Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

K 17.

Soalan Esei Unit 4.3

1.Tajuk: Dokumen Perniagaan Antarabangsa.

2. Bidang pembelajaran: Jenis-jenis dokumen perniagaan antarabangsa.


a. Dokumen perniagaan.
b. Dokumen pengangkutan.
c. Dokumen insurans.
d. Dokumen kastam.
e. Dokumen pembayaran.

2. Kenalpasti soalan.
- mengikut hasil pembelajaran.
-berpandukan aras-aras.

Contoh: Aras 1.
a.Mengenalpasti dokumen-dokumen antarabangsa.

Aras 2.
b. Menjelaskan dokumen import dengan eksport.

3. Bina soalan esei mengikut soalan yang dikehendaki.

SOALAN 1:
teks 128-136.
a. Apakah maksud bil muatan dan kepentingannya dalam perniagaan antarabangsa?
Jelaskan perkara yang terkandung dalam dokumen ini?
(6 markah)
b. Nyatakan maksud nota perkapalan dan jelaskan tujuan dan kandungan maklumat
dalam nota perkapalan yang dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak
lembaga pelabuhan.
(3
markah)
c. Mengapakah pengimport perlu membeli polisi insurans. (2 markah)
d. Huraikan empat jenis dokumen perniagaan. (8 markah)
e. Terangkan 3 jenis dokumen pembayaran. (6 markah)

Skima Markah:

No. Jawapan Markah


soalan
a. - Bil muatan dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada 1M
pengeksport.
- ditandatangani oleh nakhoda kapal bagi mengesahkan 1M
penerimaan barang ke dalam kapal.
-merupakan dokumen hak milik, boleh digunakan sebagai 1M
asas perundingan untuk mendapat kredit berdokumen
daripada pihak bank.
-perkara yang terkandung :
i. maklumat barang yang dieksport. 1M
ii. maklumat pengeksport dan pengimport. 1M
iii. maklumat syarikat perkapalan, syarat perkapalan dan 1M
syarat bayaran tambang.
iv. maklumat tentang pelabuhan di negara pengimport dan 1M
pengeksport.

b. -Nota perkapalan merupakan dokumen yang dihantar oleh 1M


syarikat perkapalan kepada pihak Lembaga Pelabuhan.
Tujuannya :
- meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam 1M
kapal.
- menyatakan jumlah peti kargo yang dihantar, kandungan 1M
dalam kotak atau peti, label pada kotak, nilai barang dan
nama kapal yang akan mengangkut kargo tersebut.
c. Pengimport memerlukan polisi insurans untuk melindungi 1M
barang diangkut seperti risiko kecurian, kebakaran dan
kerosakan atau kehilangan semasa dalam perjalanan.
- pengimport memerlukan polisi insurans untuk 1M
mendapatkan pinjaman atau kredit berdokumen.

d. Empat jenis dokumen perniagaan ialah:


i. Inden 2M
- pesanan bertulis oleh pengimport kepada
pengeksport atau agen untuk memesan barang.
– mengandungi butiran termasuk jenis dan kuantiti
barang pesanan, anggaran harga barang, cara pembayaran,
tarikh, cara serahan barang dan syarat perkapalan.
-Dua jenis inden iaitu inden terbuka dan inden tertutup.

ii. Invois Eksport. 2M


- bertujuan memberitahu jenis barang yang dihantar,
butir-butir seperti berat, kuantiti, harga barang,
syarat pengngkutan dan syarat pembayaran.
- Pengeksport perlu menyediakan invois dalam dua
salinan.
iii. Invois Konsular. 2M
- dikeluarkan oleh Negara pengimport sebagai
kebenaran untuk pengeksport membawa masuk
barang ke negaranya.
- Disediakan dalam tiga salinan, satu disimpan oleh
syarikat perkapalan, satu oleh konsul dan satu oleh
pihak kastam.
iv. sijil asal-usul. 2M
- memberi maklumat tentang negara asal.
- Dikeluarkan oleh dewan perdagangan atau
kementerian perniagaan negara pengeksport.

e. Tiga jenis dokumen pembayaran :


i. Bil perintah bayar. 2M
- dikirimkan oleh pengeksport kepada pengimport
untuk mengingatkan pengimport agar membayar
hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan
pinjaman bank dan didiskaunkan di bank untuk
mendapatkan bayaran.
ii. Kredit berdokumen. 2M
- dikeluarkan oleh bank di negara pengimport,
mewakili jaminan untuk membayar semua bil
pembayaran yang dikemuka oleh bank pengeksport.
- Jaminan ini perlu mengikut syarat iaitu pengeksport
perlu menyediakan dokumen seperti surat cagaran,
bil muatan, invois eksport dan polisi kepada bank.
iii. Surat cagaran. 2M
-dihantar oleh pengeksport kepada pengimport.
- merupakan dokumen yang memberikuasa kepada bank
pengimport oleh pihak pengeksport untuk menjual
barang jika pengimport gagal menunaikan bayaran.

SOALAN ESEI 6.6 -6.3:

SOALAN 2:

a. Terangkan cara yang boleh digunakan oleh seorang usahawan untuk memulakan
perniagaan. (10m)

b. Bagaimanakah perkongsian berbeza daripada Syarikat Sendirian Berhad ?


(10 M)

c. Sebutkan lima tujuan penswastaan. (5M)


Skima Jawapan:

No. Jawapan Markah


a. Cara untuk memulakan perniagaan:

i. Memulakan sendiri. 2M
- usaha sendiri dengan adanya modal pengetahuan,
pengalaman, minat dan kebolehan yang sesuai
dengan bidang perniagaan yang diceburi.

ii. Mengambil alih. 2M


- Membeli sebuah perniagaan yang telah sedia wujud
dan mengambil alih pengurusannya daripada
pemilik lama. Perniagaan yang sedia wujud telah
mantap dan mempunyai system pentadbiran lokasi
serta jaringan pembekal dan pelanggannya
sendiri.Perniagaan dijangkakan lebih
menguntungkan.
2M
iii.Warisan.
- Mewarisi sesuatu perniagaan daripada ahli keluarga
daripada satu generasi kepada generasi lain.
- Usahawan perlu menyambung dan
mengembangkan perniagaan tersebut.
2M
iv.Francais.
- Mendapatkan hak francais daripada pemilik
francais.
- Usahawan (francaisi) akan dibimbing dan dibantu
oleh francaisor syarikat dalam perkara seperti
penubuhan dan pengurusan perniagaan, latihan,
staf, pembiayaan dan pengiklanan.
- Francaisi dikehendaki membayar royalti kepada
francaisor mengikut perjanjian. 2M

v.Diundang.
- Dipelawa atau dijemput menyertai perniagaan
sebagai rakan kongsi atau pemegang saham.
- Kerana mempunyai kepakaran, pengalaman, modal,
nama baik atau keistimewaan.

b.
Perkongsian Syarikat Sdn Bhd.
- Keahlian milikan dikenali - Keahlian milikan dikenali 2M
sebagai rakan kongsi yang sebagai pemegang syer
terdiri daripada 2 hingga 20 yang terdiri daripada 2
orang. hingga 50 orang.

- Rakan kongsi terdiri - Pemegang syer 2M


daripada rakan aktif, rakan menyumbangkan modal
nominal dan rakan lelap melalui pembelian syer
yang masing-masing pada harga syer yang telah
menyumbangkan modal ditetapkan dengan sijil syer
pada kadar yg telah
dipersetujui.

-Setiap pekongsi - Setiap pemegang syer 2M


menanggung liabiliti yang mempunyai liabiliti yang
tidak terhad di mana harta terhad setakat jumlah modal
peribadi perseorangan akan yg telah dilaburkan sahaja.
digunakan untuk
menjelaskan hutang
perniagaan.

-Setiap pekongsi dikenakan - Kadar cukai dikenakan ke 2M


kadar cukai pendapatan atas keuntungan syarikat.
perseorangan yang rendah.

-Pengurusan perniagaan - Pengurusan perniagaan


ditadbir oleh pekongsi aktif ditadbir oleh lembaga
yang merupakan salah pengarah yg dilantik di 2M
seorang pemilik perniagaan. dalam menyuarat agung
tahunan dan dibantu oleh
kakitangan yg dibayar gaji.
-Mudah ditubuhkan kerana - Rumit dan kompleks
hanya perlu didaftarkan ditubuhkan kerana
dengan pendaftar melibatkan kos dan
perniagaan mengikut akta prosedur yg tertakluk kpd 2M
perniagaan 1956. akta sykt 1995.

c. Tujuan penswastaan ialah: 5M


i. Mengurangkan beban kewangan kerajaan.
ii. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
iii. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
iv. Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber
yang lebih cekap.
v. Memberi manafaat kepada kakitangan dan
seluruh rakyat.

SOALAN 3: (8.1 – 8.2 )

a. Berikan perbezaan antara Sistem Perbankan Konvensional dengan Sistem Perbankan


Islam.. (8 M)

SKIMA JAWAPAN:

No. Jawapan. Markah


a.
Perbankan Aspek. Perbankan Islam
konvensional
- Berlandaskan Peraturan - Berlandaskan 2M
undang-undang sivil. dan undang- hukum syariah.
undang.
2M
- Berlandaskan unsur Dasar -Berlandaskan
faedah. perniagaan. konsep untung rugi. 2M

-Pelaburan bank Pelaburan - Pelaburan bank


boleh disalurkan mesti bebas dari
kepada apa jua sector segala larangan
termasuklah industri Islam.
perjudian, spekulasi
dan makanan tidak 2M
halal.

- Dikendalikan oleh Penasihat. -Dikendalikan oleh


tenaga penasihat dan para ulamak, ahli
pakar-pakar pengurus akademik daripada
yang profesional Majlis Penasihat
Syariah Sepusat.
- 2M

You might also like