Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1

20

TAJUK PENULISAN ILMIAH:


MASALAH DALAM PELAKSANAAN
HUKUMAN DISIPLIN DI SEKOLAH

NAMA NO MATRIK PROGRAM SEMESTER


IZZAT HAZWAN BIN AZIZ D20171078653 AT32 ISMP 3
SEJARAH
NUR SYAHIRA FAZLIN BINTI D20171078667 AT32 ISMP 3
ADANAN SEJARAH
WAN NUR ILLYANA BINTI D20171078647 AT32 ISMP 3
ASMADI SEJARAH
NURUL HAMIZAH BINTI D20171078661 AT32 ISMP 3
AIBENI SEJARAH

KUMPULAN KULIAH : G
NAMA PENGAJAR : Pn. Nur Hidayah Binti Rashidi
2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Isi kandungan
1

2 Pengenalan
2-3

3 Punca Berlaku Masalah Disiplin


4-5

4 Permasalahan dalam Pelaksanaan Hukuman Disiplin


6-7

5 Kesan Kegagalan Hukuman Disiplin


8-9

6 Kesimpulan
10

7 Rujukan
11-12

8 Lampiran 13-20
3

1.0 PENGENALAN

Menurut Nasrul Hisyam Nor Muhamad dan Zarina A Rashid (2017), “Secara
umumnya, konsep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul, ataupun
melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-
peratutran yang diwujudkan”. Hukuman disiplin yang dijalankan di sekolah terdiri
daripada merotan pelajar, mengantung persekolahan pelajar dan membuang pelajar.
Nasrul Hisyam Nor Muhamad dan Zarina A Rashid (2017) menjelaskan bahawa:

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru besar atau


pengetua adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan hukuman
terhadap murid. Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan untuk
memberi pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar dan
guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah
ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada guru
tersebut. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959, di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Peraturan 5 di bawah
ordinan yang sama telah memperuntukkan bahawa untuk tujuan menjaga disiplin
dalam kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan
hukuman-hukuman yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
Masalah disiplin amat dititikberatkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan
generasi muda yang bersahsiah tinggi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan
kuasa guru merotan murid telah lama disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan semua
pihak perlu sedar tujuan utama pelaksanaan hukuman rotan oleh pengetua dan guru yang
diberikan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.
Menurut Mohd Ismail Othman (2008), Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menyediakan buku-buku panduan, surat-surat pekeliling ikhtisas dari semasa ke
semasa bagi membantu pihak sekolah melaksanakan tugas dengan lebih teratur terutama
apabila berhadapan dengan kes-kes disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab pengetua
dan guru besar sekolah untuk menyebarkan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh
kementerian kepada warga sekolahnya. Dengan adanya buku peraturan tersebut, hukuman
yang dikenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan tidak perlu dijadikan sebagai
isu. Hal ini demikian kerana, buku-buku yang diterbitkan juga diagihkan kepada ibu bapa
namun masih lagi terdapat ibu bapa yang mempersoalkan pelaksanaan hukuman disiplin
4

di sekolah itu tidak wajar kerana mampu meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak
mereka.
Pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah pada masa kini telah menjadi isu yang
sedang hangat dibahaskan oleh golongan masyarakat. Jika dibandingkan hukuman
disiplin dulu dan sekarang, hukuman disiplin pada masa dahulu lebih tegas namun tidak
pula menjadi isu oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana, mentaliti masyarakat dahulu
dan sekarang berlainan. Ibu bapa pada masa dahulu, mereka yang meminta guru memukul
anak-anak mereka sekiranya anak-anak mereka melakukan kesalahan dengan syarat tidak
sampai mencederakan anak-anak mereka. Namun begitu, pada masa kini guru langsung
tidak dibenarkan menyentuh pelajar bahkan mencubit pelajar kerana ibu bapa pada zaman
sekarang agak sensitif sekiranya anak-anak mereka dicubit oleh guru. Oleh itu,
pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah telah dijadikan isu atau konflik dalam kalangan
masyarakat.
Sebenarnya, pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah menjadi konflik dalam
kalangan masyarakat bukan sahaja berpunca daripada ibu bapa akan tetapi terdapat juga
beberapa faktor lain yang menyebabkan pelaksanaan hukuman disiplin ini menjadi isu
hangat. Antaranya ialah berpunca daripada pelajar itu sendiri dan juga guru yang tidak
bersifat profesional. Pelaksanaan hukuman disiplin ini tidak akan dijadikan isu sekiranya
semua pihak memainkan peranan yang sewajarnya.
5

2.0 Punca Berlaku Masalah Disiplin

Faktor ibu bapa mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam mempengaruhi


masalah disiplin pelajar di sekolah. Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas masing-
masing menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak akan berasa tersisih
dan kurang mendapat kasih sayang serta perhatian. Oleh itu, anak-anak akan cuba
mencari alternatif lain untuk mendapatkan perhatian dan salah satunya adalah dengan
ponteng sekolah. Walaupun kewangan menjadi agenda utama pada era ini, ibu bapa
juga harus memikirkan tentang kehidupan harian anak-anak sama ada di rumah
ataupun di sekolah. Ibu bapa sewajarnya perlu memberi perhatian yang lebih kepada
anak-anak yang kian meningkat remaja supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat. Sekiranya perhatian yang lebih diberikan kepada anak-anak,
kemungkinan besar masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak berlaku.

Selain itu, Menurut Abdullah Sani Yahaya (2006), “Masalah kemerosotan


disiplin pelajar di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya
keimanan dan daya ketahanan diri dalam kalangan pelajar mempercepat lagi pengaruh
yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut
perasaan tanpa mengira batasan”. Terdapat segelintir pelajar yang sering kali
melanggar peraturan sekolah seperti ponteng kelas, merokok mahupun melakukan kes
vandalisme. Hal ini menyebabkan pihak pentadbiran sekolah terpaksa mengambil
tindakan terhadap segelintir pelajar ini. Tindakan yang dikenakan ialah hukuman
rotan, gantung sekolah dan sebagainya. Tindakan ini hanyalah bertujuan untuk
memberi pengajaran kepada pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah dan
memberi teladan kepada pelajar lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama
pada masa akan datang.

Seterusnya, permasalahan disiplin ini berlaku berpunca daripada guru itu


sendiri. Guru menjadi punca disebabkan oleh kekurangan perlantikan guru yang
berkelayakan. Menurut kajian National Education Longitudial Survey (2005), 25
peratus guru di kawasan bandar telah memperuntukkan jumlah waktu satu jam
seminggu untuk mengawal disiplin murid berbanding 13 peratus guru di kawasan luar
bandar yang memperuntukkan waktu yang sama seminggu bagi mengawal disiplin
pelajar. Dapat dilihat juga bilangan guru yang tidak mencukupi di kebanyakan
6

sekolah harian lokasi bandar, pinggir bandar dan luar bandar mengakibatkan bilangan
kelas yang besar antara 40 hingga 50 orang pelajar dalam satu kelas.

Tambahan pula, guru yang tidak disukai oleh pelajar turut menyumbang
kepada berlakunya permasalahan disiplin. Sikap segelintir guru yang mendiamkan
masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah mengakibatkan murid berubah
tingkah lakunya menjadi negatif (Emmer, 1990). Tambahan lagi, apabila guru
bersikap garang sehingga menyebabkan para pelajar takut dengan guru tersebut akan
mengakibatkan perasaan geram terkumpul dan disalurkan kepada individu yang tidak
bersalah.

Sikap tidak profesional seorang guru dalam mengendalikan masalah disiplin


yang berlaku turut menjadi punca apabila guru tiada kemahiran dalam pengendalian
masalah disiplin di sekolah. Selain itu, guru juga tidak mengendali sesuatu kes yang
berlaku secara berterusan. Ini akan mengakibatkan masalah disiplin akan terus
berlaku disebabkan guru kurang melaksanakan peraturan secara berterusan dan tidak
bertindak seperti mana yang dikehendaki oleh peraturan sekolah.

Guru yang membosankan turut menjadi punca kepada permasalahan disiplin


berlaku. Terdapat pelajar yang menyatakan bahawa mereka tidak memahami apa
yang dipelajari kerana guru tersebut gagal memberikan penerangan dengan jelas,
tidak dapat mengaitkan apa yang berlaku dengan kehidupan seharian, kaedah
pengajaran yang kurang menarik sehingga mereka mengantuk dan bosan serta guru
tidak menunjukkan akhlak yang baik. Perkara sebegini akan menyebabkan pelajar
mengambil keputusan untuk ponteng kerana merasakan tiada kepentingan untuk
memasuki kelas tersebut.

Akhir sekali, guru tidak amanah dalam memberikan didikan dan terlibat
dalam masalah sosial dengan pelajar turut menjadi punca kepada permasalahan ini
berlaku. Sesetengah guru lebih gemar untuk menghabiskan waktu dengan perkara-
perkara yang tidak ada kaitan dengan pendidikan. Malah sebahagian daripada mereka
lebih memilih untuk mengejar harta, nama dan pangkat. Mereka lupa bahawa tugas
mereka adalah untuk mendidik para pelajar untuk menjadi seorang yang berguna.
Selain itu, terdapat juga guru yang terlibat dalam masalah sosial seperti pencabulan
dan pengambilan bahan terlarang. Perilaku sedemikan juga mampu mempengaruh
7

pelajar untuk melakukan tindakan yang sama kerana guru merupakan contoh ketika
pelajar berada di sekolah.

3.0 Permasalahan dalam Pelaksanaan Hukuman Disiplin

Permasalahan dalam pelaksanaan hukuman disiplin ini mengakibatkan ibu bapa tidak
dapat menerima sekiranya anak-anak mereka dikenakan hukuman disiplin di sekolah.
Contohnya, terdapat ibu bapa yang cuba menyalahkan pihak lain seperti guru dan sekolah
yang menyebabkan anak mereka melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Hal ini
demikian kerana ibu bapa itu sendiri tidak mahu menilai diri mereka sendiri sama ada asuhan
yang diberikan kepada anak-anak mencukupi atau adakah didikan yang diberikan cukup
sempurna sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Tugas mendidik dan
mencorakkan masa depan anak-anak adalah menjadi satu tanggungjawab besar bagi ibu bapa.
Ibu bapa adalah insan utama bagi mengorak langkah dalam memerangi masalah ini. Hal ini
disebabkan segala masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah adalah
berpunca dari rumah.

Selain itu, sikap tidak bertanggungjawab sebahagian pelajar yang telah dikenakan
hukuman disiplin ini telah merencatkan sedikit pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah di
mana mereka pulang ke rumah dan mengadu kepada ibu bapa masing-masing. Mereka
mengada-adakan atau menokok tambah cerita kononnya mereka telah dipukul guru di
sekolah sehingga lebam, cedera dan sebagainya kerana kesalahan yang tidak masuk akal
sedangkan kesan lebam tersebut memang sudah ada sebelum pelajar tersebut dikenakan
hukuman oleh guru. Hal ini menyebabkan golongan ibu bapa tidak berpuas hati dengan
tindakan guru yang dianggap telah mencederakan anak mereka sehingga timbulnya isu
saman-menyaman dan sebagainya.

Seterusnya, permasalahan yang sering berlaku dalam pelaksanaan hukuman disiplin


ialah, guru menghukum pelajar menggunakan kaedah disiplin yang tidak sesuai dan terburu-
buru. Berdasarkan konteks tempatan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, dengan tegas memberi amaran kepada guru supaya dapat
mengelakkan dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru
tanpa penyelidikan terlebih dahulu. Pernyataan tersebut diakui oleh Kassabri (2012) bahawa
kebanyakan guru cenderung menggunakan keganasan fizikal sebagai bentuk disiplin yang
digunakan untuk menguruskan disiplin di sekolah. (Lozano dan Kizilaslan , 2013).
8

Tambahan pula, hukuman sebat atau rotan kurang memberikan manfaat kepada
seseorang murid. Doyle (1989) menegaskan kebanyakan pengkaji mengandaikan hukuman
sebat banyak mendatangkan kesan negatif dalam aspek moral. Dengan kata lain, walaupun
hukuman sebat berupaya mengurangkan salah laku murid, namun murid berasa malu
disebabkan mereka menarik perhatian rakan dan ibu bapa (Sherwood, 2000). Hukuman sebat
juga memberikan kesan negatif dalam jangka panjang seperti murid berasa dendam dan
permusuhan terhadap guru sehingga menimbulkan tingkah laku yang tidak dikehendaki
seperti vandalisme (Conoley & Goldstein, 2004). Manakala, Doyle (1989) dan Docking
(1982) menegaskan kebanyakan murid minoriti di sesebuah sekolah sering menerima
hukuman sebat akibat daripada sifat perkauman pihak sekolah.

Pelbagai surat pekeliling disiplin telah dikeluarkan sebagai panduan kepada guru
mengamalkan bentuk disiplin yang sesuai. Antaranya ialah seperti Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 7/1995 dengan jelas menyatakan bahawa terdapat tindakan dan hukuman yang
keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru
ke atas pelajar-pelajar seperti yang dilaporkan di media massa. Antaranya pelajar dijemur di
tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga
berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam
dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan

Akhir sekali, terdapat juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehinggakan
sanggup menuruti segala kemahuan anak-anak mereka. Ibu bapa seperti ini lebih senang
mengunjungi sekolah apabila mendengar cerita anak mereka dirotan oleh guru. Sebilangan
besar daripada golongan ibu bapa ini datang ke sekolah dan menyalahkan peraturan sekolah
dan guru-guru kerana telah menghukum anak mereka. Sikap ibu bapa yang seumpama ini
bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah, malah akan merumitkan lagi masalah
pelajar-pelajar tersebut.
9

4.0 Kesan Kegagalan Pelaksanaan Hukuman Disiplin

Kesan kegagalan pelaksanaan hukuman disiplin ini akan menyebabkan berlakunya


pelbagai masalah. Antaranya ialah, pelbagai masalah akan dihadapi oleh guru besar atau
guru-guru sekiranya mereka mengambil tindakan yang terlampau tegas ke atas murid dan di
luar batasan yang sepatutnya. Antaranya pelbagai tekanan dan campur tangan daripada pihak
luar seperti ibu bapa, persatuan ibu bapa dan guru, parti-parti politik, dan lembaga pengurus
sekolah terutamanya murid terbabit datang daripada keluarga yang berpengaruh. Hal ini
demikian kerana, setiap orang akan menyalahkan tindakan guru walaupun atas perkara yang
kecil. Malah, mereka juga mengingatkan guru-guru secara terbuka supaya tidak merotan
murid-murid dan tindakan akan diambil jika guru berbuat demikian (Ibrahim Saad, 1982).
Kesan kegagalan pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah ini akan menyebabkan hubungan
antara ibu bapa dan guru akan menjadi semakin renggang.

Selain itu, masalah yang turut berlaku dalam pelaksanaan hukuman disiplin ialah
sikap hormat terhadap guru dalam kalangan pelajar akan semakin pudar. Hal ini demikian
kerana para pelajar akan bertindak sesuka hati mereka, melanggar peraturan sekolah dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan para pelajar tidak mempunyai sikap hormat mahu pun takut
terhadap guru-guru. Mereka bebas melakukan apa sahaja di sekolah seperti merokok, ponteng
kelas, buli dan sebagainya kerana pihak sekolah tidak lagi boleh mengambil tindakan disiplin
terhadap mereka (Fatimah Ali, 2007).

Perkara ini membawa kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan pelajar
yang akhirnya membawa masalah kepada kemajuan negara kerana ‘ pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara’. Sekiranya para pelajar ini terlibat dalam masalah disiplin, maka
peluang untuk negara ditadbir oleh pemimpin yang mempunyai kredibiliti yang tinggi tipis.
Hal ini demikian kerana sejak dari sekolah lagi, mereka sudah terlibat dalam kes salah laku
remaja.

Kesan daripada permasalahan disiplin turut menjatuhkan profesion perguruan. Secara


umumnya dengan mudah orang menyetujui bahawa tugas sebagai seorang guru baiknya
dipandang sebagai tugas profesional. Bersedia atau tidak, setiap guru harus meningkatkan
kemampuannya untuk memberikan layanan yang sebaiknya kepada masyarakat. Hal ini
demikian, masyarakat yang memerhati perkara ini akan hilang kepercayaan kepada
kewibawaan guru. Lama-kelamaan rasa hormat kepada insan yang bergelar guru akan turut
luntur. Fenomena inilah yang akan menyebabkan martabat guru menjadi rendah. Situasi ini
10

sepatutnya memberi kesedaran kepada para guru dengan merangsang guru-guru tersebut
untuk memiliki perasaan ikhlas, jujur dan penuh iltizam dalam menjalankan tugas mereka
sebagai pendidik.

Permasalahan disiplin juga akan mengakibatkan hubungan baik antara guru dengan
pelajar dan masyarakat sekeliling tercemar. Tschannen - Moran dan Hoy (2001) berpendapat
bahawa efikasi guru sangat berkaitan dengan sikap guru dalam bilik darjah kerana
mempengaruhi sikap guru menjalankan pengajaran, mencapai matlamat yang ditetapkan serta
merupakan sumber kekuatan inspirasi guru dalam pengajaran. Perkara ini juga memberikan
impak positif terhadap pencapaian pelajar dan guru serta proses perubahan diri dan penerusan
pengajaran dan pembelajaran berkesan terhadap pelajar (Tschannen – Moran & Hoy, 2001).

Tambahan lagi, permasalahan disiplin ini akan mengakibatkan sesi PdPc dengan
pelajar terganggu. Guru diminta supaya menggunakan budi bicara, menggunakan tindakan
disiplin yang sesuai sebelum mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar. Hal ini demikian
kerana, guru yang mengamalkan tingkah laku positif dan menghargai pelajar mampu
mengharmonikan iklim bilik darjah dengan baik (Affizal Ahmad & Rafidah Sahak, 2009).

Akhir sekali, kesan permasalahan disiplin ini ialah, pelajar terpengaruh dengan
tindakan guru tersebut. Guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru
haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya, adalah tidak
masuk akal seseorang guru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah
sedangkan guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan sangka guru
sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-guru mereka.
Sehubungan itu, Presiden MBM, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meminta setiap guru
supaya menunjukkan contoh kelakuan yang baik dalam usaha memperbaiki disiplin dan
akhlak pelajar yang semakin buruk akhir-akhir ini (Sobri Ahmad, 2003).
11

5.0 Kesimpulan

Bagi memastikan pelaksanaan hukuman disiplin di sekolah tidak lagi dijadikan sebagai
satu konflik dalam kalangan masyarakat, pihak sekolah perlu mengambil beberapa insiatif
bagi menghapuskan persepsi negatif masyarakat terhadap pelaksanaan hukuman disiplin di
sekolah.

Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat sebuah sekolah menengah telah mengambil
inisiatif dengan mengarahkan pelajar yang datang lambat ke sekolah dan ponteng untuk
menunaikan solat taubat secara berjemaah. Perkara tersebut mampu memupuk jati diri pelajar
yang bermasalah kerana setiap kali mereka melakukan kesalahan, para guru akan menyuruh
mereka menunaikan solat taubat dan bukannya memukul mereka atas kesalahan yang
dilakukan.

Kebanyakan pelajar yang bermasalah terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu, oleh itu
hukuman tersebut dianggap relevan. Selain itu, mentaliti ibu bapa masa sekarang juga harus
diubah kerana mereka terlalu sayangkan anak sehingga terdapat sesetengah ibu bapa sanggup
membuat aduan kepada polis hanya disebabkan perkara yang remeh sahaja. Guru juga perlu
lebih bersifat profesional dalam mendidik kerana guru yang mendidik dengan emosi yang
kurang stabil akan menyebabkan berlakunya masalah yang tidak diingini.

Sebenarnya pelaksanaan hukuman disiplin ini banyak memberikan kebaikan kepada


pelajar akan tetapi perkara tersebut masih dijadikan sebagai satu konflik. Semua pihak harus
memainkan peranan masing-masing dan tidak perlu menuding jari ke arah sesiapa.
12

6.0 Rujukan

Abdullah Sani Bin Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd. Pulau Pinang. Mohd Ismail Othman. (2008). Undang-undang untuk
Pengetua dan Guru Besar. Kuala Lumpur

Mohd Ismail Othman. (2008). Undang-undang untuk Pengetua dan Guru Besar. Kuala
Lumpur: PTS Professinal Publishing Sdn Bhd. Diperoleh daripada
books.google.com.my/books?id=_fpt79EduW4C&pg=PR4&dq=mohd+ismail+othma
n+2008&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwi369qv15HeAhVEs48KHT5TArcQ6AEIJzA
A#v=onepage&q=%20dokumen%20undang-undang%20sekolah&f=false

Muhammad Faizal A.Ghani. Norfariza Mohd Radzi. Simin Gharifekr. Husaina Banu
Kenayatullah. Mokhtar Muhammad. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah
kawasan Bandar dan luar Bandar: prespektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan.Diperolehi daripada www.myjurnal.my/filebank/
published_article/36483/v1n1_14_article2.pdf

Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Zarina A Rashid. (2017). Peraturan dan Undnag-undang
Kawalan Disiplin Murid di Malaysia. Malaysia Online Journal Of Education.
Diperoleh daripada journal.kuis.edu.my/omje/wp-content/uploads/2017/04/01-
11_Vol.1_No.1_2017-1.pdf

Nazri Halim. (2017). Pengaruh efikasi guru terhadap stail disiplin guru. Ulum Islamiyyah
(The Malaysian Journal of Islamic Science). Diperoleh daripada
www.myjurnal.my/filebank/published_article/69777/7.pdf
13

Nooraisah Katmun@Katmon. Siti Rafizah Zakaria. Mohd Abdullah Jusoh. (2014) Faktor
penentu masalah disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Wilayah
Persekutuan. Management Research Journal. Diperoleh daripada
www.myjurnal.my/filebank/published_article/40274/10.pdf

Nur Hafizoh Idrisa, Rohana Hamzaha. (2013). Nilai Profesional bakal guru berteraskan
indikator standard guru malaysia (SGM). Jurnal Teknologi (Social Science).
Diperoleh daripada: s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/53737315/1445-
2323-1-PB.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1538
49037&Signature=mjUfz1wVP10wkn6r7NNDQz109HA%3D&response-content-di
sposition=attachment%3B%20filename%3DNilai_Profesionalisme_Bakal_Guru_Be r
tera.pdf

Saidi Bin Daud. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di kalangan
pelajar pelajar Sekolah Menengah di sekitar Daerah Klang, Selangor. Diperoleh
daripada:www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SAIDIBP050166D2008T
TP.pdf

Siti Azura Binti Mat Nawi. (2008). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru di sebuah
Sekolah Menengah di Gua Musang. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Zuraini Binti Othman. (2009). Hubungan Konflik Keluarga dengan Masalah Disiplin Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Seberang Perai. Pulau Pinang: Unversiti
Pendidikan Sultan Idris. Perak.
14

Lampiran
Nur Hafizoh Idrisa, Rohana Hamzaha. (2013). Nilai Profesional bakal guru berteraskan
indikator standard guru malaysia (SGM). Jurnal Teknologi (Social Science).
Diperoleh daripada: s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/53737315/1445-
2323-1-PB.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1538
49037&Signature=mjUfz1wVP10wkn6r7NNDQz109HA%3D&response-content-di
sposition=attachment%3B%20filename%3DNilai_Profesionalisme_Bakal_Guru_Be r
tera.pdf
15

Nooraisah Katmun@Katmon. Siti Rafizah Zakaria. Mohd Abdullah Jusoh. (2014) Faktor
penentu masalah disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Wilayah
Persekutuan. Management Research Journal. Diperoleh daripada
www.myjurnal.my/filebank/published_article/40274/10.pdf
16

Nazri Halim. (2017). Pengaruh efikasi guru terhadap stail disiplin guru. Ulum Islamiyyah
(The Malaysian Journal of Islamic Science). Diperoleh daripada
www.myjurnal.my/filebank/published_article/69777/7.pdf
17

Saidi Bin Daud. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin di kalangan
pelajar pelajar Sekolah Menengah di sekitar Daerah Klang, Selangor. Diperoleh
daripada:www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SAIDIBP050166D2008T
TP.pdf
18

Muhammad Faizal A.Ghani. Norfariza Mohd Radzi. Simin Gharifekr. Husaina Banu
Kenayatullah. Mokhtar Muhammad. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah
kawasan Bandar dan luar Bandar: prespektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan.Diperolehi daripada www.myjurnal.my/filebank/
published_article/36483/v1n1_14_article2.pdf
19

Zuraini Binti Othman. (2009). Hubungan Konflik Keluarga dengan Masalah Disiplin Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Seberang Perai. Pulau Pinang: Unversiti
Pendidikan Sultan Idris. Perak.
20

Siti Azura Binti Mat Nawi. (2008). Gaya pengurusan konflik dalam kalangan guru di sebuah
Sekolah Menengah di Gua Musang. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
21

Mohd Ismail Othman. (2008). Undang-undang untuk Pengetua dan Guru Besar. Pts
Professinal Publishing Sdn.Bhd. Kuala lumpur.

You might also like