Definasi Perkataan "Mentor" & "Mentee": Monday, 30 November 2009

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pelajar di Management & Science University terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Oleh itu,
khidmat nasihat yang menyeluruh sepanjang pengajian mereka dalam Program masing-masing
amat diperlukan. Sehubungan itu, pihak pengurusan Management & science university telah
menyediakan Program Mentor Mentee untuk membantu pelajar semasa mengikuti program ini.
Sepanjang pengajian, di bawah program ini setiap pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah
bimbingan seorang mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar di Management & Science
University.

Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat
hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk
masalah yang dihadapi. Selain itu pada setiap hari rabu, telah dijadualkan satu perjumpaan diantara
mentor dan para mentee bagi mengisi aktiviti yang telah disediakan sepanjang semester tersebut.
Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan
untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik dan
mengatasinya dengan mendapatkan nasihat daripada mentor masing-masing. Usaha sedemikian
perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek
akademik secara berterusan.

Melalui program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai
perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan
mentor juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar melalui aktiviti
yang dianjurkan mentor.
Posted by mentor mentee at 09:38 No comments:

Monday, 30 November 2009


Definasi perkataan "Mentor" & "Mentee"
MENTOR

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang
boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam
memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.

MENTEE

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi
khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai
pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk
menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan,
kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.

Posted by mentor mentee at 09:28 No comments:

Wednesday, 25 November 2009


mukaddimah
Assalamualaikum & salam sejahtera.

terlebih dahulu ucapan terima kasih diberikan kepada mentor iaitu ustaz herzali yang telah
memberi tanggungjawab ini kepada saya bagi mengisi ruangan ini yang juga merupakan
satu ruangan untuk kita semua. diharapkan blog Mentor-Mentee ini dapat dijadikan sebagai
wadah untuk dikongsikan bersama, khasnya kepada semua mentee Ustaz Herzali.

Objektif utama pembentukan blog ini adalah bagi merencana dan mengisi setiap program-
program yang dijalankan sepanjang program mentor-mentee ini berlangsung. selain itu,
blog ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu platform bagi para mentee untuk
menghasilkan artikel yang bebas tetapi haruslah berkonsepkan ilmiah. sehubungan itu,
kepada semua mentee yang berminat untuk menghasilkan artikel untuk diterbitkan dalam
blog ini boleh berhubung melalui saya dan kerjasama dari para mentee untuk menghasilkan
entry untuk blog ini adalah sangat dialu-alukan.

Semoga atas kerjasama dari mentor dan juga mentee, segala program yang direncanakan
sepanjang semester ini dapat dijalankan dengan jayanya. Akhir sekali dari saya, semoga
kita semua akan mendapat manfaat melalui aktiviti mentoring yang dianjurkan ini.
Insyaallah.

sekian. wassalam.

You might also like