o Hukuman sebatan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang
kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan.
o Terdapat 2 jenis rotan digunakan:
- Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih. - Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.
Syariah
o Hukuman Sebat dalam Islam adalah Hukum Allah bukan ciptaan manusia.
o Tujuan Undang-undang Islam bukanlah semata-mata untuk menghukum atau
menyakit atau mencederakan sesaorang tetapi tujuannya ialah untuk memberi ajaran, dan amaran kepada penjenayah-penjenayah dan orangramal, serta menegakkan keadilah Ilahi. (Hukum-hukum Islam mendidik dan mengasuh kaum itu supaya menjadi contoh dan tauladan kepada oranglain).
o Hukuman sebat terdiri 2 bahagian :
1.Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah s.w.t. 2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya dan sesudah itu diserahkan kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum- hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.