Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN STAF

SK TAMAN TUANKU JAAFAR.

Adalah dengan ini, termaktub dalam PERLEMBAGAAN TABUNG KEBAJIKAN


STAF beralamat di SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR,
71450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DK, setelah dipersetujui bersama,
syarat-syarat dan peraturan pindaan yang diperbaharui adalah seperti berikut:

FASA 1
Yuran ahli untuk guru, guru KAP dan staf diselaraskan. Yuran hendaklah dibayar
sehingga bulan Jun tahun semasa.
Ahli yang bersara sebelum 30 Jun dikecualikan daripada membayar yuran.

Guru, Guru KAP dan Staf - RM150.

FASA 2
Ahli yang mendapat rawatan perubatan di hospital kerajaan atau swasta yang ditahan
dalam wad akan diberi sumbangan sebanyak RM50 (sekali dalam setahun).

FASA 3
Jika berlaku kematian (ahli/isteri/ suami/anak/ibu/bapa dan mentua) RM100 akan
disumbangkan bersama kutipan derma kilat.
FASA 4
Ahli yang bersara akan menerima sumbangan seperti berikut:

Kurang 5 tahun berkhidmat di SKTTJ - RM100.


Lebih 5 tahun berkhidmat di SKTTJ -RM200.

FASA 5
Ahli bujang yang melangsungkan perkahwinan sumbangan diberikan sebanyak
RM100 bersama kutipan derma kilat.

FASA 6
Permohonan derma daripada mana-mana pihak, tidak akan dibayar menggunakan
wang tabungan tetapi akan dijalankan kutipan derma kilat ahli.

FASA 7
Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Staf akan dilantik dua tahun sekali. Ahli yang
pernah menjadi AJK, TIDAK BOLEH dilantik semula bagi penggal berikutnya.

FASA 8
Perbelanjaan untuk sambutan Hari Guru dan Jamuan Akhir Tahun akan ditentukan
oleh AJK manakala pemberian cenderahati akan diberi kepada semua ahli termasuk
kepada ahli yang tidak hadir.
FASA 9
Sumbangan untuk ahli atau isteri ahli yang bersalin hanya ditetapkan kepada anak
pertama sepanjang perkhidmatan di SKTTJ adalah sebanyak RM50.

FASA 10
Bermula daripada tahun 2018 anak ahli yang mendapat keputusan 6A atau 5A dalam
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) akan diberi sumbangan sebanyak
RM50 sebagai satu insentif galakan pelajaran kepada mereka.

You might also like