Soalan Ujian 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

BAHAGIAN A
1 Apakah objektif penggunaan isi rumah?
A Membeli barang yang diingini
B Memilih barang yang berkualiti
C Membeli barang dengan kuantiti yang maksimum
D Memilih barang yang memberi utiliti yang maksimum

2 Maklumat berikut merujuk kepada suatu unit ekonomi.


Membekalkan faktor-faktor pengeluaran
Bersama-sama membuat keputusan ekonomi
Menggunakan barang dan perkhidmatan

Unit ekonomi itu ialah ....


A buruh C isi rumah
B individu D pengguna

3 Antara berikut yang manakah peranan isi rumah dalam ekonomi?


I Membelanjakan pendapatan
II Menyediakan faktor pengeluaran
III Menggunakan faktor pengeluaran
IV Mengeluarkan barang dan perkhidmatan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

4 Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?


A Hubungan antara harga dan kuantiti
B Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
C Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
D Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga

5 Rajah 1 menunjukkan pergerakan X ke Y di sepanjang keluk permintaan (DD).

Rajah 1

Pergerakan dari X ke Y berlaku disebabkan


A kenaikan harga barang itu
B kejatuhan harga barang itu
C kenaikan harga barang penggenap
D kejatuhan harga barang penggenap
6 Maklumat berikut boleh menyebabkan perubahan dalam permintaan barang Z?

 Harga barang Z dijangka meningkat pada masa


depan
 Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan

Keluk yang manakah menunjukkan perubahan permintaan bagi barang Z?


7 Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan barang M.

Rajah 2

Tafsirkan nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang M.


A Apabila harga jatuh 33.3% menyebabkan kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20%
B Apabila harga jatuh 33.3% menyebabkan kuantiti permintaan meningkat sebanyak
20%
C Apabila kuantiti permintaan meningkat sebanyak 20% menyebabkan harga jatuh
33.3%
D Apabila kuantiti permintaan jatuh sebanyak 20% menyebabkan harga jatuh 33.3%

8 Jadual 1 menunjukkan hubungan antara harga dan permintaan terhadap motosikal tempatan
berjenama Ammy bagi bulan Mac dan Julai 2004.

Bulan Harga seunit Kuantiti Diminta


(RM) (Unit)
Mac 2004 3 800 19 000
Julai 2004 3 800 39 000
Jadual 1
Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan motosikal itu pada bulan Julai
2004 berbanding Mac 2004?
I Harga petrol telah meningkat
II Cukai motosikal import dinaikkan
III Pendapatan boleh guna individu merosot
IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

9 Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut,
yang manakah mewakili barang X dan barang Y?
Barang X Barang Y
A Milo Gula
B Kasut Stokin
C Ayam Ikan
D Kerusi Meja
10 Jadual 2 menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Tahun Harga seunit Jumlah Permintaan


(RM) Komputer (unit)
2002 3 500 20 000
2003 3 000 40 000
2004 3 200 30 000
Jadual 2

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada


RM 3 000 kepada RM 3 200.
A 3.13 C 5.30
B 3.75 D 6.67

11 Berikut adalah iklan promosi telefon kamera Syarikat ABC Sdn. Bhd. bagi bulan
Mac.

Setelah tamat tempoh promosi, Syarikat ABC Sdn. Bhd. mendapati jualan telefon kamera
bagi bulan Mac telah meningkat sebanyak 30%.
Ini menunjukkan
A permintaan telefon kamera itu anjal
B penawaran telefon kamera itu tidak anjal
C permintaan telefon kamera itu tidak anjal
D penawaran telefon kamera itu tidak anjal

Harga betik per kilo Kuantiti yang diminta (kg)


(RM)
5 10
4 11
3 12
2 13
Jadual 3
12 Berdasarkan Jadual 3, apakah sifat keanjalan harga permintaan apabila betik berubah
daripada RM2 kepada RM4?
A Anjal C Anjal kosong
B Anjal satu D Tidak anjal
13 Rajah 3 menunjukkan permintaan terhadap barang K.

Jika nilai keanjalan bagi baeang K ialah 1, hitungkan kuantiti T.


A 120 unit C 210 unit
B 180 unit D 270 unit

14 Pada harga RM1.50 kuantiti barang Y diminta sebanyak 1 500 unit. Jika nilai keanjalan
harga permintaan bagi barang Y ialah satu, berapakah kuantiti diminta apabila harga barang
tersebut jatuh kepada RM1.20?
A 300 unit C 1 800 unit
B 1 200 unit D 1 875 unit

Rajah 4

15 Keluk permintaan dalam Rajah 2 mempunyai kecerunan negatif dari kiri ke kanan.
Mengapakah keluk permintaan tersebut sedemikian?
I Pengguna bebas berbelanja
II Pendapatan benar merosot
III Pengguna berusaha meningkatkan kepuasan
IV Pengguna membeli barang pengganti yang lebih murah
A I,II dan III C I,III dan IV
B I,II dan IV D II,III dan IV
16 Keanjalan harga permintaan adalah
A mengukur perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan kuantiti
B mengukur perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan dalam harga
C mengukur perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan
pengguna
D mengukur perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan
pengguna

17 Jika harga suatu barang jatuh 2% dan pekali keanjalan permintaannya ialah 0.5, apakah
kesan perubahan ke atas kuantiti barang tersebut?
A Bertambah 1% C Bertambah 0.25%
B Berkurang 4% D Berkurang 0.5%

18 Apakah kesan kenaikan harga barang kepada pengguna?


I Jumlah pendapatan boleh guna berkurangan
II Pendapatan benar berkurangan
III Tingkat pelaburan berkurangan
IV Jumlah tabungan berkurangan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

19 Keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih ke kanan kerana sebab-sebab berikut,
kecuali
A harga barang itu turun
B harga barang penggenap turun
C harga barang pengganti meningkat
D pendapatan boleh guna meningkat

20 Jika keanjalan harga permintaan barang X ialah 2, kejatuhan harga barang X akan
menyebabkan
A jumlah kepuasan pengguna berkurang
B jumlah kepuasan pengguna tidak berubah
C jumlah perbelanjaan pengguna bertambah
D jumlah perbelanjaan pengguna tidak berubah
BAHAGIAN B

1 a. Jadual 1 menunjukkan permintaan bagi Barang X.

Harga Kuantiti Barang X


(RM) Yang Diminta (unit)
8 5
6 10
4 15
2 20
JADUAL 1

Berdasarkan Jadual 1, lukiskan keluk permintaan individu bagi barang X dan


seterusnya terangkan pembentukan keluk itu.(Gunakan kertas graf) [6 markah]

b. Rajah 3 ialah keluk permintaan perabot tempatan pada tahun 2003.

(i) Apakah yang ditunjukkan oleh peralihan keluk D0D0 ke D1D1? [1 markah]

(ii) Jelaskan mengapa berlaku perubahan permintaan itu? [8 markah]

c.
% Perubahan % Perubahan
Jenis Barang
Kuantiti Diminta Harga
Barang A 2 4
Barang B 3 3
Barang C 4 2
JADUAL 4

Berdasarkan Jadual 4, tentukan nilai dan terangkan keanjalan harga permintaan bagi setiap
barang tersebut. [9 markah]
UNIT PEPERIKSAAN SMK BANDAR PENAWAR
UJIAN KURIKULUM KE – 4
EKONOMI ASAS TINGKATAN 4

NAMA :_________________ TINGKATAN: _____________

BAHAGIAN A
JAWAB SEMUA SOALAN

1 Firma ialah sebuah organisasi yang


A merancang untuk meminimumkan kos pengeluaran
B merancang untuk mendapat keuntungan yang maksimum
C menawarkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
D menguruskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan

2 Antara berikut yang manakah kos tetap firma?


A Bil telefon
B Sewa kilang
C Upah pekerja
D Kos bahan mentah

3 Antara langkah-langkah berikut, yang manakah tidak boleh dilakukan oleh firma untuk
menambahkan output dalam jangka pendek?
I Menambahkan bilangan pekerja
II Menambahkan saiz kilang
III Menambahkan bahan-bahan mentah
IV Menggunakan teknologi baru
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

4 Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran sut?


A Jumlah keluaran bagi setiap unit input berubah
B Jumlah keluaran dikeluarkan apabila input berubah ditambah kepada input tetap
C Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan satu unit input
berubah
D Perubahan dalam jumlah keluaran apabila berlaku perubahan dalam penggunaan satu
unit input tetap

5 Maklumat berikut berkaitan dengan kos yang terlibat dalam prose pengeluaran sebuah
firma.
Kos tetap RM600
Kos berubah RM200
Kos purata RM4
Hitungkan jumlah keluaran firma tersebut.
A 50 unit C 200 unit
B 150 unit D 400 unit
6 Keluk penawaran biasanya bercerun positif dari kiri ke kanan. Apakah yang dapat
digambarkan oleh keluk penawaran yang bersifat demikian ?
A Apabila harga sesuatu barang merosot, kuantiti penawaran juga akan
merosot.
B Apabila harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti penawaran akan
merosot.
C Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang merosot, harga barang itu akan
merosot.
D Apabila kuantiti penawaran sesuatu barang meningkat, harga barang itu akan
meningkat.

7 Antara berikut, yang manakah merupakan faktor penentu penawaran ?


I Harga faktor pengeluaran
II Harga barang lain
III Matlamat pengeluar
IV Promosi
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

8. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan


A dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan
B dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga
C harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar
D pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar

9. Puan Rozita Rashid membuat kajian mengenai harga kemeja T berjenama “ SAYA ”. Puan
Rozita mendapati perubahan harga yang kecil sahaja telah membawa perubahan yang besar
dalam kuantiti yang ditawarkannya.
Kajian di atas menunjukkan bahawa penawaran kemeja T tersebut adalah
A anjal C anjal uniti
B anjal sifar D tidak anjal

10. Antara yang berikut, faktor yang manakah menyebabkan peningkatan terhadap penawaran
cakera padat ?
I Penurunan cukai jualan
II Kemajuan tingkat teknologi
III Matlamat firma untuk menguasai pasaran
IV Penurunan harga cakera padat tersebut
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
BAHAGIAN B

1 a.
Harga Kuantiti Barang X
(RM) Yang Ditawarkan (unit)
6 1600
5 800
4 500
3 300
JADUAL 1

Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran Firma A.


Lukiskan keluk penawaran Firma A (Gunakan kertas Graf) (5 markah)

b. Huraikan lima faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran S1S1 ke S0S0.
[10 markah

c. Jadual berikut menunjukkan perkaitan antara harga barang dengan kuantiti yang
ditawarkan.

Harga barang (RM) Kuantiti ditawarkan (unit)


4 14
6 24
10 28

(i) Hitungkan nilai keanjalan harga penawaran apabila tingkat harga meningkat daripada
RM4 kepada RM6. dan tafsirkan hasil pengiraan tersebut (5m)
(ii) Hitungkan nilai keanjalan harga penawaran apabila tingkat harga menurun daripada
RM10 kepada RM4 dan tafsirkan hasil pengiraan tersebut (5m)

You might also like