Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA 1 MURID 1 SUKAN BIL 1/2019

TARIKH : 8 Januari 2019


MASA : 2.30 -3.30 petang
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BELIMBING

KEHADIRAN:
1. En. Mohd Anazir bin Mamat (Guru Besar)
2. En. Zamri Bin Zaini (PK 1)
3. Pn. Rahilah Binti Ontong (PK HEM)
4. Pn. Sharifah Norfarhan Binti Syed Idrus (PK Kokurikulum)
5. Mohamad Khairul Amir bin Zainudin
6. Pn. Khairunnisa Binti Ramlan Khaer
7. Cik Nor Azlin Binti Abd. Rashid
8. Pn. Shahirah Binti Roslan
9. En. Mohd Ridzuan Bin Yakub
10. Pn. Lailatushahirah Binti Saffie
11. Encik Mohd Ridzuan B. Yakub
12. Cik Nor Azlin Bt. Abd. Rashid

1.0 BACAAN DOA


1.1 Guru Besar SK Belimbing mengucapkan salam kepada semua guru dan meminta semua guru untuk
membaca surah al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat kali ini.

Makluman : Semua guru

2.0 UCAPAN SETIAUSAHA 1 MURID 1 SUKAN


2.1 Setiausaha 1M1S mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran pada mesyuarat kali kedua untuk sesi persekolahan 2019
2.2 Setiausaha memaklumkan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai
perlaksanaan Program ‘1 Murid 1 Sukan’ .
2.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui :-

• Latihan yang bersistematik


• Kelengkapan yang sempurna
• Pertandingan dalaman
• Penyertaan yang aktif
Tindakan : Semua guru
3.0 UCAPAN GPK KOKURIKULUM
3.1 Guru kokurikulum mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran pada mesyuarat kali pertama untuk sesi persekolahan 2019.
3.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada unit 1 murid 1 sukan kerana dapat menjalankan mesyuarat
kali pertama.
3.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan kecemerlangan
pelaksanaan 1 murid 1 sukan tahun 2016.
3.4 Beliau berharap bakat dan minat murid dalam permainan dapat dicungkil dan diasah serta
meningkatkan penyertaan murid dalam pertandingan yang dianjurkan antara zon dan daerah.
3.5 Beliau menyaran semua guru supaya dapat bekerjasama untuk membuat persediaan awal dan
membuat perancangan secara terperinci dan teliti.
Tindakan : Semua guru
4.0 UCAPAN PENGERUSI
4.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali
pertama 2019.
4.2 Beliau memaklumkan bahawa permainan pentanque telah diperkenalkan dan menjadi permainan
baharu SK Belimbing serta peruntukan sebanyak RM 1500 (sumbangan YB Parlimen Kuantan)
akan digunakan untuk membina gelanggang dan peralatan pentanque.
4.3 Guru Besar juga berpesan supaya semua guru dapat memberikan komitmen yang baik dalam
pelaksanaan 1 murid 1 sukan yang lancar.
4.4 Pencapaian murid-murid dalam aktiviti sukan ini pada tahun lepas amat memuaskan.
4.5 Disebabkan sekolah ini terletak di luar bandar, maka inisiatif perlu diambil oleh guru-guru
bersama ibu bapa untuk meningkatkan minat pelajar dalam permainan.

Tindakan : Semua guru


5.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
5.1 Setiausaha 1 murid 1 sukan membentangkan minit mesyuarat Bil.3/2017 dan dicadangkan
untuk disahkan oleh Pn. Rahilah dan disokong oleh En.Ridzuan.

6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit

7.0 ISU DAN PERBINCANGAN


7.1 Pemilihan Ajk Baru
7.1.1 Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa 1 Murid 1 Sukan untuk sesi 2019.
7.1.2 Pemilihan AJK baru adalah seperti berikut:-
Pengerusi : En. Anazir Bin Mamat (Guru Besar)
GPK Kokurikulum : Puan Sharifah Norfarhan Binti Syed Idrus
Setiausaha 1M1S : En. Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin
AJK : Semua Guru
7.2 Pelantikan Guru Penasihat / Jurulatih Dan Ajk 1murid 1sukan 2019
7.2.1 Beberapa guru baharu yang dilantik untuk menjadi guru penasihat dan jurulatih bagi setiap
sukan dan permainan:
Bil Biodata Guru Sukan / Permainan
1 Halim Bin Othman Badminton
2 Abdul Ghani Bin Ibrahim Badminton
3 Zamri Bin Zaini Badminton
4 Khairunnisa Bt Ramlan Khaer Badminton
5 Shahirah Bt Roslan Catur
6 Sharifah Norfarhan Bt Syed Idrus Catur
7 Rahilah Bt Ontong Catur
8 Mohd Ridzuan Bin Yakub Catur
9 Mohamad Khairul Amir Bin Zainudin Pentanque

7.2.2 Permainan yang dipilih adalah berdasarkan kepada dua unit permainan iaitu catur dan
badminton. Murid tahun 1-6 dibahagikan dalam dua unit permainan berkenaan.
7.2.3 GPK KoKurikulum menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan penglibatan semua
murid. Program ini hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 60 minit, 1 kali seminggu.
7.2.4 Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk penyediaan
pasukan atlit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang belajar di sekolah ini
dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat.
7.2.5 Dalam merealisasikan dasar ini, guru-guru sedar akan berhadapan dengan masalah
kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan aktiviti/ latihan yang
bersesuaian agar kehadiran murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan
cadangan aktiviti yang telah ditunjukkan.
7.2.6 Program ini melibatkan murid daripada tahun 1 hingga tahun 6, justeru terdapat kekangan
dari segi masa dan ketetapan waktu latihan. Bagi mengelakkan peratus ketidakhadiran yang
tinggi, program ini akan diadakan sewaktu hari persekolahan. Berikut adalah jadual
perlaksanaan program ‘1 Murid 1 Sukan’:

Sesi Persekolahan : Petang


Hari : Selasa
Masa ( 60 minit ) :3.30 -4.30 Petang
Tindakan : Semua Guru

7.3 Takwim Sukan dan Kokurikulum Tahun 2019


7.3.1 Takwim Sukan dan Kokurikulum telah dirancang sepanjang tahun 2019 bermula bulan
Januari hingga November.
7.3.2 Pertandingan sukan dan kokurikulum diperingkat sekolah, zon, dan daerah dimasukkan
sekali dalam takwim sukan dan kokurikulm tahun 2019 (Rujuk Lampiran)
Makluman dan Tindakan : Semua guru
7.4 Latihan Sukan dan Permainan Tahun 2019
7.4.1 Aktiviti 1Murid 1Sukan akan dilaksanakan berselang seli dengan aktiviti Unit Beruniform
bagi setiap bulan. (Rujuk Lampiran)
Makluman dan Tindakan : Semua guru
8.0 Hal-Hal Lain
8.1 Pertandingan merentas desa peringkat Daerah Pekan telah dijadualkan untuk dijalankan pada
bulan Januari.
8.2 Guru perlu melengkapkan buku laporan 1Murid 1Sukan setiap minggu dan dihantar ke pejabat
untuk disemak.
8.3 Kehadiran guru dan murid akan diambil pada setiap perjumpaan 1 Murid 1 Sukan.

Tindakan : Semua Guru


9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi berharap agar program dan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,


_________________________ _____________________
(MOHAMAD KHAIRUL AMIR B. ZAINUDIN) (SHARIFAH NORFARHAN BINTI SYED IDRUS)
GURU PENASIHAT PENGAKAP GPK KOKURIKULUM

You might also like