Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Ruj : SKKXBA4218/800/05/003

Tarikh : 17 JANUARI 2019


Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha Sukan
SK/SJKC : ................................

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BADMINTON 12 TAHUN KE BAWAH MSSD PAPAR 2019

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

02. Untuk makluman tuan, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 22 Januari 2019(Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Kelatuan Papar

03. Antara agenda mesyuarat yang akan dibincangkan.


3.1. Perutusan Pengerusi Pengelola Kejohanan
3.2 Penetapan tarikh dan tempat kejohanan
3.3 Pembentukan Jawatankuasa Kejohanan
3.4 Yuran Penyertaan
3.5 Taklimat khas pertandingan oleh Pengerusi Teknik Kejohanan
3.6 Hal-hal lain

04. Atas kerjasama dan kesudian tuan menghadiri mesyuarat ini diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD YUNUS BIN DAMIN


Guru Besar
SK Kelatuan Papar
Merangkap Pengerusi Pengelola
Kejohanan Badminton 12 Tahun Ke Bawah
MSSD Papar 2019
SK - UPK Pejabat Pendidikan Daerah Papar
- Fail
1. Penetapan tarikh dan tempat kejohanan :

Tarikh : 12 & 13 Februari 2019 (Selasa & Rabu)


Tempat : Dewan Jubli Perak SMK Majakir
Masa : 7:30 pagi – 5:00 petang

2. Pembentukan Jawatankuasa Induk Kejohanan

Penaung : Encik Suhaimi Bin Haji Matshah


Penasihat : Encik Helmi Bin Abdullah
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
Pejabat Pendidikan Daerah Papar

Pengerusi : Encik Mohd. Yunus Bin Damin


Guru Besar SK. Kelatuan Papar
Timbalan
Pengerusi : Encik Hussin Bin Hj Harun
Penolong Kanan Kokurikulum
SK. Kelatuan Papar
Setiausaha : Encik Mohd. Hairul Bin Abidin
Bendahari : Ustazah Filzah Binti Hj. Nawar
Ahli
Jawatankuasa : Semua Penolong Kanan Kokurikulum SK dan SJK( C)
Semua Setiausaha Sukan Sekolah SK dan SJK(C)
Semua guru pengiring setiap sekolah terlibat

Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan


Pengerusi Teknik Kejohanan : Encik Mohd.Yassin Dakullah @ Herman
Referi Kehormat : Encik Mohamad (SK Pekan Kimanis)
Pengadil Pertandingan :
Pengurus P.A Sistem : Encik Mohd. Hairul Bin Abidin
Pengurus Sijil : Encik Mohd. Shukri Shahapudin
Pengurus Hadiah : Puan Nurhayati Binti Hj. Mahali

Sumbangan Penyertaan

Muktamad – Sumbangan Penyertaan RM50 setiap sekolah yang menyertai.


KERTAS KONSEP KEJOHANAN BADMINTON 12 TAHUN KE BAWAH
MSSD PAPAR 2019

01. TAJUK
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Badminton 12 Tahun Ke Bawah MSSD Papar.

02. MATLAMAT
2.1 Menilai prestasi dan potensi pemain untuk dibawa ke kejohanan badminton peringkat
negeri.
2.2 Melaksanakan takwim MSSD dan MSSS 2019.

03. PENGELOLA
3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh SK. Kelatuan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan
Daerah Papar serta semua Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan.

04. MAKLUMAT KEJOHANAN


4.1 Tempat Kejohanan : Dewan Jubli Perak SMK Majakir Papar
4.2 Bilangan Gelanggang : 3
4.3 Tarikh Cabut Undi :
4.4 Tarikh Kejohanan : 12 & 13 Februari 2019
4.5 Masa Kejohanan : 7:30 pagi hingga 5:00 petang

05. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


5.1 Undang-undang pertandingan adalah mengikut BWF.
5.2 Peraturan pertandingan berpandukan peraturan khusus permainan badminton MSSM dan
Peraturan Am MSSM.
5.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut :
i. Keputusan berasaskan kepada Peraturan Am MSSM.
ii. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada keputusan
Jawatankuasa Teknikal Badminton berpandukan undang-undang BWF.
iii. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan adalah muktamad.

06. FORMAT PERTANDINGAN


6.1 Sistem pertandingan dijalankan secara kalah mati.
6.2 Undian pertandingan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola
bersama-sama pemain atau pengurus pada hari pertandingan.
6.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

07. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN / KEDUDUKAN PASUKAN


7.1 Johan keseluruhan berdasarkan kepada jumlah pungutan mata yang terbanyak.
7.2 Jawatankuasa Pengelola akan membuat keputusan jika terdapat jumlah pungutan mata
yang sama banyak.
08. ACARA DIPERTANDINGKAN
8.1 Kategori lelaki - perseorangan dan bergu
8.2 Kategori perempuan - perseorangan dan bergu

09. PENDAFTARAN PEMAIN / SYARAT PENYERTAAN


9.1 Borang penyertaan hendaklah diisikan dengan lengkap berserta dengan borang R01 serta
satu salinan surat lahir pemain yang telah disahkan oleh Guru Besar.
9.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 2 orang pemain perseorangan dan 2 pasukan
bergu bagi setiap kategori.
9.3 Setiap pendaftaran pemain hendaklah mengikut syarat-syarat pemain seperti yang telah
ditetapkan dalam peraturan Am MSSM.
9.4 Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini akan dikenakan sumbangan
penyertaan berjumlah RM 50.00 bagi setiap sekolah yang menyertai.
9.5 Setiap pemain dikehendaki membawa bersama sebiji bulu tangkis (RSL 1)
bagi setiap perlawanan yang disertai.

10. REFERI, PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN KEJOHANAN


10.1 Referi dan pengadil kejohanan adalah ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.
10.2 Hakim garisan adalah dikalangan pemain yang bertanding.

11. BANTAHAN
11.1 Bantahan terhadap keputusan tidak layaknya pemain itu bertanding mestilah dibuat secara
bertulis kepada setiausaha pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas
tamatnya perlawanan berkenaan berserta wang tunai RM 200.00. Wang tunai berkenaan
tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.
11.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang
dibuat oleh pengadil.

12. ETIKA PEMAIN DAN PEGAWAI


12.1 Pengurus setiap pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pemain dan
pegawai serta penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku serta semangat
kesukanan yang tinggi.
12.2 Jawatankuasa pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap
mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan
pertandingan.
12.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah
merupakan kesalahan berat dan bertentangan dengan etika pemain.
12.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar gelanggang permainan
adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BADMINTON 12 TAHUN KE BAWAH
MSSD PAPAR 2019

NAMA SEKOLAH : .................................................................................................


NO. TELEFON SEKOLAH : .................................................................................................
KATEGORI ( L / P ) : .....................
NAMA PENGURUS : ..................................................................................................
NAMA JURULATIH : ..................................................................................................

SENARAI NAMA PESERTA :

BIL NAMA PEMAIN PERSEORANGAN NO. SURAT LAHIR


01
02

BIL NAMA PEMAIN BERGU NO. SURAT LAHIR


01
02

03
04

TANDATANGAN PENGURUS : ..........................................................................

NO. TELEFON PENGURUS : ..........................................................................

DISAHKAN OLEH GURU BESAR : .......................................................................... Cop Sekolah :

BUTIRAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Kejohanan ini akan diadakan pada 12 dan 13 Februari 2019 ( Selasa dan Rabu ) jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang
bertempat di Dewan Jubli Perak SMK Majakir Papar.
2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 2 orang pemain perseorangan dan 2 pasukan bergu bagi setiap kategori
lelaki dan perempuan.
3. Sistem pertandingan adalah kalah mati
4. Sumbangan penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 bagi setiap sekolah yang menyertai. Jumlah sumbangan tidak
akan dikurangkan walaupun sekolah berkenaan tidak menghantar pasukan yang lengkap.
5. Setiap pemain diminta menyediakan sebiji bulu tangkis ( RSL 1) bagi setiap perlawanan.
6. Pertandingan ini adalah di bawah peraturan Badminton World Federation (BWF).
7. Sekiranya kekurangan penyertaan, sesi pemilihan akan dilakukan untuk mencari pemain yang berkelayakan.
8. Keputusan hakim adalah muktamad.
9. Borang penyertaan perlu diisi dengan lengkap berserta dengan borang R01, gambar terkini dan satu salinan surat lahir
pemain yang telah disahkan oleh Guru Besar.
10. Borang penyertaan dan dokumen yang telah lengkap serta sumbangan penyertaan perlu dihantar kepada
Setiausaha Kejohanan, Encik Mohd. Hairul bin Abidin (0167005439) pada11 Februari 2019.

You might also like