Part 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2016

(SEBELUM INTERNSHIP)

Pada tarikh 18 Februari 2019 ini akan bermula sesi Internship bagi semua pelatih
guru semester 8 Ambilan Jun 2015. Internship ini akan dijalankan selama 4 minggu.
Saya akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 17 (1). Sebelum
menjalani internship ini, satu kursus dan taklimat intership telah diadakan di Dewan Al-
Marbawi bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam. Sepanjang taklimat intership ini,
saya dan rakan-rakan diberitahu tentang pengurusan internship, penulisan refleksi,
penulisan jurnal dan tentang projek inovasi yang akan dijalankan semasa internship.

Seterusnya pula, saya dan rakan-rakan diberi taklimat tentang pengajaran di


dalam kelas, kemahiran berfikir, dan penerapan nilai serta persediaan portfolio
sepanjang tempoh internship dilaksanakan. Sebelum menjalani sesi internship, saya
telah menyediakan beberapa keperluan untuk menjalani sesi ini seperti menyediakan
portfolio. Rekod pengajaran dan pembelajaran tidak perlu lagi ditulis di dalam buku
seperti yang telah dilaksanakan dalam tempoh Praktikum Fasa 2 tempoh hari. Saya
dan rakan-rakan diberitahu bahawa kami perlu menulis rekod pengajaran mengikut
format guru-guru biasa di sekolah tersebut dengan menggunakan komputer.

Untuk penulisan ini, saya perlu menulis tentang perkara yang akan dilaksanakan
sepanjang internship nanti. Penulisan ini memerlukan saya untuk memberi fokus
kepada pengajaran dan pembelajaran bagi subjek major saya iaitu Penddikan Islam
kerana saya bakal menjalankan kajian tindakan di sekolah kelak. Bagi mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut, saya dan rakan Internship saya telah berkolaborasi dengan
pensyarah pembimbing kami iaitu Ustaz Mohd Norhan bin Mohd Hanif. Sepanjang
tempoh kolaborasi sebelum internship, beliau banyak berbincang dengan kami tentang
perlaksanaan Kajian Tindakan sewaktu di sekolah nanti.

Kami juga turut mengambil peluang untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang
jadual perlaksanaan Kajian Tindakan kami sepanjang tempoh Internship. Setelah
perbincangan bersama pensyarah pembimbing diadakan, saya dan rakan internship
saya berbincang mengenai perkara yang akan dilakukan di sekolah. Kami dikehendaki
membuat 3 projek di sekolah iaitu satu projek besar yang mana saya dan rakan boleh
bekerjasama dalam melaksanakannya dan dua projek kecil yang mana perlaksanaanya
akan dijalankan secara individu. Antara isi kandungan perbincangan kami ialah cara
menyediakan kertas kerja seterusnya membuat beberapa langkah untuk
menyenaraikan kos dan sebab projek tersebut dijalankan. Kemudian, setelah projek
tersebut dijalankan, kami dikehendaki menulis satu laporan tentang perlaksanaan
projek secara individu.

Laporan ini bertujuan untuk menilai kejayaan tindakan telah saya gunakan.
Laporan ini akan disertakan di dalam portfolio individu masing-masing. Kami masih
belum memilih tajuk projek yang akan dilaksanakan di sekolah. Kami masih perlu
mengadakan perbincangan bersama mentor kami di sekolah. Akhir sekali, saya
berharap agar sesi internship ini dapat memberi input dan segala pengalaman yang
bermakna buat saya. Saya mendoakan agar sesi internship ini akan berjalan dengan
lancar seperti yang telah dirancang. Semoga sekolah yang diberi dapat menerima saya
seadanya.

Disediakan oleh Disahkan oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : __________________ Tandatangan : ___________________


Nama : Nama :
Tarikh : _____________ Tarikh : _______________
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2016
(SEMASA INTERNSHIP)

Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Pakatan


Jaya, Perak, saya bersama rakan saya iaitu Izzati Hamidah binti Zainal telah
melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat dan kami telah berjumpa dengan PK
Pentadbiran En Mohd Azhar bin Abd Hami untuk membincangkan mengenai projek
internship. Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pakatan Jaya iaitu Puan Faridah binti Yusop bagi membincangkan mengenai projek
yang akan dijalankan sepanjang menjalani Internship selama sebulan di sekolah. Saya
dan rakan saya telah menyampaikan hasrat untuk melakukan projek utama yang
merupakan projek bersama iaitu karnival permainan tradisional dan alhamdulillah hasrat
tersebut disambut baik oleh guru besar kerana beliau juga mempunyai hasrat yang
sama. Saya juga telah diberi tugas untuk projek individu yang akan dijalankan di
sekolah tersebut iaitu mengendalikan perhimpunan serta majlis perpisahan dan jamuan
hari raya Aidilfitri. Kami juga diperkenalkan dengan mentor kami sepanjang program
Internship ini iaitu Puan Nor Azlina binti Daud
Pada minggu pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus merancang
dan memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek utama kami. Sebagai
penolong setiausaha bagi projek ini, saya dan rakan berusaha menyiapkan kertas kerja
dan juga borang soal selidik untuk diedarkan kepada beberapa orang warga Sekolah
Kebangsaan Pakatan Jaya yang terdiri daripada guru, staff dan juga murid-murid.
Program Internship di sekolah ternyata telah banyak membantu saya terutama
dalam aspek pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah di samping meningkatkan
kemahiran saya dalam pelbagai perkara. Di minggu kedua, saya telah memulakan
projek yang pertama iaitu pengendalian perhimpunan dan projek kedua iaitu majlis
perpisahan dan jamuan hari raya. Sebelum memulakan projek ini, saya telah
menyiapkan kertas kerja pada minggu pertama untuk memudahkan pelaksaan projek
ini. Saya dan rakan saya telah merancang pelbagai cara untuk memastikan projek yang
perlu dilaksanakan berjalan dengan lancar.
Pada hari pertama di minggu kedua ini, saya memulakan dengan pengendalian
perhimpunan dan pada hari khamisnya saya perlu melakukan projek untuk majlis
perpisahan dan jamuan hari raya. Kedua-dua projek berjaya dijalankan walaupun
terdapat kekurangan sewaktu perhimpunan dan majlis tersebut. Alhamdulillah
segalanya berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai
pihak.
Sepanjang tempoh intership juga, saya mengambi kesempatan di samping
membuat projek dengan mengumpul data bagi kajian tindakan yang dilakukan.
Maklumat yang dikumpul adalah berdasarkan latihan ayat aktif dan pasif menggunakan
kaedah TESadu. Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar kerana
murid-murid telah dapat mengaplikasikan kaedah tersebut semasa menukar ayat aktif
kepada ayat pasif. Selain itu, saya juga telah memulakan proses penulisan draf laporan
bagi setiap projek yang telah dilakukan bermula pada minggu pertama menjalani
Internship.
Saya juga telah mengemaskini portfolio Internship seperti menulis pernyataan
professional, laporan aktiviti kokurikum dan perkara-perkara yang berkaitan. Saya juga
telah telah menyiapkan beberapa lampiran bagi setiap projek yang telah dilaksanakan.
Projek besar yang dijalankan oleh kami pasa 30 Julai 2016 mendapat sambutan yang
baik daripada warga Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya. Pertandingan permainan
tradisional berjaya menambat hati warga SKPJ dan jelas terpancar keseronokan
sewaktu aktiviti permainan dijalankan. Alhamdulillah objektif projek yang telah
dijalankan telah berjaya dicapai oleh guru dan murid serta mereka juga memberikan
kerjasama yang baik dan sangat komited dalam melakukan kerja.
Tuntasnya, segala pengalaman yang telah ditimba sepanjang menjalankan
Internship selama sebulan di sekolah, saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan
segala ilmu dan kemahiran apabila menjadi bakal guru kelak.

Disediakan oleh Disahkan oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : __________________ Tandatangan :


___________________

Nama : Nama :
Tarikh : _____________ Tarikh : _______________

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2016

(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas sebulan menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya,


terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang telah saya peroleh. Melalui projek
yang telah dilaksana telah banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran
saya dalam pelbagai aspek. Sepanjang menjalani Internship, segala proses
pelaksanaan projek telah dapat dilakukan secara efisien dan lancar bermula daripada
proses merancang projek yang akan dijalankan di sekolah sehinggalah selepas tamat
projek. Kerjasama daripada rakan dan pihak sekolah juga telah memudahkan lagi
pelaksanaan program selama sebulan ini.

Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses
tersebut merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada di
sekolah kelak. Selain itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu
meningkatkan proses komunikasi saya bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak
sekolah.

Di samping itu, melalui Internship juga, saya telah dapat meningkatkan tahap
keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain. Ini sekaligus dapat
mengeratkan ukhuwah saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.

Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak
perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship
terutamanya menyiapkan projek yang telah dirancang bermula minggu pertama
menjalani Internship. Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan walaupun terdapat
banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan rakan saya.
Kesimpulannya, program Internship telah banyak membantu saya daripada
pelbagai aspek dan kemahiran. Saya juga telah menimba pelbagai pengalaman
daripada guru-guru di sekolah dan kesemua guru di sekolah berkenaan sangat baik dan
memberikan kerjasama yang sangat baik. Saya berharap agar segala pengalaman
yang diperoleh dapat membantu saya untuk menjadi bakal guru yang lebih baik pada
masa hadapan dengan persediaan dari pelbagai aspek sebagai seorang guru.

Disediakan oleh Disahkan oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : __________________ Tandatangan :


___________________

Nama : Nama :

Tarikh : _____________ Tarikh : _______________

You might also like