Metodologi Kajian - Air

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang


digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian
menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih
terarah dalam mencapai objektif. Methodologi juga merupakan satu set kaedah yang
digunakan untuk menjalankan kajian ke atas subjek atau responden yang tertentu.
Sepanjang membuat kajian.

Kerja kursus ini dijalankan dengan menggunakan kaedah mengumpul


maklumat dengan bertanyakan soalan kepada individu-individu yang terpilih daripada
penduduk setempat di lokasi yang hendak dikaji. Pengkaji telah menggunakan
beberapa kaedah bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat. Berikut adalah kaedah-
kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji.

4.1 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan data
primer dan data sekunder. Kedua-dua data ini dibentuk untuk mendapatkan maklumat
terperinci tentang persepsi penduduk berkaitan perkhidmatan bekalan air bersih di
Taman Intan, Kluang, Johor dan kesan kepada penduduk jika berlakunya kekurangan
bekalan air bersih.

4.1.1 Data Primer

Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan masyarakat


pelbagai kaum di Taman Intan. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk
meninjau keadaan kawasan kajian iaitu Taman Intan, Kluang, Johor.

4.1.1.1 Soal selidik

Kaedah soal selidik ini digunakan sebagai pengumpul maklumat dan di


edarkan kepada penduduk. Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan
maklumat secara terperinci mengenai persepsi penduduk tentang perkhidmatan
bekalan air bersih di Taman Intan, Kluang, Johor dan kesannya kepada penduduk di
Taman Intan, Kluang, Johor jika berlakunya kekurangan bekalan air bersih. Kaedah
ini menggunakan borang soal-selidik yang diedarkan kepada 30 responden yang
dipilih secara rawak di lokasi kajian. Daripada jumlah tersebut 17 orang terdiri
daripada orang lelaki dan 13 orang perempuan. Responden yang terlibat dalam kajian
ini diberikan masa antara 15 – 20 minit untuk menjawab kesemua item yang terdapat
dalam boring soal selidik. Kaedah soal selidik ini amat penting kepada pengkaji
kerana dapatan kajian adalah bergantung sepenuhnya kepada dapatan soal selidik ini.

Responden-responden yang terlibat dalam kaedah ini merupakan penduduk-


penduduk masyarakat pelbagai kaum yang tinggal tetap di Taman Intan, Kluang yang
menggunakan perkhidmatan bekalan air paip yang disediakan oleh Syarikat Air Johor
(SAJ) RANHILL. Responden yang disoal-selidik ini ditemui di rumah masing-masing
dan lokasi-lokasi tertentu di persekitaran taman ini.

Soal selidik ini merangkumi data demografi responden dalam Bahagian A,


manakala Bahagian B dan C tentang pendapat responden berkaitan persepsi
penduduk tentang perkhidmatan bekalan air bersih di Taman Intan, Kluang, Johor
dan kesannya kepada penduduk di Taman Intan, Kluang, Johor jika berlakunya
kekurangan bekalan air bersih.

4.1.1.2 Temubual

Temu bual dilakukan terhadap 3 orang penduduk generasi tua dan muda bagi
mendapatkan rumusan yang jelas. Temubual ini bertujuan untuk pengkaji berinteraksi
secara langsung dengan penduduk di Taman Intan, kluang untuk mendapatkan
jawapan secara langsung. Pengkaji dapati cara ini amat berkesan kerana banyak
maklumat yang dapat diperoleh secara tidak langsung. Bagi memudahkan proses temu
bual, kamera dan alat perakam suara telah digunakan bagi mengambil gambar dan
video serta merakam perbualan dan kemudiannya digunakan bagi menganalisis temu
bual tersebut.
Gambar 2: ketika menemubual seorang penduduk yang paling tua
Sumber: kajian lapangan 2016

4.1.1.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam
pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual.
Pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara langsung
terhadap responden dan penyelidikan yang dilakukan dapat dirahsiakan. Pemerhatian
memerlukan pengkaji memerhati sendiri bagaimana penduduk menggunakan
perkhidmatan bekalan air di rumah mereka. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.
Pemerhatian dijalankan selama 2 hari iaitu pada 4 Mac 2016 dan 5 Mac 2016.
Gambar 3: ketika membuat pemerhatian di sebuah rumah di Taman Intan
Sumber: kajian lapangan 2016

4.1.2 Data Sekunder

Data sekunder seperti peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web
Majlis Perbandaran Kluang dan Google Maps.

4.1.2.1 Keperpustakaan atau rujukan

Pengkaji juga mengumpul maklumat berkaitan kajian melalui rujukan ke


perpustakaan dan rujukan pelbagai sumber. Dengan ini pengkaji memperoleh latar
belakang tentang perkhidmatan bekalan air serta kesannya. Maklumat yang diperoleh
melalui esiklopedia, majalah, kamus, suratkhabar dan buku-buku di perpustakaan
dapat memudahkan pengkaji dalam menjalankan serta menyiapkan kajian ini dengan
mudah dan tepat. Maklumat daripada kajian pustaka dan internet ini juga dapat
memberikan pengkaji maklumat mengenai kajian-kajian lepas yang telah dijalankan
oleh penyelidik-penyelidik terdahulu bagi memudahkan kami mendapat idea
bagaimana untuk menjalankan kajian kami.
Gambar 4: ketika membuat rujukan di perpustakaan

Sumber: kajian lapangan 2016

4.2 TEKNIK PENGANALISAAN DATA

4.2.1 Kekerapan dan Peratusan

Bagi soalan-soalan bahagaian A, B dan C, data dianalisis menggunakan


kaedah diskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Analisis data dilakukan
apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang telah diedarkan kepada
responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperoleh dipastikan, disunting,
dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data yang telah dianalisis dipersembahkan
dalam bentuk jadual, graf dan carta.
Dalam borang soal selidik, Skala Likert lima peringkat digunakan dalam
menilai tentang persepsi penduduk tentang perkhidmatan bekalan air bersih di
Taman Intan, Kluang, Johor dan kesannya kepada penduduk di Taman Intan, Kluang,
Johor jika berlakunya kekurangan bekalan air bersih. Setiap peringkat penilaian diberi
nilai dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert dimana angka 5 mewakili sangat
setuju, angka 4 mewakili setuju, angka 3 mewakili tidak pasti, angka 2 mewakili tidak
setuju dan angka 1 adalah sangat tidak setuju.

Setuju Tidak Setuju


5 4 3 2 1
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak
Setuju

Jadual 1: Skala Likert 5 aras

You might also like