Tugasan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

1 ISO ISO-64
1.2 Kelajuan Shutter 1.5s
1.3 Aperture f/3
1.4 Jarak Fokus 27mm
1.5 Jenis Lensa Dual Leica Lenses

Bagi teknik B-Stop, saya telah memilih foto Spinning Light iaitu pemandangan yang
diambil di i-City Shah Alam, Kuala Lumpur. Kita sedia tahu bahawa i-City Shah Alam juga
dikenali sebagai City of Lights, maka saya telah mengambil kesempatan untuk mengambil
gambar permainan Swing Ride yang mempunyai pergerakan cahaya. Kamera yang telah
telah saya gunakan ialah kamera daripada telefon bimbit model Huawei Mate 10. Kamera ini
mempunyai Dual Leica Lenses yang mampu menghasilkan aperture yang seminimum 1.6.
Saya telah memilih teknik melukis dengan cahaya (Light Painting) dan Tail Light Trails yang
mampu merakam pergerakan lampu yang bergerak pada waktu malam. Oleh sebab tempoh
exposure yang cukup lama iaitu 6 saat, maka pergerakan lampu pada permainan Swing
Ride dapat muncul sebagai garis cahaya yang menyusuri perjalanan cahaya itu.
Penggunaan nilai ISO yang rendah (ISO-64) juga dapat menghasilkan foto yang
menajamkan dan tidak berbayang kerana kerapatan gambar yang dihasilkan cukup halus.
Hal ini demikian kerana foto ini tidak seperti foto lain yang memerlukan cahaya luar masuk
ke foto tersebut. Ia hanya memerlukan lampu watak utama iaitu lampu pada swing ride yang
menonjol dalam foto tersebut. Selain itu, aperture telah ditetapkan di f/3 dan jarak fokus
sebanyak 27mm supaya keseluruhan hasil foto akan kelihatan tajam dari hujung ke hujung.
1.1 ISO ISO-50
1.2 Kelajuan Shutter 1/190 s
1.3 Aperture f/1.6
1.4 Jarak Fokus 27mm
1.5 Jenis Lensa Dual Leica Lenses

Bagi teknik yang kedua iaitu Depth Of Field, foto yang saya pilih ialah The Rose yang
telah saya tangkap di Orkid & Rose Garden di Cameron Highlands. Kamera yang telah telah
saya gunakan ialah kamera daripada telefon bimbit model Huawei Mate 10. Kamera ini
mempunyai Dual Leica Lenses yang mampu menghasilkan aperture yang seminimum 1.6.
Terlebih dahulu saya telah menukarkan mode kamera kepada mode Aperture. Seterusnya,
saya telah menfokuskan sekuntum bunga ros yang berwarna kuning dengan menggunakan
aperture bukaan besar misalnya f/1.6 dan jarak fokus sebanyak 27 mm untuk
memaksimalkan ruang ketajaman pada strawberi merah sementara latar belakangnya
menjadi blur dan tidak fokus. Nilai shutter speed yang harus ditetapkan bergantung kepada
kecepatan objek tersebut bergerak, objek yang bergerak lebih cepat, nilai shutter speed
yang diperlukan juga lebih tinggi. Oleh sebab bunga ros yang ditangkap itu dalam keadaan
statik, maka tempoh exposure yang singkat diperlukan dan kelajuan shuttle ialah 1/190s.
Penggunaan nilai ISO (ISO-50) yang rendah juga dapat menghasilkan foto yang
menajamkan dan tidak berbayang kerana kerapatan gambar yang dihasilkan cukup halus.
1.1 ISO 100
1.2 Kelajuan Shutter 1/80s
1.3 Aperture f/8
1.4 Jarak Fokus 21mm
1.5 Jenis Lensa Canon EF-S 24mm f/2.8 STM

Manakala bagi teknik yang seterusnya iaitu teknik landsape. Gambar landskap ini
yang bernama Beauty of Nature telah diambil di Desa Park City, Kuala Lumpur. Saya telah
mengunjungi Desa Park City dan berjalan-jalan untuk mencari pemandangan yang sesuai.
Akhirnya, saya telah mengambil keputusan untuk memfokuskan kepada pantulan flora dan
fauna pada tasik dengan menggunakan kamera model Canon EOS 600D. Sehubungan
dengan itu, kamera telah ditetapkan dengan menfokuskan kepada udara. Dengan teknik
fokus kepada udara, warna gambar dan bayang yang dipantul di tasik adalah lebih terang
dan nyata. Disebabkan gambar ini diambil di luar persekitaran (outdoor), nilai ISO yang
ditetapkan lebih tinggi iaitu (ISO-100) supaya suasana gambar dilihat dengan lebih nyata
dan cerah (brighter scene). Gambar ini diambil dari jarak yang lebih jauh, sudut gambar
kelihatan lebih luas (greater wide angle). Kamera diletakkan di atas tanah tanpa
menggunakan tripod untuk menetapkan garisan melintang dan paksi simetri. Aperture yang
telah ditetapkan ialah f/8 dan shutter speed ialah 1/80s.

You might also like