Minit Mesyuarat RBT 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PK 07 – LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT JALAN PEEL


JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)


BIL. 1 TAHUN 2017

TARIKH : 16 JANUARI 2017 (ISNIN)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : BENGKEL KH/RBT
PENGERUSI : PN. AZIANTI BINTI ABD AZIZ

KEHADIRAN :

BIL. NAMA JAWATAN

1. PN. DEWI MORNI BINTI SAMION GPK HEM


2. PN. AZIANTI BINTI ABD AZIZ KETUA PANITIA RBT
3. PN. ROHIMAH BINTI AHMAD S/U PANITIA RBT

TIDAK HADIR

4. EN. AHMAD MUZIR BIN ARIPIN BERSEBAB

URUSETIA :

1. PN. ROHIMAH BINTI AHMAD S/U PANITIA RBT

AGENDA :

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn. Azianti mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru pada
mesyuarat panitia RBT kali pertama 2017.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Dewi Morni kerana dapat
menghadirkan diri mewakili pentadbir.
1.3 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat perancangan sepanjang tahun untuk
panitia di samping mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam mata
pelajaran ini.
1.4 Beliau juga berharap segala permasalahan dapat dibincangkan dalam mesyuarat hari
ini.

Tindakan : Makluman
PK 07 – LAMPIRAN 3

2 UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM)

2.1 Pn. Dewi Morni mengucapkan terima kasih kerana panitia RBT telah menjemput beliau
ke mesyuarat pada hari ini.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada panitia RBT kerana berjaya meningkatkan
peratusan kelulusan mata pelajaran RBT dalam keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
2016 yang lalu.
2.3 Beliau juga berharap projek-projek RBT dapat diteruskan mengikut pada tahun lepas
dan dapat dipertingkatkan lagi bagi tahun ini.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran

3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Minit mesyuarat Panitia Reka Bentuk dan Teknologi Bil, 4 Tahun 2016 disahkan oleh
Pn. Azianti dan disokong dengan sebulat suara.

Tindakan : Makluman

4 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

5 PEMBENTANGAN LAPORAN PANITIA 2016

5.1 Pn. Azianti selaku ketua panitia mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-
guru yang mengajar mata pelajaran RBT tahun 2016 kerana berjaya menjalankan
projek dan menghabiskan sukatan mengikut tempoh yang ditetapkan.

5.2 Antara projek yang telah dijalankan adalah Projek Kayu, Projek Elektronik dan
penyediaan Buku Skrap Hidroponik.

5.3 Pn. Azianti memaklumkan wang panitia telah selesai digunakan dengan pembelian
bahan mengajar, dan keperluan alat tulis untuk kegunaan guru-guru mata pelajaran
RBT.
Tindakan: Makluman

6 PERANCANGAN 2017

6.1 Penggubalan RPT/Semakan KSSR 2017


6.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa RPT bagi tahun 4,5 dan 6 perlu ada di dalam
fail rekod pengajaran. Ketua Panitia akan menghantar RPT tersebut melalui e-
mail kepada semua guru yang mengajar.
6.1.2 Guru mata pelajaran perlu membuat salinan dan disediakan di dalam fail
mengajar masing-masing.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran
PK 07 – LAMPIRAN 3

6.2 Pembentangan PCg ( Peruntukam Cagaran Tahunan)


6.2.1 Peruntukan RBT untuk tahun 2017 masih belum dapat dipastikan lagi. Walau
bagaimanapun, perancangan pembelian boleh merujuk kepada peruntukan 2016
iaitu lebih kurang RM 1300.
6.2.2 Permohonan pembelian barang mesti menggunakan nota minta untuk
mendapatkan kelulusan guru besar. Semua guru boleh mencadangkan senarai
barang yang diperlukan kepada pengerusi.
Tindakan: Makluman

6.3 Penggunaan buku latihan/kerja


6.3.1 Penggunaan buku tulis perlu untuk latihan dan nota murid. Panitia RBT
bersepakat menggunakan satu buku tulis sebagai nota dan latihan.
6.3.2 Pengerusi juga meminta agar guru-guru menanda buku murid dan mengarahkan
murid membuat pembetulan yang salah. Diharapkan guru-guru dapat member
latihan yang mencukupi.
6.3.3 Ahli mesyuarat memutuskan tidak memilih mana-mana buku latihan untuk
kegunaan murid. Buku rujukan hanya digunakan guru sebagai panduan semasa
sesi pembelajaran dijalankan.

Tindakan: Guru Mata Pelajaran

6.4 Penggubalan soalan


6.4.1 Jadual penggubalan soalan akan disediakan oleh pengerusi mengikut penggiliran
berdasarkan bilangan kelas yang diajar mengikut jadual semasa.
Tindakan: Ketua Panitia

6.4.2 Pengerusi akan mengedarkan jadual pada semua guru dalam bulan Februari.
Tindakan: Makluman
6.5 Aktiviti Panitia

6.5.1 Pn. Azianti memaklumkan bahawa aktiviti menaik taraf bengkel dan stor akan
dijalankan secara berperingkat. Oleh itu, beliau berharap kerjasama daripada guru
mata pelajaran dapat membantu dalam menjayakan aktiviti ini.
Tindakan: Makluman

7 Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi berharap semua guru RBT dapat bekerjasama membantu menceriakan,
mengemas selepas penggunaan dan menjaga Bilik RBT.
7.2 Buku rekod penggunaaan dan pinjaman peralatan juga perlu diisi setiap kali waktu
pembelajaran berlangsung.

Tindakan: Makluman
PK 07 – LAMPIRAN 3

8 PENUTUP

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak Oleh,

………………………………………….
(ROHIMAH BINTI AHMAD)
Setiausaha,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT),

Tariikh : 24 Januari 2017

You might also like