Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

JALAN SIKAMAT, 70400,


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA
BENGKEL KERJAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT
TAHUN 2019

TARIKH:
12 FEBRUARI 2019

HARI:
SELASA

MASA:
07:45 PAGI – 4:30 PETANG

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SK SIKAMAT

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2016
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
1.0 TAJUK

Bengkel Kerjaya Sekolah Kebangsaan Sikamat Tahun 2019.

2.0 PENDAHULUAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun


1960an, kini hampir setiap sekolah di Malaysia mempunyai suatu unit khas yang
menjalankan perkhidmatan ini untuk semua warga sekolah. Ini menunjukkan perkhidmatan
ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan modal insan bagi seorang
murid selaras dengan aspirasi yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Salah satu fungsi perkhidmatan ini adalah dalam bidang
pendidikan kerjaya iaitu dengan mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya
dan latihan sama ada melalui risalah kerjaya, buku-buku kerjaya, buku skrap kerjaya,
minggu kerjaya mahupun buletin bulanan sekolah. Justeru, pendidikan kerjaya merupakan
sebahagian besar daripada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam
memperkenalkan konsep kerjaya kepada murid.

3.0 RASIONAL

Kerjaya merupakan suatu ekspresi atau cerminan kepada personaliti individu. Oleh itu,
amatlah penting untuk setiap individu memilih kerjaya yang tepat dan menepati
personalitinya. Menurut Rohany (2008) dalam Nor Shafrin & Ahmad Amin (2010), murid
memerlukan kaunselor profesional untuk membantu mereka memilih, merancang dan
menyelesaikan masalah kerjaya. Kerjaya yang tepat akan menentukan kepuasan dalam
karier dan juga produktiviti bekerja mereka. Bagi peringkat awal, murid perlu diberikan
pendedahan mengenai alam kerjaya, perkaitan antara personaliti dan kerjaya dan
menjalankan proses pemilihan kerjaya yang sesuai, seperti pada peringkat mereka iaitu
proses pemilihan aliran atau jurusan yang bakal dipilih. Tegasnya, pendidikan kerjaya sangat
perlu dititikberatkan pada peringkat awal lagi memandangkan pemilihan kerjaya akan
memberikan kesan yang berpanjangan dalam hidup murid.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Mengetahui konsep kerjaya dan kepentingan melakukan pemilihan kerjaya yang
tepat.
4.2 Mengenali diri dan minat menggunakan Inventori Minat Kerjaya (IMK) dan
kerjaya-kerjaya yang sesuai bagi mereka.
4.3 Menghasilkan satu buku skrap yang lengkap dan menarik menggunakan keratan
akhbar secara berkumpulan.
5.0 ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling Ambilan Jun 2016 IPG Kampus Raja Melewar.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 12 Februari 2019 (Selasa)


6.2 Masa : 7:45 pagi hingga 4:30 petang
6.3 Tempat : Dewan Terbuka SK Sikamat.
6.4 Sasaran : Murid tahun enam SK Sikamat
6.5 Fasilitator : Dr Hj Mohd Ali bin Jaamat, Pensyarah Subjek Pendidikan
jakajchhbhhdj jnjjjjjKerjaya dan Unit BDK Jun 2016 IPG Kampus Raja Melewar.

7.0 PENGISIAN PROGRAM

7.1 Ceramah pengenalan dunia Kerjaya oleh Dr Hj Mohd Ali

Ceramah pengenalan kepada konsep kerjaya dan dunia kerjaya kini oleh Dr Hj Mohd Ali,
pensyarah dari IPGKRM yang merupakan pakar dalam pendidikan kerjaya. Antara isu yang
bakal dikupas adalah kepentingan kerjaya, pasaran kerjaya masa kini dan perkaitan antara
personaliti dan kerjaya.

7.2 Pentadbiran Ujian Minat Kerjaya kepada murid

Setiap peserta akan diberikan salinan Inventori Minat Kerjaya untuk diisi selama 45 minit
dan peserta akan dibimbing oleh ketua fasi untuk menghitung skor setelah selesai. Setiap
kod IMK iaitu R, I, A, S, E dan K akan diterangkan secara ringkas sebelum peserta bergerak
mengikut fasi masing-masing untuk interpretasi yang lebih lanjut.

7.3 Latihan dalam kumpulan (LDK) – Menghasilkan buku skrap kerjaya

Aktiviti buku skrap akan dilaksanakan secara berkumpulan oleh para peserta. Peserta akan
menggunakan keratan akhbar yang disediakan dan bahan-bahan maklumat kerjaya lain
disediakan untuk menghasilkan buku skrap yang menarik dan kreatif mengikut kerjaya yang
dipilih masing-masing.

7.4 Sesi soal jawab kerjaya

Sesi soal jawab mengenai kerjaya akan dilaksanakan oleh Dr Hj Mohd Ali dan para fasi di
bahagian akhir penghassilan buku skrap. Para peserta boleh bertanya mengenai apa-apa
topik mengenai dunia kerjaya kepada para fasi.

8.0 JAWATANKUASA

8.1 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi
Dr. Hj Nizam bin Abdul Latip
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi I
Pn. Azlina binti Ahmad
Timbalan Pengarah (Akademik)
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi II
Tuan Haji Dr. Yassin bin Yusoff
Timbalan Pengarah (Pengurusan & Perkhidmatan)
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan

Setiausaha
Pn. Sharifah Ruwaida binti Syed Omar
Ketua Unit,
Unit Kaunseling dan Psikologi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Penyelaras
En. Fakhrul bin Amiruddin
Unit Kaunseling dan Psikologi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Naib Penyelaras
Tn. Haji Irwan bin Dollah
Unit Kaunseling dan Psikologi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Bendahari
Cik. Roslinda binti Bukhari
Penolong Akauntan,
Unit Kewangan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.
8.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi
En.Presannakumar A/L Balasubramaniam
Naib Pengerusi
Cik.Nurain binti Abd Khadir

Setiausaha
Cik.Hanis Munirah binti Zulkifli

Bendahari
Cik.Teoh Hui Yi

Persiapan Tempat PA Sistem


Pn.Yee Gee Wei En.Krishnan Rau A/L Santharayah

Bacaan Doa $ Aktiviti


Pengacara Majlis
En.Mohammad Abdul Rahim bin Mohd
Cik.Phuvanah A/P Ravintharan
Sufian

Jurugambar/Video Jamuan
Cik.Thavasri A/P Chandran Cik.Nor Amirah binti Hashim

Cenderamata Buku Program & Banner


Cik.Maniregha A/P Subramaniam Cik.Nur Nadirah binti Abd Manaf

Laporan & Dokumentasi


Pendaftaran
Cik.Luk Teck Jun
Cik.Elin Fung

Peralatan & Kerusi Meja


En.Adam Moh Sian Lun

9.0 TENTATIF

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Pendaftaran Peserta dan Fasilitator

8.15 pagi Sarapan

8.30 pagi Slot 1 – ‘Kerjaya dan pelajar” ceramah oleh Dr. Ali
10.00 pagi Rehat dan Persegaran

10.30 pagi Slot 2 – Pentadbiran Inventori IMK

11.15 pagi Slot 3 – Intrepretasi Inventori IMK bersama fasilitator

1.00 t/hari Makan tengahari / Rehat / Solat Zohor

2.30 petang Slot 4 – Buku Skrap Kerjaya dan Soal Jawab Kerjaya

4.00 petang Majlis penutup dan penyampaian cenderahati

4.30 petang Bersurai

10.0 SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH

Sumbangan Unit Kaunseling dan Psikologi Jabatan


1 RM 1000
Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan.

Sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK


2 RM 500
Sikamat

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK


3 RM 215
Sikamat

5 Sumbangan Unit Kaunseling dan Psikologi IPGKRM RM 250

RM 1965

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Bayaran penceramah RM 300

RM 9.00 X
 Kertas A4 (5 Rim)
Kelengkapan buku skrap 10 Rim
 Kertas Warna (5
=RM 90
 Kertas A4 Rim)
2
 Kertas Warna
 Alat tulis RM 4.00 X
 Pen (1 kotak) 1 Kotak
=RM 4
3 Surat Khabar terpakai 3 Kotak Percuma
RM 2.00
153 (seorang) X
murid
4 Sarapan pagi = 169 pax 169 pax
+
16 fasi
= RM 338
RM 2.00
153 (seorang) X
murid
5 Persegaran = 169 pax 169 pax
+
16 fasi
= RM 338
RM 5.00
153 (seorang) X
murid
6 Makan tengah hari = 169 pax 169 pax
+
16 fasi
= RM 845
7 Cenderahati Penceramah 1 unit RM30

8 Borang IMK 153 salinan RM 20

Jumlah RM1965
12.0 PENUTUP

Semoga Bengkel Kerjaya SK Sikamat ini dapat memberikan pelbagai maklumat berguna
kepada para murid dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk
menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Diharapkan juga para penganjur dapat
merealisasikan objektif yang telah dirancang dan melahirkan lebih ramai lagi guru BNK yang
berkualiti pada masa hadapan dan pendedahan dunia kerjaya yang lebih baik kepada setiap
murid sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………............ ..................................................................

( CIK. HANIS MUNIRAH BINTI ZULKIFLI ) ( EN. PRESANNAKUMAR A/L BALASUBRAMANIAM)


Setiausaha, Pengerusi,
PISMP BDK JUN 2016 IPGKRM. PISMP BDK JUN 2016 IPGKRM.

Disahkan oleh,

......................................................
( EN. FAKHRUL BIN AMIRUDDIN)
Penyelaras Program,
UNIT KAUNSELING DAN PSIKOLOGI IPGKRM.
TUGASAN 1:
KERTAS KERJA
LAMPIRAN
En. Fakhrul Bin Amiruddin
Penyelaras Program,
Unit Kaunseling Dan Psikologi IPGKRM.
______________________________________________________________________________________
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Sikamat, 15 Januari 2019
Taman Sikamat, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM BENGKEL KERJAYA SK SIKAMAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa institusi kami memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat untuk menyumbang wang mengikut jumlah berikut :

I. Jumlah : RM 500 sahaja (Lima Ratus Ringgit Malaysia sahaja).


II. No akaun : 012324-564-45989 (UBK IPGKRM)

3. Sebagai makluman pihak tuan , sumbangan amatlah diperlukan bagi melaksanakan


segala aktiviti sekolah seperti bengkel kerjaya yang bakal dilaksanakan. Ini adalah bagi
membiayai perbelanjaan bagi program tersebut yang akan memberikan manfaat kepada
para peserta program.

4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak institusi memohon jasa baik yang
berhormat sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program seperti
dinyatakan di atas.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,harap Maklum.

" SOKONGAN ANDA KEJAYAAN BERSAMA"

Yang Benar,

………………………………………….

(EN. FAKHRUL BIN AMIRUDDIN)


Penyelaras Program,
Unit Kaunseling Dan Psikologi IPGKRM..
SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT,
TAMAN SIKAMAT,
70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
03-92214494

______________________________________________________________________________________________

Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6, Ruj. Kami :


SK Sikamat, Tarikh : 17 Januari 2019
Taman Sikamat,
70400, Seremban.

Tuan/Puan,

PROGRAM BENGKEL KERJAYA TAHUN 2019 SK SIKAMAT

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan Program Bengkel Kerjaya


kepada murid-murid Tahun 6. Tujuan diadakan program ini untuk membimbing dan
mendedahkan murid kepada dunia kerjaya dan pentadbiran ujian Inventori Minat Kerjaya.

3. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut:

3.1 Tarikh : 12 Februari 2019 (Selasa)

3.2 Masa : 7:45 pagi hingga 4:30 petang

3.3 Tempat : Dewan Terbuka SK Sikamat.

3.4 Sasaran : Murid tahun enam SK Sikamat

3.5 Fasilitator : Dr Hj Mohd Ali bin Jaamat, Pensyarah Subjek


bhknjoklmklilmlkjmmiiPendidikan Kerjaya dan Unit BDK Jun 2016 IPG
mmmmmmmmmmmmKampus Raja Melewar.

4. Sokongan dan kerjasama daripada tuan / puan di dalam perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

………………………………………..
(TN. HJ.BAKHTIAR BIN GHAZALI)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Sikamat.
SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

Bil. Jawatan Tugas


 Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.

 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan


1 Pengerusi segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari masa ke semasa.

 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan


tanggung jawab yang diberi.

 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan


2 Naib Pengerusi pengerusi.

 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari masa ke semasa.

 Bekerja dalam satu pasukan bersama AJK lain

 Menguruskan surat-menyurat

 Menghebahkan maklumat dan pekeliling

 Memanggil mesyuarat sekiranya perlu

 Mencatat minit mesyuarat


3 Setiausaha
 Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti.

 Menyediakan fail setiap AJK projek

 Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli

 Mencatat kehadiran ahli

4 Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


program.
 Menyediakan Penyata Kira-Kira serta
menandatanganinya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Penasihat dari masa ke semasa.
 Berhubung dengan katerer dan penyedia makanan.
 Menghasilkan dan memilih menu yang bersesuaian
5 AJK Jamuan
dengan kos serta keperluan.
 Mengagihkan makanan semasa program.
 Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti projek
6 AJK Aktiviti  Mempamerkan perancangan dan jadual tugasan
 Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli
 Sentiasa mengemaskini maklumat dan bahan nota
 Sentiasa mengutamakan tugas akademik
 Menyenaraikan segala peralatan yang perlu dibawa.
AJK Peralatan/ PA  Menyediakan peralatan yang perlu dibawa.
7
Sistem  Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.
 Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
 Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan

AJK Dokumentasi/ dokumentasi projek.


8 Jurugambar dan  Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkan
Video ke dalam laporan akhir projek.
 Membuat laporan akhir projek sebagai kenang -
kenangan.

9 AJK Buku Program  Membuat buku program untuk aktiviti projek

10 AJK Pendaftaran  Menguruskan meja dan sesi pendaftaran.

11 AJK Cenderamata  Menyediakan cenderamata

AJK Persiapan  Memaastikan keselamatan, kesesuaian serta


12
Tempat kebersihan tempat.
AKTIVITI 1: SLOT CERAMAH DUNIA KERJAYA

Penceramah: Dr. Hj.Mohd Ali bin Jaamat

Pengisian Ceramah:
 Definisi kerjaya dan Dunia Kerjaya
 Kepentingan memiliki dan memilih kerjaya yang betul.
 Isu semasa dalam Dunia kerjaya
 Memilih kerjaya menggunakan personaliti

Objektif:
I. Membantu murid untuk memahami asas konsep kerjaya dan eleman di dalam Dunia
Kerjaya melalui sebaran maklumat berbentuk ceramah.
II. Membantu murid mengenalpasti perkaitan antara personaliti diri dan kerjaya yang
dipilih oleh seseorang.
III. Memperkenalkan kerjaya-kerjaya masa kini bersama kelayakan dan kriteria umum
kerjaya tertentu kepada murid.

BANNER
AKTIVITI 2 & 3: SLOT PENTADBIRAN IMK DAN INTERPRETASI

Bersama Dr. Hj.Mohd Ali bin Jaamat dan para fasilitator

Pengisian Slot:
 Menjawab Inventori Minat Kerjaya
 Interpretasi inventori.

Tatacara Pelaksanaan:
1. Setiap murid akan diberikan satu Salinan IMK untuk dijawab mengikut tempoh masa
yang ditetapkan.
2. Ketua fasi memberikan penerangan cara menjawab kepada peserta sebelum
memulakan ujian.
3. Ketua fasi memperkenalkan kod-kod RIASEK kepada peserta secara ringkas
sebelum membahagikan peserta kepada kumpulan lebih kecil.
4. Interpretasi mendalam dijalankan oleh fasi dalam kumpulan lebih kecil.

Objektif:
I. Memperkenalkan murid kepada Inventori Minat Kerjaya dan tatacara menjawabnya
dengan baik.
II. Membantu murid mengenalpasti kecenderungan serta minat yang dimiliki dan
kerjaya yang sesuai melalui keputusan IMK.
AKTIVITI 4: SLOT PENGHASILAN BUKU SKRAP KERJAYA

Pengisian Slot:
 Menghasilkan buku skrap kerjaya
 Soal jawab kerjaya

Tatacara Pelaksanaan dan Peraturan:


1. Setiap kumpulan akan bekerjasama menghasilkan satu buku skrap mengikut kerjaya
yang telah dipilih oleh kumpulan.
2. Buku skrap harus menarik, kreatif dan menggunakan maklumat yang dikumpulkan
dari keratan akhbar terpakai.
3. Setiap hasil adalah asli dan maklumat mengenai kerjaya haruslah tepat serta tidak
direka-reka.

Objektif:
I. Menghasilkan buku skrap kerjaya mengikut kerjaya yang dipilih menggunakan bahan
kitar semula secara bekerjasama.

You might also like