Bab Enam Agama He

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:

 Menjelaskan ciri-ciri utama agama-agama utama di Malaysia


 Mengaitkan prinsip-prinsip asas setiap agama dengan hubungan
etnik
 Membincangkan pentingnya dialog antara agama

6.1 Mukadimah
6.2 Manusia menganuti pelbagai agama
6.3 Kepelbagaian agama di Malaysia
6.4 Agama Islam
6.5 Agama Buddha
6.6 Agama Hindu
6.7 Agama Kristian
6.8 Confuciusnisme
6.9 Taoisme
6.10 Dialog antara Agama

RINGKASAN
RUJUKAN
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

6.1 Mukadimah

Bab ini akan membincangkan peranan dan kepentingan agama dalam memupuk integrasi di
kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap agama akan dilihat secara umum
dan konsep-konsep penting serta kepercayaan asas setiap agama akan turut dijelaskan. Kitab-
kitab suci setiap agama serta hari-hari suci akan turut dipertengahkan. Juga dibincangkan
ialah bagaimana dialog antara penting bagi mengatasi isu-isu sensitif yang timbul antara
agama-agama di Malaysia.

6.2 Manuisa Menganuti Pelbagai Agama

Agama boleh ditakrifkan sebagai hubungan yang suci di antara manusia dengan sesuatu
kuasa luar biasa yang dianggap dapat memberi perlidungan dan sejahteraan hidup. Daripada
kepercayaan dan mencintainya manusia terhadap maha kuasa ini timbul peraturan yang
mengatur hubungan manusia dengan maha kuasa dan manusia dengan manusia lain. Manusia
menganuti pelbagai jenis agama dan dianggarkan terdapat kira-kira 21 jenis agama dan
kepercayaan dalam dunia. Adalah dianggrkan, 2.1 bilion manusia menganuti agama Krtistian,
1.63 bilion menganuti agama Islam, kira-kira 900 juta menganuti Hinduisme, lebih 370 juta
menganuti agama Budhisme, lebih kurang 394 juta orang menganuti agama-agama
tradisional di Cina seperti Confucianisme dan Taoisme dan kira-kira 100 juta menganuti
Shintoisme. Agama-agama lain yang mempunyai penganut yang agak ramai ialah Sikhisme
(23 juta), Judaisme (5 juta) dan Baha’isme (7 juta). Agama-agama lain ialah seperti
Zoroastrianisme, Cao Dai dan Tenrikyo. Selain itu terdapat beberapa sistem kepercayaan
yang berlainan dengan agama-agama utama seperti animisme, shamanisem dan totenmisme.

Memang sukar hendak mengklasifikasikan agama dunia, kerana sesetengah orang


berpendapat sesuatu itu bukan agama tetapi merupakan kepercayaan atau falsafah.
Bagaimana pun, dalam Bab ini, kita mengganggapkan semuanya adalah agama asalkan
penganutnya mempercayai kepada kepada TUHAN yang merupakan pencipta alam.
Hampir semua agama membezakan di antara perbuatan baik dan buruk serta
mengutarakan hukuman dan ganjaran setimpal. Penganut sesuatu agama dikehendaki
bersetia kepada ajaran yang tersurat dalam kitab-kitab suci masing-masing atau hujah-
hujah pengasas masing-masing.

Agama dilihat daripada segi bagaimana penganutnya sembahyang, mengadakan perayaan


dan upacara tertentu serta perbuatan yang haram dan dibenarkan. Agama juga kelihatan
dengan tempat-tempat beribadat masing-masing seperti masjid, gereja, kuil, tokong dan
lain-lain. Setiap agama mewajibkan penganutnya mengormati manusia dan memelihara
alam sekitar. Dengan perkataan lain, semua agama mengutamakan hubungan manusia
dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan manusia lain.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Mengapakah Manusia Memerlukan Agama?


Agama ialah keperluan asasi setiap manusia dan tidak ada kelompok manusia di dunia yang
tidak mempunyai agama atau kepercayaan terhadap maha kuasa. “Kepercayaan kepada
agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden atau primitif”
Shamsul Amri Baharuddin, 2012, h: 146). Ahli-ahli akekologi telah menjumpai bukti-bukti
agama di tamadun-tamadun awal Mesir, Tigris-Euphrates, Indus dan Hwang-He beribu-ribu
tahun yang lampau.

Bagi kebanyakan orang agama berperanan untuk menjaga kebahagian hidup mereka. Agama
menerangkan kedudukan manusia di dalam dunia ciptan Tuhan. Agama menjadi pedoman
menjawab segala soalan-soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya,
apa akan terjadi setelah manusia mati. Agama memainkan peranan mengeratkan semangat
kekitaan antara manusia dengan menimbulkan keseragaman dalam kepercayaan, nilai
dan tingkah laku. Semua agama menyarankan tentang ‘kebaikan’ dengan menggariskan
kod etika yang wajib diamalkan oleh penganut masing-masing dan membawa kepada
keamanan dalam masyarakat.

Warisan kebudayaan merupakan faktor utama yang menentukan agama seseorang. Lazimnya,
seseorang menganuti sesuatu agama yang diwarisi daripada generasai sebelum. Contohnya,
rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana nenek moyang mereka beragama Islam
Begitu juga dengan etnik India yang beragama Hindu walau pun sesetengah daripada mereka
India telah memeluk agama Islam, Kritian dan Budha.

Secara umum, manusia yang berpegang kepada ajaran agama masing-masing dapat
mengeratkan hubungan sesama dengan umat beragama lain berlandaskan toleransi, saling
pengertian, saling menghormati, mengharagi setaraan dalam pengalaman ajaran agama
mereka dan kerja sama dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
berdasarkan.

6.3 Kepelbagaian Agama di Malaysia

Kini pula ditinjau kepelbagaian agama di Malaysia. Lihat Jadual 6.1 yang menunjukkan
peratusan penduduk yang menganuti pelbagai agama di negara kita.

Agama Peratus
Islam 61.3
Budhisme 19.8
Kristian 9.2
Hinduisme 6.3
Lain-lain agama & kepercayaan 2.4

Jadual 6.1 Agama-Agama Penduduk Malaysia

[sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010]


Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Lebih 61.3% penduduk Malaysia menganuti agama Islam dan ini diikuti dengan kira-kira
19.8% yang menganuti agama Budhisme. Kira-kira 9.2% penduduk Malaysia adalah
penganut agama Kristian dan 6.3% adalah penganut agama Hinduisme. Kira-kira 2.4%
penduduk berpegang kepada agama dan kepercayaan termasuk konfucianisme, taoisme,
bahaisme, puak, suku, folk, dan agama tradisi.

Kebebasan Agama Termaktub dalam Perlembangaan


Menurut Artikel 3 (1), agama Islam termaktud sebagai agama rasmi negara. Agama-agama
lain bebas dianuti tanpa sebarang kekangan seperti dinyatkan berikut:

Artikel 11 (1):

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya


dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya

Fasal (4) memberi hak kepada Kerajaan untuk mengawal aktiviti menyebaran agama-agama
lain kepada orang beragama Islam.

Sehubungan dengan itu, Perkara 11 (3) pula menyebut bahawa

Perkara 11 (3)

Tiap-tiap kumpulan agama berhak:

 Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,


 Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama
atau khairat, dan
 Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan pentadbirkannya
mengikut undang-undang.

Tiada sebarang diskriminasi dibenarkan terhadap sesiap sahaja daripada kalangan rakyat
berdasarkan agama, bangsa, keturunan ataupun tempat lahir. Ini bermakna semua agama-
agama di Malaysia boleh menguruskan hal ehwal agama masing-masing dengan sendiri
seperti mendirikan rumah-rumah ibadat (masjid, kuil, gereja) serta dan memiliki tapak tanah
rumah ibadat, yayasan-yayasan agama yang bertujuan membuat amal.

Penduduk Malaysia mempunyai hak untuk mempercayai mana-mana sistem kepercayaan dan
mereka juga harus ingat bahawa sesiapa juga tidak dibenarkan untuk menghina atau
memperlekeh dan memperendah-rendahkan kepercayaan dan agama orang lain. Ini bertujuan
menjamin dan memelihara kerukunan dan keharmonian kehidupan masyarakat berbilang
etnik. Kerajaan Malaysia juga sentiasa bersikap tegas terhadap mereka yang cuba
mengeksploitasi dan memanipulasi isu-isu kebebasan agama dan sensitiviti agama di
Malaysia.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

RUKUN NEGARA
Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah menggugugat keamanan dan
kestabilan negara dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di
seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung
dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan
keamanan, menegakkan semula undang-undang negara serta memupuk suasana harmoni dan
saling percaya mempercayai di kalangan rakyat.

Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan
Negara pada tahun 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu
perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan
hubungan antara etnik. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan
Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah
membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka
terbentuklah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara dijadikan pegangan, panduan dan
amalan oleh seluruh rakyat Malaysia kearah pemupukan dan pengukuhan semangat
perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. LIMA rukun atau prinsip
diperkenalkan seperti berikut:

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepercayaan kepada Tuhan’?


Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN diletakkan di
tempat yang pertama didalam susunan Rukun Negara? Para ahli MAGERAN telah mengkaji
dengan teliti bahawa rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang
menganuti agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan telah mendorong
mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian
rakyat di negara ini.

Kita sedia maklum bahawa perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan agama Islam
sebagai agama rasmi negara kita, tetapi dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-
kepercayaan lain diamalkan dengan aman dan tenteram.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Setiap agama mahu pun kepercayaan-kepercayaan yang ada di negara kita boleh
mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu. Ketiadaan pegangan agama
yang kuat boleh meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara langsung boleh
menggugat bangsa mahu pun negara. Setiap agama yang diamalkan di negara kita ini
mengajar penganutnya memberi kepercayaan yang tidak berbelah kepada Tuhan. Dengan itu
sesorang itu menghormati orang lain mahu pun dirinya sendiri. Masyarakat Malaysia
sehingga hari ini hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama lain
walau pun berlainan agama. Dengan meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat
yang pertama di dalam Rukun Negara, rakyat Malaysia telah mengamalkan ajaran agama
masing-masing dan ini telah membawa kepada keharmonian interaksi di antara rakyat
perbezaan agama.

a) Apakah agama?
b) Mengapakah manusia memerlukan agama?
c) Jelaskan apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan
tentang kedudukan agama di Malaysia.
d) Menapakah ‘kepercayaan kepada Tuhan’ dijadikan rukun pertama
dalam Rukun Negara yang diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei?

6.4 Agama Islam

Perkataan “Islam” berasal daripada perkataan akar bahasa Arab ‘sa-la-ma’ yang bermaksud
lengkap, selamat dan aman. Dari kontek keagamaan pula, ia membawa maksud menyerahkan
diri sepenuhnya kepada Allah”. Penganut agama ini dikenali sebagai Muslim, iaitu
“seseorang yang tunduk kepada Allah”. Islam merupakan nama yang diberikan oleh Allah
kepada agama yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. (iaitu Sallallahu Alaihi
Wasallam, yang bermaksud “sejahteralah ke atas
baginda”). Nabi Muhammad merupakan rasul
terakhir bagi umat Islam.

Al-Quran dan Al-Sunnah


Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-
ansur selama 23 tahun ke Rasulullah S.A.W. telah
dihimpunkan dalam buku yang bernama al-Quran.
Al-Quran terdiri daripada 114 surah (atau bab).
Surah pertama di dalam al-Quran adalah Surah Al-
Fatihah dan surah terakhir di dalamnya adalah
Surah An-Naas. Walaupun al-Quran telah Masjid di Pulau Pinang
diterjemahkan kepada berbagai bahasa, ayat-
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

ayatnya dibaca di dalam bahasa Arab ketika bersolat (bersembahyang). Bagi umat Islam, al-
Quran merupakan panduan hidup yang lengkap.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang


kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya;
iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya." (Riwayat Imam Malik)

Selain daripada al-Qu’ran, penganut agama Islam juga mengikut Sunnah, iaitu riwayat
Rasulullah S.A.W. yang terdiri daripada perbuatan, kata-kata, keperibadian dan pengakuan
baginda. Hadis (atau Hadith) pula merupakan himpunan perkara-perkara yang berkisar
tentang Sunnah Rasulullah dari segi kata-katanya, perbuatannya, pengakuannya dan
keperibadiannya. Melalui hadis penganut agama Islam dapat mencontohi bagaimana cara
Nabi Muhammad SAW beribadah dan menjalani kehidupan seharian. Oleh hal yang
demikian, Sunnah dan Hadis merupakan sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Rukun Islam
Islam mewajibkan pengikutnya percaya kepada Allah, semua rasul, kita suci yang telah
diturnkan oleh Allah, malaikat, hari kiamat, qada dan
qadar. Rukun Islam merujuk kepada suruhan Allah SWT
yang mesti ditaati oleh setiap umat Islam. Ia terdiri
daripada lima perkara tersebut, iaitu:

1) Mengucap dua kalimah syahadah dan


menunaikan haknya – iaitu melafazkan kalimah
syahadah (“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi
Muhammad pesuruh Allah”) dan menunaikan
haknya, iaitu menyebarkan kebaikan dan
mencegah kemungkaran.

2) Menunaikan solat fardhu lima kali sehari – iaitu Kitab suci Al-Qu’ran
menunaikan ibadat solat fardhu (wajib) Subuh, Zuhur,
Asar, Maghrib dan Isyak lima waktu sehari.

3) Berpuasa pada bulan Ramadhan – iaitu menahan anggota badan daripada


melakukan perkara yang dapat membatal puasa, contohnya makan dan minum,
memperkatakan orang lain dan sebagainya. Umat Islam dikehendaki berpuasa dari
waktu matahari terbit (Subuh) sehingga matahari terbenam (Maghrib).

4) Membayar zakat – iaitu memberi sebahagian daripada wang atau harta yang dimiliki
kepada golongan yang lebih memerlukan apabila cukup syarat.

5) Mengerjakan ibadat Haji di Mekah bagi golongan yang mampu – iaitu


menziarahi kota Mekah pada bulan Zulhijjah (bulan terakhir dalam kalendar Islam)
sekiranya mampu dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Hari-Hari Suci/Perayaan Utama


 Hari Raya Aidilfitri: “Aid” atau “Eid” merupakan perkataan bahasa Arab yang
bermaksud “perayaan” manakala “Fitri” atau “Fitr” bermaksud “Kenduri”. Ia
disambut pada hari pertama bulan Syawal setelah berpuasa buat sebulan lamanya.
Sempena perayaan ini, umat Islam akan pergi ke masjid untuk menjalankan ibadat
raya dan melafazkan takbir Hari Raya. Di Malaysia, perayaan ini dikenali sebagai
Hari Raya Aidilfitri tetapi ia juga disambut di negara lain dengan menggunakan nama
yang berbeza.

 Hari Raya Aidiladha: Perayaan ini pada bulan Zulhijjah, iaitu lebih kurang dua
bulan selepas Hari Raya Aidilfitri. Ia bertujuan memperingati peristiwa kesanggupan
Nabi Ibrahim a.s. (alaihis salam) untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. bagi
menunjukkan ketaatannya kepada Allah. Sempena perayaan ini, umat Islam
disunatkan melakukan ibadah korban iaitu menyembilah lembu, kambing atau
kambing biri-biri dan membahagikannya kepada orang ramai, terutamanya golongan
miskin. Di Malaysia, perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

 Maulidur Rasul: Maulidur Rasul menandakan hari keputeraan Nabi Muhammad


S.A.W. dan jatuh pada bulan Rabiulawal.

 Nuzul Al-Quran: Hari ini menandakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang
pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. (“nuzul” bermaksud “turun” di dalam Al-
Quran) dan jatuh pada 17 Ramadhan.

Islam dan Toleransi Agama


Dalam al-Qur’an, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu
sama lain (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Surah al-Hujurat (49:13)

Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi (tasamuh) sebagai
sebahagian daripada kekuatan Islam. Islam bukan agama yang berorientasikan paksaan
mahupun penindasan. Perkara ini telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an
sebagaimana antara firmanNya yang bermaksud:
Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat
baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan
(terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil [terjemahan


Surah al-Mumtahanah 60:]
“Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak
berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang berbeza
keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa kepada sifat
toleransi” (Khadijah Mohd Khambali & Mohd Jerzali Mohd Haled, 2008, h: 83).

a) Apakah yang dimaksud dengan perkataan “Islam”?


b) Terangkan perbezaan di antara al-Quran dan Hadis.
c) Jelaskan lima Rukun Islam.
d) Bincangkan bukti Islam adalah agama yang toleran.

6.5 Buddhisme

Buddhisme atau agama Buddha diasaskan oleh


Siddharta Gautama yang kini lebih digelar
sebagai Buddha. ‘Buddha’ bererti seseorang
yang telah mencapai satu tahap kesedaran
kerohanian atau spiritualisme yang sempurna.
Beliau pada asalnya merupakan seorang putera
tetapi mula menyedari bahawa dunia ini penuh
dengan penderitaan dan ketidakadilan. Beliau
mendapati bahawa kesengsaraan manusia terikat
dengan ‘tanha’ (iaitu nafsu).
Kuil Buddhis di Petaling Jaya, Selangor

Prinsip-Prinsip Asas
 Prinsip penting dalam Buddhisme ialah samsara yang hampir sama dengan
Hinduisem. Konsep samsara merujuk kepada perkitaran kematian dan kelahiran
semula (rebirth dalam Bahasa Inggeris) yang berulang-ulang. Menurut Buddhisme,
‘samsara’ merujuk khususnya kepada proses berkitar dari satu kelahiran ke kelahiran
yang lain melalui beberapa alam kewujudan. Samsara wujud akibat daripada karma.
Karma adalah hasil perbuatan seseorang dimana perbuatan yang baik akan
menghasilkan kebahagian manakala perbutana yang tidak baik (atau jahat) akan
membawa penderitaan serta kesedihan pada pembuatnya.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Ajaran Buddha berasaskan EMPAT Prinsip Kebenaran Yang Mulia yang menegaskan:

Pertama, kehidupan manusia diselubungi kesakitan, penderitaan dan kesedihan


(iaitu dukka).
Kedua, punca kesengsaraan ini ialah nafsu yang inginkan kekayaan dan keseronokan
(iaitu samudaya).
Ketiga, untuk menghapuskan kesengsaraan ini, manusia perlu mengatasi nafsu (iaitu
nirodha).
Keempat, jalan atau cara untuk mengatasi nafsu (iaitu marga) dan seterusnya
kesensaraan ialah melalui Jalan Mulia Lapan Lapis berikut:

1) Kepercayaan yang Betul – bebas daripada kepercyaan


karut dan khayalan
2) Pemikiran yang Betul – fikiran yang tidak dipenuhi dengan kebencian;
berasaskan kasih sayang
3) Pertuturan yang Baik – bercakap benar, berbudi & terbuka
4) Tindkan yang Betul – bertindak betul, suci & jujur
5) Mata Pencarian yang Betul – tidak mengkhianiti atau merampas hak
orang lain atau membahayakan makluk yang hidup
6) Usaha yang Benar – mengawal diri sendiri dan buat kebajikan
7) Kesederan Mental yang Betul – sentiasa sedar akan tindakan terhadap
sesuatu
8) Konsentrasi yang Betul – bertakafur atau meditasi dengan mendalam
tentang realiti kehidupan

Konsep Nirvana agama Buddha kelihatan mirip kepada konsep syurga yang diketengahkan
oleh agama-agama lain. Nirvana merujuk kepada penghapusan dosa, ketamakan dan khayalan
serta penghapusan ego. Hukum karma yang bermakna setiap perlakuan meninggalkan kesan
yang buruk atau baik. Kesan ini mencorakkan perwatakan manusia semasa di dunia atau
diakhirat. Setiap makluk haruslah menyelesaikan setiap perbuatannya sama ada yang baik
atau buruk. Selagai tidak diselesaikan maka makluk tersebut tidak akan terbebas daripada
pusingan kelahirannya. Buddhisme menegaskan apa jua yang akan dilahirkan semula
merupakan hasil daripada perlakuan yang dilakukan.

Kitab Suci
Tripitaka (yang bermakna ‘tiga bakul’) ialah
koleksi awal ajaran-ajaran Buddha yang telah
dihafal oleh generasi sami-sami sepanjang
beribu tahun. Ajaran-ajaran ini ditulis pada daun
panjang yang dikumpulkan, dijahit dan
disimpan dalam bakul pada abad pertama
sebelum masihi. Buku suci ini terbahagi kepada
tiga bahagian; iaitu,

 Vinaya-pitaka – peraturan dan cara


hidupan sami dan rahib Buddhis Tripikata – kitab suci Buddhisme
 Sutra-pitaka – koleksi kutbah Buddha
 Abhidharma-pitaka – tafsiran dan analisis konsep-konsep Buddhisme
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Kitab suci ini terdiri daripada beribu-ribu halaman dan beberapa jilid yang kini telah
diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.

Hari-Hari Suci/Perayaan-Perayaan Utama


 Hari Wesak (Vesakha): Perayaan ini menandakan hari Buddha mengecapi kesedaran
(Nirvana) serta kematiannya. Pada hari suci ini, penganut agama Buddha akan ke kuil
sebelum matahari terbit untuk menjalankan ibadat. Tumpuan ialah ajaran Buddha dan
penganut dihidangkan makanan sayur-sayuran pada hari tersebut.

Buddhisme dan Toleransi Agama

Kesedaran adalah intipati semua agama. Saling memahami agama


merupakan matlamat penting ke arah membina dunia yang bahagia.
Komunikasi antara agama penting, walau pun kadang-kadang sukar.
Gautama Buddha

a) Siapakah Gautama Buddha?


b) Apakah maksud samsara?
c) Jelas ‘Empat Prinsip Kebenaran Yang Mulia’ yang diutarakan oleh
Buddha.
d) Apakah tujuan ‘Jalan Mulia Lapan Lapis’?
e) Terangkan ‘Jalan Mulia Lapan Lapis.
f) Apakah yang dinyatakan tentang toleransi agama?

6.6 Agama Hindu

Agama Hindu merupakan agama ketiga besar di Malaysia dan juga dikenali sebagai agama
tertua di dunia. Perkataan ‘Hindu’ mungkin berasal daripada perkataan Parsi yang bermaksud
‘sungai’ yang merujuk kepada penduduk di Lembah Sungai Indus, salah satu tamadun awal
di benua Asia. Ramai penganut Hinduisme menganggap agama mereka sebagai “Sanatana
Dharma” yang bermakna “perjalanan yang abadi”. Hinduisme tidak mempunyai pengasas
tertentu tetapi merupakan sintesis pelbagai tradisi serta falsafah yang wujud pada masa-masa
tertentu selama 4000 tahun. Penganut hindu terbahagi kepada beberapa mazhab utama iaitu,
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Saivisme (penganut Dewa Siva),


Vaishnavisme (penganut Dewa Vishnu)
 Shaivisme (penganut Dewa Devi)

Juga terdapat mazhab-mazhab kecil lain seperti Ganapathy, Saura dan Sakhta.

Prinsip-Prinsip Asas
Salah satu prinsip penting dalam Hinduisme ialah “samsara” yang ditafsirkan sebagai
kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula. Untuk mencapai kelahiran semula
yang sempurna, seseorang harus melakukan amalan-amalan yang baik dan berbakti semasa
hidup. Setelah melalui beberapa kelahiran semula seseorang itu akhirnya sampai ke tahap
nirvana yang merupakan penyatuan dengan Tuhan. Oleh itu sepanjang hayat, manusia
hendaklah:

 sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan Tuhan


 elak daripada mementingkan diri sendiri
 berusaha memahami diri sendiri
 tidak mementingkan kebendaan

Penganut agama Hindu perlu menerima karma sebagai faktor utama yang menentukan
perkitaran kelahiran, kematian dan kehidupan semula mereka. Karma secara ringkasnya
merujuk kepada prinsip sebab dan akibat yang mempengaruhi kehidupan seseroang serta
masa depannya.

Matlamat setiap penganut Hindu adalah untuk mengurangkan karma jahat yang perlu
dipikulnya ke perkitaran lahirnya yang seterusnya. Dengan memenuhi fungsi yang diberi
dengan sebaik mungkin melalui pengabdian kepada Tuhan dan tidak mementingkan diri
sendiri, seseorang itu akan dapat mengecapi kebebasan daripada perkitaran kehidupan dan
kematian. Karma jahat dapat dikurangkan dengan mengikuti kehidupan yang berlandaskan
dharma, berbudi baik, beribadat dan menziarahi tempat-tempat suci.

Kitab-Kitab Suci
Hinduisme berasaskan kepada beberapa kitab suci yang telah disampaikan sejak berkurun-
kurun oleh orang-orang alim tertentu dan masa-masa tertentu. Kitab-kitab ini menyatakan
bagaimana upacara-upacara keagamaan, tafakur (meditation) dan sebagainya harus
dilakukan. Kebanyakan kita-kitab suci ini ditulis dalam bahasa Sanskrit yang merupakan
salah satu bahasa tertua di dunia. Antara kitab-kitab suci Hinduisme terpenting ialah:

Veda (Buku Ilmu) terdiri daripada penulisan yang telah diturunkan dan menyatakan kepercayaan
dan amalan yang wajib diikuti dan meliputi beberapa Veda (Buku Ilmu) seperti:

 Rig veda – meliputi beribu ayat tentang ritual, lagu dan mantra
 Yajur veda dan Sama veda – melodi dan mantra yang digunakan oleh sami-sami
 Atharva veda – lagu & ayat-ayat tentang amalan kehidupan seharain
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Upanishad – bermaksud “duduk berdekatan dengan sesuatu”.


Istilah ini merujuk kepada tradisi penurunan ilmu secara lisan
kerana pada asalnya Upanishad hanya wujud dalam bentuk lisan.
Ia membincangkan kebenaran mengenai sifat realiti (iaitu
brahman) dan penyelamatan manusia (iaitu moksha).

Brahma Sutra – Juga dikenali Vedanta Sutra. Istilah “sutra”


bermaksud “benang” kerana teks ini seolah-olah benang yang
mengaitkan ajaran-ajaran Vedanta. Ia lebih bertemakan logik
berbanding dengan kitab-kitab Hindu yang lain.

Bhagavad Gita – sebahagian daripada epik Mahabharata dan


menceritakan perjuangan Arjuna dan menyentuh tentang aspek
ilmu, tanggungjawab, perlakuan yang selaras dengan susunan Rig Veda
alam dan kewiraan.

Hari-Hari Suci/Perayaan-Perayaan Utama

 Ponggal: Ponggal (bermaksud “limpahan” dalam Bahasa Tamil) menandakan akhir


musim menuai dan berlarutan selama empat hari. Ia jatuh pada hari terakhir bulan
Maargazhi. Perayaan ini juga menandakan pergerakan matahari ke arah utara
(Uttaranatyam). Pada hari perayaan, penganut Hindu akan mendidihkan susu dalam
periuk tanah yang baru apabila matahari terbit. Apabila susu yang didihkan melimpah
keluar, penganut Hindu akan melaungkan “Ponggalo Ponggal”. Ia selalunya disambut
oleh komuniti Tamil.

 Thaipusam:Hari ini disambut apabila bulan mengambang penuh pada bulan Thai.
“Thai” merujuk kepada bulan di mana perayaan ini disambut dan “pusam” merupakan
nama bintang yang mencapai kedudukan tertinggi di langit pada perayaan ini.
Penganut agama Hindu akan beribadat dan berpuasa selama lebih kurang 48 hari
sebelum pesta ini. Pada hari perayaan, penganut agama ini akan mencukur rambut
mereka dan menjunjung sebekas susu atau mengangkat kavadi.

 Diwali (Deepavali):Perayaan juga dikenali sebagai “pesta cahaya” dan berlanjutan


selama lima hari tetapi hari perayaan utamanya jatuh pada malam tergelap bulan
Kartik. Sempena perayaan, penganut agama Hindu akan membersihkan dan
menghiaskan rumah mereka. Pada malam pesta Diwali, mereka akan menyalakan
lampu minyak dan lilin dan bersembahyang (puja) kepada Lakshmi, iaitu dewi
kekayaan dan kemakmuran.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Hinduisme dan Hubungan Etnik

 Dalam Bhagavad Gita (9:29) dinyatakan:

Bagiku semua makhluk adalah sama sahaja; tiada yang ku kasihi


dengan kurang dan tiada yang ku kasihi dengan lebih.

Bhagavad Gita (9:29)

Seperti seekor lebah yang mengutip madu daripada pelbagai


bunga, orang yang berilmu menerima intipati daripada semua
kitab-kitab suci dan hanya melihat kebaikan dalam semua agama.
Srimad Bhagavatam (11:3)

a) Ceritakan secara ringkas asal usul Hinduisme.


b) Jelaskan prinsip-prinsip asas Hinduisme.
c) Bincangkan buku-buku Hinduisme
d) Apakah hari-hari suci Hinduisme?
e) Apakah bukti Hinduisme adalah toleran terhadap agama lain?

6.7 Agama Kristian

Kedatangan kuasa penjajah Portugis ke Alam Melayu pada kurun ke-16 telah membawa
kepada ketibaan agama Kristian. Teras kepada agama Kristian adalah kehidupan, kematian
dan kebangkitan semula Yesus Kristus. Agama Kristian terdiri daripada tiga aliran utama,
iaitu;

 Aliran Roman Katolik – ia merupakan mazhab Kristian terbesar di dunia. Ketua


Gereja Roman Katolik adalah Paus dan Paus terkini adalah Paus Francis.

 Ortodoks – dibahagikan kepada Gereja Ortodoks Timur dan Gereja Ortodoks Timur.
Istilah “ortodoks” merupakan gabungan perkataan “orthos” (yang bermaksud “lurus”
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

“benar” “betul” dalam Bahasa Yunani) dan “doxa (yang bermaksud “kegemilangan”
dalam Bahasa Yunani)

 Protestan – terdiri daripada berbagai mazhab termasuk Anglikanisme, Luteran,


Metodis, Injili dan sebagainya.

Prinsip Asas
Triniti (trinity) atau trituggal merupakan konsep teras agama
Kristian dan berkaitan dengan sifat asas Tuhan yang terdiri
daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Penyatuan ketiga-tiga
sifat ini membentuk Tuhan yang Esa. Yesus Kristus adalah
pengasas agama Kritian dan beliau dianggap sebagai Al-
Masih (Messiah) yang bermaksud penyelamat.

Kitab Suci
Asas agama Kristian termaktub dalam Al-Kitab (Bible)
yang terdiri daripada 66 buku dan terbahagi kepada
Perjanjian Lama (39 buku) dan Perjanjian Baru (27 buku). Gereja di Kuala Lumpur
Perjanjian Lama bertumpu kepada penciptaan manusia dan
alam semesta, dan mengisahkan nabi-nabi, panduan kehidupan manusia di dunia ini sebelum
kedatangan Yesus Kristus. Perjanjian Baru pula mengisahkan kehidupan Yesus Kristus serta
ajarannya. Perjanjian Baru dibahagikan kepada empat bahagian yang dinamakan Gospels
(Injil), Acts (Akta), Epistles (Warkah) dan Apocalypse (Kiamat).

Konsep-Konsep Penting
Setiap penganut agama Kristian harus mempercayai konsep-konsep asas berikut:

 Mempercayai Yesus Kristus, nabi dan ajaran-ajarannya.


 Mempercyai kewujudan Triniti
 Memperayai kewujudan neraka dan syurga
 Kesucian gereja
 Kedatangan kali kedua Yesus Kristus dan penyelamatan golongan yang beriman.

Hari-Hari Suci/Perayaan Utama

 Hari Krismas (atau Hari Natal): Hari ini merupakan perayaan terbesar bagi
kebanyakan penganut agama Kristian dan disambut pada 25 Disember bagi
memperingati kelahiran Yesus Kristus.

 Hari Abu (Ash Wednesday): Rabu Abu menandakan permulaan tempoh Pra-Paskah
(Lent dalam Bahasa Inggeris) di mana penganut agama Kristian akan berpuasa atau
berpantang untuk mempertabahkan iman, bertaubat dan sebagainya.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

 Jumaat Agung (Good Friday): Hari ini diraikan bagi memperingati peristiwa
penyaliban Yesus Kristus dan wafatnya. Ia jatuh pada hari Jumaat sebelum Minggu
Paskah (Easter Week).

 Hari Paskah (Easter): Paskah menandakan berakhirnya tempoh Pra-Paskah dan


diraikan bagi memperingati kebangkitan Yesus Kristus.

Agama Kristian dan Toleransi Agama

Jika satu anggota badan menanggung penderitaan, semua


anggota lain menanggung penderitaan juga. Jika satu anggota
tubuh dipuji, semua anggota lain turut bersukacita.
1 Korintus 12 (26)

Sekarang aku memberikan perintah baru kepada kamu:


Hendaklah kamu saling mengasihi. Sebagaimana aku sudah
mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi.
Yohanes 13:34

Jangan balas dendam terhadap sesiapa pun, atau terus


menerus membenci orang. Kasihilah sesama kamu
sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.
Imamat 19:18

a) Jelaskan prinsip-prinsip asas agama Kristian.


b) Bincangkan secara ringkas Al-Kitab (Bible)
c) Apakah hari-hari suci agama Kristian?
d) Apakah bukti agama Kristian adalah toleran terhadap agama lain?
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

6.8 Confusianisme

Confucianisme merupakan sistem kepercayaan dan falsafah budaya yang diperkembangkan


daripada ajaran awal ahli falsafah Cina yang bernama Confucius atau K’ung Fu Tzu.
Confucianisme mengutamakan moraliti dan perbuatan yang baik dan berbudi. Walaupun
agama Confucianisme tidak berasaskan wahyu dari Tuhan, ia masih mengandungi teks-teks
berunsur klasik yang masih menjadi bahan rujukan pada hari ini. Confucianisme diasaskan di
China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum masihi. Confucianisme
memberi penekanan kepada beberapa akhlak mulia seperti berikut:

 Rén (Perikemanusiaan)
 Yì (Keadilan)
 Lǐ (Sopan Santun)
 Zhì (Pengetahuan atau Ilmu)
 Xìn (integriti)
 Zhōng (Kesetiaan)
 Xiào (Sayang kepada Ibu Bapa)

Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan
individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan
isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu
mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab
dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan
bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu
bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih
saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan
anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah
keluarga yang besar.

Manusia hanya dapat bersatu padu sekiranya mereka tidak


cenderung membunuh.
Confucius I.A.6

Confucianisme berasakan konsep:

 Li merupakan antara unsur Confucianisme yang terpenting. Ia menekankan ibadah,


kesopanan serta budi bahasa.
 Xiao merujuk kepada perasaan kasih sayang dan perhubungan antara setiap ahli
keluarga. Ia menekankan perasaan sayang-menyayangi antara ibu bapa dan anak,
antara adik-beradik dan sebagainya.
 Ren merujuk kepada sikap ihsan dan berperikemanusiaan terhadap orang lain.
merupakan nilai Confucianisme yang teragung.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Kitab-Kitab Suci
Buku-buku yang menjadi teras Confucianisme ialah
1. Shu Ching atau Klasik Sejarah: Koleksi tulisan dan ucapan oleh pemerintah Cina
dahulu
2. Shih Ching atau Klasik Syair Pujian: Koleksi 300 sajak dan lagu
3. I Ching atau Klasik Perubahan: memberikan gambaran sistem ketuhanan yang
mengandungi 64 hexagram. Hexagram merupakan lambang yang terdiri daripada
garisan yang berpecah-pecah dan berterusan. Hexagram ini dikatakan dapat
digunakan untuk menilik masa depan.
4. Ch’un Ch’iu atau Hikayat Musim Bunga dan Musim Luruh: Sejarah negeri Lu
dari tahun 722 sehingga 484 SM.
5. Li Ching atau Klasik Ibadah: Koleksi tiga buku mengenai Li, iaitu ibadah
kesopanan.

Hari-Hari Suci/Perayaan-Perayaan Utama

 Qing Ming: Pesta Qing Ming diraikan pada hari ke-15 dari ekuinoks musim bunga.
Perayaan ini merupakan peluang bagi memperingati dan menghormati moyang
mereka. Sempena perayaan ini, golongan tua dan muda akan menyembah moyang
mereka, membersihkan kubur dan memberikan mereka air teh, makanan dan
sebagainya.

6.9 Taoisme

Istilah “tao” bermaksud “jalan” atau “prinsip” dan diasaskan oleh dua orang ahli falsafah
yang bernama Lao Tzu. Ajaran ini lebih mekankan kepada keharmonian dengan alam
semesta. Ia cuba menyatukan kehidupan manusia di dunia dengan peraturan alam semesta
dan keharmonian diantaranya. Perkara yang ideal bagi penganut amalan ini ialah manusia
seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan kehidupan secara sederhana.
Kerajaan yang paling berkesan bagi penganut taoisme ialah kerajaan yang paling sedikit
memerintah.

Wu wei juga merupakan konsep yang penting dalam falsafah Taoisme, tetapi, seperti tao, ia
turut sukar untuk dijelaskan. “Wei” bermaksud tindakan yang disengajakan manakala “wu”
bersikap penafian. Jadi “wu wei” bermaksud “tindakan yang tidak disengajakan” atau
“tindakan tanpa usaha”.

Konsep Tiga Khazanah (san bao) pula merujuk kepada nilai-nilai berikut:
o Ci – iaitu belas kasihan;
o Jian – iaitu kesederhanaan; dan
o Bugan wei tianxia xian - iaitu sikap merendah diri.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran
Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara
tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta.

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan
bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.
Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah.
Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul
dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk
di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan
pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan
tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

Kitab Suci
Gabungan teks klasik bahasa Cina berjudul Tao Te Ching yang ditulis oleh Lao Tzu serta
Zhuang Zi yang ditulis oleh Zhuang Zi membentuk asas kepada ajaran dan falsafah agama
Taoisme.

a) Terangkan konsep-konsep asas ajaran Confucianisme and Taosime.


b) Apakah kitab-kitab suci yang menjadi pedoman ajaran Confuciansime
dan Taosime?

6.10 Dialogi Antara Agama-Agama

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran yang menyentuh
tentang sensitiviti agama. Hal ini memerlukan satu pendekatan bagi menentukan iklim
keagamaan di negara ini berterusan secara aman dan damai. Pendekatan ini adalah melalui
mekanisme pembudayaan dialog antara agama. Manusia, ciptaan Tuhan mempunyai
pelbagai fitrah dan memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup.

Perkataan ‘dialog’ yang merupakan perkataan Bahasa Inggeris dialogue yang berasal
di Malaysia
daripada perkataan Greek dialectic yang bermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996).
Justeru dialog membawa maksud sesuatu pandangan, idea yangdibincang untuk mencapai
sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaat kepada pihak-pihak yang terlibat.
Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar yang ditakrifkan sebagai kembali semula atau
dirujuk semula. Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai:
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

……perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang


atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama
setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar
mereka boleh berubah danberkembang maju.

Menurut Azizan Baharuddin (2005), dialog adalah:

…… suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbeza


daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir
yangberlinan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan
kehidupan serta maknaknya, buka debat untuk mengalahkan
dan menundukkan orang lain.

Pendek kata, dialog bermaksud bercakapan, perbulalan atau apa sahaja bentuk pertuturan
serta pertukaran pendapat, perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai
sesuatu isu secara terbuka. Semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati
supaya dapat difahami kedudukan pihak lian dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan
suatu perlakuan yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntuk manusia mengatasai
tanggapan negatif dan rendah diri serta bersift jujur dan ikhlas.

Dialog adalah satu elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan
dan perbincangan mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian
dan salah faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya
terbatas pada perkara yang membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi dialog
juga berperanan dalam memupuk persefahaman dan perkongsian hidup bersama (Rahimin
Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal, 2011).

Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan
agama. Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog,
terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang terlibat
dengan dialog agama perlu mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara
agama dunia tanpa melibatkan persoalan kepercayaan sesuatu agama. Ia merangkumi
penekanan kepada sistem moral yang baik, penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu
perbuatan yang buruk, sikap alami terhadap alam semesta, penekanan kepada soal penyucian
diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu. Ia memerlukan sikap
toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang konflik (Rahimin Affandi Abd.
Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal, 2011).

Secara asasnya, dialog itu perlu disertai oleh golongan pakar dan penganut yang komited,
mengenal pasti isu yang didialogkan untuk kepentingan manfaat bersama, diiringi dengan
sifat yang baik dan ingin belajar yang tinggi, lebih memberikan penekanan kepada isu-isu
persamaan tentang bagaimana agama boleh menyelesaikan masalah manusia, tidak
mengandungi unsur perdebatan yang boleh menjatuhkan maruah penganut yang lain,
tidak bertujuan memperkecilkan dan mengubah sesuatu pegangan agama pihak yang lain,
serta tidak mempertikaikan bahagian agama yang bersifat tetap dan tidak boleh berubah
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

(Mohamad Khatami, 1998). Adalah penting untuk mengelakkan cemuhan budaya serta
agama lain (cultural and religious ridicule) dan mengelakkan perdebatan teologis doktrinal
yang berakhir dengan kebuntuan.

Sebagai kesimpulan, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor
Hayati Mohd Dahlal menyatakan bahawa,

…….sebagai jambatan untuk membina keharmonian antara kaum


dalam konteks masyarakat Malaysia adalah melalui dialog antara
agama …………..dan sewajarnya para ilmuwan Muslim dan para
cendekiawan bukan Islam bersatu dalam membangunkan paradigma
baru dalam menangani konflik agama dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang beraneka agama, budaya, tamadun dan peradaban. Ia
wajar dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah bagi
memastikan semua pihak dapat hidup dalam aman dan damai (2011,
h: 104-105, 2011)

a) Apakah yang dimaksudkan dengan dailog?


b) Nyatakan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk menjadikan
dialog antara agama di Malaysia suatu realiti.

 Agama boleh ditakrifkan sebagai hubungan yang suci di antara manusia dengan
sesuatu kuasa luar biasa yang dianggap dapat memberi perlidungan dan sejahteraan
hidup.

 Memang sukar hendak mengklasifikasikan agama dunia, kerana sesetengah orang


berpendapat sesuatu itu bukan agama tetapi merupakan kepercayaan atau falsafah.

 Menurut Artikel 3 (1), agama Islam termaktud sebagai agama rasmi negara. Agama-
agama lain bebas dianuti tanpa sebarang kekangan.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

 Tiada sebarang diskriminasi dibenarkan terhadap sesiap sahaja daripada kalangan


rakyat berdasarkan agama, bangsa, keturunan ataupun tempat lahir.

 Dengan meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam


Rukun Negara, rakyat Malaysia telah mengamalkan ajaran agama masing-masing dan
ini telah membawa kepada keharmonian interaksi di antara rakyat perbezaan agama.

 Wahyu-wahyu yang diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun ke Rasulullah


S.A.W. telah dihimpunkan dalam buku yang bernama al-Quran.

 Selain daripada al-Quran, penganut agama Islam juga mengikut Sunnah, iaitu riwayat
Rasulullah S.A.W. yang terdiri daripada perbuatan, kata-kata, keperibadian dan
pengakuan baginda.

 Islam mewajibkan pengikutnya percaya kepada Allah, semua rasul, kita suci yang
telah diturnkan oleh Allah, malaikat, hari kiamat, qada dan qadar.

 Konsep samsara merujuk kepada perkitaran kematian dan kelahiran semula (rebirth
dalam Bahasa Inggeris) yang berulang-ulang.

 Dalam Buddhisme, jalan atau cara untuk mengatasi nafsu (iaitu marga) dan
seterusnya kesensaraan ialah melalui Jalan Mulia Lapan Lapis.

 Karma secara ringkasnya merujuk kepada prinsip sebab dan akibat yang
mempengaruhi kehidupan seseroang serta masa depannya.

 Confucianisme merupakan sistem kepercayaan dan falsafah budaya yang


diperkembangkan daripada ajaran awal ahli falsafah Cina yang bernama Confucius
atau K’ung Fu Tzu.

 Istilah “tao” bermaksud “jalan” atau “prinsip” dan diasaskan oleh dua orang ahli
falsafah yang bernama Lao Tzu.

 Triniti (trinity) atau trituggal merupakan konsep teras agama Kristian dan berkaitan
dengan sifat asas Tuhan yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Bab 6: Agama dan Hubungan Etnik

 Adil, Hajjah Amina; Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani, Shaykh Muhammad Hisham
Kabbani (2002). Muhammad: The Messenger of Islam. Islamic Supreme Council of
America.

 Azizan Baharuddin. 2005. Dialog peradaban: Perspektif Islam. Kuala Lumpur:


Center for Civilization Dialogue, Universiti Malaya.

 Cane, Eulalio Paul. Harmony: Radical Taoism Gently Applied (Trafford Publishing,
2002)

 Chan Wing-tsit. A Source Book in Chinese Philosophy (Princeton, 1963).

 Islam GRID
http://www.islamgrid.gov.my/articles/akidah/akidah.php
http://sejarah.sabda.org/artikel/pendahuluan_tmv.htm

 Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan


tantangan. Bandung: Mizan.

 Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd
Dahlal (2011). Dialog antara agama: Realiti dan prospek di Malaysia. Kajian
Malaysia. 29 (2). 91-110.

 Stevens, Anthony (2001), Ariadne's Clue: A Guide to the Symbols of Humankind,


Princeton University Press

 Hasnah Hussin (2009). Kenegaraan Hubungan Etnik. Kuantan: Universiti Malaysia


Pahang.

 Khadijah Mohd Khambali & Mohd Jerzali Mohd Haled (2008). Jurnal Usuluddin. 27.
h: 81-92

You might also like