Kesatuan Eropah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kesatuan Eropah (bahasa Inggeris: European Union) (EU) merupakan

satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara


di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah"
diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992
melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya
dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama
"Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli dan
beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya.

Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah


terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU
mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum,
dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan
Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan
oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga
mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga
kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.

Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya


Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan
Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat
Eropah. Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan
bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan
pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian
Schengen.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Status

2Isu Terkini

3Sejarah dan Asal Usul


4Negara anggota dan pembesaran

4.1Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah

4.2Status quo Kawasan Luar Negara

5Ekonomi

6Dasar Utama

7Pautan luar

Status[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional organisation) yang


terbesar di dunia. Negara-negara ahli memindahkan hak-hak penting
kebangsaan, seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara,
perdagangan luar kepada kesatuan ini. Walaupun EU kelihatan seperti
sebuah kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat),
kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi
berdasarkan "prinsip subsidiariti".

Isu Terkini[sunting | sunting sumber]

Isu terbesar kini ialah pembesaran kesatuan, hubungan dengan Amerika


Syarikat dan penyertaan Euro di negara anggota yang masih belum
menerima mata wang EU ini. Draf terakhir perlembagaan Eropah telah
dicapai pada 18 Jun 2004, dan kini menunggu pengesahan setiap negera
anggota.

Sejarah dan Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Kesatuan Eropah

Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku


beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula
dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne,
sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia
II.

Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang


menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil.
Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan
oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara
Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen ini
akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli
Eropah pada 1951.

Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian


Rom dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah(EEC).
Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya
dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan
Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada
persekutuan ekonomi dan politik.

Negara anggota dan pembesaran[sunting | sunting sumber]

Negara-negara Kesatuan Eropah.


Rencana–rencana utama: negara anggota Kesatuan
Eropah dan pembesaran Kesatuan Eropah

Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota.


Kesatuan ini dimulakan oleh 6 buah negara iaitu:

Belgium

Perancis

Jerman Barat

Itali

Luxembourg

Belanda

Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali pembesaran bermula


1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25
buah negara.

Denmark, Ireland, dan United Kingdom (1973)

Greece (1981)

Portugal, Sepanyol (1986)

Jerman Timur (1990).

- Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman sebagai negara


terbesar di Eropah dengan kini 80 juta orang penduduk.

Austria, Finland, dan Sweden

Cyprus, Republik
Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, M
alta, Poland, Slovakia dan Slovenia (2004)
Bulgaria, Romania (2007)

Croatia (2013)

Greenland yang diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule)


oleh Denmark, meninggalkan EU pada 1985.

Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah[sunting | sunting


sumber]

Rencana utama: Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah

Banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai perjanjian


khas dengan kesatuan ini membolehkannya mengguna dan
menghasilkan mata wang Euro.

Status quo Kawasan Luar Negara[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kawasan negara anggota istimewa dan


hubungan dengan EU

Beberapa kawasan yang terletak di luar benua Eropah diterima sebagai


anggota EU contohnya Pulau Canary, Isle of Man, dan sebagainya.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Eropah

Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi yang
terbesar di dunia dengan GDP sebanyak € 9.613 x 10¹², berbanding
Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara
tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10¹² ataupun € 8.782·10¹². Pada
2004, Kesatuan Eropah mengalami pertumbuhan ekonomi yang tepu
dan kurang peluang pekerjaan.
Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan
datang memandangkan lebih banyak negara akan menyertai kesatuan
ini dan kebanyakan negara tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih
rendah daripada purata EU. Oleh itu, pertumbuhan GDP di negara
negara ini dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus dinamik.
Walaubagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan
menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
Jadual di bawah menunjukkan GNI per kapita dan GDP anggota EU pada
tahun 2002. Jadual ini boleh dijadikan piawai relatif tarat hidup antara
negara anggota.

GNI (PPP) per kapita GDP (PPP)


Negara juta (dolar
dolar antarabangsa
antarabangsa)

Luxembourg 53,290 27,171

Denmark 30,600 166,275

Ireland 29,570 136,139

Austria 28,910 235,159

Belanda 28,350 469,864

Belgium 28,130 284,867

Perancis 27,040 1,601,406

Jerman 26,980 2,235,764

United Kingdom 26,580 1,549,131

Itali 26,170 1,524,686

Finland 26,160 136,139

Sweden 25,820 232,451

Sepanyol 21,210 877,971


Greece 18,770 198,996

Cyprus 18,560 13,813

Slovenia 18,480 36,406

Portugal 17,820 186,057

Malta 17,710 7,003

Republik Czech 14,920 161,114

Hungary 13,070 136,096

Slovakia 12,590 69,045

Estonia 11,630 16,643

Poland 10,450 407,747

Lithuania 10,190 35,817

Latvia 9,190 21,544

EU-25 purata 22,088 430,692

Dasar Utama[sunting | sunting sumber]

Apabila nama Komuniti Ekonomi Eropah berubah kepada Komuniti


Eropah dan (kemudiannya menjadi) Kesatuan Eropah, organisasi ini juga
berubah daripada sebuah kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik.
Perubahan ini dapat dilihat dengan bertambahnya dasar dasar yang
dipertanggungjawabkan kepada EU dan perpindahan kuasa politik
daripada negara anggota kepada EU.

You might also like