Surat Makluman PBS Kepada Ibubapa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA (1) Telefon : 07-3873853

JALAN PERMAS 1/9, TAMAN PERMAS JAYA Faks : 07-3882603


81750 JOHOR BAHRU Kod Sekolah : JBA 1063

No. Ruj : JBA1063/03/14 ( )


Tarikh : 5 Jan 2019
Kepada Semua Ibu Bapa/ Penjaga
Murid Tahun 1 Hingga 6

Tuan/ Puan,

MAKLUMAN TENTANG PELAKSANAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Dengan hormtanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penambahbaikan terhadap


Sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2011.
Pada tahun 2019, pelaksanaan PBS akan melibatkan murid Tahun 1 hingga tahun 6.

3. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah, dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan
oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

4. Komponen PBS terdiri daripada:

Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,


(Bermula dari Tahun 1 hingga 6) diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru yang
melibatkan semua mata pelajaran.
Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan
AKADEMIK
(Bermula dari Tahun 4 hingga 6) dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan
tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah
Sukan dan Kokurikulum yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui
(Bermula dari Tahun 4 hingga 6) penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan,
BUKAN aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.
AKADEMIK Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah
(Bermula dari Tahun 1 hingga 6) dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan,
kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid.
5. Dengan pelaksanaan PBS maka tidak ada lagi laporan pencapaian atau kemajuan prestasi murid dalam
bentuk markah, gred dan ranking (kedudukan dalam kelas). Sebaliknya melalui Pentaksiran Sekolah pelaporan
prestasi adalah merujuk kepada Standard Prestasi berasaskan band yang akan menyatakan apa yang murid tahu,
faham dan boleh buat. Berikut adalah kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran Sekolah:
BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu

6. Sehubungan dengan itu, kehadiran murid ke sekolah amat penting agar proses pentaksiran ini dapat
dijalankan dengan lancar semasa pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan kehadiran dan penglibatan
murid dalam aktiviti kokurikulum dan ekstrakurikulum akan dapat memberi nilai tambah dalam pencapaian prestasi
murid.

7. Kerjasama dan komitmen Tuan/ Puan amatlah diharapkan bagi membantu pihak sekolah menjayakan PBS
dengan sentiasa memberi dorongan dan memantau kehadiran dan perkembangan pelajaran anak Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

_________________________
Guru Besar,
SK Permas Jaya 1

You might also like