Flyers Gerai

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

KELAB PELANCONGAN SEKOLAH

LATAR BELAKANG

1.1 Pelancongan di Malaysia merupakan aset penting dalam kegiatan ekonomi di negara kita. Kawasan
pelancongan yang sedia ada begitu berpotensi untuk menggamit pelancong asing untuk datang ke
negara kita.

1.2 Tempat-tempat pelancongan yang berjaya menarik pelancong dalam serta luar negara adalah seperti
Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Tioman di Pahang , Gua Tempurung di Perak , Taman Negara Bako,
Sarawak, Taman Laut Pulau Sipadan, Sabah serta banyak lagi tempat yang alam semula jadinya
berjaya dinobatkan sebagai kawasan pelancongan negara.

1.3 Hakikat bahawa ini murid-murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dalam sektor pelancongan
untuk menarik minat mereka dalam industri pelancongan negara.

1.4 Kerajaan juga melalui Kementerian Pelancongan serta kempen Tahun Melawat Malaysia telah
menyediakan beberapa kemudahan khusus untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan di
negara kita lagi.
RASIONAL

Berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid-murid kepada sektor pelancongan di negara kita adalah
wajar untuk mereka diberi satu peluang menonjolkan diri melalui kewujudan Kelab Pelancongan Sekolah ini
agar matlamat serta saranan kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita mencapai
matlamatnya.

MATLAMAT

Matlamat Kelab Pelancongan Sekolah adalah untuk :-

1. Melahirkan generasi alaf baru supaya tahu menilai serta menghayati keindahan alam semula jadi yang
telah diwartakan sebagai tempat pelancongan di negara kita.

2. Menginsafi kejadian alam kurniaan Tuhan yang memberi ketenangan dalam kehidupan manusia.

3. Menggalakkan murid bersama-sama keluarga untuk berkunjung ke tempat-tempat pelancongan dalam


negeri bagi membantu mereka meningkatkan sektor ekonomi Negara.
OBJEKTIF

1. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan sumber alam semulajadi di negara kita.

2. Mengukuhkan ikatan persaudaraan melalui Konsep Jauh Perjalanan Luas Pengalaman serta Ramai
Kenalan.

3. Mewujudkan insan yang dapat menilai kurniaan Tuhan dan menghargainya.

4. Memupuk sikap kepimpinan dalam pengurusan sebuah organisasi.

KURIKULUM

Kurikulumnya berteraskan :-
i. Pelancongan tempatan ( kawasan berhampiran )
ii. Pelancongan domestik ( dalam negeri )
iii. Pelancongan antarabangsa
PERUNTUKAN AKTA / PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN

1. The Education Ordinance, 1957 (No. 2 of 1957), The Schools (Tours) Regulations, 1957
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Pada Hari Persekolahan.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 05/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 05/2007 : Garis Panduan Lawatan Murid.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986. Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.
6. Surat Pekeliling lkhtisas, Bil. 8/1988. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995. Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Pelajar
Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
8. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 8/1995. Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan atau Badan Induk Sukan.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996. Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 1/ 1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktivit Catatan

1 Mesyuarat 1. Memberi 1.Pelantikan EXCO - Guru Penasihat


Agung pendedahan kepada
murid-murid tentang 2. Agihan portfolio RUJUK
prosedur LAMPIRAN A
mesyuarat

2. Surat pelantikan
rasmi

1. Mempamerkan
carta organisasi
1.Mengemas kini papan
2. Menyenaraikan kenyataan
2 Tugasan agihan tugas
Rutin jawatankuasa 2.Membersihkan bilik kelab
- Semua AJK
3. Mencari bahan
seperti
brosur,risalah
mengenai
pelancongan

PELAN PELAKSANAAN KELAB PERLANCONGAN


Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

3 Pertandingan 1. Kuiz 1. Meningkatkan - Penyertaan


peringkat pengetahuan sedia ada terbuka
dalaman 2. Melukis poster murid . kepada
sekolah murid.
3. “Scrabble” 2. Mencungkil bakat di
kalangan murid-murid

Membina 4. Membina draf 3. Memberi galakan kepada - Inisiatif diberi


draf buletin buletin murid-murid untuk kepada
kelab mengambil bahagian pelajar
dalam pertandingan sebagai
dorongan
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

4 Kempen 1. Penerangan 1. Memberi penerangan - Semua


pengambilan mengenai faedah murid.
ahli baru 2. Pendaftaran menyertai kelab
keahlian
2. Berkempen kepada
murid-murid baru untuk
3. Perlembagaan menyertai kelab

4. Perancangan 3. Memberi pendedahan - Pemberitahu


tahunan tentang perlembagaan an projek
dan peraturan kelab tabung untuk
terutamanya kepada ahli- melancong
ahli baru.

4. Menerangkan
perancangan tahunan

5 1. Edaran buletin 1. Menyediakan buletin kelab - Semua AJK

2. Mengedar buletin kepada


semua ahli - Biro
Penerbitan
3. Menjilid buletin bagi tujuan
koleksi.
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

6 Program 1. Menterjemahkan 1. Penerangan berpandukan - Muzium Budaya


Pengenalan perincian media/bahan cetak dan - Rumah Cina
Pelancongan pelancongan : elektronik Peranakan,
P.Pinang
- Petrosains
a. Sains dan - Taman Pertanian
teknologi - Bangunan
b. Mercu tanda Parlimen
c. Galeri
d. Kesenian &
Kebudayaan
e. Sejarah

7 Pertandingan 1. Mencari maklumat 1. Penghasilan buku skrap - Buku skrap


Buku Skrap mengenai tempat: berdasarkan maklumat yang terbaik
a. Sains dan yang diperoleh melalui akan di
Teknologi media cetak pamerkan
b. Mercu tanda dan di beri
c. Galeri 2. Murid-murid digalakkan hadiah
d. Kesenian dan mencari sumber insentif.
Kebudayaan tambahan dengan
e. Sejarah menggunakan pelbagai
kaedah yang relevan.
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

8 Perkhemahan 1. Memupuk semangat 1. Menyertai perkhemahan - Kerjasama


Kelab setiakawan peringkat sekolah dengan unit
bersama-sama unit beruniform lain
2. Kerjasama dan beruniform di sekolah
saling membantu
2. Melakukan aktiviti-aktiviti
seperti mencari harta - Dokumentasi
karun, merentas
halangan, latihan
pertolongan cemas dan
melawan kebakaran.

9 Program 1. Mengadakan kerja 1. Membersihkan kawasan - Kerjasama


Khidmat amal kejiranan, rumah ibadat, dengan JKKK,
Masyarakat kubur dan sebagainya. Pihak
Berkuasa
2. Melawat rumah anak-anak Tempatan,
yatim / rumah kenangan. Jabatan
Kebajikan
Masyarakat.

- Dokumentasi
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

11 Program 1. Konsep Jauh 1. Meningkatkan


Lawatan Perjalanan Luas pengetahuan sedia ada
Sambil Pengalaman serta murid
Belajar Ramai Kenalan.
2. Menimba pengalaman dan
menerokai pengalaman
baru.

13 Pameran 1. Menyertai pameran 1. Pelajar mempamerkan


Destinasi yang dianjurkan hasil dapatan yang
Pelancongan oleh pihak sekolah diperoleh sepanjang
Negara melalui Hari Terbuka lawatan.
Sekolah
2. Mempamerkan gambar- - Guru
gambar yang berkaitan Penasihat,
dengan pelancongan di Pengerusi
negara kita. Kelab

3. Menggalakkan pelajar
berinteraksi sesama
pelajar yang mengunjungi
gerai pameran
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan

14 Menambah 1. Menambah dana 1. Pelajar akan bersama-


dana kelab kelab melalui jualan sama menjadi agen jualan
barangan : semua cenderamata kelab - Ahli kelab
a. rantai kunci
kelab 2. Melatih pelajar agar dapat
b. pen mengaplikasi kemahiran
c. poskad dalam pelajaran
d. mug perdagangan
e. pembuka surat
f. baju-T kelab

15 Ceramah 1. Sesi ceramah dan 1. Pelajar akan dapat


peluang perkongsian minda mengetahui peluang
kerjaya dalam dengan: kerjaya dalam bidang - Ahli kelab
bidang a. Pegawai TDC pelancongan
pelancongan b. Pengusaha
pelancongan 2. Memanipulasi peluang
c. Pensyarah yang ada
Hospitaliti
LAMPIRAN A

KATEGORI TEMPAT-TEMPAT PROGRAM LAWATAN SEKOLAH

Sains dan Teknologi


1. Pusat Sains Negara / Pusat Remote Sensing
2. Balai Cerap Planetarium Negara

Mercu Tanda
1. Menara Jam Sendeng
2. Menara Kuala Lumpur

Galeri
1. Galeri Seni Lukis
2. Galeri Perdana

Kesenian dan Kebudayaan


1. Muzium Kebudayaan Melaka
2. Kilang batik dan songket
3. Istana Budaya

Sejarah
1. Muzium Sejarah (Kota A Famosa, Lembah Bujang)
2. Rumah kelahiran pemimpin negara
PENGURUSAN SISTEM FAIL

Kandungan dalam fail adalah seperti yang berikut :-


i. Perlembagaan / Peraturan.
ii. Senarai Nama Guru Penasihat Kelab ( Carta )
iii. Senarai Nama Jawatankuasa Induk ( Carta )
( keanggotaan dari kalangan pelajar )
iv. Senarai Nama Ahli Kelab ( mengikut SMM )
v. Perancangan Aktiviti
1. Rancangan Sepanjang Tahun
2. Sesi perjumpaan – sekurang-kurangnya 12 kali
vi. Panggilan Mesyuarat (AGM dan mesyuarat jawatankuasa)
vii. Minit Mesyuarat ( sekurang-kurangnya 3 kali setahun )
viii. Minit Mesyuarat Agung ( sekurang-kurangnya 1 kali setahun bulan Ogos )
ix. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun.
x. Dokumentasi.
2 PENGURUSAN PERJALANAN PELANCONGAN

2.1 Akiviti yang dianjurkan perlu melalui perancangan yang menyeluruh dan teliti. Antara langkah-
langkah yang terlibat ialah :-
2.1.1 Menyediakan Kertas Cadangan Lawatan – kertas ini hendaklah
menyatakan :-
2.1.1.1 Tujuan lawatan.
2.1.1.2 Tempat / destinasi yang hendak dituju.
2.1.1.3 Bajet – kadar kutipan dan jumlah kewangan.
2.1.1.4 Senarai nama murid.
2.1.1.5 Senarai nama guru.
2.1.1.6 Nama ketua rombongan.

2.1.2 Menyerahkan kertas cadangan kepada Pengetua atau Guru Besar bagi
mendapatkan kelulusan:-
2.1.2.1 Pelaksanaan aktiviti.
2.1.2.2 Kadar kutipan dan jumlah kewangan yang dipungut.
2.1.2.3 Senarai nama murid yang menyertai.
2.1.2.4 Senarai guru yang dilantik bertugas dan yang menyertai aktiviti.
2.1.2.5 Ketua rombongan

2.1.3 Pelantikan ketua rombongan dan perbelanjaan kewangan secara bertulis oleh
Pengetua atau Guru Besar.

2.1.4 Surat Maklumat Waris


2.1.4.1 Surat dikeluarkan untuk memaklumkan waris tentang aktiviti yang dianjur
dan mendapat kebenaran bertulis penglibatan murid menyertai aktiviti.

2.1.4.2 Isi kandungan surat maklumat waris


2.1.4.2.1 Tarikh dan tempat lawatan.

2.1.4.3 Isi kandungan surat maklumat waris


2.1.4.3.1 Tarikh dan tempat lawatan.
2.1.4.3.2 Jadual aktiviti.
2.1.4.3.3 Langkah-langkah yang diambil untuk menjaga
keselamatan dan kebajikan murid.
2.1.4.3.4 Surat pengesahan kesihatan dan maklumat perubatan
serta alahan.
2.1.5 Mesyuarat Pelaksanaan – mesyuarat dianjurkan beberapa kali bagi tujuan untuk
menentukan perkara-perkara yang berikut :
2.1.5.1 Penyediaan dan edaran surat tawaran penyertaan murid dan surat
kebenaran waris
2.1.5.2 Tempahan tempat lawatan, penginapan dan pengangkutan
2.1.5.3 Merancang perjalanan pergi dan balik ke tempat lawatan
2.1.5.4 Menapis permohonan penyertaan murid
2.1.5.5 Melengkapkan maklumat murid dan guru
2.1.5.6 Melengkapkan borang permohonan pelaksanaan aktiviti

2.1.6 Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

2.1.7 Tindakan susulan selepas kebenaran JPN diluluskan.

2.1.8 Sebelum memulakan perjalanan, tindakan yang berikut perlu ambil :-


2.1.8.1 Taklimat kepada ibu bapa / penjaga
2.1.8.2 Memastikan Peti Kecemasan ( First Aid ) disediakan.
2.1.8.3 Membawa dokumen kebenaran rawatan murid bersama-sama.

2.1.9 Tindakan jika aktiviti dibatalkan atau perjalanan tergendala


2.1.9.1 Aktiviti dibatalkan – ketua rombongan perlu memaklumkan kepada JPN
berserta surat pembatalan program lawatan / surat penangguhan.
2.1.9.2 Pemandu tidak mencukupi – perjalanan tidak dibenarkan sekiranya
pemandu kedua (gantian) tidak hadir sama.
2.1.9.3 Perjalanan tergendala – akibat daripada bencana alam atau kerosakan
kenderaan.

2.2 SEMASA AKTIVITI

2.2.1 Apabila murid dan guru mula bergerak maka langkah-langkah yang berikut perlu
diambil perhatian dan dipatuhi:-

2.2.1.1 Memastikan arahan dan peraturan secara bertulis ( peraturan dan arahan
program sepanjang lawatan ) dibaca dan difahami oleh murid dan
diedarkan kepada semua ahli rombongan
2.2.1.2 Semua peraturan hendaklah dipatuhi oleh murid dan guru yang
menyertainya.
2.2.1.3 Maklumat hospital / pusat kesihatan , balai polis dan Jabatan Pelajaran
Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran dengan tempat
lawatan.
2.2.1.4 Urus setia hendaklah dimaklumkan sekiranya terdapat ahli keluarga yang
ingin berjumpa atau membawa murid keluar.
2.2.1.5 Memastikan bahawa ahli rombongan terdiri daripada ahli yang tersenarai
sahaja.
2.2.1.6 Menentukan supaya peti kecemasan sentiasa ada bersama-sama di
sepanjang tempoh aktiviti.

2.2.1.7 Pergerakan murid hendaklah sentiasa diawasi dan dalam makluman guru
pengiring.
2.2.1.8 Jika berlaku sebarang kerosakan kenderaan , murid hendaklah berada di
luar kenderaan dan berkumpul di tempat yang selamat.
2.2.1.9 Lawatan hendaklah dilakukan ke tempat-tempat yang tersenarai dalam
jadual sahaja.
2.2.1.10 Memastikan penyelamat kelemasan bertauliah disediakan jika melibatkan
aktiviti air.
2.2.1.11 Memastikan murid diambil oleh keluarga masing-masing apabila
rombongan kembali ke sekolah atau mana-mana tempat yang ditentukan.
2.2.1.12 Murid-murid yang tidak dibawa pulang oleh waris hendaklah dihantar dan
diiring ke rumah.
2.2.1.13 Menentukan catatan pergerakan sentiasa dikemaskinikan dalam BUKU
LOG.
2.2.1.14 Perlu dipastikan terdapat makanan yang bersesuaian / sesuai di makan /
mencukupi ( halal dan vegetarian ) mengikut keperluan murid.

2.3 SELEPAS AKIVITI

2.3.1 Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan bertulis mengenai lawatan dan
laporan perbelanjaan kutipan bayaran lawatan dan menyerahkannya kepada
Pengetua / Guru Besar. Pihak pentadbir sekolah akan memutuskan lebihan wang
tersebut.

2.3.2 Bagi menentukan supaya kegiatan lawatan memberi impak kepada pengalaman
pendidikan kepada murid-murid, maka dua jenis laporan hendaklah disediakan.

2.3.2.1 Laporan pengurusan lawatan


2.3.2.1.1 Penilaian mengenai pengendalian aktiviti lawatan.
2.3.2.1.2 Perlu diisi oleh setiap orang murid yang menyertainya.

2.3.2.2 Laporan lawatan


2.3.2.2.1 Disediakan oleh murid secara berkumpulan.
2.3.2.2.2 Laporan ini mengandungi aktiviti persediaan sebelum
lawatan , semasa lawatan serta selepas lawatan.
2.3.2.2.3 Sesi pembentangan ( jika perlu )
2.3.2.2.4 Laporan hendaklah disiapkan dalam bentuk tulisan, gambar
dan buku skrap.

3 SUMBER MAKLUMAT
3.1 Pusat Penerangan Pelancongan / TDC
3.2 Agensi Pelancongan Tempatan
3.3 Laman web –Internet
4 PEMANTAUAN

4.1 Tugas pemantauan aktiviti dilakukan oleh :-


4.1.1 Pengetua / Guru Besar ( Penilai Kedua )
4.1.2 Penolong Kanan Kokurikulum ( Penilai Pertama )
4.1.3 Guru Penasihat ( Penilai Berterusan )

4.2 Pemantauan merangkumi


4.2.1 Laporan Aktiviti.
4.2.2 Dokumentasi ( Bahan Cetakan )
4.2.3 Dokumentari ( Bahan Audio / Video )
4.2.4 Pembentangan Bajet
4.2.4.1 Tujuan lawatan.
4.2.4.2 Tempat / destinasi yang hendak dituju.
4.2.4.3 Bajet – kadar kutipan dan jumlah kewangan.
4.2.4.4 Senarai nama murid.
4.2.4.5 Senarai nama guru.
4.2.4.6 Nama ketua rombongan.
Disediakan oleh :

1. PUAN FARIDAH BT. BAHARIN BAHAGIAN SEKOLAH, KPM


2. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN, KEDAH.
3. ENCIK NOOR AZAM BIN MAHAMUD SK BUKIT PINANG, KEDAH

You might also like