You are on page 1of 4

Analisis perbandingan kurikulum lama dan kurikulum baru

Pendidikan Islam sekolah rendah.


Elemen Utama Kurikulum KBSR Dan KSSR

Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam
Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang
iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika;
Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran
murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani
‘independent learning’ .

Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah
mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan
dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan
satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.

Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa perubahan
kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR
adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan.
Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-
dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang
dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard
Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para
guru perlu untuk membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi
kaedah, strategi serta teknik mengajar.

Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid
mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4
hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid tahap 1 dan 2
perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna
pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan
disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar
melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada
murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan
KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan
pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

Fokus Kurikulum.

KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang
membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala dalam KSSR pula, telah
ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas.
Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul
adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di
tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap
pengukuhan dan aplikasi 4M.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK diperkenalkan
semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu
Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini
diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan
kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam
membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi
serta berkeperibadian mulia.

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah
penilaian. Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif.
Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui
UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian
formatif. Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan penilaian
formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara
berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui
komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat
yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang
dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain
tugasan.

Transformasi Kurikulum KSSR

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Hasrat Pendidikan

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


 Cabaran Abad Ke-21
 Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Model Baru Ekonomi (MBE)
 Wawasan 2020
 Teori Pembelajaran
 Rangka Rancangan Jangka Panjang
 4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu;

4.5.2 CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk
kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

 Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira


 Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
 Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
 Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
 Jati diri dan semangat patriotisme
 Memahami dan menghayati budaya nasional

1. Dokumen Kurikulum 2. Buku Teks


• Standard Kandungan • Berpendekatan Modular
• Standard Pembelajaran

Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan
kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan
selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.

Matlamat
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu,
beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya
didunia dan di akhirat.

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan


Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya


dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat
harian;

iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;


v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan;

vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai
kewajipan umat Islam;

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam
rasa kecintaan kepada baginda;

viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan seharian; dan

ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;

Fokus

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada


kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak
dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan
Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan
fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.
Organisasi Kandungan Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan
oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada
enam modul iaitu:

Modul al Quran
Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan
bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’
Amma serta menghayati pengajarannya.

Modul Hadis
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta
menghayati pengajarannya.

Modul Akidah
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab
terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan akidah
dalam kehidupan harian .

Modul Ibadah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

Modul Sirah
Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan mengambil
iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

Modul Adab
Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia dengan
Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

Modul Jawi
Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta
mempelajari asas seni khat.

Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan bagi


merealisasikan hasrat;

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.


• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

You might also like