Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bilangan jurnal : 9/12

Minggu Praktikum : Sembilan

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 Oktober 2018

Tajuk Jurnal : Masalah arahan

1. Isu yang difokuskan :

Masalah memberi arahan kepada murid ketika pembelajaran dan pemudahcaraan


berlangsung. Arahan yang tidak jelas dan tidak tegas menyukarkan guru untuk mengawal
kelas kerana murid tidak memberikan perhatian ketika guru memberi penerangan di hadapan
kelas. Arahan yang dimaksudkan ialah arahan untuk murid menumpukan fokus mereka
terhadap guru.

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini dapat dilihat apabila saya mengajar tahun empat berlian pada hari khamis yang
lepas. Kelas tersebut terdiri daripada 40 orang murid yang mempunyai tahap kognitif yang
berbeza. Kelas yang ramai murid menyukarkan saya untuk memberikan arahan dengan jelas
kerana terdapat beberapa orang murid yang masih tidak peka dengan arahan tersebut.
Tambahan pula, arahan yang tidak tegas juga merupakan salah satu punca penumpuan murid
terhadap guru. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengulangi dan menegaskan arahan
tersebut beberapa kali sehingga mengambil masa yang lama.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian bagi masalah,
antaranya ialah :
a. Saya akan menarik perhatian mereka terlebih dahulu untuk menumpukan perhatian
semasa saya mengajar seperti menyuruh mereka menepuk tangan. Perkara ini dapat
membantu mereka untuk menumpukan fokus daripada melakukan perkara yang lain
kepada penerangan saya.
b. Saya akan membaca lebih banyak buku yang berkaitan penegasan agar saya dapat
terapkan kepada murid semasa pembelajaran dan pemudahcaraan.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah serta
berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu untuk menangani peberian
arahan yang berlaku dalam kelas. Hal ini demikian kerana bagi membolehkan saya mengawal
murid untuk menumpukan perhatian kepada mereka. Sekiranya, masalah ini tidak diatasi
secepat mungkin sudah pasti tingkah laku murid serta pembelajaran dan pemudahcaraan
tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

7. Tindakan Susulan

7 Oktober 2018

Rujukan

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :_____________________ Tandatangan :_____________________


Nama :_____________________ Nama :_____________________
Tarikh :_____________________ Tarikh :_____________________

You might also like