Kertas Kerja SWA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

SCOUTS OF THE WORLD AWARD


KEMPEN KESEDARAN KESAKSAMAAN JANTINA
1.0 PENDAHALUAN

Persoalan tentang gender dan kesaksamanaan gender mula dititikberatkan sejak 1990

khususnya setelah Deklarasi Beijing pada 1995. Di Malaysia, tumpuan ke atas persoalan

gender bukan sahaja didapati dalam wacana-wacana ilmiah, malah turut diarusperdanakan

dalam Rancangan Malaysia ke-8 dan Rancangan Malaysia ke-9. Tumpuan ini diberikan bagi

tujuan memperkasakan hak sama rata antara gender. Oleh itu, masalah hak kesamarataan

jantina ini menjadi masalah yang semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia

sejak kebelakangan ini. Dengan ini, pihak kami bercadang untuk menjalankan sebuah

kempen kesedaran mengenai kesaksamaan jantina. Fokus kempen ini adalah untuk memberi

kesedaran tentang masalah hak kesamarataan jantina terhadap masyarakat di Kuching

Sarawak. Kawasan kempen dihadkan kepada India Street dan Waterfront kerana mempunyai

tumpuan masyarakat yang ramai. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama pihak

Pembimbing Rakan Siswa Pendidik IPGK Batu Lintang, Biro Hal Ehwal Wanita Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar IPGK Batu Lintang, Pengakap KLM 37 dan Kementerian Kebajikan,

Kesahjetaraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak. Pendekatan

bagi kempen ini adalah dengan mengadakan dua percubaan sosial (social experiment) yang

berbeza iaitu melakonkan sebuah situasi yang berkenaan dengan kesaksamaan jantina dan

membuat satu permainan yang melibatkan masyarakat. Tujuan percubaan social (social

experiment) ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

kesaksamaan jantina.

2.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini, beberapa objektif akan tercapai:

3.1 Meninjau tahap keperihatinan masyarakat terhadap isu Kesaksamaan Jantina.

3.2 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat dalam kesaksamaan


jantina.
3.3 Melibatkan 100 orang sebagai penyokong program HeForShe yang dianjurkan oleh
United Nation sebelum menjelang tahun 2020 dengan menggunakan borang ikrar
yang disediakan.

3.0 KUMPULAN TERLIBAT

3.1 Ahli Pengakap: Kru KLM 29 dan Kru KLM 37

3.2 Agensi Luar: Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita,


Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Pembimbing Rakan Siswa
Pendidik IPGK Batu Lintang dan Biro Hal Ehwal Wanita Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Sesi 2019/2020

3.3 Masyarakat setempat: masyarakat di sekitar India Street dan Waterfront,


Kuching Sarawak.

4.0 MODUS OPERANDI

Bil Perkara Mac

M1 M2 M3 M4
1 Penubuhan dan
perbincangan dengan ahli
jawatankuasa
2 Merangka kertas kerja

3 Berbincang dengan
Kementerian Kebajikan
Kesejahteraan Komuniti
Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Kanak-
Kanak
4 Membuat cadangan
penambahbaikan terhadap
kertas kerja
5 Menghantar kertas kerja
kepada Penolong Ketua
Pesuruhjaya Pengakap
Negara, Tn. Amir Hamzah
6 Membuat cadangan
penambahbaikan terhadap
kertas kerja
7 Penyediaan bahan
keperluan dan pembahagian
tugas
8 Pelaksanaan program di
India Street, Kuching
Sarawak
9 Pelaksanaan program di
Waterfront, Kuching
Sarawak
10 “Post-mortem”

11 Pembikinan video

12 Penyediaan laporan

5.0 TEMPOH MASA


5.1 Tempoh masa keseluruhan : 1 bulan
5.2 Tempoh masa setiap aktiviti

Bil. Perkara Tempoh


Masa
1 Penubuhan dan perbincangan dengan ahli jawatankuasa 1 Hari

2 Merangka kertas kerja 1 Minggu

3 Berbincang dengan Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti 1 Hari


Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
4 Membuat cadangan penambahbaikan terhadap kertas kerja 3 Hari

5 Menghantar kertas kerja kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya 1 – 2 Hari


Pengakap Negara, Tn. Amir Hamzah
6 Membuat cadangan penambahbaikan terhadap kertas kerja 3 Hari

7 Penyediaan bahan keperluan dan pembahagian tugas 4 Hari


8 Pelaksanaan program di India Street, Kuching Sarawak 1 Hari

9 Pelaksanaan program di Waterfront, Kuching Sarawak 1 Hari

10 “Post-mortem” 1 Hari

11 Pembikinan video 1 Hari

12 Penyediaan laporan 1 Minggu

6.0 IMPAK PROGRAM


6.1 Individu
6.1.1 Dapat memberi kesedaran kepada individu tentang kepentingan
kesaksamaan jantina dalam kehidupan seharian mereka.

6.2 Masyarakat

6.2.1 Dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang


hak kesaksamaan jantina.

6.2.2 Dapat menyebarkan informasi tentang kesaksamaan jantina kepada


masyarakat sekitar Kuching.

7.0 LAMPIRAN
7.1 Bahan keperluan
Bil. Perkara Kuantiti (Unit)
1. Kamera 2
2. Tripod Stand 2
3. Portable Speaker 1
4. Microphone 1
5. Meja 1
6. Kerusi 2

7.2 Anggaran kos


Bil. Perkara Kuantiti (Unit) Harga Seunit Kos (RM)
(RM)
1. Banner 2 50 100
2. Kertas A4 1 12.50 12.50
3. Sticker 100 0.50 50
4. Hadiah 5 5.00 25
Jumlah 187.50

7.3 Senarai Ahli Jawatankuasa

Guru Penasihat
Hj Thadzul Azali B Jumaat
En. Kamarudzaman Bin Hj Mohd Ali
Pn. Aniza binti Adil

Ketua Program
Azrul Azeem Bin Selamat
Bendahari
Mohammad Adam Bin Shamsol Anuwar
Setiausaha
Khirulnisa Binti Mohd Lamrih @ Mohd Ramlee
Ketua Aktiviti
Mohammad Firdaus Bin Mohd Pu’ad
Nur Amirah Masron
Ketua Teknikal & Peralatan
Mohd Syukri Bin Rosle
Dorry Anak Man

You might also like