Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS KERJA

PERMOHONAN MENYERTAI KONVENSYEN


KEBANGSAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
2017

ANJURAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA & UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN

Kumpulan Inovasi Gapura telah menyertai Pertandingan Inovasi peringkat IPG


Kampus Bahasa Melayu tahun 2017 dan telah memenangi tempat ke-9 baru-baru ini.
Inovasi yang kami hasilkan ialah GRiK (Glosari Rima Kata). Melalui inovasi yang
diperkenalkan ini, para pelajar yang sebelum ini tidak pernah mempunyai pengalaman
dalam bidang puisi Melayu, terutamanya dalam pantun akan mudah dan cepat menguasai
pantun, KriK juga boleh digunakan untuk membina sajak dan syair. Selain itu, pelajar juga
dapat membina pantun dengan menggunakan kosa kata yang pelbagai dengan adanya
Glosari Rima Kata Puisi Melayu ini. GRiK merupakan akronim kepada Glosari Rima Kata
Puisi Melayu yang bertujuan membantu para pelajar untuk mencari kosa kata bagi membina
puisi, contohnya dalam membina pembayang yang baik dan bermutu dalam bidang pantun.

Kelebihan lain yang boleh dilihat melalui penggunaan Glosari Rima Kata Puisi
Melayu ialah para pelajar dapat menggunakan kosa kata yang bermutu tinggi serta
mempunyai maksud yang mendalam dan berkaitan dengan puisi yang ingin dibina. Selain
itu, murid diberi kemudahan untuk mengetahui tentang makna kosa kata yang ingin
digunakan dalam setiap pembinaan puisi dengan menggunakan bantuan kamus rima kata
yang akan diperkenalkan ini. Murid juga dapat mencipta puisi yang baik dalam masa yang
lebih singkat dengan menggunakan kamus rima kata ini. Kamus ini bukan sahaja
mempunyai senarai kosa kata yang pelbagai mengikut suku kata akhir malahan senarai rima
kata tersebut dikategorikan kepada 10 kategori yang berbeza mengikut warna-warna yang
telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung membantu memudahkan urusan pengguna
untuk menggunakan kamus rima kata ini dalam mencari kosa kata yang sesuai dan tepat
dalam masa yang singkat. Bentuk kamus yang bersesuaian dan boleh dibawa ke mana
sahaja ini juga membantu pengguna untuk menggunakan kamus ini pada bila-bila masa
sahaja. Penggunaan rintis telah dijalankan kepada sekumpulan pelajar bagi melihat
keberkesanan penggunaan GRiK ini.
2.0 RASIONAL

Melalui konvensyen ini, guru pelatih akan berpeluang untuk:

i. Meningkatkan ilmu pengetahuan


Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan ini
merupakan sebuah konvensyen yang akan banyak memberi pelbagai ilmu
pengetahuan yang baharu kepada guru pelatih dalam usaha untuk
meningkatkan lagi kecemerlangan para peserta melalui perkongsian-
perkongsian serta pertandingan inovasi yang dialankan di dalam konvensyen
tersebut.
ii. Mempertingkat kemahiran komunikasi dan sebagainya
Melalui penyertaan konvensyen ini juga, guru pelatih dapat
mempertingkat pelbagai kemahiran yang perlu ada dalam diri masing-
masing, terutamanya kemahiran berkomunikasi dan keyakinan untuk
bercakap di hadapan khalayak ramai. Guru yang serba boleh mestilah
mempunyai kemahiran-kemahiran seperti berikut supaya aspirasi negara
dapat dicapai.
iii. Memperoleh pengalaman baharu
Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017 ini
merupakan sebuah program yang bakal mendedahkan pelbagai perkara
yang baharu kepada guru pelatih. Pertandingan inovasi juga merupakan
salah satu agenda utama konvensyen ini dilaksanakan. Jadi, dengan
penglibatan yang sepenuhnya oleh guru pelatih, pengalaman yang banyak
dalam perkara yang baru diceburi ini akan diperoleh dengan banyak untuk
kegunaan pada masa akan datang.
iv. Membantu menaikkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu ke peringkat
yang lebih tinggi
Konvensyen ini mempunyai pertandingan inovasi yang melibatkan
guru pelatih untuk membentangkan projek inovasi yang telah dilaksanakan.
Dengan penyertaan guru pelatih dalam konvensyen ini, secara tidak
langsung dapat menaikkan nama IPG Kampus Bahasa Melayu ke arah
setanding dengan institut pengajian tinggi yang lain yang terkemuka di
Malaysia.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Melalui penyertaan konvensyen ini, diharapkan dapat membantu para guru pelatih :
a. Memberi persediaan dari segi daya tahan fizikal dan mental kepada siswa
pendidik dalam menghadapi cabaran baharu.
b. Melatih siswa pendidik supaya lebih aktif dan bersemangat serta yakin pada
diri sendiri.
c. Memberi pengalaman dan ilmu kepada siswa untuk mempraktikkan
kemahiran komunikasi yang tinggi di sekolah apabila menjalani praktikum
serta melalui proses mengajar kelak.

4.0 ANJURAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia

5.0 TARIKH

Tarikh : 26 – 28 September 2017 (3 hari 2 malam)

6.0 TEMPAT

Auditorium Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

7.0 SENARAI PESERTA

7.1 Peserta Sasaran – Peserta Pertandingan Inovasi peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu (kumpulan Gapura)

Pensyarah Penasihat : Dr. Azman bin Rahmat

Ahli Kumpulan ; Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah (PISMP 1C2)

Aiman Haziq bin Hamzah (PISMP 1C2)

Hanis Wahidah binti Shuib (PISMP 1C3)

Nurul Aqilah binti Mohd Isa (PISMP 1C3)

JUMLAH : 5 orang (satu kumpulan


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 10 sehari x 4 orang pelajar = RM 40


RM 40 x 3 hari = RM 120

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran A

10.0 PENUTUP

Semoga hasil daripada penyertaan Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster


Kecemerlangan 2017 akan dapat membina sahsiah dan keterampilan para guru pelatih
yang bersesuaian dan bertepatan dengan aspirasi negara. Segala pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh adalah amat berharga yang akhirnya dapat dicurahkan kepada
anak didik iaitu generasi akan datang dalam mengekalkan gaya hidup sihat sebagai seorang
bakal guru. Sesungguhnya sesuatu ilmu itu bukan hanya boleh diperolehi melalui
pembacaan sahaja bahkan juga melalui program-program sebagaimana yang dilaksanakan
ini.

12.0 SYOR

Bagi pihak kumpulan inovasi Gapura yang membuat inovasi GRiK (Glosari Rima
Kata) pada pertandingan lalu, saya dengan ini memohon agar MPPP IPG KBM meluluskan
cadangan program ini kerana ini merupakan kali pertama IPG Kampus Bahasa Melayu ingin
menghantar penyertaan ke konvensyen seperti ini.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. ……………………………………..
(NUR FAIQAH NASUHA BINTI MUHD (DR. AZMAN BIN RAHMAT)
ZAFRULLAH ) Pensyarah Penasihat,
Setiausaha, Kumpulan Inovasi Gapura,
Kumpulan Inovasi Gapura, IPG Kampus Bahasa Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur.
Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

……………………………………..
(DATIN MASTURA BINTI MOHAMED
BERAWI)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh:

……………………………………..
(Dr. HAJAH MARIDAH BINTI HAJI
ALIAS)
Pengarah,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai Kuala Lumpur.

You might also like