Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan semasa dan selepas taklimat.

1. Apa format penulisan portfolio PBS?

Jawapan:

 Kalau format penulisan dari segi font dan saiz sila rujuk tugasan KK
 Kalau format tentang isi kandungan portfolio boleh bincang dengan pensyarah masing-
masing. Pelajar perlu tahu perkara yang penting dengan merujuk rubrik. Perlu ada:
 Pengenalan
 Rumusan dapatan analisis perbezaan murid. Bagaimana anda menterjemahkan dan
mentafsirkan data pelajar dalam bentuk penulisan dan grafik.
 Lampiran:

Perlu ada bukti pengambilan maklumat pelajar tentang fizikal contoh rujuk SEGAK,
sosio emosi melalui borang senarai semak (pemerhatian) atau melalui temuduga
atau borang daripada unit B&K, atau keputusan peperiksaan dan ujian IQ untuk
kognitif, maka perlu dikepilkan sebagai lampiran.

2. Bagaimana mencari sumber rujukan dan mengaitkan dalam portfolio PBS?

Contohnya jika anda menyatakan faktor latar belakang ekonomi pelajar A daripada keluarga miskin
menyebabkan pelajar ini berasa rendah diri, pemalu dan sebagainya maka kuatkan hujah anda
dengan rujukan sebagai sokongan. Cari rujukan yang menyatakan bahawa kemiskinan boleh
menyebabkan pelajar rasa rendah diri dan pemalu. Contoh lain, pelajar B sangat pandai kerana
mewarisi kepintaran daripada ibu bapanya yang bekerja sebagai doktor. Cari rujukan siapa yang
menyatakan bahawa kepintaran boleh diwarisi.

3. Adakah perlu 10 rujukan yang berbeza?

Rujukan sekurang-kurangnya 10.

Rujukan berbeza maksudnya sumber yang berbeza. Boleh jadi buku, laman sesawang,
akhbar, jurnal, tesis, prosiding, ensiklopedia, kamus, video-kaset, pengkalan data, laporan
kerajaan, rancangan televisyen dan sebagainya. Kalau boleh biarlah minimum 3 sumber yang
berbeza. Jangan semuanya buku atau semuanya jurnal sahaja. Rujukan guna APA

4. Rujukan APA?

ya, saya dah berikan laman website untuk rujukan dalam powerpoint tu. APA. American
Psychological Association.

5. Boleh tak ambil pelajar yang sama jantina?

Tak boleh. Kehendak soalan minta 2 pelajar berlainan jantina. Kalau segan nak ukur tinggi
pelajar minta pelajar sama jantina tolong ukurkan.
6. Lampiran tu ada limitkah?

Tiada tetapi perlulah berkaitan. Kalau tak berkaitan tak perlu masukkan.

7. Perlu masukkan semuanya ke macam SEGAK?

Hanya yang berkaitan sahaja. Kalau pihak sekolah belum buat, awaklah yang kena buat
mana-mana yang berkaitan seperti tinggi, berat dan kebolehan tertentu. Ada kes lepas
pelajar agak cuai menulis tinggi pelajar hanya 41cm sahaja.

8. Bolehkah kami mengambil data peribadi pelajar untuk Kajian? Bagaimana nanti kalau kena
saman?

Kalau data peribadi janganlah kamu ambil keseluruhan. Ambil maklumat yang bukan sulit.
contohnya bangsa, agama pekerjaan ayah, adik beradik. Jangan ambil jumlah pendapatan
ibubapa atau nombor ic. Perlu tahu mana maklumat sulit dan tidak sulit. Rujuk pensyarah
anda.

9. Boleh tulis nama pelajar sebenar?

Boleh.

10. Bolehkah saya mengambil video untuk temubual dan tidak menulis transkrip?

Boleh.

You might also like