Minit Men Guru Bil1.2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PETALING


JALAN 12/15 46200 PETALING JAYA SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019

Tarikh : 26 Disember 2018 (Rabu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran:
1. En. Razwan bin Md Zin Guru Besar
2. Pn. Che Masni binti Shaari Pen. Kanan Pentadbiran
3. Pn. Roshima binti Ibrahim Pen. Hal Ehwal Murid
4. Pn. Harsharanjit Kaur Pen. Kanan Kokurikulum
5. Pn. Norlida binti Kamarudin Pen. Kanan Petang
6. Cik Siti Norjannah binti Abd Hamid Guru Cemerlang
7. En. Law Wing Soon Guru BCS
8. En. Hasmadi bin Said Guru Matapelajaran
9. En. Razman bin Samaon Guru Matapelajaran
10. En. Mohd Azizi bin Zakaria Guru Matapelajaran
11. En. Ami Ahmad bin Ami Han Guru Matapelajaran
12. En. Mior Mohd Azam bin Mior Zamri Guru Mata pelajaran
13. En. Muhamad Yusri bin Zainol Guru Matapelajaran
14. En. Wan Ramizul Fauzan bin Wan Samsuddin Guru Matapelajaran
15. En. Abd Majid bin Ahmad Guru Matapelajaran
16. En. Azhar bin Mardzuki Guru Matapelajaran
17. En. Danial bin Ridzuan Guru Mata pelajaran
18. En. Wan Ahmad Firdaus bin Wan Muslimin Guru Bimbingan Kaunseling
19 En. Mohd Faiz bin Zulkifli Guru Mata pelajaran
20 En. Sharvind a/l Subramaniam Guru Mata pelajaran
21. Pn. Darul Syazalina bt Md Said Guru Matapelajaran
22. Cik Zarina binti Ismail Guru Matapelajaran

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 1


SPSK PK 07/3

23. Cik Loo Huey Chun. Guru Matapelajaran


24. Cik Shobanaa binti Gengatharan Guru Matapelajaran
25. Pn. Noor Juliana binti Aman Shah Guru Matapelajaran
26. Pn. Theiva Mala a/p Perumal Guru Matapelajaran
27. Pn. Siti Esah binti Ahmad Guru Matapelajaran
28. Pn. Natiqah Masyhurah binti Alias Guru Matapelajaran
29. Pn. Nurhafizan binti Md. Salleh Guru Matapelajaran
30. Pn. Noorhayati binti Hassan Guru Matapelajaran
31. Pn. Anitasuriyana binti Mohd Ali Guru Matapelajaran
32. En. Shaiful Bahareen bin Baharuddin Guru Matapelajaran
33. Cik Subhiyatun Nazriah binti Mohd Aspar Guru Mata pelajaran
34. En. Abudullah bin Ibrahim Guru Matapelajaran
35. Pn. Santhy a/p Vadivaloo Guru Matapelajaran
36. Pn. Tn. Nur Azniera binti Tn. Hussain Guru Matapelajaran
37. Pn. Roziati binti Ahmad Yahaya Guru Matapelajaran
38. Pn. Tan Chin Yu Guru Matapelajaran
39. Pn. Intan Noorhasmaizan binti Mohamed Guru Matapelajaran
40. Pn. Nur Amirah binti Zainul Abidin Guru Matapelajaran
41. En. Jegis Raj a/l Balasubramaniam Guru Matapelajaran
42. Pn. Mashitah binti Basah Guru Matapelajaran
43. Cik Yakeaswari a/p Mahendra Raj Guru Mata pelajaran
44. Pn. Fatin Farhanah binti Mohd Salleh Guru Mata pelajaran
45. Cik Nirmala a/p J.Gopal Guru Mata pelajaran
46. Pn. Gheeta Asai Thambi Guru Mata pelajaran
47. Pn. Nurfadilah binti Abd Aziz Guru Mata pelajaran
48. Pn. Siti Aminah binti Salleh Guru Mata pelajaran
49. Pn. Asmawati binti Abdul Wahab Guru Mata pelajaran
50. Cik Siti Khalijah Binti Seman Guru Mata pelajaran
51. Pn.Khamisah Binti Aminuddin Guru Mata pelajaran
52. Pn.Nurul Tasnim Binti Abdullah Guru Mata pelajaran
53. Pn.Noor Umaizah Binti Liman Guru Mata pelajaran

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 2


SPSK PK 07/3

54. En.Che Yeop Mardi Bin C.Jusoh Guru Mata pelajaran


55. Cik Nor Mashitah binti Ab Jalal Guru Interim
56. Pn. Asmahani binti Mohamad Said Pembantu Tadbir
57. Pn. Khiriah binti Hasan Pembantu Am Pejabat
58. Pn. Nurul Shahima binti Asnan Pembantu Pengurusan Murid

Tidak Hadir Bersebab:


1. Pn. Norfarhana binti Mohamed
2. Pn. Karen Kim Nicholson
3. Cik Lavanya a/p Rasalingam
4. Cik Mallika a/p Sithambaram
5. Pn. Suntharavally a/p Thamilmaran Cuti Bersalin
6. Cik Nur ‘Atiqah binti Mohamad Fadil MC
7. Pn.Shalini Krishnan Kutty

Urus setia mesyuarat


1. Cik Yakeaswari A/P Mahendra Raj Setiausaha Mesyuarat Guru
2. Pn Noor Asmawati binti Abdul Wahab Setiausaha Mesyuarat Guru

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke
Mesyuarat Guru Bil.1/2019.
1.2 Mengingatkan betapa pentingnya mesyuarat guru yang dijalankan serta
menekankan anjakan paradigma bagi tahun 2019.
Tindakan: Makluman semua guru
1.3 Mengingatkan semua guru untuk menjaga integriti sebagai kakitangan
perkhidmatan awam dan profesion keguruan.
Tindakan: Makluman semua guru

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 3


SPSK PK 07/3

1.4 Semua guru diingatkan tentang tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap
guru jika tidak menjalankan amanah sebagai guru.
Tindakan: Makluman semua guru
1.5 Semua guru diingatkan untuk menjaga nama baik sekolah di luar dan
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik.
Tindakan: Makluman
1.6 Semua guru harus berusaha untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan
bidang tugas masing-masing, dasar kerajaan dan isu-isu semasa dalam dunia
pendidikan.
Tindakan: Makluman semua guru
1.7 Semua guru harus memahami, menghayati dan mencapai visi sekolah iaitu
‘Melestarikan Kecemerlangan SSP menjadi antara Tiga buah Sekolah Berprestasi
Tinggi Terbaik di negeri Selangor Menjelang tahun 2021.
Tindakan: Makluman semua guru
1.8 Penetapan dan pelantikan guru bagi tugas-tugas dalam pentadbiran dan
pengurusan, kurikulum, HEM, dan kokurikulum adalah berdasarkan pada
keperluan tugas serta pengalaman setiap guru.
Tindakan: Makluman semua guru
1.9 Pengerusi menyatakan bahawa guru-guru senior akan memegang jawatan yang
penting di sekolah pada tahun 2019 bagi mendapat pengalaman dalam pengurusan
dan pentadbiran sekolah.
Tindakan: Makluman semua guru
1.10 Setiap guru akan menyandang jawatan dalam ketiga-tiga unit seperti kurikulum,
HEM dan kokurikulum.
Tindakan: Makluman semua guru
1.11 Pihak pentadbir akan menilai guru-guru melalui jawatan terkini yang disandang.
Tindakan: Makluman
1.12 Guru-guru yang mencapai gred tertinggi di sekolah akan diberikan jawatan yang
selayaknya seperti penyelaras, setiausaha dan sebagainya.
Tindakan: Makluman

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 4


SPSK PK 07/3

1.13 Penilaian KPI bagi pentadbir dan guru, pelaksanaan perancangan dan pencapaian
sasaran semua guru akan dinilai sekurang-kurangnya 5 kali setahun. Penilaian
PBPPP akan dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November.
Tindakan: Makluman Semua Guru

1.14 Beliau membentangkan perutusan Tuan PPDPU, iaitu Tuan Azmi Misron.
1.14.1 Setiap pendidik harus membina kualiti melalui ketrampilan diri,
personaliti, dan sahsiah profesionalisme perguruan.
1.14.2 Beliau juga mengharapkan perubahan dalam ketrampilan murid dari segi
perwatakan dan penampilan murid sepanjang sesi persekolahan.
1.14.3 Beliau menambah bahawa penguasaan murid dalam PdPc dan kemahiran
perlu diutamakan melalui prestasi pencapaian PBD bagi Tahap 1 dan
peperiksaan dalaman dan awam bagi Tahap 2.
1.14.4 Guru-guru seharusnya peka terhadap perubahan persekitaran dan
meneroka persekitaran baharu melalui penggunaan PAK21.
1.14.5 Guru-guru perlu berani berhadapan dengan risiko dan tidak menjadikan
masalah sebagai penghalang semasa menjalankan tanggungjawab.
1.14.6 Guru-guru harus sentiasa melontarkan idea-idea yang luar biasa dan
berfikir tanpa kotak.
1.14.7 Guru-guru disarankan untuk mengamalkan 7 Tabiat Orang yang Amat
Berkesan seperti yang dinyatakan oleh Stephen R. Covey.
1.14.8 Kemenjadian guru dapat direalisasikan dengan penekanan 5 perkara yang
berikut:
 Objektif PPPM
 Aspirasi Utama Sistem Pendidikan
 Aspirasi Utama Murid
 Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan
 Anjakan Utama Transformasi Sistem Pendidikan Negara
Tindakan: Makluman semua guru

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 5


SPSK PK 07/3

1.15 Pengerusi membentangkan inisiatif-inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh


Menteri Pendidikan Malaysia. Antaranya adalah:
a) Manual Nilai harus dibaca oleh pentadbir secara bergiliran semasa
perhimpunan mingguan
b) Pendidikan Sivik akan diwujudkan semula
c) Pihak sekolah disarankan untuk menangani masalah ‘distrust’ antara ibu
bapa dan guru
d) Penggunaan telefon pintar boleh dimanipulasi untuk pendidikan
e) Kanak-kanak bukan warganegara boleh mula bersekolah pada tahun 2019
f) Kawasan rehat guru akan diwujudkan dan digunakan di luar waktu PdPc.
g) Guru-guru tiada lagi kerja kekeranian bermula tahun 2019
h) Tiada kompromi dalam belanjawan pendidikan
i) Menuju ke arah ‘Pendidikan Mesra OKU’
j) Isu sekolah daif perlu diselesaikan
k) ‘Speakers’ Corner’ akan dijalankan semasa Program 715
Tindakan: Makluman semua guru

1.16 Pengerusi telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
kakitangan SSP atas komitmen dalam menjalankan tugas hakiki pada tahun 2018.
Tindakan: Makluman
1.17 Guru-guru diingatkan supaya mengajar dan mendidik murid-murid dengan penuh
berdedikasi.
Tindakan: Makluman
1.18 Penilaian seorang guru adalah melalui PBPPP iaitu tidak semata-mata kerja buat
sahaja akan tetapi melalui pencapaian kurikulum juga.
Tindakan: Makluman semua guru
1.19 Semua guru perlu menganggap anak murid sebagai anak sendiri manakala yang
belum berkahwin menganggap murid-murid seperti anak saudara.
Tindakan: Makluman semua guru
1.20 Pengerusi memohon supaya mewujudkan budaya kerja sebagai sebuah keluarga.
Tindakan: Makluman

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 6


SPSK PK 07/3

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Cadangan : En. Shaiful Bahareen bin Baharuddin
Sokongan : Setuju sebulat suara dengan pembetulan

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pelaporan PBD
3.1.1 Pn Che Masni meminta guru-guru yang belum menghantar pelaporan PBD
untuk menghantar pelaporan PBD sebelum 31 Disember 2018.
Tindakan: Semua guru
3.2 Latihan Kebakaran
3.2.1 Jawatankuasa latihan kebakaran perlu mengadakan latihan dengan lebih berkesan
bagi tahun 2019.
Tindakan: Makluman

4. PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi
4.1.1 Semua guru dan kakitangan diingatkan agar sentiasa mematuhi Perintah Am Bab
D Perkara 24 (1) dan Perintah Am Bab D Perkara 24 (2).
Tindakan: Makluman
4.1.2 Pelanggaran disiplin disebabkan kecuaian/salah laku oleh guru boleh
menyebabkan tindakan tataterbit/undang-undang diambil mengikut peruntukan
yang ditetapkan.
Tindakan: Makluman

4.2 Pengurusan Pembangunan Sumber


4.2.1 Perintah Am Bab G Perkara 5 (1) perlu memberi tekanan iaitu menepati waktu
bekerja yang ditetapkan.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Waktu persekolahan bagi sesi pagi bermula pada pukul 7.30am - 12.50pm
manakala bagi sesi petang pula 12.20pm – 6.10pm.
Tindakan: Makluman

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 7


SPSK PK 07/3

4.2.3 Semua guru perlu hadir ke sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum bermula
waktu persekolahan.
Tindakan: Makluman
4.2.4 Guru matapelajaran selepas perhimpunan (waktu pertama) dan selepas rehat
(waktu keenam) perlu mengambil murid dari tapak perhimpunan ke kelas.
Tindakan: Makluman
4.2.5 Guru mesti mengetik kehadiran pada perakam waktu sebaik tiba ke sekolah dan
selepas waktu pesekolahan.
Tindakan: Makluman
4.2.6 Guru yang mewakilkan kepada orang lain untuk mengetik kehadirannya akan
mengambil tindakan tatatertib.
Tindakan: Makluman
4.2.7 Pergerakan guru keluar dari sekolah harus mendapatkan kebenaran Guru Besar
dan tulis dalam Borang Pergerakan Keluar Sekolah.
Tindakan: Makluman
4.2.8 Ketidakhadiran ke sekolah harus dimaklumkan secepat mungkin.
Tindakan: Makluman
4.2.9 Guru perlu maklumkan ketidakhadirannya sebelum pukul 10.30 pagi/4.30 petang.
Kegagalan melakukan perkara ini dianggap sebagai tidak hadir tanpa sebab dan
akan dikeluarkan surat peringatan.
Tindakan: Makluman
4.2.10 Sijil cuti sakit perlu diserahkan segera kepada Guru Besar untuk disahkan dan
diserahkan kepada pembantu tadbir.
Tindakan: Makluman
4.2.11 Guru-guru yang ingin memohon CRK harus mendapatkan kebenaran dan
kelulusan oleh Guru Besar mengikut peruntukan dan atas budi bicara pentadbir.
Tindakan: Makluman
4.2.12 Guru-guru perlu mencetak kelulusan CRK yang dipohon dalam 7 hari dalam
kertas A4 putih manakala kurang daripada 7 hari dalam warna merah jambu dan
serahkan kepada pembantu pentadbir.
Tindakan: Makluman

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 8


SPSK PK 07/3

4.2.13 Kelulusan CRK akan dibatalkan jika tidak diisi dalam HRMIS.
Tindakan: Makluman
4.2.14 Mengikut SPI Bil 6/1985 dan SPI Bil 7/2001 guru lelaki memakai baju lengan
panjang, seluar panjang, dan tali leher. Guru perempuan berpakaian sopan dan
tidak mencolok mata. Guru-guru perlu memakai tanda nama, digalakkan memakai
baju batik Malaysia pada hari Khamis, kasut kulit dan sejenis, baju Melayu
lengkap pada hari Jumaat. Pada waktu Pendidikan Jasmani, guru perlu memakai
seluar sukan, kasut sukan dan baju sukan.
Tindakan: Makluman

4.3 Pengurusan Kurikulum


4.3.1 Semua guru perlu mengikut SPI Bil. 3/1999 iaitu menyediakan Rekod PdPc
sebelum menghadiri kelas.
Tindakan: Makluman
4.3.2 Folder PdPc perlu hantar pada setiap hari Jumaat atau pagi Isnin minggu
berikutnya.
Tindakan: Semua guru
4.3.3 RPH perlu disediakan dan PdPc berjalan seperti biasa pada hari pertama sesi
persekolahan 2019 iaitu 2 Januari 2019.
Tindakan: Semua guru
4.3.4 Folder RPH perlu dilengkapkan dengan maklumat terkini.
Tindakan: Semua guru
4.3.5 Jadual waktu akan diberi sekali dengan muka depan folder PdPc dan fail transit.
Tindakan: Makluman
4.3.6 Tarikh akhir hantar DSKP, RPT dan folder PdPc yang lengkap pada 18 Januari
2019.
Tindakan: Semua guru
4.3.7 Papan kenyataan perlu dikemaskinikan dengan maklumat terkini dan berhias
mengikut setiap unit dan panitia.
Tindakan: Semua Unit dan Panitia

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 9


SPSK PK 07/3

4.4 Pengurusan Kewangan


4.4.1 Semua ketua panitia perlu bincang dengan jawatankuasa mengenai penggunaaan
PCG dan memaklumkan dalam setiap mesyuarat.
Tindakan: Semua Unit dan Panitia
4.4.2 Semua unit dan panitia perlu menggunakan 80% PCG sebelum bulan Julai 2019.
Tindakan: Makluman
4.4.3 PCG yang tidak digunakan sebelum bulan September akan dipindahkan kepada
panitia/unit yang memerlukan.
Tindakan: Makluman
4.4.4 Permohonan penggunaan PCG perlukan dokumen-dokumen yang lengkap seperti
kertas kerja, nota minta dan sebut harga (jika perlu).
Tindakan: Makluman
4.4.5 Kertas kerja perlu disemak dan disahkan oleh Penolong Kanan yang berkenaan
sebelum dihantar kepada Guru Besar untuk diluluskan.
Tindakan: Makluman
4.4.6 Guru kelas diturunkan kuasa untuk mengutip sumbangan PIBG dan bayaran
tambahan bermula 2 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2019.
Tindakan: Semua guru kelas
4.4.7 Bayaran yang diterima mesti dicatat dalam rekod penerimaan dan guru perlu
mengeluarkan resit penerimaan ibubapa/penjaga.
Tindakan: Semua guru kelas
4.4.8 Guru kelas perlu membuat serahan duit kepada Pn Roshima pada setiap hari
Selasa dan Khamis setiap minggu.
Tindakan: Semua guru kelas

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Penolong Kanan HEM menekankan tentang dasar 1 Murid, 1 Kerusi, 1 Meja, 1
Set Buku Teks
Tindakan: Makluman semua guru

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 10


SPSK PK 07/3

5.2 Beliau mengingatkan guru-guru kelas untuk memastikan bilangan kerusi dan meja
mengikut bilangan murid.
Tindakan: Semua guru kelas
5.3 Beliau mengingatkan agar guru bertugas perlu berada di pintu pagar sekolah
untuk menyambut kedatangan murid ke sekolah.
Tindakan: Semua guru
5.4 Penolong Kanan Petang memohon guru-guru kelas Tahun 1 untuk mengambil
senarai nama murid Tahun 1 2019 dan jadual Minggu Transisi.
Tindakan: Guru kelas Tahun 1
5.5 Guru Besar menjelaskan semula bahawa tiada saringan dan peperiksaan bagi
Tahap 1.
Tindakan: Makluman
5.6 Guru mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris perlu menyediakan
soalan-soalan yang mencabar sebagai latihan semasa Program Transisi untuk
memudahkan proses saringan kelas DLP.
Tindakan: Guru mata pelajaran Tahun 1
5.7 Tiga buah kelas akan ditetapkan sebagai kelas DLP dan susunan kelas akan
berubah mulai 2019.
Tindakan: Makluman
5.8 Perhimpunan mingguan akan dijalankan dengan menggabungkan kedua-dua sesi
dan akan berjalan secara serentak pada setiap hari Isnin pukul 12.20 – 12.50
tengah hari.
Tindakan: Makluman semua guru
5.9 Carta Organisasi Unit Kurikulum dan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran
2019 telah dibentangkan oleh Penolong Kanan.
Tindakan: Makluman semua guru
5.10 Jawatankuasa-jawatankuasa Unit Hal Ehwal Murid telah dibentangkan oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tindakan: Makluman semua guru
5.11 Guru kelas perlu mengambil carta-carta PAK21 yang telah disediakan.
Tindakan: Semua guru kelas

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 11


SPSK PK 07/3

5.12 Setiap guru akan diberi satu rim kertas A4 pada awal sesi persekolahan.
Tindakan: Semua guru
5.13 En. Raj mencadangkan untuk melabel kerusi dan meja murid untuk mengenalpasti
pergerakan kerusi dan meja di kelas-kelas.
Tindakan: Makluman
5.14 Guru Besar memaklumkan bahawa ibu bapa tidak dibenarkan dalam perkarangan
sekolah semasa waktu PdPc sesi petang bermula dan perlu meminta kebenaran di
pejabat dahulu sebelum berjumpa dengan anak mereka.
Tindakan: Makluman
5.15 Penetapan murid Tahun 1 mengikut aliran DLP dan Perdana akan dijalankan pada
1 Februari 2019.
Tindakan: Makluman semua guru
5.16 En. Abdul Majid mencadangkan agar stor sukan dipindahkan dan dikemas.
Tindakan: Makluman

6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1.1 Pengerusi mengajak semua guru untuk bersama-sama melakukan anjakan
paradigma dan mengamalkan budaya kerja cemerlang agar dapat meningkatkan
kualiti kerja.
6.1.2 Setiap warga pendidik harus memastikan bahawa mereka cakna dengan visi SK
Sri Petaling agat dapat dicapai.
6.1.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 pagi.

Urus Setia
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Sri Petaling
Tarikh: 28 Disember 2018

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN BIL.1/2019 12

You might also like