Dokumentasi Persaraan GB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA CHIO MIN A

JALAN KELANG SAGO


09000 KULIM, KEDAH

“EN. TEH SHAW BOON”

ANJURAN:
SELURUH WARGA SJKC CHIO MIN A

TARIKH: 20 MEI 2018


TEMPAT: DEWAN SJKC CHIO MIN A
1.0 PENDAHULUAN
Majlis Persaraan Encik Teh Shaw Boon ini merupakan majlis khusus yang
diadakan sempena meraikan persaraan Encik Teh Shaw Boon di sekolah ini
sebagai guru besar dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang
jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama bertugas di sekolah ini.
Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 20 Mei 2018 yang dihadiri seluruh
warga SJKC Chio Min A, guru besar PPD Kulim Bandar Baharu, barisan
PIBG dan tetamu jemputan yang lain.

2.0 Masa Pelaksanaan


Tarikh: 20 Mei 2018 (10.35 – 1.05)
Tempat: SJKC Chio Min A

3.0 Objektif
Majlis Persaraan Encik Teh Shaw Boon ini merupakan majlis anjuran
warga SJKC Chio Min A untuk:
a) Memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan yang telah
diberikan oleh beliau sepanjang bertugas
b) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru bagi
menyatakan ucapan terima kasih.
c) Mewujudkan kerjasama antara para guru dan pelajar.
d) Memupuk perasaan hormat menghormati dan kasih sayang antara
satu sama lain.

2.3 Kaedah Pelaksanaan


Perlaksanaan program dimulakan dengan perbincangan antara guru
dan PIBG Sekolah. Ahli Jawatan Kuasa kemudiaannya dibentuk untuk
memastikan program berjalan lancar. Sehari sebelum majlis
berlangsung, dewan dihias oleh AJK persiapan pentas dan backdrop.
AJK persembahan pula melatih pelajar untuk persembahan untuk
memastikan majlis berjalan lancar. Buku program juga disediakan bagi
memastikan semua guru bersedia sepanjang majlis berlangsung.majlis
dijangkakan diakhiri dengan acara bersalaman antara yang dirai oleh
murid.
Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh juruacara diikuti nyanyian
lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah. Seterusnya, Encik Te Hunt Kent dijemput
untuk memberikan ucapan. Selepas ucapan, majlis diteruskan dengan
persembahan daripada pelajar, dan penyampaian hadiah sebagai tanda
penghargaan di atas jasa dan pengorbanan Encik Teh Shaw Boon di sekolah
ini.

2.0 HURAIAN PERLAKSANAAN MAJLIS


Majlis Persaraan Encik Teh Shaw Boon ini merupakan majlis khusus yang
diadakan sempena meraikan persaraan Encik Teh Shaw Boon di sekolah ini
sebagai guru besar dan pendidik. Majlis ini telah diadakan bagi mengenang
jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau selama bertugas di sekolah ini.
Majlis Persaraan ini telah diadakan pada 20 Mei 2018 yang dihadiri seluruh
warga SJKC Chio Min A, guru besar PPD KBB dan tetamu yang lain.
Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh juruacara diikuti
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah. Seterusnya, Encik Te Hunt Kent
dijemput untuk memberikan ucapan. Selepas ucapan, majlis diteruskan
dengan ucapa wakil murid dan wakil para jemputan. Seterusnya majlis
diteruskan lagi dengan persembahan daripada pelajar,
Akhir sekali, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan terhadap
bakti dan jasa Encik Teh Shaw Boon, acara penyampaian hadiah dari, wakil
guru dan wakil pelajar kepada beliau.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Majlis persaraan Encik Teh Shaw Boon berjalan dengan jayanya. Semua
guru dan pelajar memainkan peranan masing-masing. Tiada kesukaran
dialami sepanjang majlis berlangsung.
Melalui pengalaman dan pemerhatian sepanjang majlis tersebut
berlangsung, tidak banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi majlis
persaraan. Antaranya ialah mengubah cara perancangan majlis persaraan
dan membuat semakan agar majlis dapat berjalan dengan seimbang.
4.0 PENUTUP
Diharap majlis yang dijalankan ini dapat mencapai objektif dalam meraikan
guru besar yang bersara sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan
pengorbanan guru yang telah bertugas sebagai pendidik selama ini. Selain
itu, majlis ini juga sebagai tanda kenang-kenangan diakhir perkhidmatan
seorang guru. Semoga majlis sebegini mampu memupuk hubungan yang baik
antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

6.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR


Majlis Pesaraan Guru Besar telah diadakan pada 20 Mei 2018(Ahad) di
dewan SJKC Chio Min A sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan
pengorbanan guru besar yang telah bertugas sebagai pendidik selama ini.
Sehubungan itu, gambar di bawah menunjukkan pelaksanaan tentatif
sepanjang majlis.

Gambar 1: Ketibaan Encik Teh Shaw Boon


Gambar 2: Ucapan Encik Te Hunt Kent ( PK HEM )

Gambar 3: Ucapan Wakil VIP


Gambar 5: Ucapan wakil murid

Gambar 6: Persembahan murid


Gambar 7: Upacara memotong kek

Gambar 8: Upacara penyampaian hadiah oleh wakil guru dan murid


Gambar 9: Lambaian terakhir Encik Teh Shaw Boon kepada seluruh warga
SJKCCMA

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… …....................................
( SHATIRAH BINTI HALIM ) (LIM PUEK MOY)
Guru Akademik GPK Kokurikulum,
SJKC Chio Min A SJKC Chio Min A

You might also like