Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Yang pertama cg kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21.

Pembelajaran Abad 21 bukanlah


hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja,
sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting
proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.

C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling
penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik
penyoalan yang betul. (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/05/teknik-penyoalan-kbat.html)

Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif

(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2015/04/bagaimana-mengajar-pelajar-berfikir-secara-KBAT.html)


(Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.h

C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti
berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai
seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain (Rujuk sini : http://www.cikguhailmi.com/2016/02/10-contoh-
aktiviti-pembelajaran-abad-21.html)

Cg juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan
ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint,
gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.
Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media.
Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya
internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih
berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih
meluas dan dunia tanpa sempadan.
2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan
Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini
mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif.
Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai
semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain.
Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-
masing.

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21


Selasa, Januari 13, 2015 Hal Guru, Pembelajaran Abad 21 41 comments

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan
perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin
bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah
10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

INFO LENGKAP : Pembelajaran Abad ke 21

Ciri pembelajaran abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi


arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam
landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran


mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab
dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21


Jumaat, Januari 01, 2016 Hal Guru, Pembelajaran Abad 21 16 comments

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini
adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia
zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan
pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru
sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul
semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi
Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya,
serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid
sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan
memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi
dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu
pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21.
Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru
juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam
kelas.

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Isnin, Januari 12, 2015 Hal Guru, Pembelajaran Abad 21 56 comments

Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.
Contoh susunatur kelas abad ke 21

3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang
memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah
ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah
ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.
Ukur Kefahaman Pelajar Guna Sistem Kad Trafik Light
Selasa, April 28, 2015 Hal Guru, Idea P&P Sains, Kreatif 21 comments

Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu Putih bagi akaun Facebooknya
dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau
sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan
respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada kelainan.
Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning.
Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai
objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan
warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.

Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada pelajar
yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai pelajar yang
mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan
dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.
Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem traffic light ini di
dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa
yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau tentulah ada. Kerana
takut disoal semula oleh guru! ;)

Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon senyum bagi hijau, sedih untuk
merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat
diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh yang lebih
panjang. Selamat mencuba!

You might also like