Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI

JALAN BAYAN, BANDAR BARU KOTA PUTERI, Tel: 07 3889164


81750 MASAI, JOHOR Faks: 07 3881720

Ruj. Kami : JBA1085/


Tarikh : 18 Februari 2019

Pegawai yang Berkenaan


Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
Jalan Abd Samad
80100 Johor Bahru,
Johor

Tuan,

MEMOHON MENDAPATKAN SEMBURAN KABUS ( FOGGING )

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah memohon agar pihak tuan dapat melakukan semburan nyamuk di
sekolah ini. Dari pemantauan yang dibuat nyamuk begitu banyak pada awal pagi dan lewat
petang.

3. Pihak sekolah memerlukan semburan kabus pada kadar segera. Ini adalah kerana
berlaku ketidakselesaan dalam kalangan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah akibat digigit nyamuk yang banyak.

4. Pihak sekolah juga amat memerlukan semburan kabus ini kerana kawasan sekolah
terletak dalam kawasan yang telah disenarai sebagai kawasan Kluster Denggi. Oleh itu,
pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat membantu pihak sekolah untuk mengangani
masalah ini.

Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan di dalam hal ini amat pihak sekolah
hargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(MOHD SENIN BIN KASSIM)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri

You might also like