Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep sebatan Civil vs Syariah

 Civil

o Hukuman sebatan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang


kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang
boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang
jenayah Malaysia ialah 24 rotan.

o Terdapat 2 jenis rotan digunakan:


- Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah
pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih.
- Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes
rogol dan kekacauan seksual.

 Syariah

o Hukuman Sebat dalam Islam adalah Hukum Allah bukan ciptaan manusia.

o Tujuan Undang-undang Islam bukanlah semata-mata untuk menghukum atau


menyakit atau mencederakan sesaorang tetapi tujuannya ialah untuk
memberi ajaran, dan amaran kepada penjenayah-penjenayah dan
orangramal, serta menegakkan keadilah Ilahi. (Hukum-hukum Islam mendidik
dan mengasuh kaum itu supaya menjadi contoh dan tauladan kepada
oranglain).

o Hukuman sebat terdiri 2 bahagian :


1.Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang
wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah s.w.t.
2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan
dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan
hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi
pengajaran.Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi
kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman
dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya dan sesudah itu diserahkan
kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum-
hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.

You might also like