Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Sinopsis

Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya ’Pandangan Islam Tentang Seni’
menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh
sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang
cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan
perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.

Pengenalan Seni Oriental

Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu
atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang
tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra
Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah
Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam, Seni China
dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk
menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang berasal dari
kawasan tersebut.

Seni Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan


antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai
akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni
Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni
Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman
Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas."

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa
mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam
adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua
tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu,
perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan
manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.

Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran


mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam
terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-
elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk
mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada
Tuhan.
Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah.
Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami
ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik,
seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas.
Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan insan yang
hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam
konteks syariah islamiah.

Falsafah Seni Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk


kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada
kitab Al Quran dan hadis Nabi.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh
oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk
mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk
keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid
dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-
perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan
kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni
adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak
kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam,
ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan
Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi
ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah
yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak
berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan
alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu
penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang
berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat
meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid
dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:‘Setiap motif
‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang
tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’.
Seni Khat

Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun.
Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan
kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek
yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan
kata-kata bijak pandai (hukama').

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai
kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-
huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn
Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan
gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model
khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi
berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam
mushaf Usmani, nama kitab atau buku.

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang


kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga
menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya
pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan
yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi
keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan
agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Jenis-jenis Seni Khat

Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei
khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang
dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi,
Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai
hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan
dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan
hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab
serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan
buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca,
jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia).
Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan
buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan
untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah
untuk mengambil nota kuliah

Khat Diwani.

Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan secara meluas
semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan
untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan
sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali.

Jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya, rumit


penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung
dan sebagainya.

Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan
'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa.
Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari
segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan
surat-menyurat kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa
geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam
rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani
Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk
ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan
bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat
Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang
ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat
yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini
dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat
Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya
memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah
karya.
Khat Raihani

Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan
panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani merupakan
perpaduan antara Khat Thuluth dan Khat Nasakh yang di kembangkan oleh para ahli
kaligrafi pada masa kerajaan Usmaniah. Khat Raihani lazim digunakan untuk
penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, oleh kerana itu Khat
Raihani disebut juga Khat ijazah.

Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu Bawab,
namun berhubungan erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834 M),
bersempana dengan itu ia dinamakan Khat Raihani. Terdapat juga sumber lain
mengatakan nama Raihani adalah dari kata Raihan yang bererti ( harum semerbak )
kerana keindahan dan popularitinya.

Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby


bahawa menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik.
Kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel,
elastik mudah untuk dibentuk sesuai dengan tempat tanpa mengorbankan
keasliannya.

Jenis Khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah oleh
seorang seniman naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda seperti
buah-buahan, perahu, hewan, gelas ataupun tumbuhan. Dan bentuk tulisan inilah
yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam perkembangan seni Islam
khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.

Seni Bina

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang
mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,
reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan
satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau
menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka
keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat
melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang
bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan
hampir runtuh.

Lukisan dan Arca ( Ukiran)

Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang
dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan
ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin,
tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada
objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi
pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak
dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku
dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan
tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias
dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya.
Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk
geometri pada kubah dan lain-lain

Corak-Corak Arabes

Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip melengkung
yang dikembangankan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah (abad ke-16
hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak
penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).

Thuluth (Bahasa Parsi: ‫ ثلث‬solos, Bahasa Turki: Sülüs, daripada Bahasa Arab: ‫ثلث‬
"satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn Muqlah
Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya dalam
kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan
dengan skrip garisan yang melengkung dan condong (oblik)

Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya
tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan
bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku
sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-
Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis
Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-
benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran
tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh
seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih
berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan
ciptaan tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun.
Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China
mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan
kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius
dan Taoisme. Manakala falsafah India pula disebut Darsana, yang bersifat
ketuhanan, spiritual dan percaya seni berkait rapat dengan masyarakat.

You might also like