Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

944/1 STPM 2019

EKONOMI
KERTAS 1
3MAKROEKONOMI
(Dua jam)

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI STPM


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAHUN 2018

Arahan Kepada Calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan.
Jawab empat soalan daripada enam dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B akan
diperiksa.
Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua
soalan dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan
diperiksa.
Tulis jawapan di dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan
pada helaian jawapan yang baru.
Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul sehingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 13 halaman bercetak

1
BAHAGIAN A
[20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1 Masalah asas ekonomi berpunca daripada

A sumber ekonomi yang terhad


B pengeluaran barang semakin berkurang
C jumlah penduduk yang semakin meningkat
D keinginan pengguna untuk mendapatkan barangan mewah

2 Gambar rajah di bawah menunjukkan AB dan CD ialah keluk kemungkinan


pengeluaran (KKP) barang X dan barang Y dalam sebuah ekonomi.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang gambar rajah di atas kecuali
A titik E di luar kemampuan ekonomi
B titik F berlakunya pengangguran sumber
C keluk kemungkinan pengeluaran AB dan CD menunjukkan kos lepas
meningkat

D peralihan keluk kemungkinan pengeluaran AB ke CD disebabkan oleh


peningkatan teknologi

2
3 Pilih ciri yang benar tentang sistem ekonomi pasaran bebas.
A Guna tenaga penuh terjamin.
B Masalah inflasi dan deflasi tidak berlaku.
C Kewujudan eksternaliti negatif tidak terkawal.
D Kuasa monopoli dihapuskan melalui mekanisme harga.

4 Kenaikan harga minyak diesel menyebabkan

A keluk penawaran diesel akan beralih ke kanan


B firma akan menambahkan penawaran barangan
C permintaan terhadap kenderaan enjin diesel akan meningkat
D berlaku pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran diesel

5 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawar bagi suatu barang di pasaran

Harga (RM) Kuantiti ditawar (kg)

2 10
3 15

Fungsi penawaran barang tersebut ialah .

A QS = 5P

B QS = 10 + 5P

C QS = 5 + 20P

D QS = 25 + 20P

3
6 Apabila pengurangan permintaan terhadap komputer melebihi pertambahan
penawaran terhadap komputer, maka titik keseimbangan baharu pasaran komputer
adalah

A harga dan kuantiti komputer meningkat


B harga dan kuantiti komputer berkurang
C harga komputer jatuh dan kuantiti komputer meningkat
D harga komputer naik dan kuantiti komputer berkurang

7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk


penawaran (SS) bagi suatu barang.
Harga (RM)

kuantiti (unit)

Pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan lebihan pengeluar


A berkurang menjadi P1P0 E1
B bertambah menjadi P2 P3 E2
C berkurang sebanyak P0P2E2E1
D bertambah sebanyak P2P1E1E2

4
8 Jadual di bawah menunjukkan harga barang X dan kuantiti permintaan bagi
barang Y dan Z.

Harga barang X (RM) Kuantiti barang Y Kuantiti barang Z


(unit) (unit)

1 2 8
2 5 2

Hitung nilai keanjalan silang barang tersebut dan tentukan jenis barang tersebut
jika harga barang X meningkat

A -1.5, barang Y ialah barang pengganti


B -0.75, barang Z ialah barang pengganti
C 1.5, barang Y ialah barang penggenap
D -0.75, barang Z ialah barang penggenap

9 Jika keanjalan permintaan pendapatan suatu barang bernilai negatif, maka


barang tersebut ialah barang

A mesti
B biasa
C mewah
D bawahan

10 Apabila kerajaan menetapkan dasar harga maksimum, perkara-perkara yang


berikut akan berlaku kecuali

A berlaku lebihan permintaan


B pengguna menikmati keuntungan
C dapat menjaga kebajikan pengeluar
D harga yang ditetapkan oleh kerajaan lebih rendah

5
11 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk jumlah keluaran (TPP), keluaran
purata (APP) dan keluaran sut (MPP) sebuah firma.

TPP,APP,MPP

TPP

APP

Buruh (Unit)
MPP

Hukum pulangan berkurangan bermula dari titik


A TPP menurun
B TPP maksimum
C MPP maksimum
D MPP menurun

12 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti keluaran dan jumlah kos berubah sebuah firma

Keluaran (unit) Jumlah kos berubah (RM)

5 80.00
10 240.00
15 380.00
20 540.00
25 750.00

Jika jumlah kos pada keluaran 0 unit ialah RM100.00, kos sut akan menyamai kos
purata pada keluaran
A antara 5 dan 10 unit
B antara 10 dan 15 unit
C antara 15 dan 20 unit
D selepas 25 unit

6
13 Penyataan yang manakah tidak benar tentang sebuah firma persaingan sempurna?
A Kos sut firma tersebut sama dengan harga
B Keluk permintaan firma tersebut adalah anjal sempurna
C Firma tersebut perlu menurunkan harga untuk meningkatkan jualan
D Penawaran dalam pasaran tidak terjejas walaupun firma tersebut
memberhentikan pengeluaran

14 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil
purata (AR) sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna

Kos dan harga


(RM)
MC
AC

10.00 D1 = AR1

8.00 D0 = AR0
7.00
6.20

Kuantiti keluaran (unit)


0 47 52

Jika keluk permintaan berubah dari D0 ke D1, maka keuntungan firma bertambah
sebanyak
A RM71.40
B RM84.60
C RM104.00
D RM156.00

7
15 Encik Irfan menjual buah naga dalam pasaran persaingan sempurna. Dalam jangka
pendek, harga buah naga di pasaran ialah RM8.00 per kilogram dan kos puratanya
ialah RM6.00 per kilogram. Yang manakah penyataan yang benar tentang Encik
Irfan?
A Encik Irfan patut menjual buah naga pada harga RM6.00 per kilogram
B Encik Irfan memperoleh untung normal jika dia menjual pada harga pasaran
C Encik Irfan akan mengalami kerugian jika dia menjual pada harga RM6.00 per
kilogram
D Encik Irfan akan memperoleh untung lebih normal jika menjual pada harga
pasaran

16 Yang manakah yang tidak menentukan jenis pasaran?


A Jenis barang
B Campur tangan kerajaan
C Kuasa menentukan harga
D Kebebasan keluar masuk

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos dan hasil sebuah firma monopoli

Kos/Hasil (RM)
MC

AC
12.00
8.00
6.00
5.00

AR
MR

Keluaran (unit)
0 6 8

Berapakah untung firma jika firma tersebut menjual pada harga yang ditetapkan oleh
kerajaan?
A RM26.00 C RM20.00
B RM25.00 D RM16.00

8
18. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah
keluaran bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna

Kuantiti buruh (orang) Jumlah keluaran (unit)

1 20
2 38
3 54
4 67
5 77
6 83
Jika harga keluaran di pasaran ialah RM5.00 per unit dan upah ialah RM50.00 per
orang buruh, pengeluar akan menggunakan buruh sebanyak
A 3 orang
B 4 orang
C 5 orang
D 6 orang

19. Yang manakah tindakan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah yang tidak akan
menimbulkan pengangguran?
A Kerajaan menetapkan tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran
B Kesatuan sekerja bertindak mengehadkan penawaran buruh di pasaran
C Kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan upah
D Kesatuan sekerja bertindak meningkatkan daya pengeluaran buruh

20 Seorang ketua kerani menerima gaji sebanyak RM40 000 setahun. Jika beliau
memilih pekerjaan lain, gaji tertinggi yang dapat diperolehnya ialah RM15 000
setahun. Ini bermakna bahawa
A pendapatan pindahannya ialah RM25 000 dan tidak ada sewa ekonomi
B sewa ekonominya ialah RM25 000 dan tidak ada pendapatan pindahan
C pendapatan pindahannya ialah RM25 000 manakala sewa ekonominya ialah
RM15 000
D sewa ekonominya ialah RM25 000 manakala pendapatan pindahannya ialah
RM15 000

9
BAHAGIAN B
[40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.
21. (a) Terangkan dengan ringkas dua perbezaan antara barang percuma dengan
barang ekonomi. [4]
(b) Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah
asas ekonomi. [6]

22. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Rajah A Rajah B
(a) Huraikan perbezaan antara Rajah A dan Rajah B. [4]
(b) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peralihan keluk permintaan ke kanan. [6]

23. (a) Takrifkan keanjalan permintaan pendapatan. [2]


(b) Tafsirkan nilai pekali keanjalan permintaan pendapatan Ey = 0.60 [2]
(c) Nyatakan tiga jenis barang yang dapat dikategorikan mengikut keanjalan permintaan
pendapatan. [6]

24. (a) Dengan menggunakan contoh, terangkan maksud input tetap dan input berubah. [4]
(b) Terangkan perbezaan antara jangka pendek dan jangka panjang dalam sesuatu proses
pengeluaran. [6]

25 Terangkan perbezaan antara struktur pasaran persaingan sempurna dengan pasaran


monopoli pada tingkat keseimbangan jangka panjang. [10]

26 Dengan berbantukan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan faktor bagi
firma persaingan sempurna diterbitkan. [10]

10
BAHAGIAN C
[20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

27 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti berikut:


Qd = 18 - Px
Qs = Px + 12
Dengan Px = Harga (RM)
Q = Kuantiti (unit)
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran barang X.
[2]
(b) Berdasarkan graf, tentukan nilai harga dan kuantiti keseimbangan. [2]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai tak langsung sebanyak RM2.00 per unit ke atas
barang X,
(i) berikan persamaan penawaran baharu. [1]
(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu [2]
(iii) Lukis keluk penawaran baharu ke atas gambar rajah yang sama di (b) [1]
(iv) Hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yang
diperoleh. [2]

11
28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos bagi kos sut (MC), kos purata
(AC), kos berubah purata (AVC) , hasil sut (MR), dan hasil sut (MR) bagi firma pasaran
persaingan bermonopoli.

Harga
(RM)
MC AC
AVC
15

12
2
10
8

5
AR
MR
Kuantiti (unit)

(a) Berdasarkan gambar rajah di atas,


(i) berapakah output dan harga keseimbangan firma ini? [2]
(ii) hitung jumlah kos berubah dan kos tetap pada tingkat output keseimbangan. [2]
(iii) hitung jumlah kos, dan jumlah hasil pada tingkat output keseimbangan, [2]
(iv) hitung jumlah keuntungan atau kerugian pada tingkat output keseimbangan [2]
(b) Apakah jenis keuntungan firma persaingan bermonopoli dalam jangka panjang?
Berikan alasan anda. [2]

12
29. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara kuantiti buruh yang digunakan dengan
keluaran fizikal sut bagi sebuah firma.

Kuantiti buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)

1 7
2 19
3 34
4 48
5 58
6 58
7 56

a) Hitung keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut pada setiap tingkat buruh. [2]
b) Jika harga keluaran ialah RM6.00 seunit, hitung keluaran hasil purata dan keluaran
hasil sut pada setiap tingkat buruh. [2]
c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran hasil purata dan keluk
keluaran hasil sut. [3]
d) Jika upah adalah RM60.00, berdasarkan graf:
(i) tentukan tingkat keseimbangan penggunaan buruh. [1]
(ii) hitung keuntungan firma. [2]

13

You might also like