Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

KEUSAHAWANAN ( UQW10101)

SEM 1 2017/2018

PROJEK BERKUMPULAN

RANCANGAN PERNIAGAAN

MINIMARKET BESTARI

NO AHLI KUMPULAN NO.MATRIK

1. NUR HANANI BINTI HAMZAH AF170077

2. NORHAFIZAH BINTI KHAIROL ANUAR AF170136

3. OON KOK RUI AP170217

4. TAN VOOI TENG AP170270

5. CHAN WEN QI AP170307

6. NUR KARTIKA SOFEA BINTI SIK BON KIAN CE150138


NAMA PENSYARAH : HJ ZUIKARNAIN BIN HAJI DAUD

NAMA KURSUS : KEUSAHAWANAN (UQW10101)

SEMESTER : 1

SESI : 2017/2018
KANDUNGAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 2

2.0 PENGENALAN 3

3.0 OBJEKTIF 4

4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT 5

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 6

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK 7

7.0 RANCANGAN PEMASARAN 8-9

8.0 RANCANGAN OPERASI

9-13

1
9.0 RANCANGAN PENGURUSAN

14-16

10.0 RANCANGAN KEWANGAN 17-20

11.0 KESIMPULAN 21

12.0 LAMPIRAN 22

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Rancangan perniagaan ini disediakan adalah sebagai garis panduan kepada
pengusaha untuk menguruskan Minimarket Bestari. Hal ini kerana, rancangan
perniagaan akan menceritakan dengan lebih jelas tentang kisi, matlamat dan objektif
sesebuah perniagaan. Usahawan boleh menjadikan rancangan perniagaan sebagai
garis panduan dalam menentukan hala tuju perniagaan serta bagi mencapai mtlamat
yang telah ditetapkan. Selain itu, rancangan perniagaan ini juga memberikan
kemudahan kepada pelanggan atau pembeli bagi mendapatkan barang keperluan
harian mereka tanpa perlu pergi ke tempat yang jauh. Rancangan perniagaan ini
menjelaskan dengan lebih terperinci tentang jenis barangan keperluan yang akan
dijual di Minimarket Bestari.
Pemilik Minimarket Bestari ialah Tan Ah Chai. Beliau berumur 53 tahun dan
hanya berkelulusan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) dari SMK Seri Gading. Beliau
pernah melakukan perniagaan secara kecil-kecilan di hadapan taman perumahannya.
Disebabkan beliau terlalu meminati bidang perniagaan, maka beliau telah bercadang
untuk mebuka sebuah kedai runcit di Kolej Kediaman Bestari bagi meningkatkan lagi
pengetahuannya dalam ilmu pernigaan di samping dapat memenuhi keinginannya
utnuk memiliki sebuah kedai runcit. Minimarket Bestari ini hanya mempunyai 3
orang kakitangan disebabkan oleh saiz kedainya yang kecil. Kakitangan tersebut ialah
pengurus kedai, kerani akaun,dan juruwang. Pengusaha kedai runcit ini menggunakan
modal sendiri bagi memulakan perniagaanya. Beliau menggunkan modal sendiri
sebanyak RM 25, 000. Beliau telah melakukan pinjaman denagn bank Hong Leong
sebanyak RM 50, 000 dan pinjaman ini digunakan untuk pembiayaan bagi
memulakan perniagaannya.
Perniagaan yang dijalankan oleh Minimarket Bestari ialah perkhidmatan jualan
secara tunai. Hal ini kerana, perkhidmatan ini dapat mengelakkan pelanggan daripada
berhutang di kedai runcit tersebut. Selain itu,Minimarket Bestari ini juga mempunyai
slogan “KEHENDAK PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI”. Slogan berkenaan amat
menitikberatkan tentang kepuasan pelanggan dan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Antara barang keperluan yang akan ditambah ke dalam kedai runcit berkenaan ialah

2
bawang, sayur dan makanan sejuk beku. Hal ini kerana peniaga kedai makan yang
berada behampiran dengan kedai runcit tersebut dapat membeli barang keperluan
mereka dengan hanya pergi ke kedai runcit tersebut.
Sepanjang 6 bulan Minimarkett Bestari ini beroperasi, jualan mereka agak
memberangsangkan memandangkan Minimarket Bestari merupakan satu-satunya
kedai runcit yang berada di kolej kediaman berkenaan. Jualan mereka juga bertambah
apabila mereka melakukan promosi. Pengusaha berpendapat untuk mewujudkan
barang-barang basah seperti bawang dan sebagainya bagi memudahkan peniaga kedai
makan di kawasan tersebut bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Dengan
melakukan perkara yang sedemikian, keuntungan mereka juga boleh bertambah
berlipat kali ganda.
Pesaing-pesaing bagiMinimarket Bestari agak banyak tetapi Minimarket Bestari
tetap menjadi pilihan pelanggan kerana pelajar tidak perlu mengeluarkan kos yang
banyak bagi mendapatkan barang keperluan mereka. Hal ini kerana, kedudukan kedai
runcit yang sedikit jauh daripada kolej kediaman tersebut agak menyukarkan pelajar
untuk pergi ke kedai runcit yang lain. Berlainan pula dengan Minimarket Bestari yang
hanya terletak di luar pagar Kolej Kediaman Bestari . Malah, bagi memastikan ramai
pelajar membeli barang di kedai runcit tersebut, mereka telah melakukan pelbagai
promosi bagi barang keperluan pelajar.
2.0 PENGENALAN

Minimarket Bestari merupakan jenis perniagaan milikan tunggal di mana En. Tan
Ah Chai merupakan pemilik bagi kedai runcit berkenaan. Perniagaan yang dijalankan
di Minimarket Bestari ialah barangan keperluan bagi pelajar seperti sabun basuh,
makanan dan minuman. Dalam beberapa tahun akan datang Minimarket Bestari ini
mahu memperbanyakkan barang di kedai mereka. Antara barang yang ingin ditambah
di kedai runcit berkenaan ialah bawang, sayur dan makanan sejuk beku. Ini akan
menjadikan kedai runcit tersebut menjadi tumpuan ramai dengan adanya
barang-barang asas seperti yang dinyatakan di atas.

Jumlah modal yang digunakan untuk membuka Minimarket Bestari ialah


sebanyak RM 25, 000. Lokasi perniagaan Minimarket Bestari ialah di Kolej
Kediaman Bestari, Taman Maju Bestari, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Lokasi
ini meupakan kawasan yang sangat strategik kerana terletak bersebelahan dengan
Kolej Kediaman Bestari yang menempatkan lebih 1000 pelajar Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM). Selain kolej kediaman, terdapat juga homestay
untuk disewa di tempat berkenaan. Ini menjadikan kedai runcit tersebut berada di
kawasan yang sangat strategik.

Minimarket Bestari ini juga mempunyai kekuatan tersendiri. Minimarket Bestari


ini mengamalkan konsep perkhidmatan jualan secara tunai. Dengan mengamalkan
konsep ini, pengusaha tidak perlu khuatir jika pelanggan tidak membayar hutang
mereka. Selain itu, apabila mengamalkan konsep ini, pengusaha juga perlulah
berhati-hati kerana risiko kecurian barangan serta wang juga amat tinggi jika
dibandingkan dengan perniagaan yang lain. Seterusnya, disebabkan ia banyak

3
bergantung kepada urus niaga secara tunai, pengawalan hasil jualan seharian perlu
dilakukan dengan teliti dan direkodkan dengan baik oleh Pengurus Kewangan.

Perniagaan Minimarket Bestari ini telah dimulakan pada 1 Jun 2017. Pengusaha
Minimarket Bestari ini hanya mengupah seramai 4 orang pekerja sahaja bagi
menguruskan pentadbiran perniagaannya kerana saiz kedai runcit mereka yang kecil.
Antara ialah seorang pengurus pentadbiran, seorang pengurus kewangan dan seorang
pengurus pemasaran. Hal ini bagi melancarkan lagi operasi dan meminimumkan
kesilapan. Malah, ia juga bagi memastikan layanan dan perkhidmatan yang mereka
berikan sentiasa mendapat kepuasan pelanggan.

3.0 OBJEKTIF
Minimarket Bestari telah menentukan beerapa matlamat bagi melancarkan
operasi perniagaanya.

Objektif yang pertama ialan memaksimumkan keuntungan.Minimarket Bestari


ditubuhkan bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi mendapatkan
pulangan modal yang lumayan dalam jangka masa yang pendek dan jangk masa
panjang. Oleh hal yang demikian, Minimarket Bestari meminimumkan kos
perbelanjaan bagi memaksimumkan keuntungan kedai runcit berkenaan.

Objektif kedua ialah meningkat imej kedai runcit. Minimarket Bestari


menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan untuk pelajar dari barangan
keperluan hingga ke makanan ringan. Selain itu, layanan mesra pelanggan yang

4
diamalkan oleh pengurus dan juga pekerja kedai runcit berkenaan dapat dijadikan
sebagai platform bagi meningkatkan imej butik.

Objektif ketiga ialah meningkatkan jualan. Minimarket Bestari juga ingin


meningkatkan jumlah jualan mereka terutama dari segi barangan keperluan pelajar
dan sentiasa menambah baik perkhidmatan atau barangan yang terdapat di kedai
runcit berkenaan agar dapat menepati kemahuan pelanggan. Ini adalah bertujuan bagi
memaksimumkan keuntungan sekaligus meningkatkan pendapatan kedai runcit
tersebut.

Objektif yang terakhir ialah untuk membuka peluang pekerjaan kepada


masyarakat. Apabila perniagaan ini menjadi semakin maju, lebih ramai kakitangan
yang akan diperlukan dalam kedai tersebut. Ini juga dapat memberikan kesan positif
kerana dengan memberikan pekerjaan sambilan kepada pelajar, mereka akan dapat
duit sampingan tanpa membebankan ibu bapa mereka. Dengan perniagaan yang
semakin berkembang pesat, keuntungan yang maksimum akan dapat diperoleh.

5
4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

NAMA SYARIKAT : Minimarket Bestari

NAMA PENGUSAHA : Tan Ah Chai

ALAMAT : Kolej kediaman Bestari,


Taman Maju Bestari,
86400, Batu Pahat, Johor.

NO. TELEFON : 07- 4333 8888

NO. FAKS : 07-4333 8899

E-MAIL : ahchai@gmail.com.my

BENTUK : Pemilikan tunggal


PERNIAGAAN

MODAL PERMULAAN : RM 25, 000.00

TARIKH MEMULAKAN PERNIAGAAN : 1 JUN 2017

NO. PENDAFTARAN : A-805162

Hari Waktu Mula Waktu Berakhir


MASA OPERASI :
Isnin - Ahad 10.00 pagi 11.00 malam

6
5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

NAMA PEMILIK : Tan Ah Chai

NO. KAD PENGENALAN : 640322-01-7397

JANTINA : Lelaki

TARAF PERKAHWINAN : Berkahwin

KAUM : Cina

7
ALAMAT : No. 83, Taman Universiti, 86400, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor.

NO. TELEFON (HP) : 012-998 8123

NO. TEL MINIMARKET : 07-4333 8888

NO. FAKS : 07-4333 8899

UMUR : 53 Tahun

KELULUSAN : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PENGALAMAN : Pernah melakukan perniagaan secara kecil-kecilan di


hadapan taman perumahannya.

KEMAHIRAN : Mengendalikan perniagaan kecil-kecilan.

8
6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Minimarket Bestari menjalankan perniagaannya di Kolej Kediaman Bestari,


Taman Maju Bestari, 86400, Batu Pahat, Johor. Lokasi tersebut sangat strategik
kerana terletak berdekatan dengan kolej kediaman yang majoriti penghuninya adalah
pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kelengkapan fasilitinya juga baik. Malah, lokasi Minimarket Bestari juga lengkap
dengan kemudahan infrastruktur berdekatan dengan taman perumahan dan
berhampiran juga dengan jalan utama. Ini memberi kemudahan kepada pelanggan
untuk mengunjungi kedai runci tersebut. Kemudahan asas seperti elektrik, air, jalan
raya dan talian tel lengkap kerana kedudukannya yang berhampiran dengan kolej
kediaman di tempat itu.

Premis Minimarket Bestari ini disewa dan mengikut perjanjian sewaaan yang
ditandatangani, tempoh sewaan adalah selama lima tahun. Premis berkenaan hanya
mempunyai satu tingkat sahaja dan tingkat satulah yng menjadi tempat untuk
meletakkan barang julalannya.

Minimarket Bestari ini menawarkan perkhidmatan jualan secara tunai. Buat masa
ini Minimarket Bestari hanya memfokuskan kepada barangan kering sahaja. Namun,
setiap barangan yang ditawarkan mengikuti kehendak pelanggan. Pada masa akan
datang, Minimarket Bestari akan menambahkan barang keperluan harian di kedai
runcit tersebut seperti bawang, sayur dan juga makanan sejuk beku. Dengan
mempelbagaikan barang-barang yang berada di kedai tersebut, lebih ramai pelanggan
yang akan mengunjungi kedai runcit tersebut dan secara tidak langsung akan
menambahkan keuntungan kedai runcit berkenaan.

Minimarket Bestari juga amat berhati-hati dalam melakukan perletakkan harga


sesuatu barangan. Harga yang ditawarkan oleh Minimarket Bestari adalah lebih
berpatutan dan kebanyakannya mengikuti harga pasaran. Apabila kedai runcit tersebut
menjual barangan dengan harga yang berpatutan, ramai pelanggan yang akan
membeli barangan di kedai tersebut dan ini akan meningkatkan lagi keuntungan kedai
runcit tersebut.

9
Minimarket Bestari juga meletakkan promosi secara agresif bagi menaikkan imej
serta keutungan kedai runcit tersebut. Minimarket Bestari juga amat aktif dalam
melakukan promosi dengan cara melakukan potongan harga untuk barang keperluan
yang terdapat di kedai berkenaan.

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

7.1 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Minimarket Bestari telah menawarkan perkhidmatan yang mesra terhadap


pelanggan. Kebanyakkan pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Minimarket Bestari iaitu memberi diskaun kepada pelanggan.
Kebanyakkan pelanggan berpuas hati kerana mereka dapat membeli dengan harga
yang lebih rendah daripada harga pasaran.

7.2 SASARAN PASARAN

Sasaran pasaran bagi Minimarket Bestari ialah pelajar yang menetap di Kolej
Kediaman Bestari. Kebanyakkan pelanggan kedai tersebut adalah terdiri daripada
pelajar UTHM. Kini, Minimarket Bestari dapat memfokuskan terhadap keperluan dan
permintaan pelajar UTHM untuk memenuhi keperluan mereka seperti barang asas.

Kawasan Kolej Kediaman Bestari tidak mempunyai kedai runcit lain. Oleh itu,
Minimarket Bestari tidak menghadapi ancaman seperti persaingan yang hebat
terhadap kedai lain.

10
Oleh itu, sasaran pasaran Minimarket Bestari ialah pelajar UTHM yang menetap
di Kolej Kediaman Bestari. Minimarket Bestari juga dapat memenuhi keperluan dan
permintaan daripada penduduk kawasan Kolej Kediaman Bestari kerana pelbagai
barangan keperluan asas yang dijual di kedai runcit tersebut.

7.3 STRATEGI PEMASARAN

Minimarket Bestari boleh menjalankan aktiviti promosi secara agresif supaya


dapat meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan. Promosi yang boleh
dijalankan seperti memberi risalah kepada orang yang menetap di kawasan Kolej
Kediaman Bestari supaya dapat mempromosikan jenis barangan yang dijual dan juga
boleh menawarkan diskaun kepada pelanggan.

Seterusnya, Minimarket Bestari juga boleh melakukan aktiviti promosi melalui


media massa seperti melalui internet iaitu Facebook. Pemilik boleh membuka satu
halaman di Facebook yang berkaitan dengan Minimarket Bestari. Melalui halaman ini,
jenis barangan jualan dapat dihebahkan dan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti
diskaun 10% dapat diwar-warkan kepada para pelanggan melalui Facebook. Melalui
Facebook, pemilik juga dapat berinteraksi dengan pelanggan dan boleh memgetahui
keperluan pelanggan dan mencuba untuk memenuhi keperluan pelanggan.

7.4 PESAING

Minimarket Bestari tidak mehadapi persaingan yang hebat disebabkan di kawasan


tersebut tiada kedai runcit yang lain. Selain itu, Minimarket Bestari juga mempunyai
pelanggan yang tetap iaitu majoriti pelanggannya merupakan pelajar UTHM yang
tinggal di Kolej Kediaman Bestari. Oleh itu, keuntungan Minimarket Bestari terjamin.

8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 PROSES PENGELUARAN, JUALAN DAN SELEPAS JUALAN

A) PROSES PENGELUARAN

11
 Pembekal akan menghantar stok setelah mendapat pesanan daripada pengurus
operasi. Pekerja akan membuat angkutan masuk stok setelah pesana dibuat
melalui surat tanya dan surat tempahan.

 Pengurus operasi akan membayar deposit keada pembekal setelah menerima stok.
Pengurus operasi akan membuat pemeriksaan bagi memastikan barang dalam
berkeadaan baik.

 Pekerja am akan memindahkan barang yang siap ke dalam kedai runcit untuk
dipamerkan kepada pelanggan.

B) PROSES JUALAN

 Pelanggan akan datang kedai runcit dan membuat pilihan ke atas barangan yang
mahu dibeli.

 Pelanggan akan memberikan barangan tersebut kepada pekerja am dan pekerja


akan membawa barangan tersebut ke kaunter pembayaran.

 Pekerja di kaunter pula akan mengira jumlah barang yang dibeli oleh pelanggan
tersebut.

C) PROSES SELEPAS JUALAN

 Pengurus kewangan perlu melakukan audit bagi keluar dan masuk barang.

 Pengurus kewangan perlu merekodkan transaksi kewangan dengan cara yang


betul.

8.2 CARTA ALIRAN PROSES

12
angkutan
bayar
masuk

pelanggan
pemeriksaan
memilih

simpan pindah

Carta aliran proses jualan


Lokasi Minimarket Bestari adalah terletak di Kolej Kediaman Bestari. Minimarket
Bestari terletak di lokasi tersebut adalah untuk menfokuskan pelanggan yang tinggal
di Kolej Kediaman Bestari. Rajah di atas telah menujukkan carta aliran proses jualan
bagi Minimarket Bestari. Peruncit akan membawa masuk stok setelah membuat
pesanan. Selepas itu, pekerja akan memeriksa barang yang dipesan untuk memastikan
barang tersebut berada dalam keadaan yang baik. Selepas memeriksa barang, pekerja
akan memyimpan barang tersebut di dalam stor untuk memastikan barang tersebut
sentiasa ada dan masalah kekurangan barang dapat diatasi . Apabila pekerja
mendapati barang yang dipamerkan terdapat kekurangan, pekerja akan mengisi
semula barangan di rak pameran untuk memastikan pelanggan akan sentiasa
mendapat barangan yang mereka perrlukan di minimarket tersebut. Pelanggan akan
datang ke minimarket dan membuat pilihan yang sesuai bagi mereka. Peruncit
haruslah sentiasa memastikan stok barangan mencukupi. Selepas memilih, pelanggan
akan membayar barangan tersebut. Peruncit hanya mengupah seorang pekerja untuk
menjaga kaunter bayaran. Untuk meletakan barangan, peralatan-peralatan seperti rak,
peti sejuk dan mesin mengira duit telah digunakan untuk meletakan baragan dan
menjual produk.

13
8.3 KEPERLUAN PEKERJA
Pengurus 1 1500 - 165 - 1665
Kedai
Kerani 1 1000 - 110 - 1110
Akaun
Pekerja 1 900 - 99 - 999
Jadual pekerja
Minimarket Bestari hanya mengupahkan 3 orang pekerja sahaja. Antaranya adalah
pengurus, pengurus pentadbiran, dan pekerja. Gaji bagi seseorang pengurus kedai di
minimarket Bestari adalah sebanyak RM1665, gaji bagi seorang kerani akaun adalah
sebanyak RM1110 , gaji bagi seorang pekerja adalah sebanyak RM999.

14
8.4 SUSUN ATUR OPERASI

RAK

RAK
RAK

KAUNTER
Peti sejuk

Peti sejuk

Peti sejuk
pintu

15
Rajah1 : Susun atur operasi minimarket Bestari

8.5 KESELURUHAN BAJET OVERHED DAN PEMBELIAN ASET TETAP

PEKARA BELANJA ASET (RM) BELANJA BULANAN (RM)

Mesin kira duit 300

Rak 3 x 250

Peti sejuk 900

Sewa 900

Belian 3000

Gaji + KWSP 3774

Jumlah 1950 7674

Jadual keseluruhan bajet

16
Minimarket Bestari telah membeli aset tetap seperti mesin kira duit, rak, dan peti
sejuk yang bernilai RM300, RM250 dan RM900. Jumlah aset tetap adalah sebanyak
RM 1950. Selain itu, belanja bulanan bagi minimarket Bestari adalah sewa, belian dan
gaji&KWSP yang berharga RM900, RM3000, dan RM3774. Jumlah belanja bulanan
adalah sebanyak RM7674.

9.0 RANCANGAN PENGURUSAN

9.1 ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Bil Nama pekerja


1. Nama : Tan Ah Chai
Umur : 53 tahun
Jawatan : Pengurus Kedai
Gaji : RM 1500
Status : Tempatan
Tanggungjawab : Memantau dan mengurus jualan kedai
2. Nama : Yap Mei Ling
Umur : 37 tahun
Jawatan : Kerani Akaun
Gaji : RM 1110
Status : Tempatan
Tanggungjawab : Mengurus akauan dan memantau pengeluaran
tunai

17
3. Nama : Nur Anis binti Ahmad
Umur : 23 tahun
Jawatan : Juruwang
Gaji : RM 999
Status : Tempatan
Tanggungjawab : Menjalankan proses penjualan dan pembayaran

9.2 RANCANGAN ORGANISASI

 Bermatlamat memberikan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan


dan mengutamakan pengurusan yang baik agar meninggalkan impak
positif kepada koperasi runcit yang lain. Kedai ini juga telah
menetapkan satu matlamat, visi dan misi.
 Visi : “MESRA UNTUK SEMUA”
 Misi :
I. melaksanakan model baru ekonomi Malaysia 2020.
II. Penglibatan koperasi dalam menyahut objektif kerajaan melalui
Dasar Koperasi Negara.

9.3 CARTA ORGANISASI

Pengurus Kedai
Tan Ah Chai

Pembantu Kedai Kerani Akaun Juruwang/Jurujual

Nur Anis binti Ahmad Yap Mei Ling Nur Anis binti Ahmad

18
9.4 SENARAI KEPERLUAN PENTADBIRAN

I. Komputer
II. Mesin kira
III. Pencetak
IV. Meja
V. Kerusi
VI. Rak
VII. Pendingin hawa
VIII. Telefon

19
9.5 BAJET OPERASI PENTADBIRAN DAN KEPERLUAN ASET TETAP

 Bajet operasi pentadbiran dan keperluan aset tetap

Bil Pentadbiran Kos Bulanan Kos Sekali


1. Sewa 
2. Peralatan pejabat
 Computer 
 Mesin kira 

 Pencetak

 Meja 
 Kerusi 
 Rak 
 Pendingin hawa 
 Peti ais
3. Pendaftaran Perniagaan 

Lesen Perniagaan 

4. Overhed Pentadbiran
 Gaji 
 Utiliti 

 Telefon

 Pelbagai Belanja
5. Deposit Bangunan 

Deposit Utiliti 

20
10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 KOS PELAKSANAAN PROJEK

Segala kos dalam menjalankan perniagaan akan dibahagikan kepada kos jangka
pendek dan kos jangka panjang untuk kemudahan membuat pembiayaan dalam
perniagaan. Jadual di bawah menunjukkan kos dalam bulan pertama untuk
memulakan perniagaan.

Perkara Kos (RM)


Deposit sewa bangunan 2,500
Deposit utiliti 500
Modal pusingan 10,000
Jumlah 13,000

10.2 SUMBER PEMBIAYAAN

Peniaga menggunakan modal sendiri sebanyak RM 25,000 sebagai modal


permulaan perniagaan. Peniaga juga membuat pinjaman dengan bank Hong Leong
sebanyak RM 50,000 dan pinjaman ini digunakan untuk pembiayaan dalam
perniagaan.

Perkara RM
Modal pemilik 25,000
Pinjaman bank Hong Leong 50,000
Jumlah 75,000

21
10.3 PROFORMA ALIR TUNAI

Proforma alir tunai dibuat adalah untuk menganggarkan kewangan perniagaan


sama ada perniagaan akan memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian pada
tahun hadapan.

Unjuran Penyata Aliran Tunai bagi tempoh 6 bulan berakhir 30 Jun 2018

BUTIRAN JAN FEB MAC APR MAY JUN


Baki awal 30200 34700 37900 42200 46500
Modal 25000

Penerimaan Tunai
Jualan 13000 13000 12000 13500 13000 14000
Komisen 200 300 400 200 400 300

Jumlah penerimaan tunai 13200 13300 12400 13700 13400 14300

Pembayaran tunai
Sewa 2500 2500 2500 2500 2500 2500
Gaji 1500 1500 1500 1500 1500 1500
Utiliti 1000 1300 1200 1400 1600 1500
Belian 3000 3500 4000 4000 3500 3500

Jumlah pembayaran tunai 8000 8800 9200 9400 9100 9000


Lebihan/ (Kurangan) 5200 4500 3200 4300 4300 5300
Baki akhir 30200 34700 37900 42200 46500 51800

22
10.4 PROFORMA PROFIT AND LOSS

Peniaga juga membuat ramalan terhadap jualan dan belian perniagaan pada tahun
pertama perniagaan mula beroperasi.

Unjuran Penyata Perdagangan pada 31 Disember 2018

2018
Butiran RM RM
Jualan 100000

Kos Jualan:
Stok Awal
Belian 45000
Kos Barang Untuk Dijual 45000
(-) Stok Akhir 5000

Kos Jualan 40000


Untung Kasar 60000

Peniaga membuat ramalan terhadap untung rugi, hasil dan belanja perniagaan
bagi tempoh 5 tahun untuk memastikan kedudukan kewangan perniagaan dalam 5

23
tahun tersebut. Untung kasar yang akan diperolehi dalam 5 tahun dijangka akan
mengalami perubahan sama ada peningkatan atau penurunan sebanyak 10%.

Unjuran untung rugi bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2022

Butiran 2018 2019 2020 2021 2022


Untung Kasar 60000 66000 72000 78000 84000

Tambah Hasil:
Komisen 1500 1600 1800 2200 2400
JUMLAH HASIL 1500 1600 1800 2200 2400

Tolak Belanja:
Sewa 30000 30000 30000 30000 30000
Gaji 18000 18000 18000 18000 18000
Kadar bayaran utiliti 1200 1500 1400 1600 2000
Jumlah Belanja 49200 49500 49400 49600 50000

UNTUNG BERSIH 12300 18100 24400 30600 36400

10.5 PROFORMA KUNCI KIRA-KIRA

Peniaga membuat kunci kira-kira untuk menunjukkan kedudukan kewangan


perniagaan pada 5 tahun tersebut.

24
2018 2019 2020 2021 2022
Butiran RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM
ASET SEMASA
Tunai 17300 20000 40800 50400 70800
Bank 20000 35400 39000 60000 76000

JUMLAH ASET 37300 55400 79800 110400 146800

EKUITI PEMILIK
Modal 25000 37300 55400 79800 110400
Untung Bersih 12300 18100 24400 30600 36400
Modal Akhir 37300 55400 79800 110400 146800

JUMLAH LIABILITI 37300 55400 79800 110400 146800

11.0 KESIMPULAN

25
Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa Minimarket Bestari hampir
menjadi sebuah kedai runcit yang lengkap dengan barang-barang keperluan. Terdapat
pelbagai barang masih dalam perancangan untuk dibawa masuk ke kedai runcit
tersebut.

Pengkaji juga mendapati bahawa Minimarket Bestari merupakan sebuah kedai


runcit yang amat mesra pelanggan dan amat mementingkan kepentingan pelanggan.
Bukan sahaja pelanggan dilayan begitu, malah pekerja juga amat terjaga kebajikannya.
Gaji pekerja akan dibayar tepat pada masanya.

Pengkaji berharap agar Minimarket Bestari akan selalu memberi informasi terkini
dan barangan terbaru yang akan dijual di kedai runcit tersebut. Selain itu, pengkaji
berharap Minimarket Bestari menjadi sebuah kedai runcit yang terkenal di kawasan
tersebut.

Pengkaji mencadangkan agar Minimarket Bestari menambahkan lagi barang atau


produk yang berada di kedai mereka dengan menambahkan barang seperti bawang,
sayur dan makanan sejuk beku di kedai mereka. Selain itu, pengkaji juga berharap
agar Minimarket Bestari dapat membesarkan kedai mereka supaya lebih banyak
produk dan barang yang boleh ditawarkan di kedai tersebut.

12.0 LAMPIRAN

26
27
28
29

You might also like