Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UE01602

DIALOG ANTARA AGAMA

Nama No. Matrik

Seksyen

1 Mohamad Fadlie Shafiq bin Osman 3 BA17110198

2 Faziahtul Idayu binti Malan 3 BA17110037

3 Maslinah binti Jimis 3 BA17110020

(Youtube 1) Head Covering : An Inter- Religious Discussion

Video ini adalah salah satu perbincangan mengenai antara hijab dan kesopanan.
Perbincangan ini melibatkan 3 orang panel yang berlainan anutan agama yang
dikehendaki untuk mengulas dan memberikan perspektif mereka berkenaan isu ini
mengikut pandangan agama masing-masing.

Bagi panel pertama, iaitu Dr. Mary Boys mengatakan bahawa dalam agama
kristian amalan menutup kepada adalah satu pilihan yang terletak pada individu
tersebut sendiri. Amalan pemakaian Tudung adalah cara untuk membezakan agama
individu dalam masyarakat. Bagi panel kedua pula iaitu Rovy Picker Neiss, mengikut
perspektif masyarakat Yahudi dengan mengikut kitab Yahudi, beliau menyatakan
bahawa wanita yang tidak menutup kepada adalah dianggap hina di sisi masyarakat.
Beliau juga menyatakan bahawa wanita yang sudah berkahwin dan keluar rumah
tanpa menutup kepada boleh diceraikan suaminya tanpa diberi nafkah. Namun begitu,
dapat disimpulkan bahawa amalan menutup kepala ini semakin dilupakan pada masa
kini. Bagi panel ke-3 pula iaitu Tayyibah Taylor yang merupakan wanita muslim beliau
berkata bahawa pemakaian tudung dalam kalangan wanita muslim adalah salah satu
daripada kewajipan kita sebagai muslim bagi mengikuti perintah-Nya . Beliau juga
menggunakan Al-Quran dan hadis bagi mengukuhkan hujah beliau. Beliau
menegaskan bahawa pemakaian tudung adalah salah satu cara untuk menutup aurat
dan menjaga kehormatan seorang wanita. Amalan ini bolehlah dikatakan
memperlihatkan kesopanan seorang wanita yang baligh.

Secara Kesimpulannya, Amalan bertudung dalam setiap agama mempunyai


tanggapan yang berlainan. Namun begitu, setiap wanita mempunyai hak untuk
memakai tudung kerana ianya mencerminkan agama masing-masing . walaupun
terdapat sesetengah pendapat negatif, namun ianya bergantung kepada mereka
untuk memperlihatkan dan menjaga kesucian agama masing-masing berdasarkan
cara penerimaan ramai.
(Youtube 2) Breaking The Taboo in Interfaith Dialogue

Video berkenaan adalah mengenai program dialog antara agama yang


membincangkan tentang isu-isu agama. Video ini memperlihatkan keakraban tiga
sahabat yang mempunyai latar belakang agama yang berbeza iaitu Imam Jamal
Rahman yang beraagama Islam, Dastor Bon Mackenzie yang beragama kristian dan
Rabbi Ted Falcon yang beragama yahudi. Ikatan persahabatan mereka amat unik
kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa tiga golongan agama ini adalah
sentiasa berbeza pendapat dan sering bermusuhan terutama dalam soal menegakkan
bahawa perbezaan agama bukanlah satu halnagan dalam menjalin ikatan
persahabatan . hal ini demikian kerana, sekiranya kita memahami antara satu sama
lain ia akan mengajak kita untuk bersifat terbuka tentang ajaran agama mereka.
Semua agama di dunia ini mempunyai satu tinjauan yang sama iaitu untuk memandu
penganutnya melakukan kebaikan sesama manusia serta taat kepada perintah tuhan.
Oleh itu, semua masyarakat wajar untuk menerima dan menghormati agama orang
lain kerana dengan sikap ini kita dapat mengelak daripada berlakunya permusuhan
yang boleh membawa kepada kehancuran masyarakat di seluruh dunia.

You might also like