan hal ehwal pemerintahan
seperti politik, ekonomi dan sosial bagi kerajaan-
kerajaan bernaung di bawahnya.
- Contohnya, kerajaan wilayah yang menjadi naungan
kerajaan pusat pimpinan khalifah al-Rasyidin iaitu kota
Isi 3 Makkah selepas peristiwa kejatuhan kota Makkah
kepada tentera Islam Madinah. Contoh lain ialah
kerajaan wilayah seperti Baghdad dan Damsyik.
- Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua
aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah seperti
membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi,
menjaga keamanan, membawa kemajuan dan
kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat
pula berhak meminta bantuan kewangan dan
ketenteraan daripada kerajaan wilayah. Pentadbiran

10
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

baitulmal juga diwujudkan pada peringkat pusat bagi


mengendalikan urusan kewanagn negara,

Tegasnya, kerajaan pusat bertanggung jawab Penegasan


memajukan kerajaan wilayah. Oleh itu, kerajaan wilayah Fakta
terletak dibawah kuasa kerajaan pusat perlu mematuhi
segala hal ehwal terutamanya pungutan cukai dan
keselamatan.
Pemerintahan Dan Pentadbiran Wilayah diketui dan Fakta4
ditadbir oleh gabenor.
- Gabenor dilantik sendiri oleh khalifah al-Rasyidin dan Huraian dan
bertanggung jawab ke atas pemerintahn dan contoh
pentdbiran kerajan wilayah. Tugas gabenor juga
menjadi imam, menguruskan kewangan, keamanan
dan pemerintahan tentera. Contoh gabenor yang
dilantik semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar
ialah Attab bin Usaid (Gabenor makkah), Osman bin
Abi al As (Gabenor Taif), Ziad bin Labid (Gabenor
Isi 4 Hadramaut),dan Muaz bin Jabal (Gabenor Yaman).
- Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya
diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen
peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan
kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah,
Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan
Palestin. Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu
negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-
masing.
Tegasnya, kerajaan peringkat wilayah semasa kerajaan Penegasan
Khulafa al-Rasyidin menjadi lebih mantap dengan Fakta
adanya Jawatan gabenor yang membantu kerajaan
pusat.

Wujud pembentukan sistem birokrasi


Fakta 5
- Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan
dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah Huraian dan
membentuk sistem birokasi yang sistematik. contoh
- Setiap wilayah yang diketuai oleh Gabenor akan
dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti
setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah
jabatan. Antaranya, Setiuasaha Tentera (khatib
Diwan), pegawai cukai ( Sahib al-Kharaj), Pegawai
Isi 5 polis(Sahib al-Syurtah). Pegawai Perbendaharaan
Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
- Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan
akan diberi surat perintah oleh Khalifah Umar al-
Khatab dan diperjelaskan tentang bidang kuasa
mereka agar tidak berlaku kekeliruan. Mereka wajib
melaporkan jumlah harta sebelum dan setelah selesai
menjalankan tanggung jawab. Setiap tahun pada
musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir
ke Tanah suci Makkah untuk memberi laporan
11
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

tentang pentadbiran wilayah mereka. Rakyat jelata


diberi peluang untuk menyuarakan sebarang aduan
mengenai pegawai-pegawai berkenaan semasa
musim haji tersebut.
- Di setiap wilayah didirikan cawangan baitulmal bagi
memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan
negara.
Nyata sekali, struktur pentadbiran pada zaman Khulafa
al-Rasyidin lebih sistematik khususnya pada zaman Penegasan
Khalifah Umar al-Khatab yang menunjukkan sistem Fakta
birokrasi yang mantap pada peringkat pusat dan
wilayah hingga membolehkan koordinasi antara kedua-
dua cabang pentadbiran berjalan lancar.

Kesimpulannya, sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan


wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang Kesimpulan
telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah diamalkan pada
zaman Nabi Muhammad S.A.W. Struktur pemerintahan dan
pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah
Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.

12
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Soalan 5 : Jelaskan pengertian jihad dan jenis-jenis jihad yang ditunjukkan pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan :
- Dalam Islam, tujuan jihad adalah untuk membangunkan
masyarakat berdasarkan syariat Islam, memelihara dan
memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia
keseluruhannya agar terbela atas prinsip keadilan yang telus.
- Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama
Pendahuluan
Allah SWT supaya agama ini dapat disampaikan secara
terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa.
- Jihad adalah tuntutan fardu ain bagi setiap Muslim yang
tinggal di tanah air yang dijajah oleh golongan kafir.

Pengertian Jihad Fakta 1

- Dari segi bahasa, jihad berasal daripada perkataan


“al-Juhd” yang bermaksud keberatan dan
kesusahan.
- Dari segi syarak pula, jihad boleh didefinisikan dengan
pengertian yang lebih luas, berjuang dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu
matlamat yang disasarkan dalam menegakkan
agama Allah SWT di atas muka bumi ini dan
meninggalakan perkara-perkara larangan-Nya.
- Menurut Abu a’al- Maududi, jihad merupakan
perjuangan di jalan Allah SWT dan fisabillah Huraian dan
merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam. contoh
Isi 1 - Menurut mazhab Hanafi, jihad ialah mengajak orang
kafir ke dalam pelukan Din al-Haqq.
- Mazhab Shafie menegaskan bahawa jihad adalah
sebagai berperang dijalan Allah SWT dan
mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi
orang-orang kafir.
- Definisi yang lebih sempit bagi perkataan jihad ialah
mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam
memerangi orang kafir dan menahan serangan
mereka dengan jiwa, harta dan lisan.
Ringkasnya, jihad amat diperlukan oleh setiap individu
Islam bagi mengabdikan diri kepada Allah, Penegasan
mempertahankan agama dan menghadapi musuh. Fakta

Jihad Nyawa dan Tenaga Fakta 2


- Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui
Isi 2 pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam.
Lazimnya, jihad begini ialah jihad di medan perang. Huraian dan
Mereka yang terkorban diistilah sebagai syahid. contoh
- Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid
di medan Perang Uhud.
Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah Penegasan
berjihad ke jalan Allah dengan sanggup berkorban Fakta

13
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

nyawa dan tenaga demi memperkasakan ketahanan


dan pertahanan tentera Islam.
Jihad Harta

- Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam


jihad fi sabillah. Bagi golongan kaya, mereka boleh
menyumbang harta. Bagi menyokong usaha jihad
golongan yang berperang di medan perang. Huraian dan
Isi 3 - Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan contoh
semua hartanya demi menegakkan syiar Islam.
Pengorbanan Abu Bakar as-Siddiq telah membawa
kejayaan dalam usaha penyebaran Islam.
Pengorbanan jihad harta kearah menegakkan syiar Islam
ini menunjukkan jihad bukanlah perjuangan untuk Penegasan
kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan sejagat. Fakta

Jihad Melawan Nafsu Fakta 4


- Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi
darjatnya di sisi Islam. Melaluinya, seluruh tenaga
disalurkan supaya menuruti jalan (manhaj) yang
digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan melawan nafsu
dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.
- Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari
ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu, iaitu
berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada
ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta
Isi 4 sabar di atas segala ujian dan cabaran yang Huraian dan
diterima. contoh
- Contoh jihad melawan nafsu dengan menghadapi
penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy
semasa Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-
sahabat baginda mengembangkan ajaran Islam di
Makkah.
- Walaupun pihak Quraisy menawarkan kekayaan dan
kesenangan kepada orang Islam namun Rasullulah
dan sahabat tetap berjihad tabah menempuh
rintangan demi menyebarkan Islam.
Tegasnya, jihad melawan nafsu dituntut kepada setiap
Penegasan
umat Islam melaksanakannya supaya sentiasa berada di
Fakta
landasan syariat Allah walaupun menempuh kesukaran.
Jihad Akal Fikiran Fakta 5
- Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat
kepada masyarakat dan negara adalah tergolong
dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.
Isi 5 - Contohnya, Salman al-Farisi selain berjihad di medan
perang, beliau juga menyumbangkan idea dalam Huraian dan
pembinaan parit dalam Perang Khandak. contoh
- Jihad akal fikiran Salman al-Farisi telah dapat
menyumbang kearah menjaga keselamatan negara
Kota Madinah pada masa itu.

14
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Tegasnya, umat Islam digalakkan menggunakan akal


fikiran kearah kebaikan dan bukannya kearah kerosakan
Penegasan
khususnya dalam membangunkan negara selaras
Fakta
mengikut syariat Islam.

Kesimpulannya, jihad adalah prinsip Islam yang agung kerana


jihad merupakan cara memlihara kebesaran, kemuliaan dan
kedaulatan Islam. Tanpa jihad Islam akan menjadi sebuah agama
yang dapat diperkotak-katikkan dan umat Islam akan terumbang-
Kesimpulan
ambing oleh pelbagai rupa dan bentuk filsafat dunia. Jihad
masyarakat pada zaman lalu telah menghasilkan kejayaan
masyarakat pada hari ini.

15
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 6 : Bincangkankan etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam

Jawapan :
- Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun setelah
turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat
senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan
tentera.
- Matlamat penubuhan angkatan tentera adalah untuk
mempertahankan negara,kesucian agama Islam,dan Pendahuluan
menegakkan hukum Allah.
- Pada zaman Rasullullah SAW peperangan dibahagikan
kepada ghazwah dan sariyah.Terdapat pelbagai etika
peperangan yang dianjurkan oleh Islam.
Etika yang paling penting ialah mematuhi arahan
Fakta 1
pemimpin atau ketua
- Tujuan etika ini diterapkan ialah untuk memastikan
segala perancangan yang dilakukan berkesan dan
mencapai kejayaan.Etika ini mempunyai hubungkait
dengan disiplin yang telah diterapkan kepada
anggota tentera yang mendapat latihan terlebih
dahulu.Ketidakpatuhan kepada ketua akan
membawa kekalahan dalam peperangan.
- Contohnya yang berlaku dalam Perang Uhud pada Huraian dan
Isi 1 tahun 3 H/625 M antara umat Islam dan Musyrikin contoh
Quraisy.Pada peringkat awal umat Islam berjaya
namun tidak bertahan lama apabila pasukan
pemanah melanggar arahan nabi Muhammad SAW
untuk terus bertahan.Sebaliknya seramai 40 ahli
daripada pasukan pemanah meninggalkan
kedudukan mereka untuk mengejar harta rampasan
perang.
Ini menunjukkan jika tentera tidak akur kepada
Penegasan
pemimpin, kemenangan akan berpihak kepada pihak
Fakta
musuh.
Etika yang kedua ialah umat Islam tidak boleh
memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan
Fakta 2
atau daya upaya.
- Golongan ini juga tidak dikenakan jizyah kerana
mereka dianggap tidak membahayakan negara
Islam.oleh itu dalam ekspedisi ketenteraan golongan
ini akan diberi keutamaan agar tidak dicederakan Huraian dan
Isi 2 oleh tentera semasa berlakunya peperangan. contoh
- Contohnya seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang
cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

Etika ini menunjukkan Islam amat mementingkan


kebajikan orang lain walaupun orang itu ialah musuh.Ini Penegasan
juga membuktikan bahawa agama Islam mempunyai Fakta
nilai moral yang tinggi.

16
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Etika seterusnya ialah dilarang merosakkan harta benda. Fakta 3


- Hal ini kerana Islam amat mementingkan keamanan
dan kesejahteraan masyarakat. Tentera Islam
dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekeliling
supaya berada dalam keadaan sedia kala.
- Semasa peperangan berlaku, tentera Islam dilarang
merosakkan harta benda dan kemudahan awam.
Mereka tidak dibenarkan memusnahkan rumah-
Huraian dan
rumah, kawasan pertanian dan rumah ibadat. Hal ini
contoh
Isi 3 adalah kerana harta benda awam adalah
kepentingan orang awam dan kemusnahan
merupakan satu pembaziran.
- Buktinya semasa peristiwa Rasulullah SAW
mengepung Kota Ta‟if pada bulan Syawal tahun ke 8
Hijrah,harta benda musuh-musuh Islam tidak diusik
sedikit pun.
Ini selaras dengan anjuran Islam yang tidak suka
kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih kepada Penegasan
mempertahankan maruah agama dan negara.. Fakta

Tawanan perang juga akan dilayan dengan baik juga


Fakta4
merupakan etika yang dianjurkan oleh Islam.
- Etika seumpama ini merupakan salah satu cara
berdakwah yang dilakukan dalam Islam. Walaupun
terdapat cadangan yang drastik iaitu membunuh
tawanan perang ,namun Nabi Muhammad SAW tidak
menerima cadangan tersebut. Sebaliknya baginda
menggunakan cara diplomasi dalam menyelesaikan
masalah tawanan perang.
Isi 4
- Contohnya,tawanan perang harus menebus diri
Huraian dan
mereka dengan ilmu pengetahuan iaitu mengajar
contoh
ilmu kepada penduduk Madinah sehingga pandai
membaca dan menulis atau dengan sejumlah wang
tertentu.
- Contohnya, tawanan perang harus menebus diri
mereka dengan ilmu pengetahuan iaitu mengajar
ilmu kepada penduduk Madinah sehingga pandai
membaca dan menulis atau dengan sejumlah wang
tertentu.
Kesannya, ramai musuh Islam tertarik dengan agama Penegasan
Islam lalu memeluk agama tersebut. Fakta
Selain itu,Islam juga mementingkan sebarang perjanjian
Fakta 5
yang dimeterai wajib dipatuhi.
- Fasal-fasal yang terkandung dalam perjanjian
Hudaibiyah misalnya lebih memihak kepada pihak
musuh.Walaupun demikian Nabi Muhammad SAW
Isi 5
bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung di Huraian dan
dalamnya.Persetujuan dicapai kerana baginda contoh
mempunyai misi tersendiri dan percaya kemenangan
akan berpihak kepada umat Islam.
- Misalnya gencatan senjata selama 10 tahun yang

17
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

berlaku antara umat Islam dan orang-orang Quraisy.

Kesan dari jangka masa panjang,musuh telah melanggar


Penegasan
syarat gencatan senjata.Ini membolehkn Rasulullah SAW
Fakta
mebuka Kota Makkah pada tahun 8 H.
Di samping itu terdapat juga etika di mana tentera Islam
Fakta 6
dilarang mengaibkan musuh.

- Jelas menunjukkan etika ini menunjukkan bahawa


agama Islam adalah agama murni .Islam ni dapat
menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa
Islam disebarkan melalui mata pedang.
Huraian dan
Isi 6 - Islam melarang keras tindakan mengaibkan musuh
contoh
sepertimana yang dilakukan Hindun (sebelum
memeluk Islam) terhadap mayat Sayiddina Hamzah
yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud.

Implikasinya menunjukkan Islam amat menghargai


Penegasan
sesiapa sahaja sama ada kawan atau lawan,masih
Fakta
hidup atau sudah tidak benyawa lagi.

Kesimpulannya, etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam


membawa kejayaan yang besar kepada umat Islam. Etika ini jelas
dipraktikkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
Kesimpulan
Implikasinya Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan
dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia.

18
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Soalan 7 : Bincangkan bentuk hubungan luar, iaitu naungan melalui bayaran jizyah
semasa zaman Khulafa al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.

Jawapan :
- Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh
kerajaan yang lebih kuat dan berpengaruh terhadap kerajaan
yang lemah melalui kempen ketenteraan. Manakala jizyah
pula bermaksud pemberian ufti yang dibayar oleh individu
atau negara bukan Islam kepada kerajaan Islam yang
memerintah.
- Latar belakang : Pembayaran jizyah pada zaman Khulafa al- Pendahuluan
Rasyidin berlaku pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
apabila Iraq dan Syria ditakluk. Sementara pelaksanaan jizyah
pada zaman Bani Umaiyah diuruskan oleh Jabatan Kewangan
atau Diwan al-Kharaj.
- Umumnya, jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua
kategori iaitu secara baik (atas kerelaan) dan secara paksaan.

Jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin :


Fakta 1
i. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq)
- Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Iraq dan Syria
merupakan negara naungan kerjaan Madinah.
Kerajaan Iraq dan Syria telah diberi pilihan sama ada
ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk Islam.
- Iraq dan Syria bersetuju untuk membayar 19 ribu Huraian dan
dirham setahun sebagai bayaran jizyah. contoh
Isi 1
- Manakala Kerajaan al-Anbar dan ‘Ain al-Tamar telah
menjadi naungan Madinah setelah panglima Khalid
al-Walid berjaya menawan kedua-dua kerajaan
tersebut.
Sejak itu kedua-dua kerajaan juga membayar jizyah
kepada kerajaan Madinah Melalui pembayaran jizyah Penegasan
dan naungan, pengaruh serta kedudukan kerajaan Fakta
Madinah semakin kukuh.
ii. Khalifah Umar al-Khattab Fakta 2
- Khalifah Umar al-Khattab menugaskan gabenor
Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine untuk
bertanggungjawab menguruskan hal ehwal
pembayaran jizyah. kerajaan-kerajaan tersebut
Isi 2 menjadi sebahagian daripada wilayah naungan Islam Huraian dan
setelah membayar jizyah kepada kerajaan Madinah. contoh
- Selain itu juga, wilayah-wilayah seperti Tripoli,
Nabawan dan Qairawah juga membayar jizyah
kepada kerajaan Madinah untuk mendapatkan
perlindungan.

19
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Ini membuktikan bahawa khalifah al-Rasyidin berjaya


menjadikan kerajaan bukan Islam ketika itu sebagai
kerajaan naungan Islam melalui pembayaran jizyah
kepada pemerintah. Penegasan
Fakta

Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib Fakta 3

- Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan,


kawasan naungan kerajaan Islam Madinah
bertambah luas disebabkan perluasan kuasa yang
dilakukan oleh Khalifah Umar.
- Kesan daripada itu, hasil pungutan jizyah telah
menambahkan lagi pendapatan negara. Huraian dan
- Pada zaman Khalifah Ali bin Abu Talib, pelaksanaan contoh
Isi 3 jizyah agak kabur kerana perpecahan dan perang
saudara berlaku.
- Banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam
tidak membayar jizyah dan membebaskan diri
daripada kerajaan Madinah.

Tegasnya. kerajaan Islam Madinah bergantung kepada


kekuatan dan kebijaksanaan pemerintah. Hanya pada Penegasan
zaman kegemilangan khalifah al-Rasyidin membuktikan Fakta
kawasan naungan kerajaan Islam Madinah amatlah luas.

Zaman Khalifah Bani Umaiyah :


Fakta 4
i. Khalifah Abdul Malik

- Jizyah dikenakan ke atas golongan Malawi iaitu orang


bukan Islam berketurunan Arab.
Isi 4 - Namun, jizyah ini ditentang oleh puak Syiah kerana
dianggap sebagai penindasan. Huraian dan
- Pungutan jizyah juga bertujuan untuk membiayai contoh
perbelanjaan kerajaan naungan Islam iaitu Byzantine
yang telah berjanji melindungi kerajaan Bani Umaiyah
di samping untuk menambah pendapatan negara.

Perkara ini menunjukkan pungutan jizyah juga digunakan


Penegasan
untuk membantu negeri-negeri yang menjadi wilayah
Fakta
naungan kerajaan Islam.

ii.Khalifah al-Walid Abdul Malik Fakta 5

- Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, pembayaran


jizyah oleh kerajaan naungan digunakan untuk
Isi 5 meluaskan syiar Islam dan menambahkan
Huraian dan
pendapatan negara.
contoh
- Penaklukan yang dilakukan oleh baginda turut
merangkumi hingga ke wilayah China Barat dan India
Barat.

20
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh Khalifah al-


Walid, jelaslah bahawa penaklukan dan naungan
Penegasan
dilakukan untuk menjana pendapatan negara melalui
Fakta
jizyah.
iii. Khalifah Umar Abdul Aziz Fakta 6
- Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah naungan Islam
berkurangan.
- Hal ini disebabkan dasar dan konsep yang diamalkan
oleh Khalifah Umar dalam pungutan jizyah.
Huraian dan
- Khalifah Umar tidak menjalankan perluasan kuasa
contoh
sekaligus menyebabkan tiada kerajaan baru yang
Isi 6 menjadi naungan. Khalifah Umar juga menggalakkan
perkahwinan campur antara golongan bukan Arab
dengan golongan Arab yang menjadikan penyebaran
dakwah Islamiah semakin meluas.
Pelaksanaan jizyah kurang dilakukan semasa
pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana
dikatakan sebagai zaman keemasan disebabkan wang Penegasan
perbendaharaan negara yang mencukupi. Zaman Fakta
baginda dikatakan penuh kemakmuran.
iv. Khalifah Yazid bin Abdul Malik Fakta 7
- Khalifah Yazid mengamalkan semula sistem jizyah para
khalifah terdahulu. Kadar bayaran jizyah dinaikkan
sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya
pemberontakan golongan petani. Huraian dan
Isi 7 - Hal ini telah menjejaskan pendapatan negara dan contoh
menyebabkan sesetengah negara naungan
membebaskan diri melalui pemberontakan.
Justeru itu, jelaslah bahawa pelaksanaan jizyah Penegasan
bergantung kepada kekuatan pemerintah. Fakta

Kesimpulannya, Jizyah dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk


kerajaan Islam menjana pendapatan negara. Dengan
Kesimpulan
pembayaran jizyah, syiar Islam dapat diperluaskan dan
dikukuhkan dengan lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah
Islam.

21
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SEJARAH ISLAM
(500-1918)

TEMA 2

PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN

8. Jelaskan sumber baitulmal dan perlaksanaannya pada zaman khalifah Umar


al-Khattab.

9. Bincangkan kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah sehingga


menjadikan kerajaan Abbasiyah terkenal pada abad ke 11 hingga 12 M.

10. Sejauh manakah kedudukan strategik menjadi faktor Kerajaan Melaka


sebagai pusat ekonomi yang terkenal pada abad ke-15 M.

11. Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan


intelek pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

12. Bincangkan kepakaran Ibnu Majid dalam menguasai bidang kelautan.

13. Ibn Sina merupakan seorang pakar perubatan yang terkemuka di dunia.
Bincangkan.

14. Huraikan sumbangan pelayaran Ibn Battutah terhadap perkembangan


tamadun manusia pada abad ke-14 M.

22
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 8 : Jelaskan sumber baitulmal dan perlaksanaannya pada zaman khalifah


Umar al-Khattab.

Jawapan :
- Baitulmal didefinisikan sebagai perbendaharaan negara atau
institusi yang bertanggungjawab menyelenggara pendapatan
dan perbelanjaan negara.
- Institusi ini menguruskan harta umum ke tempat menyimpan
Pendahuluan
barangan berharga dan barangan amanah iaitu harta wakaf.
- Oleh itu, zaman Khulafa’ al-Rasyidin memaparkan perlaksanaan
dan pengurusan baitulmal yang lebih sistematik dan hasilnya,
sumber pendapatan negara juga meningkat.
Baitulmal zaman Umar al-Khattab menguruskan sumber
Fakta
yang pelbagai
- Terdapat pelbagai sumber kewangan negara yang
disimpan dalam Baitulmal diperoleh daripada zakat,
ghanimah, fay, jizyah, kharaj, riqas dan usyur.
- Setiap sumber ini mempunyai fungsi yang tertentu
dan penggunaannya cukup jelas dan sangat teratur
Huraian dan
- Misalnya pembayaran zakat dikenakan kepada
Isi 1 Contoh
umat Islam dan pembayaran itu misalnya digunakan
untuk membantu fakir miskin yang beragama Islam.
Manakala fakir miskin yang bukan beragama Islam
akan dibantu melalui cukai jizyah.

Oleh yang demikian, dengan adanya kepelbagaian


Penegasan
sumber ini kehidupan masyarakat semasa pemerintahan
Fakta
Khalifah Umar al-Khattab sangat terjaga kebajikannya.

Baitulmal zaman Umar al-Khattab telah diuruskan


Fakta
dengan sistemmatik
- Pengurusaan Baitulmal diuruskan dengan sangat
teliti.
- Khalifah Umar telah menyediakan buku kira-kira
negara untuk mengetahui pengaliran wang keluar
dan masuk dari Baitulmal. Begitu juga dengan
pendapatan dan perbelanjaan negara. Huraian dan
Isi 2 - Selain itu, seorang pegawai dilantik untuk Contoh
menguruskan buku kira-kira Baitulmal. Antara
pegawai yang pernah dilantik pada peringkat awal
ialah Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan
Jubair bin Mut’im.

Hal ini telah memberikan jaminan keselamatan


Penegasan
terhadap suber pendapatan negara dan secara tidak
Fakta
langsung dapat mengelakkan penyelewengan berlaku.

Agihan Harta di Baitulmal zaman Umar al-Khattab


Isi 3 Fakta
digunakan untuk kebajikan

23
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

- Mengagihkan harta Baitulmal untuk tujuan kebajikan


penduduk merupakan satu cara yang dilakukan oleh
Khalifah Umar dalam menguruskan sumber-sumber
Baitulmal
- sumber-sumber ini dibelanjakan demi kepentingan
rakyat dan negara dengan bersandarkan aqidah,
akhlak dan syarak Islamiah.
- Contohnya, daripada sumber Baitumal ini, elaun sara Huraian dan
hidup telah diberikan kepada mereka yang uzur dan Contoh
lanjut usia kerana tidak berupaya menyara
kehidupan mereka. Selain itu sumber Baitulmal juga
digunakan untuk membayar gaji angkatan tentera.
- Begitu juga isteri-isteri tentera Islam yang mati syahid,
mereka telah diberi bayaran sara hidup. Hal ini dapat
membantu kehidupan mereka yang kehilangan
ketua keluarga

Dengan ini terbuktilah sumber Baitulmal yang diuruskan


dengan baik pada zaman Khalifah Umar al-Khattab Penegasan
dapat membantu menjaga kebajikan rakyat dan Fakta
meringankan beban mereka.
Agihan harta di Baitulmal zaman Umar al-Khattab
Fakta
digunakan untuk pembangunan negara.
- Khalifah Umar al-Khattab telah mengagihkan harta
Baitulmal untuk membangunkan negara dari aspek
politik, ekonomi dan sosial.
- sebagai contoh, Khalifah Umar telah
megembangkan ajaran Al-Quran dengan
menyediakan tempat pembelajaran di kawasan
Huraian dan
masjid dengan menggunakan dana dari Baitulmal.
Contoh
Isi 4 - Selain itu, kemudahan lain yang disediakan
menggunakan dana Baitulmal seperti membina jalan
raya, pejabat pos dan sekolah.
- Untuk memajukan pertanian, Khalifah Umar al-
Khattab telah membina Empangan Abu Musa di
Baasrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir
Oleh yang demikian, pembangunan yang dilaksanakan
dengan menggunakan sumber Bitulmal ini dapat
Penegasan
dinikmati oleh semua masyarakat pada zaman Khalifah
Fakta
Umar al-Khattab dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan.
Kesimpulannya penubuhan Baitulmal pada zaman Umar al-Khattab
sesungguhnya dapat menjamin pembangunan ekonomi negara
dan wilayah Islam bahkan berjaya membantu golongan yang tidak Kesimpulan
bernasib baik serta memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan
sebaiknya berdasarkan syariat yang ditetapkan.

24
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 9 : Bincangkan kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah sehingga


menjadikan kerajaan Abbasiyah terkenal pada abad ke 11 hingga 12 M.

Jawapan :
- Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui satu revolusi yang
dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Bani Umayyah.
Pertanian, perindustrian dan perdagangan merupakan
aktiviti ekonomi utama kerajaan Abbasiyah.
- Pihak pemerintah sentiasa berperanan dengan menyediakan
sumber-sumber ekonomi bagi meningkatkan hasil negara. Pendahuluan
Namun pada zaman Bani Saljuk telah menyaksikan era
kemerosotan.
- Oleh itu, pemerintah telah mengambil inisiatif memajukan
pertanian dan menjadikan kerajaan Abbasiyah sebagai
pusat perdagangan dan perindustrian.
Antara kegiatan ekonomi yang penting pada zaman
Fakta
kerajaan Abbasiayah adalah aktiviti pertanian.
- Lokasi kerajaan Abbasiyah di kawasan yang subur
untuk aktiviti pertanian khususnya berhampiran
Sungai Furat dan Dajlah. Antara tanaman utama
yang diusahakan ialah tamar, anggur, epal, buah
limau dan buah tin. Dengan adanya tokoh-tokoh
cendikiawan telah mencetuskan pelbagai idea baru
dan melakukan penyelidikan telah meningkatkan Huraian dan
Isi 1 pengeluaran pertanian. Contoh
- Pihak pemerintah juga berperanan penting memberi
sokongan memajukan sektor pertanian. Kerajaan
menyediakan kemudahan sistem saliran antaranya
‘Ain Zubaidah’ dan menggalakkan pembukaan
tanah-tanah baru serta melebarkan sungai dan
terusan.
Akhirnya telah wujud ladang-ladang pertanian dan
Penegasan
ternakan. Sebuah pasar yang dikenali sebagai ‘Suq al-
Fakta
Baqar’ berjaya didirikan.

Seterusnya perdagangan juga salah satu kegiatan


Fakta
ekonomi kerajaan Abbasiyah.
- Kerajaan Abbasiyah dapat menjana pendapatan
ekonomi melalui kepesatan perdagangan. Baghdad
menjadi pusat ekonomi komersial kerana
kedudukannya yang strategik dan menjadi laluan
Isi 2 perdagangan Timur Barat.
- Ruang niaga dan jaminan keselamatan telah Huraian dan
disediakan oleh kerajaan dengan lengkap. Contoh
Pelabuhan yang selesa untuk para pedagang
berurus niaga sehingga menjadi tumpuan para
pedagang.
- Misalnya pelabuhan Basrah, Amman, Kaherah dan
pelabuhan Iskandariah.

25
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Tegasnya kerajaan Abbasiyah dikenali serata dunia


melalui aktiviti perdagangannya yang dapat memberi Penegasan
kepercayaan kepada para pedagang yang berurus Fakta
niaga di pelabuhan-pelabuhan berkenaan.
Di samping itu, sektor perindustrian juga merupakan
Fakta
aktiviti ekonomi kerajaan Abbasiyah.
- Hal ini menunjukkan kerajaan Abbasiyah
berkemampuan menjana ekonomi menerusi hasil
pengeluaran yang pelbagai dalam bidang
perindustrian. Hasil tenunan dan permaidani yang
dikeluarkan oleh kilang-kilang di Baghdad, Syiraz dan
Asfahan.
- Kerajaan Abbasiyah juga berjaya menghasilkan
Huraian dan
pengeluaran lain yang bermutu tinggi untuk
Isi 3 Contoh
dipasarkan ke luar negara. Buktinya pengeluaran
pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca,
tembikar dan mozek yang dikeluarkan oleh kilang di
Baghdad, Syam dan Mesir.
- Senjata dan barangan kulit turut dihasilkan di
Andalus, Mesir dan Maghribi. Manakala barangan
perhiasan dan batu permata banyak di kilang-kilang
di Yaman, Bahrain dan Lubnan.
Akhirnya perindustrian telah dapat menjadikan umat
Penegasan
Islam mempunyai taraf hidup yang tinggi dan
Fakta
cemerlang.

Seterusnya, sektor perlombongan juga merupakan


Fakta
kegiatan ekonomi Kerajaan Abbasiyah
- Sektor perlombongan berkembang pada zaman
Abbasiyah. Aktiviti melombong emas dan perak
terdapat di wilayah Khurasan yang juga merupakan
pengeluar batu mar mar dan batu merkuri terbesar
ketika itu.
- Perlombongan batu delima. lazawarda (lapiz lazuli)
dan batu azura terdapat di wilayah Transoxiana. Di
wilayah Kirman, perlombongan tertumpu kepada
industri bijih timah dan perak. Wilayah-wilayah lain
seperti Bahrain terkenal dengan pengeluaran batu
Isi 4
mutiara. Naisabur dengan batu pirus (turquoise) dan
Huraian dan
perlombongan besi terdapat di pergunungan
Contoh
Lebanon Perusahaan minyak tar banyak dilakukan di
wilayah Georgia dan Farghana
- Perkembangan industri perlombongan bukan sahaja
berhasil menyumbang sejumlah besar pendapatan
negara, bahkan turut memberi kesan mendalam
kepada gaya hidup rakyat khasnya golongan elit.
- Mereka mula meminati perhiasan batu-batu
permata. Gaya hidup mempamerkan kekayaan
melalui pakaian dan perhiasan merupakan
fenomena baharu dalam sejarah Islam. Kewujudan
fenomena ini membuktikan kemakmuran negara

26
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

berikutan perkembangan pelbagai kegiatan


ekonomi.

Sehubungan dengan itu, aktiviti perlombongan ini turut


Penegasan
membantu dalam memajukan ekonomi Kerajaan
Fakta
Abbasiyah.
Kesimpulannya walaupun pada abad ke 11 dan 12 merupakan era
kemerosotan kerajaan Abbasiyah, namun pemimpinnya tekad
berusaha membangunkan sektor pertanian, perdagangan dan
Kesimpulan
perindustrian. Kerajaan Abbasiyah berjaya membuktikannya
apabila mampu menyediakan prasarana yang menggambarkan
kebajikan rakyat tetp didahulukan.

27
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 10 : Sejauh manakah kedudukan strategik menjadi faktor Kerajaan Melaka


sebagai pusat ekonomi yang terkenal pada abad ke-15 M.

Jawapan :
- Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Melaka menjadi pemacu
kepada kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Pada kurun ke-15 Melaka telah muncul sebagai emporium
perdagangan yang terkenal.
- Menurut sejarah Melayu, Melaka digelar sebagai "Malakat" oleh
orang Arab iaitu perhimpunan para pedagang. Hal ini
Pendahuluan
bermakna pedagang-pedagang seluruh dunia menjalankan
aktviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Mereka ini terdiri
daripada masyarakat yang berlainan bangsa dan keturunan.
- Oleh itu, selain daripada kedudukan yag strategik, terdapat
juga faktor lain yang menyumbang kepada kegemilangan
Melaka sebagai pusat ekonomi

Kedudukan yang strategik menjadi faktor kepada


Fakta
Kerajaan Melaka terkenal sebagai pusat ekonomi.
- Hal ini kerana kedudukan Melaka yang strategik
menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia
Tenggara, Timur dan barat. Kedudukan ini
menjadikan pedagang singgah berdagang,
mendapatkan makanan, minuman serta membaiki
kapal yang rosak.
Isi 1 - Muaranya yang dalam membolehkann kapal Huraian dan
berlabuh dengan mudah. Kawasan yang berbukit Contoh
pula menjadi panduan kepada pedagang
manakala paya bakau menjadi benteng
pertahanan semulajadi. Pelabuhannya dikatakan
terlindung daripada tiupan angin monson timur laut
dan barat daya. Dengan adanya banjaran
Titiwangsa dan Kepulauan Sumatera.
Kesannya, pedagang akan terpanggil untuk berdagang Penegasan
ke Melaka. Fakta

Seterusnya, peranan pemerintah Melaka yang


Fakta
berwibawa

- Jelaslah bahawa kehadiran pemimpin yang


berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka
sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara.
- Pemimpin-pemimpin berkenaan telah menjadi tulang Huraian dan
Isi 2 belakang yang membawa kepada keagungan Contoh
politik dan ekonom Kesultanan Melayu Melaka.
- Sebagai contoh, Parameswara, Sultan Muzaffar Syah,
Sultan Mansur Syah serta bendahara Tun Perak.
Impaknya, para pemimpin berkenaan telah berjaya
Penegasan
memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang
Fakta
terkenal ke serata dunia

28
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Di samping itu, Melaka juga berperanan sebagai pusat


Fakta
entrepot
- Keadaan ini merujuk kepada perkembangan
ekonomi perdagangan di Melaka bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan
Melaka sebagai pusat entrepot.
- Pelabuhan Melaka akan menjadi tumpuan
pedagang yang datang dari pelbagai pelusuk Huraian dan
Isi 3 dunia. Contoh
- Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang
mempunyai hasil dagangan penting. Sebagai
contoh, rempah ratus yng sangat diperlukan oleh
saudagar dari Timur dan Barat.
- Hasil-hasil dagangan diperolehi dari tanah taklukan
dan naungan Kerajaan Melaka

Penegasan
Kesannya, situasi ini telah menggalakkan kedatangan
Fakta
mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

Selain itu, hubungan persahabatan Melaka dan China. Fakta


- Jelas dilihat Melaka mendapat pengikhtirafan dan
perlindungan daripada ancaman musuh. Suasana
aman dan damai yang wujud membolehkan
perdagangan berjalan lancar.
- China semasa Dinasti Ming telah menggalakkan
pedagangnya datang berdagang ke Melaka
dengan membawa barang dagangan daripada
Huraian dan
China seperti kain sutera, teh dan barangan
Isi 4 Contoh
tembikar.
- Persahabatan antara dua negara ini memboleh
pedagang dari China berdagang di Melaka dengan
aman.
- China telah menghantar laksaman Yin Chin (1407)
dan laksaman Cheng Ho (1409) sebagai bukti
wujudnya hubungan persahabatan diplomatik.

Akibatnya, berlaku perkembangan perdagangan dua Penegasan


hala dan telah keselamatan Melaka lebih terjamin. Fakta

Kesimpulannya, kemunculan Melaka sbagai pusat perdagangan di


Kepulauan Melayu telah menjadikan Melaka sebgai sebuah
destinasi pelabuhan yang sentiasa dikunjungi oleh pedagang
Kesimpulan
daripada serata dunia. Mereka telah menjadikan peabuhan
Melaka sebagai tempat komunikasi dan juga puat penyebaran
agama Islam.

29
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 11 : Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat


perkembangan intelek pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Jawapan :

- Baitul Hikmah adalah gedung ilmu pengetahuan yang


diasaskan pada tahun 851M oleh Khalifah Harun al-Rashid.
- Baitul Hikmah menjadi tumpuan para sarjana untuk menjalankan
kegiatan akademik dan telah mencapai kegemilangan pada
zaman khalifah al-Makmum.
Pendahuluan
- Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah.
- Peranan utama Baitul Hikmah ialah sebagai pusat
penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang
menawarkan pelbagai kursus professional dalam bidang sains
dan falsafah

Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat


perkembangan intelek ialah peranan yang dimainkan Fakta
oleh Khalifah Abbasiyah.

- Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan


terbuka dalam bidang intelektual. Penterjemah
dilantik untuk Baitul Hikmah tidak terikat dengan
faktor agama dan bangsa.
- Khalifah al-Makmum pencita seni dan falsafah
mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul
Hikmah.
- Ganjaran wang emas diberikan kepada
penterjemah bagi merancakan lagi kegiatan
Huraian dan
keilmuan. Pada zaman Bani Abbasiyah ini, kerajaan
Isi 1 Contoh
telah memperuntukan dana yang besar khusus untuk
Baitul Hikmah sebagai perbelanjaan bayaran gaji
dan sebagainya.
- Contohnya, Yuhanna Musawaih beragama Kristian
dan Abu Sahl al-Fadl berbangsa Parsi pernah dilantik
sebagai penterjemah.
- Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan
Qugrus bagi mendapatkan karya-karya Yunani. Al-
Makmum juga menghantar Hunain Ishak ke
Konstantinopole mendapatkan karya hebat disana
Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani
Penegasan
Abbasiyah ini menunjukkan betapa seriusnya mereka
Fakta
dalam memajukan bidang intelektual.
Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi
faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat Fakta
perkembangan intelek

Isi 2 - Para wazir khasnya pada zaman Harun al-Rashid dan


al-Makmum gigih serta aktif menjalankan usaha Huraian dan
membangunkan bidang ilmu. Contoh
- Peruntukan dana yang banyak telah diberikan oleh
wazir-wazir bagi membiayai kegiatan penterjemahan
30
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

dan penulisan ini. Mereka sering bekerjasama


dengan khalifah menjalankan kegiatan
penterjemahan.
- Contohnya, Wazir Muhammad bin Abdul Malik
memberi 2000 dinar , seorang sebagai ganjaran
Oleh yang demikian, Peranan wazir tersebut
Penegasan
membolehkan Baitul Hikmah muncul sebagai pusat
Fakta
intelektual terkemuka di dunia

Selain itu, peranan para hartawan Islam juga turut


Fakta
menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah
- Para hartawan turut membantu perkembangan
Baitul Hikmah. Mereka terlibat secara aktif
membelanjakan sebahagian bagi membiayai
kegiatan penterjemahan dan penulisan Huraian dan
Isi 3 - Muhammad Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Contoh
bani Musa al Munajjim antara tokoh yang membayar
sebahagian kos penterjemahan buku-buku asing ke
dalam bahasa Arab. Mereka juga memberi ganjaran
kepada para penterjemah dan pengarang.
Peranan golongan hartawan secara tidak langsung
Penegasan
membantu merancakan lagi usaha kegiatan intelektual
Fakta
di Baitul Hikmah.

Faktor seterusnya ialah peranan penterjemah dan


Fakta
pengarang
- Ramai tokoh intelektual memberi sumbangan
cemerlang dalam kegiatan penulisan dan
penterjemahan di Baitul Hikmah. Fasa-fasa
perkembangan kegiatan penterjemahan dapat
dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur, dan Khalifah Harun al-Rashid.
- Hunain bin Ishak menguasai bahasa Arab, Suryani Huraian dan
Isi 4 dan Parsi adalah pakar ilmu perubatan, falsafah dan Contoh
Sejarah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai
ketua Baitul Hikmah. Yuhannad bin al-Bitriq (Abu
Zakaria) pakar bahasa Latin menterjemah karya
falsafah dan perubatan Yunani. Tokoh-tokoh lain Sahl
al-Harun, Yahya abi Mansur, Umar al-Farrukhan, dan
Muhamad bin Musa al Khwarizmi.
Zaman kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke
Penegasan
kemuncak sehingga 1258 M ini melahirkan ramai tokoh
Fakta
ilmuan Islam.
Kesimpulannya pada masa pemerintahan Khalifah Al Ma'mun Baitul
Hikmah mengalami kemajuan yang luar biasa. Pada masa itu itu
Baitul Hikmah menjadi pusat kajian yang memunculkan banyak
ilmuan, baik ilmuan agama atau ilmu umum. Maka di sinilah Baitul Kesimpulan
Hikmah mempunyai peranan yang cukup besar dalam memajukan
peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa
keemasanya "The Golden Age Of Islam”.

31
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 12 : Bincangkan kepakaran Ibnu Majid dalam menguasai bidang kelautan.

Tajuk : Bincangkan kepakaran Ibnu Majid dalam menguasai bidang kelautan.

Jawapan :
- Nama sebenar Ibnu Majid ialah Shihab al-Din bin Majid Al-Najdi.
- Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka
pada abad ke 15/9 H.
- Beliau digelar “singa laut dan telah menghasilkan 40 buah karya
Pendahuluan
sama ada berbentuk prosa atau puisi yang merangkumi bidang
pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak.
- Oleh itu, terdapat beberapa sumbangan Ibnu Majid dalam
bidang pelayaran dan geografi.
Antara sumbangan beliau dalam bidang kelautan ialah
Fakta 1
penerangan yang jelas berkaitan ilmu kelautan.
- Ibn Majid menghasilkan karya berbentuk prosa yang
bertajuk al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid
(kaedah dan faedah ilmu laut) pada tahun 1490 M
dan mengandungi 12 bab.
- Buku ini mengandungi teori dan praktikal yang
diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut
Merah,dan Lautan China. Beliau telah menulis
maklumat tentang kedalaman laut, kawasan pantai,
batu karang, pulau pelabuhan, angin,dan semua data
Isi 1 Huraian dan
yang diperlukan oleh pemandu kapal.
contoh
- Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memperbaiki
dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan
yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumnya
- Contohnya, dalam karya tersebut menceritakan
tentang permulaan pelayaran, jarum magnet bintang,
bulan, kompas, laluan di lautan Hindi, 10 buah pulau
yang paling terkenal, monsun yang sesuai bagi
pelayaran beserta tarikh mengikut perkiraan bangsa
Parsi dan tentang Laut Merah.
Kesannya, beliau telah membantu pelayar dalam Penegasan
menjalankan ekspedisi pelayaran mereka. Fakta
Seterusnya, sumbangan Ibn Majid adalah menghasilkan
kitab “Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar” pada tahun Fakta 2
866H.
- Jelas menunjukkan dalam karya tersebut telah
Isi 2 menceritakan mengenai tarikh, bahasa, bintang serta
ilmu berkaitan laut. Juga tentang laut di pantai Arab,
Huraian dan
China, Teluk Parsi, Hidi, Hijaz, Syam dan Afrika serta
contoh
pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi.
- Misalnya, kitab beliau masih lagi membincangkan
tentang ilmu laut.

32
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Kesannya, beliau dapat memberi ilmu pengetahuan yang


Penegasan
amat berguna kepada pelayar tentang ilmu berkaitan
Fakta
bahasa, tarikh, dan bintang serta laut.
Selain itu, sumbangan ibnu Majid adalah karya Qadimah
Fakta 3
Makkiyah.

- Hal ini dapat dilihat melalui karya beliau yang


telah menceritakan tentang laut merah dari Jedah Huraian dan
Isi 3
ke Tanjung Fartak. dengan lebih terperinci. contoh
- Umpamanya, beliau menceritakan tentang selatan
Semenanjung Tanah Arab
Kesannya, pelayar dapat mengetahui laluan perjalanan Penegasan
dengan lebih jelas dan tepat. Fakta
Akhir sekali, sumbangan Ibnu Majid ialah menjadi
Fakta 4
penunjuk arah kepada pelayar barat.
Isi 4 - Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah membantu
seorang pelayar barat sehingga beliau digelar
Huraian dan
“Malemo Canaqua” oleh Portugis
contoh
- Contohnya, beliau telah membantu Vasco Da Gama
dari pantai timur Afrika ke Calicut.
Kesannya, beliau dihormati oleh pelayar barat dan Penegasan
dikenali oleh seluruh lapisan masyarakat. Fakta
Kesimpulannya, sumbangan Ibnu Majid dalam bidang pelayaran
dan geografi telah merangsang pelayar tokoh-tokoh Islam yang
lain serta gambaran kepada masyarakat sejagat. Tinggalan dan
timbunan ilmu dapat diwarisi oleh kita pada hari ini dan Kesimpulan
menunjukkan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi
dalam bidang seni nautika dan pelayaran sehingga abad ke 15 M.

33
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 13 : Ibn Sina merupakan seorang pakar perubatan yang terkemuka di


dunia. Bincangkan.

Jawapan :
- Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah
bin al-Hassan bin Ali bin Sina. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di
Timur dan Avicenna’ di barat. Beliau seorang yang tekun
dalam mempelajari ilmu dan beliau pernah membaca 40 kali
buku matafizik karangan Aristorle.
- Beliau juga seorang yang taat beragama. Beliau berjaya
Pendahuluan
menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) semasa usia 18 tahun.
Ilmu perubatan telah dapat dikuasai beliau ketika beusia 16
tahun.
- Oleh itu, sumbangan beliau sebagai seorang pakar peubatan
terkemuka tidak dapat disangkal lagi namun, beliau turut
berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu yang lain.
Antara kepakaran beliau dalam bidang perubatan ialah
Fakta 1
beliau telah menghasilkan karya berkaitan perubatan.
- Jelas menunjukkan ketika berusia 21 tahun beliau
mula menulis karya pertama bertajuk “al-Majmu”
yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan
yang lengkap dan diikuti buku-buku lain.
- Segala cetusan idea beliau termasuklah risalah
berukuran kecil dimuat dan dimasukkan dalam
sebuah buku besar.
- Sebagai contoh buku yang berjudul “Essai de
Huraian dan
Bibliographie Avicenna. beliau juga telah
Isi 1 contoh
menghasilkan karya teragung iaitu al-Qanun fi al-Tibb.
Segala rumusan yang terdapat dalam karya tersebut
masih diterima pakai dalam dunia perubatan moden
kini. Buku berkenaan telah diterjemahkan dalam
pelbagai bahasa seperti bahasa latin, bahasa
Inggeris, Peranchis, Sepanyol dan Itali. Ironinya, karya
ini membincangkan penyakit saraf yang menjadi
punca manusia lumpuh.
Tegasnya, karya tersebut merupakan khazanah
Penegasan
perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber
Fakta
rujukan utama universiti2 di Eropah
Seterusnya, dalam bidang perubatan juga beliau
merupakan individu terawal mengemukakan teori2 Fakta 2
anatomi dan fisiologi
- Jelas dilihat bahawa teori2 yang terdapat dalam
Isi 2 buku beliau menggambarkan analogi manusia
terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) Huraian dan
terhadap alam semesta sebagai makro kosmos contoh
(dunia besar).
- Pengetahuan anatomi Ibn Sina pula jelas dilihat
34
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

dalam karyanya yang menggambarkan keterangan2


lengkap di samping hiasan-hiasan gambar dan
sketsa2 tertentu. Misalnya dalam analogi yang
menggambarkan bahawa syurga kayangan adalah
bulat dan bumi adalah persegi. Dengan itu, kepala
itu bulat dan kaki itu empat persegi. Manakala teori
anatomi memperlihatkan jantung manusia
mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup
dengan sendirinya semasa proses mengepam darah
berlaku.
Kesannya, menunjukkan pengetahuan Ibn Sina berkaitan Penegasan
anatomi amat luas. Fakta
Selain itu, beliau juga pakar dalam bidang geografi. Fakta 3
- Jelas menunjukkan Ibn Sina seorang ahli geografi
yang mampu menerangkan bagaimana sungai-
sungai berhubungan dan berasal dari gunung
ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu
mengemukakan satu hipotesis atau teori yang pada
waktu itu gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan
Huraian dan
Romani.
contoh
Isi 3 - Sebagai contoh perkara ini berlaku sejak dari zaman
Heredotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious.
- Ibn Sina turut menunjukkan kesan daripada hakisan
aliran sungai terhadap kawasan berbukit dan
bergunung ganang telah menyebabkan
terbentuknya kawasan lembah sungai yang produktif.
Tegasnya, dapat dilihat, Ibn Sina merupakan seorang
Penegasan
yang sarat dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
Fakta
mewarnai kehidupannya.
Di samping itu juga, Ibn Sina pakar dalam bidang ilmu
Fakta 4
falsafah
- Jelas bahawa pandangan falsafah Ibn Sina terbahagi
Isi 4 kepada tiga aspek utama iaitu logik, metafizik dan
psikologi. Beliau telah menghasilkan karya Huraian dan
falsafahnya untuk dimuatkan bersama-sama contoh
persoalan2 lain dalam karya bercorak ensiklopedia.
- Contohnya, kitab al-Shifa’.
Tegasnya, kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan Penegasan
para sarjana bidang falsafah Eropah. Fakta
Kesimpulannya, Ibn Sina telah menghasilkan 116 karya dalam
pelbagai bidang iaitu falsafah, mantik, matematik, astronomi,
kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku beliau telah dihimpunkan
oleh “Domonican Institute for Oriental Studies” di Kaherah, Mesir. Kesimpulan
Karya beliau kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Arab pada tahun 1950 oleh Liga Arab dan diberikan tajuk
Muallafat Ibn Sina”.

35
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 14 : Huraikan sumbangan pelayaran Ibn Battutah terhadap


perkembangan tamadun manusia pada abad ke-14 M.

Jawapan :
- Ibn Battutah dilahirkan di Tanger, Maghribi pada tahun 703
Hijrah bersamaan 1304 Masihi. Nama sebenar Ibn Battutah
ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati.
- Sumbangan terpenting beliau dalam bidang pelayaran ialah
dalam penghasilan karya berjudul Tuhfat al-Nazar yang lebih
Pendahuluan
dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana Barat menyifatkan Ibn
Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers.
- Hasil pelayaran yag dibuat oleh Ibn Battutah telah
memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan
tamadun manusia.
Sumbangan beliau dalam perkembangan tamadun
manusia dilihat melalui Karyanya yang dijadikan Fakta 1
sumber sejarah abad pertengahan
- Ibn Battutah adalah seorang tokoh pengembara
dan sejarawan Islam yang terkenal pada zaman
pertengahan. Kemasyhurannya bukan sahaja
dalam kalangan umat Islam sahaja, tetapi juga
dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
- Hasil pengembaraan dan pelayaran Ibn Battutah
telah memberi banyak pendedahan kepada
masyarakat dunia merangkumi pelbagai aspek
seperti agama, politik, sosial, ekonomi dan
kebudyaan masyarakat khususnya di Afrika Barat
dan India. Demikian juga berhubung dengan
kedudukan dan perkembangan agama Islam di
beberapa negara termasuklah Asia Tenggara, China
Isi 1 dan lain-lain.
- Contohnya, di India, catatan beliau berfokuskan Huraian dan
tentang kepelbagaian kepercayaan yang contoh
diamalkan oleh masyarakat Hindu seperti adat
suttee (adat pembakaran diri balu-balu Hindu) dan
lain-lain. Beliau turut menghuraikan kepentingan
Sungai Ganges terhadap masyarakat setempat
khususnya untuk upacara penyucian atau
pembersihan diri.
- Rekod pengembaraan Ibn Battutah kitab Tuhfat al-
Nazar atau lebih dikenali sebagai Rihlah Ibn
Battutah turut mendapat perhatian para sarjana
sejarah di seluruh dunia. Karya ini juga kemudiannya
telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
asing termasuk bahasa Perancis, Belanda dan
Jerman dan Inggeris yang dikenali sebagai The
Travels of Ibn Battutah.

36
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Tegasnya, catatan pegembaraan Ibn Battutaah amat Penegasan


dikagumi dan menjadi perhatian seluruh dunia. Fakta
Seterusnya, perkembangan tamadun manusia dapat
dilihat dalam catatannya merangkumi bidang sejarah Fakta 2
dan persejarahan
- Ibn Battutah turut menulis kisah persejarahan
sesebuah negara apabila berjaya menemui ramai
pemerintah, wazir dan pegawai-pegawai tinggi
kerajaan. Bagi mendapatkan kesahihan dan
ketepatan fakta, hasil catatan beliau turut disokong
oleh sumber-sumber lain yang berkaitan.
- Contohnya, di Kota Konstantinople, beliau
mencatatkan keindahan kota tersebut yang
dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli-
belah, jalan raya yang dibina daripada batu dan
kewujudan sebuah gereja besar St Sophies di
tengah-tengah kota berkenaan. Sementara Pasai di
Isi 2 Sumatera pula digambarkan sebagai kawasan yang Huraian dan
subur yang dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih contoh
dan gaharu.
- Gambaran tentang sesebuah negara Islam turut
dicatatkan misalnya sejarah negara India sewaktu
pemerintahan Muhammad Tughliq (Kesultanan
Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.
- Selain itu, Ibn Battutah juga menulis catatan tentang
kota-kota terkenal seperti Iskandariah, Damsyik,
Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Sifahan.
- Belaiu juga mencatatkan sejarah perkembangan
tempat-tempat yang dilawati di Makkah seperti
Masjidil Haram, Kaabah serta makam-makam para
imam pelbagai mazhab dan para syuhada.
Jelaslah catatan pengembaran beliau menjelaskan Penegasan
perkembangan tamadun manusia Fakta
Di samping itu, penulisan beliau turut merangsang
Fakta 3
kepada pelayar-pelayar lain
- Sumbangan Ibn Battutah dalam bidang pelayaran
telah menjadi pendorong kepada para pelayar
Islam yang lain untuk mengikut jejak langkahnya.
- Hasilnya telah membawa kepada kemunculan
Huraian dan
beberapa orang tokoh lain seperti Ibn Hawqal dan
Isi 3 contoh
Sulayman al-Mahri. Ibn Hawqal telah memulakan
pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara,
Negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily
dari tahun 947 hingga 973 Masihi.
Kesannya catatan ini telah melahirakan ramai pelayar-
Penegasan
pelayar untuk keluar menjelajah bagi mencari
Fakta
pengalaman.
Catatan Ibn Battutah turut menerangkan tentang ilmu
Isi 4 Fakta 4
geografi.
- Secara tidak langsung ilmu geografi turut
Huraian dan
dicatatkan dalam penulisan beliau dan diguna
contoh
pakai oleh pelayar-pelayar.

37
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

- Antara catatan beliau yang melibatkan ilmu


geografi ialah penerangan berkaitan keadaan iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara.
- Catatan beliau ini dapat mempengaruhi pemilihan
sesebuah pangkalan persinggahan dan
perdagangan yang sesuai dan strategik kepada
para saudagar kemudiannya.
- Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua
negara Islam termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran ,
India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn
Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking,
Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.
Catatannya tentang negeri2 tersebut telah
mendalami pengetahuan geografi tempat2 itu.
Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di
antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi.
Kesannya, catatan Ibn Battutah dalam pelayaran telah
Penegasan
meningkatkan lagi bidang keilmuan geografi penduduk
Fakta
setempat khususnya.
Kesimpulannya kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi
sejauh 120 000 km telah meletakkan beliau sebaris dengan ahli
pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo. Malah yang palig
penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan
ilmuwan yang berikutnya dan keberanian beliau dalam Kesimpulan
pengembaraan telah menyebabkan ramai sarjana menggelar
beliau sebagai The Prince of Muslim Travelers”. Sumbangan
beliau telah berjaya membantu mencorakkan perkembangan
intelektual sejagat

38
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SEJARAH ISLAM
(500-1918)

TEMA 3

NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

15. Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad
ke-19 hingga abad ke20 Masihi.

16. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat


nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M.

17. Bincangkan faktor-faktor pembentukan Negara bangsa Turki pada abad ke-
20 Masihi.

18. Bincangkan peranan Jamaluddin al Afghani dan Rashid Rida dalam gerakan
nasionalisme di Mesir.

39
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 15 : Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada


abad ke-19 hingga abad ke20 Masihi.

Jawapan :
- Sejarah penjajahan Barat ke atas Mesir dimulai penjajahan
Perancis, dantahun 1798 hingga 1801 diikuti oleh British dan
tahun 1882 hingga 1918. Tindakan British yang menjadikan Mesir
Pendahuluan
sebagai tanah jajahan telah menyebabkan sentimen anti-British.
- Olehitu, wujud reaksi masyarakat Mesir terhadap pendudukan
British pada abad ke-19 hingga abad ke-20 M.
Pertama sekali reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Fakta
adalah pemberontakan Urabi (1881-1882)
- Hal ini demikian kerana diskriminasi British ke atas
Fellahin (berketurunanMesir). Contohnya, British telah
Huraian dan
cuba mengehadkan saiz tentera Mesir dan ramai
Isi 1 Contoh
pegawail tentera Fellahin telah diberhentikan
perkhidmatan
Kesannya, berlaku pcmberontakan di bawah pimpinan
Penegasan
Kolonel Ahmad Urabi, menandakan pemulaan
Fakta
semangat nasionalisme Mesir

Seterusnya ialah gerakan pemulihan Islam Fakta

- Gerakan ini juga dikenali sebagai Gerakan Islam dan


dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan
Muhammad Abduh
Huraian dan
Isi 2 - Pelbagai idea baharu program Islah dilaksanakan
Contoh
melalui pelbagai kaedah
- Contohnya melalui proses pengajaran, pidato dan
media massa serta karya-karya ilmiah

Kesannya kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh- Penegasan


tokoh ini berjaya membangkitkan semangat anti-Barat Fakta

Di samping itu, reaksi masyarakat datang daripada


Fakta
golongan lulusan undang-undang.
- Gerakan kumpulan ini di bawah pimpinan Mustafa
Kamil dan Mohammad Farid
- Hal ini berlaku kerana dasar British yang enggan
melaksanakan sistem berparlimmen sepenuhnya.
Isi 3 - Contohnya, British hanya membenarkan penubuhan
Huraian dan
majlis-majlis penasihat di peringkat wilayah dan
Contoh
kebangsaan yang sebenarnya tiada mempunyai
sebarang kuasa
- Akhirnya pada 7 Disember 1907, Mustafa Kamil telah
memimpin Kongres Nasional Pertama yang bertujuan
untuk pembangunan Mesir secara liberal dan
kemerdekaan penuh.

40
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Namun demikian, British telah bertindak menindas Penegasan


gerakan ini. Fakta

Seterusnya, semangat menentang British menjadi lebih


Fakta
giat dalam tempoh Perang Dunia
- Hal ini demikian, kerana tindakan dan penindasan
British terhadap golongan tertentu di Mesir telah
menimbulkan kemarahan dalam kalangan
Isi 4 penduduk. Huraian dan
- Contohnya, British menyekat tuan-tuan tanah Contoh
daripada menanam kapas. Masyarakat bandar
menghadapi inflasi yang tinggi manakala golongan
petani menjadi buruh paksa kcpada tentera British.

Kesannya. semangat menentang British menjadi lebih Penegasan


membara. Fakta

Kesimpulannya, penduduk tempatan Mesir berjaya


mempertahankan kedaulatan Mesir. Reaksi masyarakat akhirnya
Kesimpulan
membawa kemerdekaan Mesir dan pembebasan ekonomi
daripada eksploitasi British.

41
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 16 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan


semangat nasionalisme di Mesir pada abad ke 20 M.

Jawapan :
- Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan
empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British di Mesir
amat kuat. Ini kerana British telah mengukuhkan kuasa selepas
mengatasi pemberontakan Urabi pada 1881.
- Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan
taat setia kepada tanah air dan bercita-cita membebaskan
Negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing.
- Penguasaan British di Mesir berlaku semasa pentadbiran
Lord Cromer yang dilantik sebagai konsul general antara athun Pendahuluan
1883 hingga 1907.
- Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran
asas di bawah pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif
dikekalkan.
- Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia
Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan
nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang
abad
Antara faktor-faktor yang mendorong
kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada Fakta
abad ke 20 M ialah faktor sistem pendidikan
- Sistem pendidikan dikatakan adalah salah
satu faktor membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir pada abad ke 20.
- Gerakan nasionalisme Mesir dimulakan
dengan membangkitkan penekanan terhadap ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Golongn cerdik
pandai telah menjadi pencestus kepada
perjuangan gerakan nasionalisme.
- Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam
memberi peluang pendidikan kepada penduduk
Isi 1 Mesir kerana bimbang graduan-graduan
tempatan yang diberi pendidikan Inggeris mampu Huraian dan
mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan. Contoh
- Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan
sekolah kerajaan Mesir walaupun mereka mampu
membangun dan membiayai sekolag tersebut.
- Dasar pendidikan British adalah bertujuan
melatih anak tempatan dari golongan kaya untuk
berkhidmat dengan kerajaan kolonial.
- Hampir semua jawatan kerajaan disandang oleh
golongan berpendidikan daripada keluarga
bangsawan
- Rasa tidak puas hati penduduk kian memuncak
apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai

42
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

British yang kurang berkelayakan dengan gaji yang


tinggi jika dibandingkan dengan rakyat tempatan.

Tegasnya, gerakan nasionalisme di Mesir telah


dibangkitkan oleh golongan graduan sekolah
undang-undang yang juga terdedah kepada
Penegasan
sistem dan ideologi politik barat. Anatara tokoh
Fakta
nasionalis Mesir seperti Mustafa Kamil yang
merupakan aktivis pro Islam yang menentang dasar
pemerintahan British
Selain itu, faktor golongan intelektual Fakta
- Golongan intelektual yang menyemai dan
membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir
terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan
berpendidikan barat, golongan agama dan
golongan elit tentera.
- Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti
Mustafa Kamil Pasha yang pakar undang-
undang menyokong gerakan nasionalisme sekular
seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
meraih sokongan intelektual daripada keturunan
Qibti.
- Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-
Banna telah mempelopori kebangkitan golongan
intelektual Islam menentang British melalui
Huraian dan
penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha
Contoh
melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna
Isi 2 memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari
Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah
Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek
akidah, integrasi ilmu dan kecekapan pentadbiran.
- Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis
Islam memperjuangkan kepentingan menyesuaikan
pendidikan moden dan agama menerusi
penubuhan madrasah al- Dakwah al-Irshad pada
tahun 1912 di Kaherah.
- Kumpulan intelektual dari kalangan tentera
Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat gerakan
nasionalisme menentang British dan pemerintahan
Khedif yang bersekongkol dengan penjajah
Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar
mengambil ikhtibar dari peradaban Barat dengan
Penegasan
aspek-aspek positif seperti ilmu sains dan teknologi.
Fakta
Idea-idea beliau banyak mempengaruhi tokoh pemikir
Islam pada abd ke 20 M.

Seterusnya, faktor pengaruh kewartawanan Fakta


- Bidang keartawanan turut memainkan
Isi 3 Huraian dan
peranan dalam menimbulkan kesedaran rakyat
Contoh
Mesir. Ini disebabkan pengaruh kewartawanan
melalui penerbitan akhbar telah digunakan

43
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

sesetengah pihak untuk memperjuangkan hak


mereka. Pada awal abad ke 20 M , penerbitan
akhbar semakin rancak berikutan kemunculan parti-
parti politik dan perkembangan nasionalisme.
- Rasyid Rida adalah orang kanan Muhammad
Abduh telah menimbulkan kesedaran melalui
ahkbar Salafiya. Beliau sentiasa mengkritik dan
menyalahkan pihak penjajah atas nasib malang
masyarakat Arab.
- Rasyid Rida bersama penyokongnya telah
mempopularkan konsep modenisasi Islam dan
cuba menegakkan warisan dan keperibadian Arab
terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa
Arab Mesir.
- Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif
turut tidak ketinggalan dalam memperjuangkan
hak terutama dalam isu pendidikan. Beliau telah
membincangkan peranan wanita secara terbuka
sehingga menarik minat golongan intelektual.
Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah
Penegasan
mempercepatkan penerimaan masyarakat terhadap
Fakta
gerakan nasionalisme Mesir

Selain itu, faktor Agama. Fakta


- Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang
telah menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar
Pemerintahanya yang telah mengiktirafkan
tindakan Mustafa Kamal Atartuk yang memisahkan
Huraian dan
antara agama dan politik.
Isi 4 Contoh
- Beliau menegaskan bahawa Islam tidak
mewajibkan umatnya mendirikan Negara dan
dengan adanya khalifah Islam itu hanya akn
membawa kemudaratan kepada umatnya

Tegasnya, faktor agama adalah pencetus Penegasan


kepada gerakan nasionalisme Mesir Fakta

Kesimpulannya, Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir


berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
kepincangan yang berlaku dalam Negara.Pelbagai faktor
mendorong kebangkitan nasionalisme di Mesir sama ada dalam Kesimpulan
aspek politik ,ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang
berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British
mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

44
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 17 : Bincangkan faktor-faktor pembentukan Negara bangsa Turki pada


abad ke-20 Masihi.

Jawapan :
- Sultan Abdul Hamid II merupakan pemerintah empayar Turki
Uthmaniyah yang terakhir. Sepanjang tempoh pemerintahan
selama 33 tahun, baginda telah berjaya melakukan
pembaharuan dan dapat mengelakkan tekanan kuasa-kuasa
barat terhadap empayar Islam.
- Perlembagaan 1876 yang diluluskan oleh baginda bertujuan
Pendahuluan
menyelamatkan rakyat dan empayar Islam, namun kuasa
baginda mulai merosot dan seterusnya dilucutkan jawatan
sebagai Sultan Uthmaniyah.
- Namun, kesan daripada pembaharuan yang telah dilaksanakan
menjadi antara beberapa faktor kepada pembentukan negara
bangsa Turki pada abad ke-20.

Antaranya ialah sistem pendidikan. Fakta

- Jelas bahawa pendidikan diberi keutamaan bagi


memajukan empayar Turki agar setaraf dengan
negara-negara barat.
- Banyak sekolah rendah, menengah dan institusi
pengajian tinggi telah dibina sehingga Berjaya Huraian dan
Isi 1 melahirkan ramai cerdik pandai yang mempunyai Contoh
pemikiran nasionalisme.
- Sebagai contoh, idea nasionalisme dan sekularisme
dapat menyerap secara beransur-ansur dalam
masyarakat Turki
Impaknya, ideologi yang menjadi perjuangan golongan
terpelajar Turki ini telah membawa kepada keruntuhan Penegasan
empayar Turki Uthmaniyah dan penubuhan negara Fakta
bangsa Turki.
Selain itu, wujudnya tekanan kuasa-kuasa barat. Fakta
- Walaupun kuasa imperialis Barat seperti
British,Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama
lain berebut peninggalan empayar Uthmaniah
namun kuasa-kuasa barat bergabung untuk
menghancurkan kerajaan Islam ini.
Isi 2
- Penduduk bukan Islam telah dihasut untuk Huraian dan
memberontak. Mereka menuntut persamaan hak, Contoh
keadilan dan kebebasan.
- Meskipun pelbagai pembaharuan telah
dilaksanakan namun penduduk minioriti bukan Islam
terus mengkhianati dan menunjukkan ketidaksetiaan
kepada kerajaan Uthmaniah.

45
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Akibatnya, sultan dan pemimpin nasionalis Turki lebih


Penegasan
terdorong untuk menguatkan lagi pembentukan Negara
Fakta
bangsa Turki

Sehubungan dengan itu, peranan Rejim Turki Muda turut


Fakta
mendorong pembentukan nagara bangsa Turki
- Hal ini kerana pemerintahan Sultan Abdul Hamid 11
ditentang oleh golongan radikal “Rejim Turki Muda”.
Golongan ini merupakan pelajar yang melanjutkan
Huraian dan
pelajaran ke luar Negara dan dipengaruhi oleh idea-
Contoh
Isi 3 idea Revolusi Perancis 1789.
- Golongan tersebut telah menekankan dasar
“Turkifikasi” sebagai reaksi kepada penentangan
golongan bukan Islam dari kawasan Balkan.
Implikasinya, Rejim Turki Muda ini berjaya mendominasi
pentadbiran kerajaan dan ketenteraan yang akhirnya Penegasan
mempercepatkan lagi pembentukan Negara bangsa Fakta
Turki.
Seterusnya, dasar Pan Islamisme. Fakta
- Keadaan ini merujuk kepada dasar yang
menekankan fahaman perpaduan khalifah yang
memihak perpaduan umat Islam sejagat.
- Umat Islam digesa untuk bersatu di bawah
kepimpinan Sultan Abdul Hamid II kerana baginda
Huraian dan
Isi 4 telah berusaha untuk memajukan umat Islam dan
Contoh
agama Islam.
- Misalnya, Jamaluddin al-Afghani dan Rashid Rida
adalah tokoh-tokoh yang membantu menggerakkan
dasar tersebut agar dapat menahan kemaraan
kuasa barat.
Tegasnya, penyatuan umat Islam juga menyebabkan Penegasan
pembentukan negara bangsa Turki. Fakta
Akhir sekali faktor kekuasaan mutlak dan kelemahan Fakta
khalifah sendiri
- Kekuasaan mutlak Sultan Turki Uthmaniah semakin Huraian dan
bertambah apabila ditubuhkan pasukan tentera Contoh
baru Muallem Eshkinji mengantikan tentera elit
Janissari dan menguasai golongan ulama.
- Namun peranan dua golongan pengimbang
kepada kekuasaan mutlak sultan ini kian terhakis
apabila diserap dalam pentadbiran. Kekuatan Sultan
Isi 5 kian mutlak dan tidak disenangi oleh golongan
nasionalis.
- Pejuang nasionalis menganggap ketidakmampuan
kerajaan Turki Uthmaniah mengahadapi Barat
berpunca daripada kelemahan sistem pemerintahan
dan kekuasaan mutlak sultan.Muncul golongan
Uthmani Muda yang mengkritik monopoli kuasa
sultan.

46
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Kesannya rakyat bangkit untuk bebas membentuk Penegasan


negara bangsa sendiri terpisah dari kesatuan khilafah Fakta
Islamiyah dan system khalifah sendiri terhapus.
Kesimpulannya, Rejim Turki Muda telah memihak kepada Jerman
dalam Perang Dunia Pertama yang menyaksikan berakhirnya
empayar Turki Uthmaniyah. Wilayah-wilayah di bawah Turki
Kesimpulan
Uthmaniyah telah mendapat kemerdekaan. Republik Turki telah
diisytiharkan oleh Mustafa Kamal Artartuk yang mendapat sokongan
penuh rakyat Turki.

47
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

SOALAN 18 : Bincangkan peranan Jamaluddin al Afghani dan Rashid Rida dalam


gerakan nasionalisme di Mesir.

Jawapan :
- Kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir merupakan reaksi
masyarakat tempatan terhadap tekanan Barat khususnya Britain
dan Perancis yang campurtangan dengan tujuan menjaga
kepentingan ekonominya.
- Jamaludin alAfghani adalah tokoh reformis yang berasal dari
Afghanistan dan telah mengembara ke Mesir dan seterusnya
menempa nama dalam gerakan nasionalisme di Mesir. Pendahuluan
- Manakala Rashid Rida pula adalah kelahiran Syria dan
bekerjasama dengan Muhammad Abduh menyemarakkan lagi
gerakan pembaharuan dan kebangkitan umat Islam di Mesir .
- Kemunculan golongan intelektual Islam seperti Jamaludin al
Afghani dan Rashid Rida menyemarakkan lagi pengaruh agama
dan Gerakan Islah dalam kebangkitan nasionalisme di Mesir.
Gagasan Pan-Islamisme merupakan projek al Afghani
Fakta
yang paling popular.
- Gagasan Pan-Islamisme yang ditubuhkan
bermatlamat menyatukan umat Islam seluruh dunia
sebagai reaksi terhadap reformasi pro-Barat yang
sedang melanda negara Islam.
- Kuasa-kuasa Barat ketika itu sedang meluaskan
Huraian dan
kuasanya ke Afrika,Asia dan Eropah.
Contoh
Isi 1 - Sebagai benteng menghalang peluasan pengaruh
Barat , Gagasan Pan-Islamisme menonjolkan
kedudukan Sultan Uthmaniah sebagai penaung
umat Islam dan diharapkan dapat diterapkan
kepada seluruh umat Islam.

Dengan kelebihan beliau dalam berpidato telah


Penegasan
berjaya menyedarkan masyarakat muslim khasnya
Fakta
golongan muda untuk bangkit mendapatkan masa
depan yang lebih baik.

Penyebaran idea melalui penerbitan majalah Fakta

- Media massa ini digunakan untuk menanam


gagasan baru seperti semangat kemerdekaan,
kemandirian, kesatuan dan hak orang yang dijajah.
- Perjuangan menentang penjajah Barat adalah
Isi 2 berlandaskan al-Quran dan hadis.
- Penulisan juga menekankan kerajaan Huraian dan
berperlembagaan menggantikan pemerintahan Contoh
autokratik.
- Al Afghani menggalakkan murid-muridnya menulis
dan disiarkan pendapat mereka melalui akhbar-
akhbar yang diterbitkan seperti alManar dan akhbar
al Urwah al Wuthqa.

48
Modul Puncak Sejarah STPM Penggal 2, Negeri Melaka
Sejarah Islam

Tindakan alAfghani ini telah berjaya menyemarakkan


Penegasan
lagi kesedaran semangat nasionalisme dalam kalangan
Fakta
rakyat Mesir

Seterusnya membentuk kerjasama antara kerajaan


Fakta
Uthmaniyah dengan wilayah Afghanistan dan Iran.
- Jelaslah bahawa al-Afghani telah menulis surat
kepada Sultan Abd al-Hamid 11 untuk menawarkan
khidmat membentuk kerjasama tersebut.
- Sekiranya pakatan ini berjaya dibentuk, ia dapat
Huraian dan
memudahkan usaha untuk menyebarkan pengaruh
Isi 3 Contoh
“khilafah” ke atas umat Islam.
- Umpamanya, sultan Abd al-Hamid 11 telah
mengundang al-Afghani ke Istanbul untuk
membantu baginda melaksanakan “Gagasan Pan-
Islamisme”.
Akibatnya, Sultan Abd al-Hamid 11 telah menghantar
Penegasan
beliau sebagai wakil dan utusan ke Iran dan Afghanistan
Fakta
atas nama sultan Uthmaniyah

Gerakan Islah Rashid Rida Fakta


- Gerakan ini bermatlamat membantras kebekuan
ulama dan kezaliman pemimpinnya.
- Bersikap taklid buta,jumud dan bidaah serta saling
menyalahkan membawa kepada permusuhan dan
Huraian dan
Isi 4 perpecahan umat Islam. Sepatutnya umat Islam
Contoh
bersikap dinamis dan progesif dalam mengejar
kemajuan.
- Beliau juga menghargai peranan akal dalam hal-hal
hidup bermasyarakat tetapi tidak dalam ibadah
Dengan berijtihad berpandukan akal dan wahyu Penegasan
mampu memacu masyarakat Islam menuju kemajuan. Fakta
Fakta
Menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan
- Rashid Rida berpandangan ketamadunan Barat Huraian dan
adalah berpaksi pada ilmu pengetahuan dan Contoh
Isi 5 teknologi.
- Bagi mencapai kemajuan yang sama pada umat
Islam beliau telah menyerasikan pendidikan moden
dengan pendidikan agama menerusi penubuhan
Madrasah al-Da’wah al Irshad pada 1912 di Kaherah
Jelaslah usaha beliau dalam mengintegrasikan Penegasan
pendidikan moden dan agama membuktikan Fakta
pendidikan yang betul mampu mengubah masyarakat

Kesimpulannya, amat jelas peranan golongan intelektual Islam


seperti Jamaluddin al Afghani dan Rashid Rida telah membuka Kesimpulan
lembaran baru dalam perjuangan nasionalisme Mesir

MODUL TAMAT

49

You might also like