Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

E-dagang

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan
dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang
merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan
kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan
pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di
jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan
produk perkhidmatan

Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah perangkaian dan
integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual
ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan
transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan
kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (Majalah PC, Mei 2006).

Kebaikan E-Dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah dalam
ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang
bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi
keluarga adalah menjimatkan. Selain itu E-Dagang berupaya memberi maklumat yang mesra
pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari
serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. Maklumat yang
diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul.

Di samping itu, e-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu
ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan
ditempah.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan
perkhidmatan e-dagang melalui internet.Akan tetapi,barang yang ditempah daripada
pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.Ini menyebabkan para penguna
tidak yakin dengan e-dagang.

Dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-


dagang ini.Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang
dibeli.Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata
tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut.Contohnya,para pengguna hanya dapat
melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet.Jelaslah,e-dagang dapat
menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.Sekiranya perkhidmatan e-
dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna.Akan
tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan
menyebabkan mereka kerugian.
E-DAGANG

Bincangkan kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik (E-dagang) .


Pendahuluan :
· Perdagangan elektronik (E-dagang) hangat diperkatakan di dunia perniagaan kini .
· Ini selaras dengan perkembangan teknologi komputer , era internet / siber .
· E-dagang adalah satu daripada 7 aplikasi perdana yang dibangunkan dalam projek MSC .

Isi-isi :
KEBAIKAN PELAKSANAAN E-DAGANG
Membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global
· Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar , iaitu sehingga 60 juta
pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat .
· Kedai Dot-com dalam internet membolehkan peniaga memperagakan dan mempromosi barangan
jualan dan perkhidmatan dengan mudah dan berkesan kepada pelanggan seluruh dunia .
· Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku
(Amazon.com) dan jualan komputer Dell .

Menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan


· Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung
melalui laman web berkenaan dalam internet .
· Tidak perlu membayar sewa kedai , menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai .
· Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada
agen .

Memudahkan aktiviti membeli-belah / Pengguna


· Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik .
· Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi .
· Barangan tempahan dari mana-man sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah .
· Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari .

MASALAH PELAKSANAAN E-DAGANG


Soal keselamatan pengguna harus diambil kira
· Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .
· Sejauh manakan aktiviti memberikan nombor kad kredit bagi membeli sesuatu itu selamat ?
· Masalah kawalan undang-undang yang cukup atau lengkap .

Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi


· Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan E-dagang .
· Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-
dagang .

Masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet


· Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi
pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini .
· Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC .

Kesimpulan :
· Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik .
· Pesediaan yang lebih teratur perlu jika konsep E-dagang ini hendak dilaksanakan .
· Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan
yang tidak diingini .
TELEPERUBATAN

Cara-cara teleperubatan dapat membantu manusia .

Pengenalan :
· Teleperubatan merujuk kepada perkhidmatan kesihatan merentasi jarak jauh dengan
menggunakan teknologi telekomunikasi yang canggih .
· Misalnya penghantaran data pesakit , gambar radiograf , scan CAT , MRI , kajian bunyi ultra ,
gambar patologi , gambar video endoskop dan lain-lain melalui jaringan komputer atau internet .

Isi-isi :
Teleperubatan boleh mengatasi masalah kekurangan kemudahan perubatan
· Pakar-pakar perubatan berpengalaman enggan berkhimatan di kawasan terpencil yang serba
kurang .
· Masalah membawa keluar pesakit ke kawasan bandar mengambil masa dan menelan belanja
yang tinggi .
· Dengan kemudahan teleperubatan , pakar perubatan dapat dirujuk dengan bantuan teknologi
telekomunikasi dan pesakit dapat diperiksa dan diberi rawatan serta merta .

Kemudahan teleperubatan memudahkan capaian maklumat dan data perubatan pesakit


· Ujian dan analisis atau kerja dignosis selalunya mengambil masa .
· Ini menjejaskan peluang pesakit untuh sembuh khusisnya bila berlaku kecemasan seperti
kemalangan .
· Maklumat segera dan terperinci tentang seseorang pesakit misalnya penyakit kronik atau alahan
terhadap dadah tertentu mungkin dapat menyelamatkan nyawa .
· Dalam aspek ini teleperubatan dapat memastikan keselamatan kesihatan penduduk lebih
terjamin .

Mengoptimumkan perkhidmatan pakar


· Khidmat nasihat pakar perubatan misalnya untuk sesuatu penyakit khusus dan jarang berlaku
selalunya tidak dapat disediakan di seluruh negara .
· Melalui telesidang yang menghubungkan hospital bandar dan luar bandar , pakar runding di
bandar dapat memberi nasihat dan menyelia doktor kawasan pendalaman menghadapi situasi
genting merawat pesakitnya .
· Teleperubatan juga boleh dibuat melampaui sempadan negara di mana pesakit atau doktor
tempatan boleh membuat rundingan dengan pakar luar negara yang handal untuk merawat
pesakit tertentu .

Teleperubatan meningkatkan keberkesanan sistem perkhidmatan kesihatan negara


· Semua pusat kesihatan , jabatan perubatan , klinik desa dihubungkan dan dapat diakses secara
terus antara satu sama lain secara on-line .
· Ini akan menjimat kos pengurusan perkhidmatan kesihatan dan meningkatkan keberkesanan
perubatan negara kita .
· Pakar perubatan boleh menggunakan telekonferens video untuk membimbing , menasihati dan
memberi tunjuk ajar kepada doktor pelatih di klinik perubatan desa .
· Keadaan ini membolehkan kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih
menyeluruh kepada semua pesakit tanpa kira kedudukan geografi atau taraf sosioekonomi .

Perlaksanaan teleperubatan akan memajukan bidang perubatan negara


· Pelajar-pelajar perubatan dapat mengikuti kuliah atau ceramah perubatan oleh pakar luar
bandar secara telekonferens .
· Doktor pelatih dapat mengikuti proses pembedahan bersejarah di luar negara dan belajar
darinya .
· Pakar-pakar perubatan dapat berkongsi kepakaran melalui kaedah ini dengan rakan-rakan
mereka di seluruh dunia .
· Ini boleh memajukan dunia perubatan dan memanfaatkan rakyat .

Kesimpulannya :
· Perlaksanaan teleperubatan pasti akan meninggikan kualiti perkhidmatan perubatan kepada
seluruh rakyat tanpa mengira lokasi dan keadaan sosioekonomi mereka .
· Pertukaran maklumat dan kepakaran rawatan perubatan secara bestari melalui teleperubatan
akan memanfaatkan pesakit di seluruh pelosok negara dan dunia .

You might also like