Konsep Sulh

You might also like

You are on page 1of 10

KONSEP SULH

NUR HASLYNA ATYRA CHE HARUN

2015675676
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
HKR 224
USTAZ MOHD SYUKRI MOHD FAWZI
KONSEP SULH

1.0 ABSTRAK

Perkahwinan merupakan satu medan yang ramai pasangan ingin tempuhi. Ia merupakan satu fitrah
kejadian manusia yang ingin mencapai kebahagian dengan menyayangi dan disayangi. Dengan
adanya perkahwinan, generasi tamadun akan datang dapat dicorakkan. Namun, realiti pada masa
kini tidak semua perkahwinan yang dibina mencapai matlamat kebahagian. Perkahwinan akan
dibina akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Jika pasangan tersebut tidak dapat
tempuhi,maka pelbagai kemelut dan konflik rumah tangga akan dihadapi sehingga penceraian
akan menjadi satu jalan terakhir bagi meyelesaikan konflik tersebut. Menurut laporan yang ditulis
oleh Akhbar

Utusan, terdapat peningkatan mendadak jumlah kes penceraian di mana pada tahun 2014 jumlah
penceraian sebanyak 33842 kes telah didaftarkan berbanding pada tahun 2012 hanya sebanyak
29253 kes. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,
situasi tersebut agak membimbangkan kerana statistik menunjukkan berlaku peningkatan
pendaftaran penceraian setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. “Bagi tempoh
sama juga seba-nyak 12,434 pasangan telah mendaftar untuk rujuk kembali, dalam hal ini semua
pihak harus sepakat mencari penyelesaian bagi mengelak statistik penceraian di negara ini terus
meningkat setiap tahun,” katanya. Antara penyelesaian yang dapat digunakan ialah dengan kaedah
sulh. Sulh merupakan satu kaedah alternatif yang sesuai dilaksanakan dalam menyelesaikan
permasalahan konflik dalam rumah tangga bagi mengelak penceraian. Melalui kaedah sulh,
struktur keluarga dapat dikekalkan lagi walaupun ibubapa telah bercerai kerana dalam kaedah ini,
ibubapa dilihat telah faham dan telah mencapai kesepakatan dalam perbahagian anak-anak. Maka,
dengan ini, pelbagai manfaat dapat diperoleh anak-anak. Oleh itu, melalui kaedah sulh, kehancuran
institusi kekeluargaan dapat diselamatkan walaupun bukan secara menyeluruh.
2.0 PENDAHULUAN

Institusi perkahwinan yang meghadapi gelombang keruntuhan kebiasaannya didasari dengan sikap
tidak tolak ansur dan tiada kefahaman dalam institusi. Maka, melalui kaedah sulh, pasangan
pertikaian dapat berbincang secara baik melalui hati ke hati bagi mencari titik persefahaman dalam
menyelesaikan permasalahan tersebut berbanding membawa permasalahan ke mahkamah yang
memerlukan pelbagai litigasi rumit. Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia,Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman dalam satu temu bual yang disiarkan dalam Utusan
Malaysia pada 20.08.2002 menyebut bahawa penyelesaian secara berdamai atau Sulh amat
digalakkan bagi menghentikan pertikaian atau pergaduhan dan ia dapat mencapai keadilan di
mana tiada pihak yang menang atau kalah kerana keputusan di buat dengan persetujuan bersama.
3.0 DEFINISI

Sulh diambil daripada perkataan ‘sad’ ‘lam’ ‘hah’. Menurut bahasa sulh ialah “penamatan sesuatu
pertikaian” atau “berbuat baik”. Manakala dari segi syarak pula, sulh dapat dieertikan sebagai “satu
aqad yang dengannya akan tamat sesuatu pertikaian”. Menurut Majallah Al-Ahkam Al-Adliyyah,
al-Sheikh Nazzam dan Qadri Basha, sulh ialah aqad yang menamatkan pertikaian secara sukarela
dan redha meredhai. Dalam istilah mahkamah syariah pula, sulh dikatakan satu perbincangan
damai manakala dalam perundangan sivil pula, al-sulh disebut sebagai mediation.

Menerusi semua pengertian sulh, dapat dirumuskan bahawa sulh merupakan satu kaedah yang
berfungsi untuk mendamaikan pertikaian yang timbul dalam pasangan terlibat yang dilakukan
secara sukarela oleh pasangan tersebut demi mencapai kata sepakat.
4.0 PANDANGAN SULH DARI SUDUT SYARAK

Terdapat dalil-dalil yang dijelaskan dalam Al-quran dan hadis yang mengalakkan pengunaan
kaedah sulh. Menerusi al-quran, ia dapat dilihat di dalam surah al-hujurat ayat 9 iaitu:

ْ َ ‫َان ِمنَ ْال ُمؤْ ِمنِينَ ا ْقتَتَلُوا فَأ‬


‫ص ِل ُحوا َب ْينَ ُه َما‬ َ ‫َو ِإ ْن‬
ِ ‫طائِفَت‬
“Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu
damaikan antara keduanya!”

Dalam surah an-nisa’ ayat 128 juga dapat dilihat tentang sulh iaitu:

‫ص ْل ًحا‬ ْ ُ‫علَ ْي ِه َما أ َ ْن ي‬


ُ ‫ص ِل َحا بَ ْينَ ُه َما‬ ً ‫وزا أ َ ْو إِع َْرا‬
َ ‫ضا فَ ََل ُجنَا َح‬ ً ‫ش‬ ْ َ‫َوإِ ِن ْام َرأَة ٌ خَاف‬
ُ ُ‫ت ِم ْن بَ ْع ِل َها ن‬

“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak
mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu
lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir”.

Dari sudut hadis pula, ia dapat dilihat menerusi kisah perletakkan jahr al-aswad di mana Rasulullah
SAW juga amat menggalakkan umatnya untuk mencari perdamaian dan mengelakkan pertikaian
sesama sendiri. Peristiwa Rasulullah menyelesaikan pertikaian di antara pembesar Quraysh
mengenai hak untuk meletakkan Hajr al-Aswad membuktikan amalan Sulh ini benar-benar
dianjurkan oleh Islam. Malahan baginda sendiri menganjurkan penyelesaian pertelingkahan secara
Sulh walaupun baginda mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan
secara bersendirian.

Rasulullah juga menunjukkan kecenderungannya kepada penyelesaian secara Sulh melalui hadith
yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, yang bermaksud:

“Saya hanya seorang manusia biasa dan kamu membawa kepada saya pertikaian antara kamu.
Andainya satu pihak antara kamu mengemukakan tuntutannya dengan cara yang lebih menarik
dan pihak lain sehingga saya memberi keputusan yang tidak benar kepada pihak itu, iaitu memberi
hak satu saudara ke saudara yang lain, ia harus tidak menerimanya sebab itu adalah sebahagian
dari neraka.”
Hadith ini dengan jelas membuktikan bahawa Rasulullah lebih menyukai penyelesaian pertikaian
yang di buat secara sukarela sesama pihak bertikai daripada membuat keputusan melalui kaedah
perbicaraan.

Hadis Riwayat al-Tarmizi dari Amru bin ‘Awf Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika ianya
mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan dan sebenarnya
orang Islam itu terikat dengan janjinya kecuali dalam perkara yang mengharamkan apa telah
dihalalkan dan sebaliknya”.

Hadith di atas jelas menerangkan penggunaan sulh dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian.
5.0 CONTOH KES SULH

Terdapat banyak kes yang boleh dilihat sama ada perlaksanaan sulh dalam menyelesaikan
dan menjadi satu alternatif Berjaya atau tidak. Namun, perlaksanaan itu turut melibatkan prosedur
sulh yang telah ditetapkan oleh Majlis Sulh. Antara kes yang dapat dilihat berjaya ialah kes kes
bernombor 14100-021-0445-2010 dimana akibat perceraian, plaintif antara lain menuntut mut‟ah
sebanyak RM1000.00 yang dibayar secara ansuran bermula September 2010 berjumlah RM200.00
sebulan, nafkah idah sebanyak RM900.00 untuk sepanjang tempoh idah yang juga dibayar secara
ansuran mulai September 2010 dan nafkah bagi 2 orang anak sebanyak RM600.00 sebulan tidak
termasuk perbelanjaan persekolahan sebanyak RM1000.00 dan perbelanjaan perayaan sebanyak
RM600.00 bagi keduanya. Perbincangan awal terma perjanjian persetujuan dibuat pada sesi Majlis
Sulh yang pertama pada 24.8.2010, manakala terma-terma yang dipersetujui tersebut kemudiannya
direkodkan sebagai perintah persetujuan di mahkamah pada 30.8.2010.

Selain itu, contoh kes lain adalah yang bernombor 14200-033-0638-2010 telah difailkan
oleh plaintif bagi menguatkuasakan perintah nafkah anak dan nafkah idah isteri yang diperoleh
plaintif pada 10 Februari 2010. Perintah tersebut antara lain menuntut defendan membayar nafkah
bagi dua orang anak sebanyak RM150.00 seorang, berjumlah RM300 melalui akaun bank plaintif
di samping relif pembayaran nafkah idah sejumlah RM900.00 secara ansuran sebanyak RM100.00
sebulan selama 9 bulan kepada plaintif. Namun defendan ingkar membayar menyebabkan tuntutan
pelaksanaan ini dibawa ke mahkamah. Dalam Majlis Sulh pada November 2010, kedua-dua belah
pihak menandatangani perjanjian penyelesaian di mana defendan bersetuju untuk membayar
tuntutan tersebut mulai bulan November dan pada atau sebelum 10 haribulan pada bulan-bulan
berikutnya.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kes-kes sulh yang tidak berjaya. Sebagai contoh kes,
kes 14004-018-0661-2010, defendan gagal menghadirkan diri dalam Majlis Sulh yang ditetapkan
pada 28.10.2010 walaupun afidavit penerimaan saman telah direkodkan. Plaintif dalam kes ini
memohon untuk mendapatkan perintah nafkah daripada defendan yang merupakan pesara tentera
bagi membolehkan plaintif menyara 5 orang anak mereka. Defendan telah menghilangkan diri dan
tidak menghubungi plaintif sejak bulan Mac 2010. Pihak Majlis Sulh turut berusaha menghubungi
defendan tetapi gagal. Merujuk kepada kes yang lain, defendan yang merupakan seorang jurutera
gagal menghadirkan diri dalam tiga sesi Sulh yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Plaintif dalam
kes ini telah berkahwin dengan defendan pada 14.1.2007 dan mempunyai seorang anak hasil
perkongsian hidup bersama defendan. Namun pada 18.9.2009, pasangan ini telah bercerai melalui
persetujuan bersama. Akibat perceraian, plaintif telah menuntut daripada defendan antara lain
nafkah idah sebanyak RM2,500.00, mut`ah sebanyak RM20,000.00 dan nafkah anak sebanyak
RM2000.00 sebulan. Oleh itu, plaintif-plaintif dalam kes yang tersebut memohon agar kes
dilanjutkan untuk sebutan bicara di mahkamah.

Di samping itu, jika kedua-dua pihak hadir dalam sesuatu kes, dan tiada persefahaman
dicapai, persidangan Majlis Sulh dianggap gagal. Dalam kes bernombor 14200-026-0073-2007,
plaintif memohon untuk tuntutan nafkah anak sebanyak RM800.00 sebulan bagi menyara 7 orang
anak. Namun defendan tidak bersetuju memandangkan pencen yang diterimanya hanya sekadar
cukup untuk bayaran kereta dan rumah. Kes lain bernombor 14200-025-0574-2010 yang boleh
dirujuk antara lain melibatkan plaintif, seorang pemandu teksi yang berpendapatan antara RM700
hingga RM800 sebulan telah memohon untuk mengurangkan perintah nafkah anak-anaknya
seramai 5 orang daripada RM1000 kepada RM600 sebulan. Namun defendan tidak bersetuju
dengan usul tersebut mengakibatkan kes dipanjangkan ke mahkamah untuk perbicaraan.

Namun begitu, sama ada berjaya atau tidak sesuatu aplikasi sulh dalam sesuatu kes tu,
Pengerusi Sulh akan merahsiakan segala perkara yang dibincangkan. Melalui ini, dapat dilihat
kebaikan sulh dan sepatunya ia menjadi satu cara yang masyarakat harus gunakan dalam
menyelesaikan pertelingkaian.
6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, konsep sulh merupakan satu konsep yang perlu diambil kira oleh
seluruh pasangan. Konsep sulh bukan hanya diaplikasikan sebelum membawa masalah
rumahtangga dengan solusi terkahir iaitu penceraian, akan tetapi konsep sulh sepatutnya diaplikasi
sekiranya pasangan buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Hal ini kerana menggunakan orang
ketiga yang beramanah iaitu Pengerusi Sulh untuk menyelesaikan permasalah merupakan satu
jalan alternatif yang terbaik. Oleh itu, masyarakat perlulah mengambil kira akan konsep sulh ini
demi mengurangkan dan menghindar daripada melakukan penceraian. Sesungguhnya, penceraian
itu membawa keburukan lebih banyak daripada kebaikan.
7.0 RUJUKAN

1. Hakimi Ismail.92678 Pasangan Daftarkan Penceraian. Retrieved Mac 4, 2016, from


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/92-678-pasangan-daftarkan-penceraian-
1.196883#sthash.5RzWxV4B.dpuf
2. Definisi sulh. Retrieved Ogos 30, 2012, from
http://pahang.jksm.gov.my/jksp/index.php/maklumatkorporat/unit-
bahagian/unitsulh/definisisulh
3. Al-Quran, Al-Hujurat 49:9.
4. Al-Quran, Al-Nisa’ 4:128.
5. Temubual bersama Timbalan Dekan ACIS pada 4 November 2016 (jumaat) dan 25
November 2016 (jumaat) jam 12 tengahari di Masjid UITM.

You might also like