Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNIH

MINIT MESYUARAT PANITIA (BAHASA INGGERIS)


BIL 1 / TAHUN 2019

TARIKH : 14 JANUARI 2019


HARI : ISNIN
MASA : 2.15 PM
TEMPAT: BILIK SAINS

KEHADIRAN:
1. EN. MUSTAFA KAMAL BIN MOHD NOR (Guru Besar)
2. PN. NURHUDA BINTI KHALIB (GPK 1)
3. PN. NORAZLINA BINTI ABU BAKAR (GPK HEM)
4. PN. NAJMIAH BINTI OMAR
5. PN SITI KHADIJAH BINTI RAMLI
6. PN. MARIANA BINTI ABD RAHMAN
7. PN. HEMELIA BINTI MOHAMAD (Setiausaha)

TIDAK HADIR:
1. EN. AHMAD FARIEZ BIN SALLEH (CUTI SAKIT)
2. EN. AFIZAL ABG GHANI (TAKLIMAT MERENTAS DESA)

AGENDA
1. Ucapan Guru Besar

1.1 Terima kasih kerana dapat hadir dalam mesyuarat panitia bil 1/ 2019. Mesyuarat pertama untuk
membincangkan aktiviti Panitia sepanjang tahun dan untuk mengemaskini beberapa perkara penting
dalam panitia sepanjang sesi 2019.
1.2 Guru Besar mengucaplan tahniah kepada semua calon UPSR Tahun 2018 dan semua guru di atas
komitmen sepanjang tahun sebelum ini. Seorang calon mendapat 6A dan seorang 4A2C. Seramai 7 orang
calon telah menduduki UPSR dan untuk Matapelajaran Bahasa Inggeris 4 orang calon menguasai
manakal 2 orang lagi calon tidak menguasai.
1.3 Guru Besar mengingatkan tentang Perhimpunan Rasmi bagi minggu pertama, ketiga dan kelima manakala
perhimpunan pada minggu kedua dan keempat akan diadakan aktiviti yang menggalakkan komunikasi
dan persembahan murid-murid. Persembahan murid berdasarkan Subjek Teras seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
1.4 Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengemaskini fail-fail panitia dan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang mengikut takwim sepanjang tahun.
1.5 Disamping Ladap, PLC (Profesional Learning Community) juga perlu dimasukkan di dalam perancangan
tahunan panitia dan berharap PLC boleh dijadikan sebagai penambahbaikan dalam pdpc serta
meningkatkan prestasi guru-guru dan panitia.
Tindakan: Semua Guru

2. Membentang dan mengesahkan minit -


Cadang : Puan Norazlina Bt Abu Bakar
Sokong : Pn. Mariana Bt Abdul Rahman

3. Perkara Berbangkit
3.1 Perkara 4 – Softboard bercermin adalah di bawah rancangan Puan Zainah Bt Hashim, Mantan Guru Besar
SKSJ 2018, tidak dapat dilaksanakan.

4. Perkara semasa yang dibincangkan :-

4.1 Keputusan UPSR 2018 seperti yang telah dibincangkan dalam lampiran. Berdasarkan keputusan PAT
2018, guru matapelajaran perlu melakukan program intervensi untuk mengatasi kelemahan dalam
pengusaan matapelajaran.
4.2 Headcount / TOV – Guru-guru bersama Ketua Panitia sudah boleh menetukan ETR murid untuk tahun
2019. Tindakan : Guru Matapelajaran dan Ketua Panitia.
4.3 Perlantikan AJK 2019 – Surat Perlantikan Ketua Panitia dan AJK akan diedarkan oleh GPK1.
4.4 Pembentangan Perancangan Panitia – Kesemua Panitia telah menghantar Perancangan Tahunan Panitia
bagi Tahun 2019. Terdapat beberapa aktiviti baru yang dicadangkan oleh Guru Besar untuk dimasukkan
dalam perancangan tersebut.
4.5.1 Aktiviti Panitia untuk Murid Tahap 1 – penguasaan kosa kata sebanyak 50 perkataan sebelum
habis penggal pertama persekolahan.
4.5.2 Murid Tahap 2 – pengusaan kosa kata sebanyak 70 perkataan sebelum habis penggal pertama
persekolahan. Tindakan : Semua Guru.
4.6 Peperiksaan dan Penilaian (PBS & PBD) –
4.6.1 GPK1 memaklumkan semua peperiksaan bagi Tahap 1 dimasuhkan dan diganti dengan PBD
(Pentaksiran Bilik Darjah) yang dijalankan semasa proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc).
4.6.2 Murid Tahap 2 akan menduduki 2 Peperiksaan iaitu PKSR 1 & PKSR 2. PBS akan direkodkan 2 kali
setahun mengikut Takwim.
4.6.3 KBAT dalam Pdpc – pentaksiran dan soalan perlu bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
supaya murid tidak ketinggalan dan boleh mengaplikasikan kemahiran berfikir diluar kotak.
4.6.4 Semua kelas juga perlu mempunyai ciri-ciri Kelas Abad ke 21 (PAK 21).
Tindakan : Semua Guru.
4.7 Penulisan RPH – selaras seperti format tahun sebelum memandangkan Pemetaan Kelas Bercantum tidak
secara menyeluruh dan butirannya masih belum lengkap sepenuhnya.
Tindakan : Semua Guru
4.8 Penetapan Buku Latihan Murid – Untuk Bahasa Inggeris Murid Tahap 1, 2 buah buku digunakan termasuk
Buku Aktiviti Superminds dan Smart 3 Plus. Murid Tahap 2 menggunakan 3 buah buku tulis dan sebuah
buku aktiviti Latihan Topikal.
Tindakan : Semua Guru .
4.9 Pencerapan / Pemantauan – mengikut format SKPMg2, guru-guru boleh merujuk kepada TUMS dan
jadual pencerapan akan diedarkan serta terdapat di dalam Manual Pengurusan 2019. Akan dijalankan
pada awal bulan Februari.
4.10 Penilaian Kendiri SKPMg2 – guru-guru akan mengisi penilaian kendiri secara individu.
Tindakan : Semua Guru
4.11 Kewangan Panitia – PT akan mengemaskini baki akaun dan memaklumkan kepada Ketua Panitia untuk
membuat perancangan kewangan/ABM.
Tindakan : Pembantu Tadbir
5 Hal-hal Lain :- Tiada

6 Penutup -
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang

Disediakan oleh : Disemak/Pengerusi Panitia :

…………………………………… …………………………………………

You might also like