Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

MMN : Assalamualaikum warahmatullah!

Cikgu 2: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh!

MMN : Minta maaf cikgu, boleh kita bersembang sebentar.

Cikgu 2: Ya boleh, apa salahnya. Nak sembang tentang apa ya?

MMN : Saya Mawaddah binti Mohd Nor, pelajar sarjana pendidikan OUM, sedang
menyiapkan tugasan untuk menemubual guru berkenaan nilai dan ciri guru
cemerlang.

Cikgu 2: Oh! Ya ka. Salah orang kot, saya bukannya guru cemerlang (sambil ketawa
kecil).

MMN : Tak apa cikgu. Betul dah ni. Saya tengok pun dah tau cikgu ni orang yang
tepat untuk tugasan saya (sambil tersenyum). Boleh nuu cikgu.

Cikgu 2: Boleh laa, takat yang saya mampu.

MMN : Baiklah cikgu, boleh kita mulakan. Boleh tak cikgu perkenalkan diri, tempat
mengajar, pengalaman dan tempoh mengajar serta option dan subjek yang
cikgu mengajar di sekolah.

Cikgu 2: Haah! Banyaknya soalan mula-mula ni (sambil tersengih). Baiklah. Saya


Mohamad Hilmi bin Mohd Zain, mengajar di Maktab Mahmud Kuala Muda,
berpengalaman mengajar selama 11 tahun. Option saya Pendidikan Islam dan
saya mengajar subjek Bahasa Arab, Balaghah, Qawaid Sejarah dan Geografi.

MMN : Owh! Menarik ni. Cikgu bidang ikhtisas Pendidikan Islam, mengajar bidang
bahasa dan bidang kemanusiaan. Erm! Ni saya nak kena panggil cikgu ka
ustaz (sambil tersenyum)?

Cikgu 2: Anak murid saya panggil ciktat (sambil gelak).

MMN : (menyampuk) Cikgu campur ustat (sambil tergelak kecil). Saya panggil cikgu
lah ya.

Cikgu2: Takpa silakan, takdak masalah.


MMN : Macam mana cikgu boleh dan mampu mengajar subjek yang di luar bidang
pengkhususan cikgu?

Cikgu2: Pertamanya saya lulusan dari Timur Tengah dalam bahasa Arab, kemudian
saya mula mengajar di sini sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) untuk
subjek bahasa Arab dan yang berkaitan dengan bahasa Arab seperti Balaghah,
Qawaid, Mutolaah dan lain-lain. Kemudian bila saya diberi peluang untuk
mengambil diploma pendidikan secara KDC (Kursus Dalam Cuti) selama
setahun setengah di Universiti Utara Malaysia. Di UUM, kami tidak
ditawarkan kursus untuk bahasa Arab, tetapi yang ditawarkan adalah
Pendidikan Islam. Kami tidak mempunyai pilihan. Selepas tamat KDC dari
UUM dan dilantik sebagai PPPS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah) secara tetap, saya terus mengajar subjek yang telah di ajar sebelum
ini iaitu subjek bahasa Arab dan yang berkaitan dengannya. Kedua. Apabila
terdapat kekosongan bagi subjek kemanusiaan sama ada disebabkan guru cuti
bersalin, guru pencen atau bertukar dan tidak ada guru ganti atau guru ganti
belum sampai, maka saya menawarkan diri untuk mengajar subjek
kemanusiaan. Pihak pentadbiran sekolah juga meneliti sijil SPM guru yang
berada dalam simpanan sekolah untuk mencari atau memastikan guru ganti
yang akan mengajar subjek yang kosong tadi memang berkelayakan dan
mempunyai kemampuan untuk mengajar.

MMN : Owh! Macam tu. Erm! Bolehkan macam tu. Maksud saya seorang guru
mengajar di luar bidangnya?

Cikgu 2: Kenapa pulak tidak boleh? Seorang guru sepatutnya menguasai semua bidang
dalam sistem pendidikan biar pun tidak menjadi seorang pakar. Jika anda
memilih untuk menjadi seorang guru maka anda perlu bersedia dan berusaha
untuk menguasai semua bidang. Kedua. Kita perlu memberi kepercayaan
kepada pihak pentadbir sekolah yang memposisikan guru untuk setiap subjek;
mereka telah mengkaji dan meneliti dari semua sudut dan merekalah yang
akan menjawab kepada pihak atasan jika timbul sebarang isu tentang guru
yang mengajar di luar bidang ikhtisasnya.

MMN : Ya, saya faham. Tapi bolehkah semua guru menjadi seperti cikgu?
Kemampuan dan keterbatasan.
Cikgu 2: Sebenarnya boleh. “to be or not to be”. “If you think you can do it, you can do
it, but if you think you can’t do it, you can’t do it”. Semuanya terletak atas
kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap kita mempunyai
kemampuan yang berbeza dan keterbatasan dalam memperolehi sesuatu.
Tetapi perkara asas dalam pendidikan atau subjek dalam pendidikan
sepatutnya dikuasai oleh setiap guru biar pun tidak menjadi pakar. Saya dah
sebut di atas tadi. Buku teks dan huraian sukatan ada dibekalkan kepada guru
subjek, boleh dibaca, dikaji, diteliti dan difahami. Kemudian setiap guru juga
pernah melalui proses tersebut. Atau dalam erti kata yang lain, guru juga
pernah belajar dan menduduki peperiksaan bagi subjek tersebut. Pendek kata
guru dah ada pengalaman. Pengalaman tersebutlah yang perlu diturunkan
kepada generasi berikutnya.

MMN : Owh begitu. Baiklah cikgu. Saya nak tanya cikgu. Pada pendapat cikgu, apa
ciri yang perlu ada pada diri setiap guru supaya guru tersebut layak digelar
guru cemerlang?

Cikgu 2: Banyak. Saya sebut apa yang terlintas sahaja nuu (sambil tersenyum). Pertama.
Guru perlu menjadi seorang yang “muthaqqaf”.

MMN : (menyampuk) Apa tu?

Cikgu 2: “Muthaqqaf” ni bermaksud mempunyai pengetahuan umum yang luas dalam


pelbagai bidang. Awak cikgu kan?

MMN : Ya (sambil tersenyum dan berkerut dahi)

Cikgu 2: Awak cikgu, saya pun cikgu. Kita sama. La ni mai kita test “thaqaffah”
(pengetahuan am) kita. Awak tanya saya apa-apa 5 soalan tentang pengetahuan
am dan saya tanya awak 5 soalan juga.

MMN : (tersengih sambil menggelengkan kepala). Saya tak tau nak tanya apa.

Cikgu 2: Tanya la apa saja berkenaan pengetahuan am atau isu semasa. Apa saja.

MMN : Cikgu la tanya dulu.

Cikgu 2: Baik, saya tanya dulu. Apa nama ibu negara Honduras?
MMN : (sambil menggeleng kepala) Honduras pun tak pernah dengar. Dok kat mana
negara ni?

Cikgu 2: (sambil tersenyum). Honduras dok di Amerika Tengah, sempadan dengan El-
Savador dan Nicaragua. Ibu negara dia nama Tegucigalpa. Cikgu pulak.

MMN : (tergelak kecil) nama pun pelik macam mana nak tau. Ibu Negara Portugal?

Cikgu 2: Lisbon. Portugal negara Eropah dok bersebelahan Sepanyol. Ni mesti tengok
Euro ni, minat Christiano Ronaldo ni. Tanya la soalan susah skit (sambil
tersenyum).

MMN : Tak lah, tak minat pun bola. Nak tanya apa, tak tau nak tanya.

Cikgu 2: Dah lah main soalan ni. Ni bukti cikgu sekarang ni kurang “muthaqqaf”.

MMN : Terkena saya (sambil tergelak)

Cikgu 2: Bukan tu maksud saya. Apa yang saya nak bagi tau di sini, soalan yang
ditanya tadi tentang ciri guru yang cemerlang. Guru yang cemerlang mesti
seorang yang “muthaqqaf”, yang mempunyai pengetahuan am yang luas. Nak
dapat pengetahuan am, tidak dapat tidak mestilah rajin membaca. Rajin
membaca apa sahaja bahan bacaan adalah ciri guru yang cemerlang. Kalau
guru malas nak membaca macam mana murid nak rajin membaca. Ni tak, kita
suruh budak tulis NILAM la, marah pelajar sebab malas membaca. Cuba kita
check diri kita sama. Adakah kita layak dapat anugerah NILAM?

MMN : (menganguk-angguk)...

Cikgu 2: Kedua. Cikgu yang cemerlang mestilah up to date. Maksudnya cikgu mesti
menguasai ilmu semasa, teknik PdP terkini. Contohnya sekarang semua orang
bercakap tentang PdP abad ke-21, dari segi susunan kelas, PdP dalam kelas
dan sebagainya. Pemikiran guru juga sepatutnya pemikiran abad ke-21.
Pendidikan hari ini lebih banyak berpusatkan murid, maknanya guru sebagai
instructor dan pemudah cara. Guru membantu pelajar untuk membina
pembelajaran yang bermakna, meaningful learning. Penggunaan ict juga
sepatutnya diutamakan oleh guru. Latihan dan kerja rumah hari ini boleh
dihantar secara online. Kita ada VLE Frog. Saya sebelum diperkenalkan VLE
Frog, seingat saya mula tahun 2010 saya menggunakan nicenet sebagai
pembelajaran maya kelas saya. Minggu pertama persekolahan saya akan
mendaftar semua pelajar kelas saya dalam nicenet. Selepas itu, saya akan
selalu beri kerja rumah dan pelajar menghantar kerja rumah kepada saya
melalui nicenet ini. Nota-nota dan link bahan pembelajaran juga saya
masukkan dalam nicenet. Sakarang Alhamdulillah, lagi mudah. Dah ada VLE
Frog. Cuma ada guru yang guna dan ada yang tak guna. Tu saja.

MMN : Hebat, hebat cikgu (sambil menepuk tangan)

Cikgu 2: Tak lah. Tak hebat mana pun. Ni bukan saya cerita ni tujuan nak angkat diri
atau nak riak. Sekadar berkongsi maklumat. Dah cikgu tanya saya.

MMN : Ya, betul tu cikgu. Kita nak kongsi maklumat dan pengalaman cikgu. Saya
tertarik dengan pengalaman cikgu. Boleh kata mendahului zaman. Boleh tak
cikgu kongsi cara PdP cikgu untuk subjek sejarah. Sebab subjek sejarah ni
orang kata subjek yang boring, susah nak tarik perhatian pelajar. Saya sendiri
tak minat sejarah (sambil tersenyum).

Cikgu 2: saya memang minat sejarah, sebab tu subjek sejarah ni saya yang minta untuk
ajar.

MMN : Owh, ya ka.

Cikgu 2: Mula-mula sebelum mengajar sejarah, kita (guru) perlu terlebih dahulu
menghayati sejarah dan watak yang ada dalam sejarah tersebut. Bukan sekadar
menghayati, bahkan menjiwai. Bila kita terang dan bentang sejarah, kita terang
dan bentang dengan penuh penghayatan dan tenggelam dengan watak tersebut.
Cikgu tau siapa yang mengungkapkan kata-kata “veni, vidi, vici”?

MMN : Tak tahu cikgu (sambil menggeleng kepala).

Cikgu 2: Julius Ceasar, maharaja Rom. Bila saya mengajar sejarah tingkatan 4, sejarah
dunia. Bila nak cerita tentang kerajaan Rom, nak bagi pelajar ingat dan dapat
hayati watak Rom, saya mula induksi dengan melakonkan watak Julius
Ceasar. Julius Ceasar ketika selepas perang Zela, Rom menang, dia pun datang
dengan gaya lagak lalu mengungkapkan kata-kata yang terkenal “veni, vidi,
vici yang bermasud saya datang, saya lihat dan saya takluk. Saya hari tu
sebolehnya nak pakai kostum Rom, tapi apakan daya, nak cari mana. Selepas
PdP tentang kerajaan Rom hari tu, pelajar-pelajar berminat nak kaji dan tahu
lebih lanjut tentang Rom. Istilah “veni, vidi, vici” juga jadi bahan lawak
mereka. Apa yang penting mereka dapat menjiwai watak dan mengetahui
maklumat tentang Rom dengan lebih banyak.

MMN : Seronok dengar cerita cikgu. Kalaulah saya anak murid cikgu, tentu saya jadi
minat sejarah.

Cikgu 2: Semua guru boleh buat. Cuma berkehendak atau tidak berkehendak saja. Saya
pernah mengajar geografi secara lapangan, turun ke medan. Nak dengar cerita?

MMN : Nak la cikgu. Seronok pulak dapat perkongsian cikgu hari ni.

Cikgu 2: Saya mengajar Geografi tingkatan 3. Pernah kelas saya, bagi bab hutan pantai,
hutan hujan tropika dan hutan paya, saya bawa pelajar saya ke lapangan bagi
merasai suasana sebenar hutan tersebut dan dapat berinteraksi secara langsung
dengan alam. 3 minggu pada setiap sabtu, saya mohon kebenaran dari sekolah
untuk bawa keluar pelajar sekolah ke kawasan kampung yang berdekatan.
Kebetulan sekolah ini terletak di kawasan kampung yang geografi fizikalnya
ada semua benda tu. Mula-mula kami pergi ke Pantai Merdeka. Kami menaiki
bas dari asrama. Pelajar harian dihantar oleh mak ayah mereka. Sampai di
sana, mereka diberi kumpulan dan tugasan untuk memerhati, mengkaji
beberapa perkara yang berkaitan dengan PdP mereka. Pemerhatian, kajian dan
penelitian ini akan mereka bentangkan di dalam kelas. Minggu berikutnya
kami beramai-ramai mendaki Bukit Meriam yang terletak berdekatan sekolah.
Kami pergi berjalan kaki sahaja. Di atas bukit, pelajar-pelajar macam yang
sebelum ini juga, dipecahkan kepada kumpulan. Mereka meneliti jenis-jenis
pokok yang ada, lapisan hutan, binatang yang ditemui dan lain-lain. Minggu
ketiga kami beramai-ramai berjalan kaki ke kampong sebelah, kampong Bukit
Berangan. Kami masuk ke hutan paya bakau. Pelajar-pelajar merasai sendiri
suasana dan bau paya bakau. Bahkan mereka turun dan bermain dengan
lumpur, ada yang menyapu muka dengan lumpur ala-ala komando. Di sini
mereka dapat mengenalpasti jenis-jenis haiwan yang hidup di hutan paya
bakau. Ada monyet, pelbagai jenis burung seperti wak-wak, puchong, kancing
baju dan lain-lain. Mereka juga boleh melihat, memegang dan mengambil
sampel pokok-pokok yang sebelum ini mereka hanya boleh melihat gambar
dalam buku teks sahaja. Pokok-pokok seperti pokok bakau yang akarnya
berceracak, pokok lenggadai yang orang kampung memanggilnya dengan
nama alang gadai, pokok api-api, jeruju, betut dan lain-lain. Mereka juga
memetik daun dan membawa balik ke sekolah. Pelajar yang sebelum ini tidak
pernah melihat buah bakau juga bukan sahaja boleh membawa balik sebagai
cenderamata. Bercakap tentang buah bakau ni, saya dapat petua dari Tok Batin
orang asal suku Selatar di Gelang Patah Johor, ketika saya duduk bersama
dengan mereka selama 2 bulan; dia bagi tau tentang khasiat buah bakau yang
boleh melegakan batuk. Kembali kepada pelajar di hutan paya bakau tadi.
Mereka juga turun bergelumang dengan selut paya mencari siput seperti lokan,
belitung, seluk dan lain-lain. Yang paling menarik adalah bila kami hendak
keluar dari paya bakau dan melalui kolam ternakan ikan siakap yang kebetulan
taukeynya sahabat sekampung saya, dia menghadiahkan kami 10 ekor siakap
dan beberapa kilo ketam nipah. Siakap dan ketam tersebut saya bawa balik ke
sekolah dan mengupah kantin sekolah untuk memasak siakap 3 rasa dan ketam
nipah sweet sour. Keesokan hari di sekolah, selepas selesai solat zohor pelajar
kelas 3A1 makan siakap 3 rasa dan ketam nipah masak sweet sour. Habis jeles
satu sekolah. Sebenarnya kampung Bukit Berangan tu kampung saya la
(sambil tersenyum)

MMN : Ralit saya mendengar cikgu. Memang menarik dan seronok sungguh. Saya
sendiri dapat rasakan saya pun berada di paya hutan bakau tu. Boleh kot lepas
ni saya ikut cikgu pi hutan paya bakau atau paling kurang kita pi ke kolam
ikan siakap kawan cikgu tu (sambil tersenyum).

Cikgu 2: Boleh. Jom kita pi. Bagitau saya tarikh cikgu free. Kita masuk cari lokan sama.

MMN : Tak pa lah cikgu. Lain kali. Lagi pun saya bukan biasa sangat dengan paya
bakau. Takut pun ada. Saya nak Tanya cikgu lagi. Pasal bahasa Arab pulak.
Apa pendekatan cikgu mengajar bahasa Arab pulak. Ada tak PdP yang
menarik macam Sejarah dan Geografi?

Cikgu 2: Kejap (sambil mengeluarkan telefon dari kocek). Cuba cikgu tengok video ni.
Cikgu Hilmi membuka video dari telefonnya. Ada video sekumpulan pelajar sedang
membuat penerangan tentang menu dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak
dalam bahasa Arab. Ada beberapa video lain yang memaparkan pelajar-pelajar sedang
memasak sambil membuat penerangan. Semuanya dalam bahasa Arab.

Cikgu faham tak apa yang mereka cerita?

MMN : Faham cikgu (sambil tersenyum). Saya guru j-Qaf mengajar bahasa Arab.
Budak-budak dalam video tu membuat demonstrasi masakan. Menceritakan
satu persatu bahan yang akan digunakan untuk memasak, cara memasak.

Cikgu 2: Ya, betul tu. Ni bulan lepas, sebelum cuti pertengahan penggal. Subjek bahasa
Arab tingkatan 3, ada bab makanan tradisional dan syurga makanan di
Malaysia. Tu kami pinjam bengkel KHB dan peralatan memasak dari unit
koko sekolah. Barang-barang pelajar bawa sendiri. Pelajar dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Ada yang memasak nasi goreng, spaghetti, nasi ayam,
koew teaw kerang, mee goreng. Mereka membuat persiapan awal, mencari
makna perkataan Arab, membuat dialog. Akhirnya mereka boleh memasak dan
bercakap Arab. Lagi penting, kami guru-guru boleh makan free hari tu (sambil
gelak)

MMN : Bestnya cikgu. Nanti boleh saya try dengan anak murid saya pulak. Tapi
budak-budak tadi sekolah menengah, anak murid saya sekolah rendah. Boleh
ka?

MMN : Boleh. Pasal apa tak boleh pulak. Cikgu ajak mereka buih kuih ka, cookies ka.
Mesti best dan mereka seronok nak belajar.

Cikgu 2: Cuba cikgu tengok video ni pulak (sambil menyang skrin telefon)

MMN : Lagu diwale. Pandai mereka tiru lagu diwale.

Cikgu 2: Ni subjek bahasa Arab juga. Bab mahfuzot atau syair Arab. Syair ni nak kena
hafal. Jadi saya minta mereka reka apa-apa lagu yang boleh membantu untuk
mereka menghafal syair tersebut. Jadi keluarlah lagu diwale tu (sambil
tersenyum)

MMN : Memang menarik dan kreatif cikgu ni.


Cikgu 2: Sebenarnya yang lebih kreatif tu pelajar-pelajar. Kita hanya sebagai instructor
atau pemudah cara. Kita hanya nyalakan sumbu, yang nak membakar dan terus
menyala adalah mereka. Macam lagu diwale tu. Saya ni langsung tak pandai
berlagu, bab lagu-lagu ni “out” terus. Jadi saya minta mereka yang cipta apa-
apa jenis lagu. Lepas tu hafal syair arab tu. Apa yang penting ialah syair arab
tu dapat diingati dan bila sahaja diminta, boleh dilantunkan.

MMN : Ya, betul tu cikgu. Saya setuju. Baik cikgu. Ada tak apa lagi ciri guru
cemerlang yang cikgu nak share dengan saya?

Cikgu 2: Ciri guru cemerlang secara umum sebenarnya bila mana seorang guru
melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang telah
pun ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, ada 6 ciri utama pelajar yang perlu
dibekalkan kepada pelajar supaya akhirnya nanti pelajar-pelajar tersebut dapat
bersaing di peringkat global. Pendek kata pelajar-pelajar kita boleh berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan mana-mana sahaja pelajar dari negara
lain termasuk negara maju atau negara yang pendidikan mereka terbaik di
dunia seperti Finland. Ini tugas guru yang cemerlang untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang.

MMN : Boleh cikgu huraikan lebih lanjut...

Cikgu 2: KPM sebagai pembuat dasar dan kita para guru yang ditugaskan untuk
menterjemahkan dasar tersebut dalam bentuk pelaksanaan. Dalam PPPM
2013- 2025, tujuan dan matlamatnya sangat baik dan murni. Cuma
persoalannya sejauh manakah guru dapat berperanan menterjemahkan pelan
tersebut supaya impian dan aspirasi KPM dapat dicapai? Sebab itu kita para
guru sepatutnya lebih terkehadapan dan mencari nilai tambah untuk diri
sendiri. Kembali kepada PPPM 2013 – 2016. Sebenarnya 6 ciri pelajar yang
dapat bersaing di peringkat global ini merupakan garapan dari falsafah
pendidikan negara. Saya cuba sebut satu persatu sekadar yang teringat (sambil
tersengih). Pertama. Untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan. Ini
merupakan perkara yang paling asas dalam pendidikan. Setiap hari pelajar
datang ke sekolah dan akan belajar tentang sesuatu yang baru. Maknanya
pelajar akan diberi oleh guru, atau dibantu guru untuk memperolehi ilmu atau
maklumat yang baru setiap hari. Tetapi ini tidak mencukupi. Sistem
pendidikan yang lama mungkin hanya mementingkan pemindahan maklumat
atau pengetahuan daripada guru kepada pelajar. Tetapi sistem pendidikan
sekarang lebih kepada kebolehan dan kemampuan pelajar untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah. Sekarang dalam pendidikan kita ada KBAT.
Kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar bukan sahaja mempunyi maklumat,
tetapi tahu berfikir bagaimana menggunakan maklumat yang ada padanya
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini adalah ciri kedua pelajar cemerlang
yang digariskan dalam PPPM. Jadi, bagaimana guru yang cemerlang dapat
berperanan di sini? Saya bagi contoh. Pernah cikgu menggunakan PLUS,
lebuh raya utara- selatan?

MMN : Ya, pernah cikgu.

Cikgu 2: Pernah menggunakan tandas RnR?

MMN : Ya (mengangguk-angguk)

Cikgu 2: Apa maklumat yang cikgu dapat ketika dok dalam tandas sambil tunaikan
hajat kita (sambil tersenyum)

MMN : (diam berfikir sambil menggeleng-geleng kepala). Tak pasti cikgu (sambil
tersengih)

Cikgu 2: Dalam tandas RnR ada poster besar IWK tentang sistem pengurusan sisa
kumbahan dari zaman pra sejarah sehinggalah zaman sekarang. Poster tersebut
mempunyai banyak maklumat yang berguna. Ia merupakan suatu pengetahuan
dan mungkin sebagai pengetahuan yang baru. Tugas guru adalah bagaimana
nak memandu pelajar untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah pengurusan
sisa kumbahan, isu-isu berkaitan sisa kumbuhan, akibat yang berlaku apabila
sisa sumbahan tidak diuruskan dengan baik. Paling kurang pelajar akan
didedahkan dengan kesedaran sivik terhadap perkara yang menjadi rutin dalam
seharian mereka.

MMN : Oh begitu. Maknanya setiap pengetahuan yang ada, kita mesti hubungkannya
dengan isu-isu lain atu pengetahuan yang lain.
Cikgu 2: Ya, tepat. Tugas guru adalah untuk membangun dan mengembangkan kognitif
pelajar. Ilmu sifatnya adalah elastik, bukan statik.

Ketiga dari ciri pelajar cemerlang dalam PPPM adalah kemahiran memimpin.
Ini merupakan suatu nilai tambah yang perlu dibekalkan kepada pelajar. Guru
berperanan untuk mengasuh pelajar bagaimana cara untuk memimpin,
bekerjasa sama dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah secara kolektif.
Pendekatan kokurikulum sangat berkesan untuk menerapkan ciri kepimpinan
di kalangan pelajar. Pelajar boleh diasuh oleh guru untuk memimpin pasukan
badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan. Cuma isu
kokurikulum di sini, yang biasa berlaku adalah komitmen guru yang menjadi
penasihat kepada persatuan, kelab atau badan beruniform. Tak semua guru
dapat menunjukan komitmen yang tinggi. Sebab itu hanya guru yang
cemerlang sahaja sentiasa menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk
mendidik dan mengasuh pelajar untuk menjadi lebih cemerlang.

MMN : Saya setuju dengan pendapat cikgu. Ini juga masalah yang berlaku di sekolah
saya. Tak ramai guru yang betul-betul menggunakan aktiviti kokurikulum
untuk membina jatidiri pelajar atau untuk menjadikan pelajar sebagai
pemimpin masa depan. Kehadiran guru ke aktiviti kokurikulum pada waktu
petang seolah-olah kerana terpaksa dan aktiviti yang dijalanankan ala kadar
sahaja, hanya sebagai syarat yang terpaksa dipenuhi. Orang kata seperti
melepas batuk di tangga. Ada lagi cikgu ciri dari PPPM?

Cikgu 2: Ciri ke berapa dah?

MMN : Ke empat cikgu.

Cikgu 2: Ya. Ciri ke empat dalam PPPM adalah untuk mendidik etika dan kerohanian
pelajar. Ini satu lagi perkara yang sangat penting. Sesetengah guru, atau
sekolah sendiri hanya mementingkan keputusan peperiksaan. Graf sekolah,
GPS, ranking, ini sahaja yang penting. Keputusan akademik sahaja yang
menjadi ukuran kemenjadian murid sekolah. Sebenarnya kemenjadian murid
juga perlu diukur melalui sudut pandang etika dan kerohanian. Jangan hanya
pelajar itu cemerlang akademiknya tetapi jatuh moral dan akhlaknya.
Pembinaan sahsiah pelajar wajib menjadi keutamaan di samping keputusan
akademik. Pendek kata perlu seiringan. Jadi, guru yang cemerlang bukan
sahaja berusaha menerapkan nilai murni melalui PdP dan ilmu yang
dicurahkan. Tetapi guru juga sepatutnya memainkan peranan menjadi role
model atau qudwah hasanah kepada pelajar. Istilah dulu ialah kepimpinan
melalui teladan. Kan ada peribahasa, “guru kencing berdiri murid kencing
berlari”. Guru memang kena menunjukan akhlak dan sikap yang baik semasa
di sekolah atau di luar sekolah supaya pelajar dapat mengikuti dan
mencontohinya. Kalau guru sendiri merokok di sekolah atau di depan pelajar,
bagaimana guru mahu menjelaskan kepada pelajar tentang keburukan dan
bahaya merokok? Bukankah ini kontradiktif? Saya rasa cukup 4 ciri ni kita
kongsi tentang pelajar cemerlang yang mampu bersaing di peringkat global
yang telah digariskan dalam PPPM. 4 daripada 6. Cukup kot nuu (sambil
tersenyum). 2 lagi bukan tak mau bagitau, Cuma tak berapa nak ingat (sambil
ketawa kecil).

MMN : Baik cikgu. Cukup dah tu (sambil tersenyum). Untuk yang terakhir, ada apa-
apa lagi yang cikgu nak nasihatkan saya dan guru-guru di luar sana, bagaimana
cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Cikgu 2: Sebenarnya guru hari ni cukup bertuah. Kalau nak dibandingkan dengan guru-
guru dahulu cukup jauh apa yang mereka dapat. Oleh sebab tu guru hari ni
jangan banyak sangat “demand” tapi tak setimpal dengan kerja yang dibuat.
Boleh saya cerita sikit. Cerita benar ni.

MMN : Silakan cikgu.

Cikgu 2: Baru-baru ni, di Terengganu. Saya berkesempatan mengutip pengalaman


seorang guru yang kaya dengan pengalaman. Seorang yang sangat ikhlas.
Guru ni seorang ustaz, lulusan 4 senawi sahaja. Mula bertugas sebagai seorang
guru pada tahun 1974, berkhidmat di Terengganu. Pada tahun 1977 beliau
dibawa ke Sarawak, ke pendalaman yang jaraknya 12 jam perjalanan ke pekan
terdekat mengikut denai dengan menunggang motosikal. Jawatannya dengan
nama guru mubaligh. Gajinya pada masa tersebut hanya RM60 sebulan. Di
sekolah beliau seorang guru dan ustaz. Di pendalaman tersebut beliau juga
seorang ustaz kampung dan orang penting yang dicari untuk hal-hal
keagamaan. Bertugas sukarela di surau, menguruskan kematian, kenduri
kendara dan doa selamat. Semuanya diuruskan oleh cikgu ni. Bahkan banyak
orang iban yang beliau telah islamkan. Cuma yang beliau kesal ialah
ketidakmampuannya untuk “follow up” selepas mereka masuk Islam. 2
minggu sekali atau sebulan sekali guru ni dan kawan-kawannya akan keluar ke
Bandar Kuching yang mengambil masa 17 jam. Hanya untuk melepaskan
hawa. Istilah yang cikgu ni gunakan untuk melepaskan hawa. Mereka ada
menyewa sebuah rumah di Bandar Kuching yang dikongsi oleh guru-guru
semenanjung untuk melepaskan hawa. Ada kawannya yang tengok wayang.
Habis satu filem tengok filem yang lain pulak. Selepas makan sambung tengok
filem lagi. Betapa tension mereka di pendalaman. Tetapi demi bakti mereka
untuk mendidik dan juga untuk dakwah maka mereka gagahi juga. 10 tahun di
pendalaman akhirnya guru tersebut ditukarkan balik ke semenanjung.
Akhirnya pada tahun 2009 cikgu ni pencen. 35 tahun menabur bakti sebagai
seorang guru yang ikhlas. Tahu berapa gaji terakhir cikgu ni semasa pencen?

MMN : Tak tahu cikgu.

Cikgu 2: Gaji terakhir cikgu ni semasa pencen adalah RM880 sebulan. Sebab cikgu ni
hanya berkelulusan 4 senawi. Cikgu ni bercerita kepada saya dengan penuh
emosi. Dia kata Allah Maha Adil. Walau gaji sedikit tetapi dia juga mampu
beli rumah yang selesa. Alhamdulillah anak-anaknya semua mendapat
pendidikan yang sempurna dan berkerjaya yang baik juga. Yang penting ikhlas
kata dia. Sebab tu dia kata, kalau ada-guru-guru hari ni yang kata teruk dan
membebel tentang erti kesusahan sebagai seorang guru, dia tak heran dengan
mereka. Orang dulu lagi teruk kata dia. Imbuhan tak seberapa, tapi kerja
dengan ikhlas. Untuk semua guru termasuk diri saya. 3 perkataan ini sudah
cukup untuk menjadi bekal dan panduan kita sebagai pendidik. Ikhlas, amanah
dan bertanggungjawab.

MMN : Terima kasih cikgu atas perkongsian yang sungguh menarik dan banyak input-
input yang dapat saya ambil sebagai panduan dan pedoman untuk menjadi
seorang guru yang lebih baik dan ikhlas in sha Allah. In sha Allah semua
input-input ini akan saya kongsikan dengan guru-guru yang lain. Memang
penting kepada kami guru-guru yang muda ini untuk menuntut pengalaman
dan mengambil mutiara berharga dari guru-guru senior yang sarat dan kaya
dengan pengalaman. Sekali lagi lagi ucapkan terima kasih sangat-sangat atas
kesudian cikgu untuk berkongsi dengan saya. Terima kasih cikgu.

Cikgu 2: Sama-sama. Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan. Apa pun saya
doakan yang terbaik untuk kita semua.

MMN : Terima kasih sekali lagi cikgu. Sampai jumpa lagi.

Cikgu 2: In sha Allah.

You might also like