Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ANAK


SELANGAU,96000, SIBU

HARI : SELASA
TARIKH : 27 September 2017
MASA : 1230 tengah hari
TEMPAT : Dewan Makan Sk Sg.Anak

KEHADIRAN : Sila rujuk borang kehadiran guru

TIDAK HADIR: Guru Besar

AGENDA : Ucapan alu-aluan Guru Besar


: Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
: Pengesahan minit mesyuarat lepas
: Sukan tahunan sekolah
: Pembahagian staf dan murid kepada rumah sukan
: Peruntukan kewangan Kokurikulum
: Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK)
: Borang data peruntukan dan kehadiran kokurikulum
: Hal- hal lain

1. Ucapan alu-aluan Guru Besar


(PKKK )

1.1. En. Nicholas Changging mengucapkan salam dan selamat datang ke Mesyuarat
Kokurikulum sesi 2017.

1.2. Pesanan daripada Guru Besar ialah untuk guru-guru menyediakan soalan ujian
akhir tahun dan mesti dihantar pada minggu depan untuk dihantar ke kedai
fotostat .
1.3. Semua soalan-soalan ujian mestilah sesuai dengan aras murid.
1.4. Guru Besar juga mengingatkan kepada guru-guru supaya peruntukan kewangan
sekolah digunakan sepenuhnya sebelum cuti.
1.5. Guru besar juga mengucapakan terima kasih kepada semua staf sekolah yang
terlibat dalam menjayakan majlis penyerahan bot dan enjin sangkut anjuran
Bintulu Port tempoh hari.
1.6. Dinner untuk akhir tahun nanti akan diadakan dan mesyuarat akan diadakan
untuk membincangkan tempat dan tarikh dinner akan diadakan.

(Tindakan: Makluman)
2. Ucapan Pengerusi
(PKKK )

2.1. En. Nicholas Changing mengucapkan salam dan selamat datang ke Mesyuarat
Kokurikulum sesi 2017.

1
2.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini akan membentangkan dan
membincangkan tentang sukan tahunan yang akan diadakan pada 9 November
2017.
2.3. Beliau berharap pada setiap aktiviti dan pertandingan yang akan diikuti akan
mendapat kejayaan.

(Tindakan: Makluman)

3. Agenda utama

3.1. Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 9-10 November 2017, manakala
larian merentas desa akan diadakan pada 6 November 2017 dan sukantara pula
akan diadakan pada 7 November 2017.
3.2. Pembahagian murid untuk rumah sukan akan diadakan pada pada minggu
depan.

3.3. Murid-muruid akan dibahagikan kepada 3 rumah sukan iaitu rumah Merah,
Kuning dan Biru.

3.4. Setiap rumah sukan akan diketuai oleh 6 orang pengawas

 Rumah Merah: Cikgu Nicholas, Cikgu Lee, Cikgu Nor Syahida, En. Tony,
En. Zaidee dan Pn Jenny.
 Rumah Kuning: Guru Besar, Cikgu Tedong, Cikgu Haziq, Cikgu Noriezati
dan Pn Paula.
 Rumah Biru: Cikgu Edward, Cikgu Salleh, Cikgu Raymond, Cikgu
Maureena dan En. Norarbi.

3.5. Cabutan untuk memilih murid untuk dibahagikan kepada rumah akan diadakan.

3.6. Peruntukan kewangan kokurikulum hendaklah digunakan sepenuhnya

3.7. Terdapat 4 peruntukan yang mesti digunakan iaitu:

 Bantuan Sukan Sekolah- RM 400 (permainan dan sukan tahunan


sekolah)
 Sukan Tahunan Sekolah- RM 364.92
 Bantuan Kokurikulum Sekolah- RM 848
 Bantuan bayaran tambahan Kokurikulum- RM 182.86

3.8. Diminta kepada semua ketua kelab, persatuan dan permainan untuk mengisi
borang untuk aktivit-aktiviti yang dijalankan. Fail ini perlu dihantar pada setiap
minggu untuk ditandatangani oleh PK Kokurikulum.

3.9. Data-data ini akan digunakan untuk mengisi PAJSK online yang akan dibuat
pada 19 September hingga 31 Oktober 2017 untuk Tahun 6 dan 1 November
hingga 15 Disember 2017 untuk Tahun 4 dan 5.

3.10. Guru-guru yang hadir pada perjumpaan kokurikulum perlu mengisi buku
kehadiran.

2
(Tindakan: Makluman)

4. Hal-hal lain

4.1. Cikgu Nicholas meminta kepada semua ketua kelab dan persatuan untuk
mengemaskini data untuk tujuan pengisian dalam PAJSK.
(Tindakan: Ketua kelab & Persatuan)

4.2. Selain itu, beliau juga mencadangkan untuk mengadakan perlawanan dalaman
antara rumah sukan, guru-guru dan murid-murid. Ini adalah untuk merapatkan
hubungan antara guru-guru, murid-murid dan guru-murid.

(Tindakan: S/U Kokurikulum)

4.3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3 petang.


1. Pencadang: Cikgu Noriezati
2. Disokong: Cikgu Maureena

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(EN. RAYMOND GUNDI) (EN. NICHOLAS CHANGING)


Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Sungai Anak SK Sungai Anak

Disahkan oleh

(EN. IBAI AK ANING)


Guru Besar
SK Sungai Anak

You might also like