Kumpulan 16

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

K16

SOALAN ESEI
3.3 PERNIAGAAN RUNCIT
3.4 PERNIAGAAN BORONG
3.5 DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI
3.6 KAEDAH JUALAN
4.1 PERNIAGAAN ANTARABANGSA
4.2 PERNIAGAAN IMPORT, EKSPORT DAN ENTREPORT.

SOALAN

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan runcit.(3markah)


b) Nyatakan lima ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan. (12 markah)
c) Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh peruncit kecil-kecilan tanpa
perkhidmatan pemborong ( 10 markah)

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan saluran agihan? Nyatakan jenis-jenis saluran


agihan (5 markah)
b) Jelaskan kebaikan pasar raya kepada pemilik dan pelanggannya? (10 markah)
c) Apakah bentuk kemudahan yang disediakan oleh francaisor kepada francaisi? (10
markah)

3. a) Terangkan maksud perniagaan antarabangsa? (5 markah)


b) “ Perniagaan antarabangsa banyak memberikan faedah kepada penduduk sesebuah
Negara”. Bincangkan penyataan ini. (10 markah)
c) Huraikan perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam
negeri. (10 markah)

1
SKEMA JAWAPAN
K 16

N0 SKEMA MARKAH
1.a) -aktiviti membeli barang daripada pemborong kemudian menjual kepada 1m
pengguna dalam kuantiti yang di kehendaki oleh pengguna
-perniagaan runcit terdiri daripada perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-
besaran 1m
- merupakan orang tengah antara pemborong dengan pengguna. 1m
b) Ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan:
- Modal yang kecil 1m
- Biasanya mempunyai modal yang kecil 1m
- Kerana kos overhead yang rendah serta membeli dalam kuantiti yang kecil
daripada pemborong 1m
- Milikan tunggal 1m
- Perniagaan runcit kecil-kecilan biasanya milikan tunggal 1m
- Mudah ditubuhkan dan modal yang kecil 1m
- Mudah dibentuk 1m
- Tidak banyak peraturan yang perlu dilakukan. 1m
- Perlu mendapatkan lessen perniagaan sahaja untuk menjalankan
perniagaan. 1m
- Mudah diurus 1m
- Pekerja terdiri daripada pemilik sendiri, anak pemilik atau ahli keluarga. 1m
- Lokasi perniagaan 1m
- Berhampiran tempat tinggal pengguna 1m
- Memudahkan menjalankan perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya. 1m
c) -Memerlukan modal yang besar 1m
-pemborong biasanya memberikan kredit kepada peruncit jika tiada pemborong
peruncit terpaksa membeli daripada pengeluar. 1m
-pengeluar biasanya tidak memberi kredit. Oleh itu peruncit memerlukan modal
yang besar. 1m
- Menyediakan pengangkutan 1m
-barang yang ditempah oleh peruncit biasanya dibawa dengan van atau lori oleh
pemborong, jika pemborong tiada peruncit terpaksa menyediakan sendiri
pengangkutan untuk mengambil stok daripada pengeluar. 1m
-Perlu menyediakan gudang yang besar 1m
- akibat tiada pemborong peruncit terpaksa menyediakan gudang yang besar 1m
- ini kerana peruncit terpaksa membeli dalam kuantiti yang banyak 1m
-Memecah pukal 1m
-Pemborong bertindak sebagai pemecah pukal 1m
-jika tiada pemborong peruncit terpaksa memecah sendiri di dalam gudangnya. 1m

2
NO SKEMA MARKAH
2a) -saluran agihan ialah satu proses pengedaran barang-barang atau perkhidmatan
daripada pengeluar kepada pengguna akhir 1m
-proses ini di Bantu oleh pemborong, ejen dan peruncit 1m
-pada masa kini terdapat 6 jenis saluran agihan iaitu : 1m
i) pengeluar pemborong peruncit pengguna ½
ii) pengeluar ejen peruncit pengguna ½
iii) pengeluar pemborong pengguna ½
iv) pengeluar peruncit pengguna ½
v) pengeluar ejen pengguna ½
vi) pengeluar pengguna. ½
(maksima 5 markah)
b) Kebaikan pasar raya kepada:
Peniaga
-Menikmati pengkhususan dan pembahaian kerja dengan baik. Hal ini
menyebabkan pengurusan lebih cekap. 1m
-menjimatkan kos kerana mengamalkan system layan diri. 1m
-Dapat melariskan jualan kerana menggunakan media pengiklanan seperti edaran
risalah, poster, radio, tv, dan sebagainya. 1m
-Jualan adalah secara tunai dank ad kredit. Oleh sebab itu tiada masalah hutang
lapuk. 1m
- Keuntungan tinggi kerana membeli secara pukal dan mendapat diskaun harga. 1m
Pengguna
-Menjimatkan masa dan kos kerana pengguna dapat membeli pelbagai jenis
barang dibawah satu bunbung. 1m
-Pengguna dapat memilih pelbagai jenis dan jenama barang dalam satu pasar raya,
hal ini menjimatkan masa pengguna. 1m
-Harga lebih murah berbanding kedai yang lain kerana pasaraya membeli dalam
kuantiti yang banyak. Potongan harga juga diberikan jika adanya musim jualan
hebat. 1m
-Menyediakan kemudahan seperti troli,tandas, muzik, hawa dingin dan
sebagainya. 1m
-Dapat membeli belah dengan selesa. 1m

c) -Menggunakan imej francaisor 1m


-Francaisi menggunakan imej francaisor untuk menarik minat pengguna kerana
mereka sudah mengenali mutu perkhidmatan francaisor tersebut. 1m
-Menggunakan system operasi francaisor. 1m
-Francaisi dapat menggunakan system operasi francaisor, hal inj memudahkan
operasi perniagaan dijalankan. 1m
-Latihan dan pengurusan 1m
-Latihan disediakan kepada pihak francaisi, hal ini kerana francaisor ingin
menjaga nama baiknya, jadi francaisor perlu memberikan latihan kepada francaisi
dan pekerjanya. 1m

-Menggunakan jenama francaisor. 1m


-Francaisor akan menggunakan nama francaisor dalam menjalankan
perniagaannya. Hal ini memberikan kelebihan kepada francaisi, kerana

3
barangannya mudah untuk dijual akibat pengguna telah mengenali jenam tersebut. 1m
-Antara contoh perniagaan francais yang sudah terkenal ialah 7-Eleven, KFC,
MCdonald. PizzaHut dan sebagainya. 2m

4
NO SKEMA MARKAH
3a) -Perniagaan antarabangsa berlaku antara penduduk sesebuah Negara dengan 1m
Negara lain, ianya melibatkan sempadan sesebuah Negara.
-Kedua-dua Negara ini saling Bantu membantu bagi memenuhi keperlua dan
kehendak penduduk di kedua-dua Negara. 1m
-Ianya melibatkan kegiatan import, eksport dan entreport 3m
-dan juga melibat pertukaran asing. 1m
b) Faedah perniagaan antarabangsa kepada penduduk.
-Pilihan yang pelbagai 1m
-Dapat membuat pilihan barang yang banyak terutamanya barang dari luar
Negara. 1m
-Keadaan ini meningkatkan mutu dan taraf hidup masyarakat. 1m
-Kewujudan barang berkualiti. 1m
-Kualiti barang akan menjadi lebih bermutu tinggi kerana mereka akan bersaing
untuk menghasilkan barang-barang terbaik. 1m
-Hal ini memberikan kelebihan kepada penguna kerana memperoleh barang yang
bermutu pada harga yang rendah. 1m
-Negara mengkhusus dalam bidang yang mempunyai faedah berbanding
membolehkan pengeluaran secara besar-besaran dijalankan. 1m
-Kesannya adalah dapat mengurangkan kos pengeluaran. 1m
-Ini menyebabkan ia dapat dinikmati oleh pengguna. 1m
-Harga juag akan menjadi lebih rendah. 1m
-Ianya juga meluaskan pasaran barang-barang dan perkhidmatan. 1m
-Ekonomi akan menjadi semakin berkembang. 1m
-Dengan itu kerajaan dapat menbiayai projek pembangunan dan menyediakan
kemudahan infrastruktur. 1m
-Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 1m
-Perdagangan Antarabangasa memberikan pilihan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. 1m
-Sebagai contoh Malaysia hanya mengeluarkan kenderaan Proton. Dengan
adanya perdagangan antarabangsa masyarakat dapat memenuhi kehendaknya
untuk memiliki kenderaan lain seperti Honda, BMW dan sebagainya. 1m
(maksima 10 markah)
c) PERNIAGAAN ANTARABANGSA
-Melibatkan aktiviti urusniaga import, eksport dan entreport 1m
-Dikenakan pelbagai jenis duti seperti duti import dan duti eksport. 1m
-Pengangkutan barang-barang melibatkan kapal terbang dan laut 1m
-Perniagaan berlaku merentasi sempadan sebuah Negara denga Negara yang lain. 1m
-Perniagaan melibatkan pembayaran dengan kredit dokumen, bil perintah bayar,
dan pindahan telegraf. 1m
-Menggunakan pertukaran matawang yang berbeza. Nilai kadar pertukaran
berubah-ubah mengikut masa. 1m

PERNIAGAAN DALAM NEGERI


-Melibatkan perniagaan runcit dan borong 1m
-Perniagaan dikenakan duti eksais iaitu duti jualan sahaja. 1m
-Pengangkutan barang melibatka lori,van, kereta dan lain-lain. 1m
-Perniagaan berlaku diantara tempat yang berlainan dalam sesebuah Negara yang 1m

5
sama.
-Perniagaan melibatkan pembayaran wang tunai, cek, draf bank, debit terus dan
pindahan kredit. 1m
-Urusniaga dalam matawang yang sama. 1m

You might also like