Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

DIALOG PRESTASI PSR ( BIL.

1/2018)
SEKOLAH KEBANGSAAN MASJID TANAH

________________________________________________________________________

TARIKH : 10 Januari 2018


MASA : 2.15 petang
TEMPAT : Makmal Komputer

HADIR:

1.En Shuhani bin Hassan - Guru Besar


2.En Azmi bin Abdul Aziz - GPK HEM
3.En Muhamad Nazri bin Isnain - GPK KOKU
4.Pn Kamariah binti Mokhtar - GPK PK
5.Pn Rohayanti binti Yaakop - SU Peningkatan UPSR
6.En Mohd Rais bin Ishah - Biro Motivasi/ Keagamaan
7.Pn Nor Jamilahton Holija’ah binti Ariffin - SU .UPSR
8.Pn Asiah binti Hashim - Guru BM
9.Pn Rosmiza binti Inche Mat Amin - Guru BM
10.En Azwan Nazreensyah bin Aman - Guru BI
11.Pn Suriante binti Hamdan David - Guru Math
12.En Zainul Ariffin bin Mohd Zhaffar - Guru Sains

TIDAK HADIR:

1. Puan Hajah Zainon BInti Hj Suboh - GPK 1


(suami tidak sihat)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

Tuan pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua


guru-guru yang hadir pada Dialog Prestasi UPSR kali pertama bagi tahun 2018. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan program yang telah
dirancang dengan baik sepanjang tahun 2017.

Beliau memaklumkan kepada semua guru Tahun enam tentang PPSR iaitu
Pelaporan Penilaian Sekolah Rendah. Perbezaan diantara PPSR dan juga UPSR ialah pelaporan
apabila murid telah selesai menduduki peperiksaan UPSR maka keputusan UPSR akan di
keluarkan dalam bentuk PPSR. PPSR berbentuk dalam 4 laporan iaitu keputusan peperiksaan,
PBD, PAJSK dan Psikometrik.

Pada tahun pihak sekolah tidak akan fokus kepada pencapaian 6A tetapi akan
lebih memberi fokus kepada lebih bilangan murid menguasai dan peratus lulus. Guru-guru dan
pentadbir akan merancang program yang akan dilaksanakan untuk mencapai target pada tahun
2018 ini.
2. ANALISA UPSR 2016 DAN 2017

Tuan guru besar meminta semua guru melihat kepada helaian analisis yang telah
disediakan oleh Puan Norjamilahton Holijaah dan membincangkan hasil dapatan. Berdasarkan
analisa yang telah disediakan Bilangan A yang pada tahun 2016 lebih ramai dari 2017 iaitu 13-
11. Manakala bilangan B pula 44-29, bilangan C menurun manakala bilangan E meningkat.
Secara keseluruhannya peratusan UPSR 2016 adalah 65.9% dan pada tahun 2017 menurun
kepada 59.3%. Ini menunjukkan peratusan sekolah berada dibawah target peratusan yang telah
ditetapkan oleh jabatan. Berdasarkan peratusan ini Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah berada
di kedudukan 70/75 di daerah Alor Gajah bagi tahun 2017. Berdasarkan ini SKMT diminta
untuk berusaha meningkatkan peratusan menguasai bagi tahun 2018.

2.1 BAHASA MELAYU

Bagi subjek Bahasa Melayu Pemahaman telah mendapat 100% menguasai dan tahniah
diucapkan. Manakala bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan telah mendapat 96.3% dan seorang
murid tidak menguasai. Tindakan yang akan diambil adalah memastikan semua murid
menguasai bagi 2018.

2.2 BAHASA INGGERIS

Bagi keputusan Bahasa Inggeris, seramai 8 orang murid gagal Bahasa Inggeris pemahaman
dari 26 orang murid. Manakala berlaku penurunan dari segi bilangan gagal bagi kertas Bahasa
Inggeris Penulisan. Guru yang mengajar tahun 6 bagi subjek Bahasa Inggeris merupakan guru
yang sama bagi tahun 2016 dan 2017.

2.3 MATEMATIK

Bagi keputusan Matematik pula, seramai 12 orang murid gagal dalam peperiksaan UPSR 2016
manakala 2017 seramai 9 orang murid yang gagal. Peratusan nampak menurun kerana bilangan
murid yang sedikit bagi tahun 2017 dan setiap murid membawa peratusan yang besar.

2.4 SAINS

Tahniah diucapkan buat guru sains kerana mengekalkan hanya 2 orang murid gagal bagi kedua-
dua tahun.

3. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHR TAHUN 5/2017.


Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 5 guru besar mendapati sukar
untuk mencari A di dalam keputusan tersebut. Maka telah diambil maklum yang murid tahun
6 pada 2018 adalah sedikit lemah dari segi pencapaian akademik. Berdasarkan analisis yang
dibuat lebih ramai murid yang tidak menguasai dari menguasai. Guru besar meminta guru-guru
bekerja keras lebih sedikit untuk membantu murid-murid.

Bahasa melayu Pemahaman


Berdasarkan keputusan 2 orang murid gagal dalam pemahaman dan tiada murid
berjaya mendapat A di dalam keputusan peperiksaan.

Bahasa Melayu Penulisan


Seorang murid gagal di dalam penulisan manakala bilangan A ialah seramai 2
orang.

Bahasa Inggeris Pemahaman


Seramai 7 orang murid mendapat E didalam peperiksaan akhir tahun 5. Guru
Bahasa Inggeris kena ambil tindakan dan membuat sesuatu.

Bahasa Inggeris Penulisan


Seramai 7 orang murid mendapat E didalam peperiksaan akhir tahun 5. Guru
Bahasa Inggeris kena ambil tindakan dan membuat sesuatu.

Matematik
Manakala matematik pulak 4 orang mendapat E berdasarkan keputusan.
Bilangan A, B dan C tiada didalam keputusan.

Sains
Bilangan A tiada tetapi bilangan B ada. Manakala hanya terdapat E seorang dan
pemilik E tersebut merupakan murid yang baru masuk dari sekolah lain.

Guru-guru ambil maklum tentang keadaan murid 2018 yang agak lemah dan kurang
menguasai. Guru-guru diminta agar berusaha dan memastikan kesemua murid kita pada
akhirnya dapat mengusai semua subjek.

4. TOV TAHUN 6/2018

Ujian diagnostik belum dijalankan lagi kerana ujian akan dijalankan mengikut jadual
yang telah di tetapkan iaitu pada minggu hadapan. Guru besar mencadangkan ujian diagnostik
dijalankan menggunakan kertas soalan peperiksaan akhir tahun 5. Dapatan ujian diagnostik
diambil guna sebagai TOV tahun 6/2018. Ujian 1 akan dijalankan pada bulan 3 dan aras soalan
adalah sederhana bagi meningkatkan motivasi murid dan juga guru. Ini bagi membolehkan
semua murid menguasai semua subjek. Keputusan telah dibuat dan markah TOV akan dambil
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 5.

5. POST MORTEM (Kekuatan & Kelemahan) setiap subjek UPSR 2017.


Boleh rujuk kepada Puan Norjamilahton Holijaah Binti Ariffin. Guru besar memberi
arahan dan meminta semua ketua panitia bersedia untuk membentangkan hasil dapatan
kekuatan dan kelemahan setiap selepas peperiksaan bagi semua murid tahun 1 hingga 6.

6. PERANCANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2018.

Ini merupakan perancangan tahunan Program Kecemerlangan UPSR 2018 yang telah
diputuskan didalam mesyuarat.

6.1 Kelas Tambahan Hari Sabtu akan bermula pada bulan Februari. Kelas tersebut akan
dijalankan pada setiap hari Sabtu pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada pukul
10.00 pagi murid akan rehat dan kelas akan disambung semula pada pukul 10.30 . Kelas
Tambahan Hari Sabtu akan dilaksanakan oleh guru tahun enam dan guru-guru yang
berpengalaman dalam tahun enam sahaja.

6.2 KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH BULAN MAC

Pada bulan Mac unit peningkatan UPSR akan menjalankan Teknik Menjawab Soalan
UPSR 2018.

Nama-nama Penceramah.

BAHASA MELAYU – En Mohd Isha Bin Haji Bakar


BAHASA INGGERIS – En Nagarajan A/L M. Pilai
MATEMATIK - Puan Salbiah
SAINS - En Roslan Bin Abu Bakar

6.3 KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH BULAN JUN

Akan dibincangkan pada awal bulan Julai.

6.4 PROGRAM BIMBINGAN ANAK ANGKAT

Programs ini akan dijalankan untuk membantu murid-murid yang lemah dan
memerlukan bimbingan khas. Program ini akan dijalankan dengan bilangan murid yang
sedikit sahaja. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merawat murid-murid yang
masih gagal dalam subjek supaya mampu mencapai tahap minimum (MTM). Semua
guru terlibat menjalankan program ini.

7. PROGRAM ZIARAH CAKNA

Pihak sekolah akan mengambil masa dan peluang menziarahi keluarga murid
yang kurang minat datang sekolah.% Guru besar akan berbincang dengan pihak
konsultan. Nazlela Consultant akan dipanggil dan pihak sekolah akan berbincang
bersama mereka.
8. PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6.

Perjumpaan ibubapa akan dijalankan pada 19. Januari 2018 pada jam 8.30 pagi dan
bertempat di Makmal Komputer. Kesemua ibubapa diwajibkan hadir bagi memilih kata putus
tentang program-program yang telah dan akan dirancang oleh pihak sekolah. Keputusan
berapa jumlah bayaran wang Peningkatan UPSR 2018 akan ditentukan dan diputuskan dalam
perjumpaan tersebut. Encik Md Danial Bin Abd Ghani (Nydp PIBG SK Masjid Tanah)
meminta agar murid-murid tahun 5 dijemput bersama-sama terlibat didalam semua program
tahun 6. Ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka semua. Diharap semua
ibubapa dapat hadir dan berbincang tentang program tahun 6. Kelas tambahan tahun 5 akan
dilaksanakan oleh guru-guru bukan tahun 6. Kelas tambahan akan dilaksanakan selepas bulan
5.

9. HAL-HAL LAIN

Tiada

1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 petang.

Disediakan oleh :

..................................................
( Pn. Rohayanti Binti Yaakop )
Setiausaha Peningkatan UPSR 2018
SK Masjid Tanah

You might also like