Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
PERSEMBAHAN MUZIKAL 2017

ANJURAN
UNIT P3 ( PISMP AMBILAN JUN 2014 )

TARIKH
19 APRIL 2017

TEMPAT
DEWAN SERI TANJUNG, IPG KAMPUS IPOH
1.0 Pengenalan

Persembahan Muzikal 2017 melibatkan semua pelajar unit P3 yang mengambil


subjek Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan Prasekolah PRM3023 E. Melalui
aktiviti persembahan yang dirancang ini, pelajar dapat mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh melalui tawaran kursus ini.
Pelaksanaan persembahan ini lebih menekankan kepada pembelajaran konstruk
sama ada di dalam dan di luar bilik darjah dalam konteks dan situasi sebenar
dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, nilai dan akhlak keguruan dalam
kalangan pelajar.

2.0 Rasional

Persembahan ini merupakan satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi


memenuhi keperluan sukatan pembelajaran Apresiasi Muzik Dengan Pergerakan
Prasekolah PRM 3023 E bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) semasa dalam semester 6 ini. Melalui persembahan ini, pelajar dapat
mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi yang sebenar.
Persembahan ini juga boleh membantu pelajar meningkatkan keyakinan dalam
aspek muzikal untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus memberi
pengalaman situasi sebenar pengurusan sebuah persembahan dan diharapkan
membantu dalam mengendalikan sesebuah majlis persembahan di sekolah.

3.0 Objektif

Melalui pelaksanaan persembahan ini, pelajar-pelajar dapat :

1. Mengembangkan potensi dalam aspek pengurusan persembahan bertepatan


dengan kursus PRM 3023 E.
2. Kemahiran muzikal yang dipelajari dapat diperluaskan kepada satu bentuk
persembahan yang bertepatan dengan kursus PRM 3023 E.
3. Mempraktikkan aktiviti yang dipelajari secara teori dalam persembahan yang akan
dilaksanakan.

4. Memupuk usaha perpaduan kaum serta bekerjasama antara satu sama lain
melalui penggunaan aspek muzikal dalam persembahan.

4.0 Tarikh

19 April 2017 ( Rabu )

5.0 Tempat

Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh

6.0 Sasaran

Semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG
Kampus Ipoh.

7.0 Jawatankuasa Induk

Penaung I : Tn. Haji Kamarulizham bin Hazizi


( Pengarah IPG Kampus Ipoh )
Penaung II : Dr. Mohd Nasrudin bin Basar
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh)
Pensyarah Penasihat : Encik Mubin bin Md Nor
Encik Meor Zahidi Meor Mohd Tahir
Pengerusi : Ho Wen Lin
Naib Pengerusi : Wee Zhen Yong
Setiausaha : Tan Yuan Shuang
Naib Setiausaha : Ow Wei Khim
Bendahari : Sageetha A/P Ganesh
8.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengacara Majlis : Lim Pei Qian


Wee Vii Vian
AJK Dokumentasi : Hamah Latha A/P Sumnade
Teh Yue Qin
AJK Persiapan Dewan : Tan Cian Li
AJK Perhiasan : Kavipriya A/P Arumugam
Kong Hui Lin
AJK Buku Program : Thamarai Selvi A/P Sarawahnan
AJK Peralatan : Ong Rou Quan
Yogam A/P Muthusamy
AJK Gimik Pembukaan Persembahan : Leong Siew Yieng
Mohanachelvi A/P Krishnanmurty
AJK Sistem Bunyi dan Cahaya : Kasturi A/P Murugan
Low Jia Huan
AJK Protokol : Tee Yih Chiann
AJK Persembahan : Chin Han Min
Ling Ngei Jing
Tang Lok lee
AJK Jemputan : Bavithira A/P Egambaram
AJK Publisiti : Angelina A/P Das
Yeow Pei Wen

9.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
7.30 malam Ketibaan para pelajar IPG Kampus Ipoh
Ketibaan pengarah dan pensyarah-pensyarah IPG
8.00 malam
Kampus Ipoh
Majlis Perasmian
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak

- Bacaan Doa

8.15 malam - Ucapan pengerusi

- Ucapan pensyarah penasihat

- Ucapan rasmi – Ketua Jabatan Sains Sosial /


Pengarah

8.45 malam Persembahan bermula


9.45 malam Penutup
10.00 malam Bersurai

10.0 Anggaran Perbelanjaan

WANG KELUAR
Anggaran Kos
Bil Perkara Kuantiti
(RM)
1. Hiasan pentas RM150

2. Cenderahati 3 x RM 10 RM30

3. Buku Program RM 10

4. Kad Jemputan RM 20

5. Lain-lain RM 40

JUMLAH RM250

Anggaran perbelanjaan sebanyak RM250 diperoleh daripada akaun amanah IPG Ipoh.

11.0 Penutup

Diharapkan pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan
kepada kami untuk menjayakan persembahan muzik ini. Segala budi baik dan
kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :

…………………………………
( TAN YUAN SHUANG )
Setiausaha,
PISMP P3,
Persembahan Muzikal 2017.
Disemak oleh :

....................................................
( ENCIK MUBIN BIN MD NOR )
Pensyarah Penasihat,
Unit Muzik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak.

Disokong oleh :

…………………………………..
( TN.HAJI MOHD KAMAL B MAT YUSOF )
Ketua Jabatan Sains Sosial,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak.

Disahkan Oleh :

..................................................

( TN.HAJI ZAHARI BIN MOHD SARJI )


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Diluluskan Oleh :

……………………………………
(TN.HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

You might also like