Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab
pelbagai pihak bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan sebab-sebab berlakunya kes
penculikan kanak-kanak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Kehilangan kanak-kanak sering diperkatakan oleh media massa sejak sekian lama.
Kehilangan kanak-kanak bukan lagi isu yang luar biasa walaupun semua ibu bapa tidak mahu
kes ini menimpa diri mereka. Persoalannya, apakah ibu bapa dewasa ini benar-benar
melaksanakan tanggungjawab dalam melindungi anak-anak mereka?

Berdasarkan kajian, kehilangan kanak-kanak berlaku ketika berada di luar pengawasan


ibu bapa. Ada kanak-kanak yang diculik dalam perjalanan ke sekolah, balik dari sekolah, atau
ke kedai sendirian. Bagi menangani isu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertanggungjawab
untuk memastikan keselamatan anak-anak. Elakkan kanak-kanak bersendirian walaupun
sekadar bermain di halaman rumah. Kekangan utama ialah ibu bapa tidak mempunyai masa
atau sibuk dengan tugas-tugas harian yang ada ketikanya anak-anak dibiarkan di rumah
sendirian. Tindakan ibu bapa ini termasuklah dalam kategori sengaja atau cuai dengan
meletakkan anak-anak dalam keadaan yang dapat membahayakan keselamatan mereka. Kanak-
kanak usah dibiarkan keluar dari rumah tanpa pengawasan walaupun ke rumah kawan atau ke
taman permainan.

Selain itu, ibu bapa perlu sentiasa menasihati anak-anak agar tidak menghampiri atau
tidak mengikut orang yang tidak dikenali. Ibu bapa juga perlu memastikan pengasuh anak-
anak atau pemilik taska benar-benar menjaga keselamatan anak-anak mereka. Situasi sebegini
seolah-olah mengongkong anak-anak, namun perlu difahamkan bahawa kebebasan yang
diberikan kepada anak-anak mungkin akan menerima padah kemudiannya. Seterusnya,
kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan megambil tindakan terhadap ibu bapa
yang cuai sehingga membahayakan kanak-kanak. Kerajaan juga telah menggubal AKTA 611,
iaitu Akta Kanak-kanak khusus bagi menjaga kebajikan kanak-kanak yang berumur di bawah
18 tahun. Akta ini menetapkan bahawa ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak-anak mereka
akan dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 10
tahun atau kedua-duanya sekali.

Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam menangani isu kehilangan kanak-
kanak ini seperti memberi teguran dan nasihat kepada ibu bapa atau jiran tetangga sekiranya
mendapati terdapat anak-anak jiran yang berkeliaran sendirian. Kenali dan sentiasa berhubung
dengan jiran agar hubungan yang baik dan mesra dapat dijalin dalam menjaga keselamatan diri
sendiri dan jiran-jiran yang lain. Sikap bekerjasama dan saling menolong serta mengambil
berat tentang kejiranan memberikan banyak kebaikan, selain hidup harmoni, masalah jenayah
dalam kalangan masyarakat setempat juga dapat dihindari.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jangan Cuai Keselamatan Anak’
oleh Suzana Ghazali,Akhbar Kosmo, 15 Februari 2016)

SOALAN 2 PEMAHAMAN

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menerima padah dalam petikan.


[2 markah]

ii. Pengarang ada menyebut beberapa sikap cuai ibu bapa yang menyebabkan kehilangan
kanak-kanak.
Nyatakan kecuaian ibu bapa tersebut.

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang dialami oleh kanak-kanak dan ibu bapa
akibat kehilangan kanak-kanak ini?

[4 markah]

Soalan 3 :
a. Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. haus
ii. buku
iii. bulan
[6 markah]
b. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Pengguna tidak perlu melakukan pembelian cemas apabila sesetengah barangan


kekurangan dalam pasaran kerana tindakan itu akan mendorong para peniaga-
peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan.

ii. Kakitangan awam yang hidup mewah berbanding dengan pendapatan mereka
sudah tentu dikhuatiri terlibat dalam aktiviti mempergunakan kedudukan dan
jawatan mereka demi untuk kepentingan sendiri.
iii. Golongan yang cuba menafikan kepentingan bahasa kebangsaan masih belum
dapat menyambut kenyataan bahawa negara sudah lama bebas dari belenggu
penjajahan.

KERTAS SOALAN TAMAT.

You might also like