Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Operasi Tolak

Baki

(a) Darryel mempunyai 5 ekor anak kucing. 3 ekor anak kucing Darryel
telah mati. Berapakah bilangan anak kucing Darryel yang masih hidup?

(b) Dean Ryan mempunyai wang sebanyak RM10. Dia menggunakan


wangnya sebanyak RM2 untuk membeli air minuman. Berapakah baki
wang Dean Ryan?

(c) Kalang mempunyai sebotol air dengan isi padu sebanyak 1500ml.
Kalang minum sebanyak 500ml air. Berapa isi padu air yang tinggal?

(d) Dyesebel mempunyai 10 biji buah Rambutan. Dyesebel makan


sebanyak 4 biji Rambutan. Berapa biji Rambutan yang belum dimakan?

(e) Ada 98 biji guli pada lubang Congkak. Selepas Eunice dan Dau bermain
Congkak, hanya ada 75 biji guli sahaja. Berapa biji guli yang telah hilang?

Beza

(a) Markah Matematik Adam dalam subjek Matematik sebanyak 85%


manakala markah Nora pula 67%. Berapakah beza markah Adam dengan
markah Nora?

(b) Panjang pensel 2B Ryan ialah 15cm. Pensel 2B Grace pula ialah 7cm.
Cari beza panjang pensel Ryan dan Grace.

(c) Dalam pertandingan Kuiz Matematik, Darryel memperolehi sebanyak


25 markah, manakalah Grace memperolehi sebanyak 42 markah.
Berapakah beza markah di antara Grace dengan Darryel?

(d) Berat Qaize ialah 45kg manakalah berat Guru Besar ialah 110kg.
Berapakah beza berat Qaize dengan Guru Besar?

(e) Dalam pertandingan Kuiz Matematik, Darryel memperolehi sebanyak


25 markah, manakalah Grace memperolehi sebanyak 42 markah.
Berapakah markah yang diperlukan lagi oleh Darryel supaya dia
mempunyai markah yang sama dengan Grace?

(f) Dalam pertandingan memanah, Ryan mendapat sebanyak 210 markah


untuk pusingan pertama. Pada pusingan kedua dia mendapat sebanyak
178 markah. Berapakah beza markah pusingan pertama dengan markah
pusingan kedua Ryan?

(g) Kadar tambang ekspress Tinjar dari Long Sepiling ke Marudi untuk
penumpang dewasa ialah RM25 manakala kadar tambang penumpang 18
tahun ke bawah ialah RM15. Berapakah beza kadar tambang dewasa
dengan kadar tambang penumpang 18 tahun ke bawah?

Diskriminasi

(a) Kampung Long Sepiling mempunyai 44 orang penduduk. 9


daripadanya merupakan kanak-kanak. Berapakah bilangan penduduk
dewasa?

(b) Cikgu Saffuan mempunyai 10 batang pen highlighter berwarna biru


dan kuning. Jika 5 batang pen highlighter berwarna biru, berapakah
batang pen highlighter berwarna kuning?

(c) Datuk Unung menjual sebungkus Pisang yang mengandungi 15 biji


Pisang. 3 biji pisang dalam bungkusan itu telah rosak. Berapa biji Pisang
yang masih elok?

(d) Sebuah bekas mengandungi 100 biji manik. 20 biji manik berwarna
putih, 10 biji manik berwarna kuning. Berapakah manik yang berwarna
biru?

(e) Sekolah Kebangsaan Long Sepiling mempunyai 10 orang murid. 4


orang murid adalah lelaki. Berapakah bilangan murid perempuan?

Operasi Tambah

(a) Pada mulanya Darryel memelihara 5 ekor anak kucing. Kemudian Dau
memberikan 3 ekor anak kucing lagi kepada Darryel. Berapakah bilangan
anak kucing Darryel ada sekarang?

(b) Dean Ryan mempunyai wang sebanyak RM8. Cikgu Khalid memberi
wang sebanyak RM2 kepada Dean Ryan. Berapakah jumlah wang yang
Dean Ryan ada?

(c) Kalang mempunyai sebotol air dengan isi padu sebanyak 1000ml.
Kalang mengisi air sebanyak 500ml ke dalam botol itu. Berapa isi padu air
yang ada dalam botol air itu?
(d) Dyesebel mempunyai 6 biji buah Rambutan. Dyesebel mengutip 4 biji
Rambutan lagi. Berapa biji Rambutan yang Dyesebel ada sekarang?

(e) Ada 75 biji guli pada lubang Congkak. Selepas Eunice memasukkan
lagi 14 biji guli ke dalam lubang-lubang Congkak. Berapakah jumlah biji
guli yang ada pada semua lubang Congkak?

(f) Berat Qaize semasa dia di tahun 1 ialah 36kg. Selepas 2 tahun
beratnya bertambah lagi sebanyak 12kg. Berapakah berat Qaize selepas 2
tahun?

(g) Markah Kertas 1 Darryel Nisa dalam ujian Matematik ialah 27 markah,
manakalah markah Kertas 2 ujian matematik dia ialah 40 markah.
Berapakah jumlah markah yang diperolehi oleh Darryel Nisa dalam ujian
Matematik?

(h) Dalam pertandingan memanah, Ryan mendapat sebanyak 210 markah


untuk pusingan pertama. Pada pusingan kedua dia mendapat sebanyak
178 markah. Berapakah jumlah markah pusingan pertama dan kedua
Ryan perolehi?

(i) Darryel mempunyai 2 bungkus Udang Galah. Jisim bungkusan Udang


Galah pertama ialah 3kg manakala jisim bungkusan Udang Galah yang
kedua ialah 4kg. Berapakah jumlah jisim Udang Galah untuk kedua-dua
bungkusan itu?

(j) Kampung Long Sepiling mempunyai 35 orang penduduk dewasa dan 9


orang penduduk merupakan kanak-kanak. Berapakah bilangan penduduk
di Kampung Long Sepiling?

(b) Cikgu Saffuan mempunyai 5 batang pen highlighter berwarna biru dan
5 batang pen highlighter berwarna kuning. Berapakah jumlah pen
highlighter yang cikgu Saffuan ada?

(c) Datuk Unung menjual sebungkus Pisang yang mengandungi 12 biji


Pisang. Datuk Unung memasukkan lagi 3 biji pisang ke dalam bungkusan
itu. Berapa jumlah Pisang yang ada?

(d) Sebuah bekas mengandungi 20 biji manik berwarna putih, 10 biji


manik berwarna kuning dan 70 biji manik berwarna biru. Berapakah
jumlah manik yang ada di dalam bekas itu?

(e) Sekolah Kebangsaan Long Sepiling mempunyai 4 orang murid lelaki


dan 6 orang murid perempuan. Berapakah jumlah murid di Sekolah
Kebangsaan Long Sepiling?

You might also like